Bertempat di Midvalley, semalam 18 Januari 2009, penulis-Helmi Suhaimi, Fadzli Shamsudin dan Musa Abd Rahman bertiga telah ke pameran Karier dan Postgraduate atau dikenali MCTF'09- Malaysia Career Training Fair 2009. Untuk pengetahuan semua MCTF'09 telah berlangsung dari 16 hingga 18 Januari 2009.
Jam 1.30pm kami dengan hanya menaiki LRT ke Midvalley. Sedikit masalah menyebabkan kami tiba di Midvalley pada jam 3.30pm. Walaubagaimanapun kami bersyukur tiba di Midvallley tepat pada masa yang ditetapkan. Selesai solat Zohor kami naik ke tingkat teratas untuk pergi ke Midvalley Convention Center.
Setelah tiba di sana, masih ramai lagi yang berpusu-pusu melawati MCTF'09 terdiri dari pelbagai bangsa dan juga umur.
Pada pendapat penulis, anjuran MITF'09 oleh AIC pada tahun ini tetap meriah dan berkesan tetapi pameran di booth-booth di anggarkan sedikit berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Untuk kehadiran pengunjung sudah pasti ianya tetap ramai. Pemamer kurang pada tahun ini berkurangan kemungkinan kerana kesan daripada Kemelesetan Ekonomi di ketika ini.
Sememangnya setiap syarikat akan berusaha agar tidak terkena tempias daripada kemelesetan ekonomi yang melanda. Antara salah satu cara adalah mengurangkan pengambilan pekerja serta sehingga ada yang memberhentikan pekerja.
Apa-apapun usaha dan anjuran AIC dan JobStreet dalam MITF'09 sepatutnya diucapkan terima kasih daripada setiap pengunjung-pengunjung. Ini kerana tanpa anjuran program sebegini pengunjung-pengunjung mungkin tidak dapat mengenali syarikat-syarikat yang menyertai program ini dengan lebih dekat. Peluang sebegini patut diambil dengan sebaik-baiknya.
Penulis yang meminati pembelajaran amat tertarik dengan himpunan badan-badan training dan education yang menjadi pemamer dalam satu lagi pameran yang ada di situ juga iaitu Postgraduate Education Fair 2009. Pelbagai institusi dan universiti dalam dan luar negara menawarkan bidang-bidang terpilih.
Apa yang penulis perhatikan bidang yang paling banyak ditawarkan adalah Master of Business Administration (MBA). Sememangnya tawaran kerja kepada sesiapa yang mempunyai MBA amatlah banyak. Tetapi pada saya MBA hanya sesuai untuk sesiapa yang ingin bekerja di syarikat-syarikat di luar sana. Untuk yang lebih minat kepada kerja akademik sesuai untuk mengambil sarjana atau doktorial dalam bidang seperi Ekonomi, Bahasa, Sains Kemanusian, Education dan lain-lain lagi.
Untuk penulis yang meminati Ekonomi merasakan tidak ramai yang mempelajari dan pakar Sistem Ekonomi Islam khususnya serta Kewangan Islam amnya. Penulis memerhatikan pensyarah-pensyarah ramai yang mengajar Islamic Ekonomi dan Kewangan Islam di universiti-universiti swasta tidak mempunyai kepakaran dalam bidang yang dinyatakan. Maksudnya di sini, perlu ada anjakan untuk mengambil pensyarah-pensyarah yang betul-betul berkelayakan.
Kesimpulannya, sememangnya anjuran program seperti MCTF yang memberi peluang kepada orang ramai terutamanya Fresh Graduate perlu diperbanyakkan. Ini juga membolehkan syarikat-syarikat yang terlibat mempromosikan syarikat mereka kepada semua. begitu juga dengan Education Fair. Ia amat perlu dipergiatkan dan dianjurkan untuk menggalakkan pelajar-pelajar dan juga orang ramai menambat minat untuk terus belajar dan menambah ilmu dalam diri.
Upgrade diri, Upgrade ilmu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "MCTF'09- Malaysia Career Training Fair 2009"
Post a Comment