Sumber: Akademi Penulis
Wanita mempunyai rahsia tersendiri. Dijadikan Allah seorang wanita untuk mendampingi seorang insan bergelar lelaki. Dalam diri mereka terbit rasa kelembutan yang mana memberikan rasa bahagia untuk seorang lelaki.
Wanita yang menjaga maruah dikasihi Allah sentiasa. Peliharalah diri dengan rasa ketaatan kepada perintah Allah. Diri hanyalah untuk suami yang dikasihi. Ketaatan kepada suami menjadi kewajipan diri.
Diri sentiasa dipelihara dan dijaga. Tiada rasa ragu-ragu untuk memahami diri sendiri.
Kasih sayang dalam diri dicerminkan dengan perwatakan. Sentiasa menunaikan tanggungjawab yang diberikan. Diterima kasih seorang suami dan anak-anak. Anak-anak menjadi penawar duka dalam hidup setelah dikendong selama 9bulan. Segala keperitan tidak diendahkan hanya untuk melahirkan anak-anak yang soleh solehah.
Diperlukan kasih sayang dari seorang suami yang taat kepada perintah Allah. Merasa bahagia dengan setiap kasih dan perhatian yang diberikan. Kemahuan hati hanya ingin disayangi sentiasa. Jika dia menyayangi dia akan menyayangi dengan sepenuh hati. Sentiasa inginkan suami berada di sisi dan dimanjakan. Menjadi lumrah wanita untuk ingin dicintai selalu.
Wanita sering ingin dimengerti. Tersenyum keriangan, menangis bila bersedih. Hati wanita amatlah mudah untuk tersentuh. Diluahkan apa yang terbuku di hati untuk pernyataan diri sebenar. Tiada berselindung di sebalik kata-kata yang manis yang berhias.
Memerlukan seseorang sentiasa berada di sisi untuk menceritakan sesuatu. Sememangnya diri mereka amat sesuai untuk mendengar keluhan kerana kelembutan dan keharmonian perbadi mereka. Luahan hati kita pasti didengari.
Lumrah wanita untuk mengharapkan seseorang mendengar apa yang ingin diluahkan. Di kasihi dan dicintai perkara penting untuk wanita. Inilah bahagia yang mereka seringkali cari.
Disimpan segala rahsia yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. Tiada rasa untuk membongkarkan perkara yang penting baginya dan sahabatnya. Baginya sahabat adalah anatara insan yang penting dalam hidup. Sering kesunyian ketika tiada teman untuk berbicara.
Diimpikan seorang sahabat yang boleh membimbing menuju ke syurga. Syurga tetap menjadi idaman hati. Seorang sahabat sejati yang mana sering menegur jika tersalah, dinasihati jika terlupa, diperjelaskan jika tiada mengerti.
Masih banyak rahsia seorang wanita perlu diselidiki. Tiada akan berakhir pencarian rahsia ini. terpenting bagi lelaki bantulah wanita. Tunjukilah mereka akhlak sebenar. Sememangnya mereka adalah kaum daripada Hawa dan lelaki adalah daripada Adam.
Pelajarilah pengertian untuk mereka, insan bergelar wanita...
Tiada pengecualian kepada mana-mana pihak untuk mengatakan motivasi tidak perlu dalam diri mereka. Semua memerlukan motivasi positif untuk membangunkan diri. Pembangunan diri adalah diwajibkan kepada semua manusia. Inilah yang menunjukkan kita menghargai diri kita sebagai manusia yang dikurniakan kelebihan akal fikiran.
Kurniaan ini perlu dipelihara dengan sentiasa berfikiran positif dan menerapkan nilai-nilai yang berguna. Sentiasalah berfikir ke arah yang membina. Tiada yang lebih penting melainkan motivasi dalam diri sendiri. Setelah itu kita akan mempengaruhi segala persekitaran sekeliling kita. Kajian pakar-pakar motivasi menyatakan bahawa jika diri kita bermotivasi positif, orang terdekat sendiri akan turut bermotivasi.
Ini sememangnya terbukti sebagai contoh motivasi yang dipamerkan dan ditunjuki kita sendiri akan diikuti oleh adik-adik kita. Dorongan dan sikap kita akan memberi contoh kepada mereka. Ini biasanya dimain peranan oleh abang yang sulung. Jika si abang tidak merokok adik-adik biasanya juga tidak akan merokok. Inilah pengaruh yang amat besar.
Pengaruh motivasi positif amatlah diperlukan kepada diri kita khususnya dan keseluruhan umumnya. Jika diperhatikan situasi masa kini, artis-artis dijadikan role model ataupun idola ikutan utama. Amatlah besar pengaruh mereka terutamanya kehidupan remaja. Sehinggakan pakaian, rambut, fesyen menjadi gaya hidup mereka.
Persoalan: Adakah relevan motivasi dalam diri diletakkan daripada artis? Jawapan: Relevan atau tidak ia terletak kepada remaja itu sendiri. Tiada kesalahan menjadikan artis sebagai idola motivasi. Walaubagaimanapun jadikanlah seseorang idola yang mempunyai identiti terbaik seperti akhlak, peribadi, pakaian dan sebagainya untuk memotivasikan diri.
Inspirasi diri adalah sebahagian juga dari motivasi diri. Ia diperlukan untuk membangunkan lagi potensi motivasi yang telah terpendam. Ia juga pasti akan membina destinasi yang ingin dicapai. Setiap manusia mempunyai impian yang diidam-idamkan. Tanpa motivasi diri yang sempurna melalui usaha, destinasi impian menjadi kabur dan kadangkala musnah.
Oleh itu bangunkanlah motivasi dalam diri untuk kejayaan yang diidam-idamkan. Tiada alasan untuk mengatakan diri tiada motivasi sedangkan pelbagai cara meningkatkan motivasi tersedia. Mahu tidak mahu pembangunan motivasi menjamin kehidupan yang lebih bahagia.
Program-program remaja yang membangunkan minda dan akhlak perlu dilakukan. Ini kerana ramai remaja yang masih tercari-cari diri mereka. Pencarian kadangkala terarah kepada kebaikan dan kadangkala menghala ke arah keburukan. Alhamdulillah jika kebaikan lah yang menjadi arah tuju.
Inilah sebenar-benarnya arah tuju yang bakal mencapai kegemilangan. Kejayaan-kejayaan remaja yang telah dikecapi perlulah diikuti oleh remaja-remaja yang lain. Ambillah perkara yang membina serta terbaik dan jauhilah perkara-perkara yang merosakkan. Di sebalik kejayaan pasti ada kegagalan. Janganlah dirisau hanya kerana kegagalan yang sekelumit. Masih ada sinar dalam kehidupan kita.
Persoalan: Motivasi bagaimanakah yang perlu ada bagi setiap remaja? Jawapan: Takrifan motivasi sendiri adalah elemen-elemen dalam diri yang membawa kepada perkara yang sihat dan memberi kebaikan. Ia membentuk diri kepada hal-hal yang terbaik. Dengan ini jelaslah bahawa tiada alasan untuk remaja menghalakan diri mereka ke arah motivasi. Rasulullah pernah bersabda yang mana Baginda menekankan kepada hal ehwal remaja. Masa yang paling berharga dalam kehidupan adalah waktu remaja. Di perhimpunan padang mashyar akan ditanya apakah yang dilakukan semasa kita muda.
Penghargaan kepada remaja yang mengajak ke arah kebaikan dan menolak serta mencegah kemungkarah dalam diri mereka. Tetapi tidak dilupa diarahkan kebaikan kepada persekitaran dan sahabat-sahabat. Sesuai dengan firman Allah mengenai kebaikan dan kemungkaran. Bagi pakar-pakar motivasi, kauselor dan sahabat remaja bimbinglah remaja di luar sana menjadi remaja yang cemerlang, terbilang dan gemilang.
Tiada alasan untuk tidak memotivasikan diri sendiri, sahabat mahupun kenalan. Tidak dilupa juga saudara-saudara seislam. Bukankah islam itu bersaudara. Jika dicubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Jangan dilupakan serta diabaikan mereka. Pemimpin-pemimpin akan datang dilahirkan daripada remaja masa kini. Jika kendiri remaja adalah mencerminkan kebaikan sudah pagti kepimpinan gaya Rasulullah akan dilaksanakan.
Sememangnya Rasulullah lah contoh terutama dalam menjadi pemimpin yang hebat dan sentiasa memikirkan rakyat. Tiada penipuan dan penindasan akan berlaku di mana-mana. Sikap jujur, amanah dan ikhlas perlu dibentuk mulai sekarang. Seringkali remaja dipersalahkan jika ada keburukan berlaku. Janganlah dihukum mereka kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bimbinglah mereka ke arah kebenaran dan perbaikilah akhlak mereka menjadi seperti lahirnya bayi ke dunia. Yang mana mempunyai hati yang bersih dan tiada kesalahan dilakukan.
Ingat memperingati dan berpesan-pesan amatlah penting. Bukankah Allah juga telah bersabda untuk ingat mengingati antara satu sama lain di dalam surah Al-Asr. Ini adalah untuk mengelakkan dari kerugian dalam diri dan masyarakat keseluruhannya. Sikap yang menjadikan kita kerugian dan gagal perlu dijauhi sepenuhnya. Pepatah "Jangan menjaga tepi kain orang lain" tiada relevan kerana Islam menitikberatkan kita menjaga segala pihak di sekeliling kita.
Tanggungjawab yang diamanahkan perlu diperingati diri. Ia hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya. Apabila melakukan sesuatu perlu ditetapkan hati dengan ikhlas. Amatlah besar tanggungjawab yang diletakkan ke atas diri kita. Ibu bapa seringkali mahukan anak-anak mereka berjaya di dalam hidup. Jika tidak berjaya dalam pelajaran tidak mengapa. Apa yan penting adalah kehidupan yang diamanahkan. Lahir sahaja kita menghirup udara, termaktuiblah tanggungjawab kita.
Tunaikanlah tanggungjawab dengan ikhlas sepenuh hati. Persengketaan mestilah dijauhi kerana ia akan melibatkan kepada permusuhan. Jika permasalahan berlaku berbincanglah dan selesaikanlah masalah dengan hikmah. Lakulahlah perbincangan secara ilmiah dan bertepatan dengan syarak. Sememangnya Islam amat menitiberatkan perbincangan.
Jika diperhatikan tingkah laku remaja pada hari ini, pelbagai perlaksanaan perlu dilakukan. Motivasi yang membawa kepada kebaikan dan keharmonian perlu diterapkan. Akar umbi masalah perlu diselesaikan. Tindakan dari semua pihak perlu dilakukan. Oleh itu, janganlah kita memandang hanya sekadar sebelah mata mengenai remaja. Ini kerana, remaja mencerminkan keadaan kita hari esok.
Gunakanlah kebijaksanaan dalam memotivasikan remaja.
Buktikanlah siapa diri kita..Kemampuan serta kelebihan.
Setiap diri mempunyai kelebihan tersendiri. Kelemahan pastinya ada kerana tiada siapa yang sempurna. Tetapi janganlah pula kelemahan menjadi punca kita tiada mahu membuktikan keupayaan dan kemampuan kita dalam menyerlahkan kejayaan yang mendatang. Kerana kejayaan lah sahaja yang mampu membuktikan siapa diri kita di dunia ini.
"Haiya a'lal Falah". Bermaksud marilah menuju kejayaan. Salah satu anjuran untuk kita dalam mencapai kejayaan. Islam amatlah menitikberatkan kejayaan kepada kita semua. Rencah serta resipi kejayaan mestilah dipelajari dan dituntuni. Umat Islam perlulah membuktikan kemampuan untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi
Orang berkata "Kelebihan adalah kurniaan". Sebenarnya kelebihan diri boleh dibentuk dan dipupuk. terpulang kepada diri kita bagaimana untuk ia dibentuk. Pelbagai cara dan panduan masa kini mengajar dan mendidik untuk menerobos sempadan diri. Tonjolkanlah siapa diri kita yang sebenarnya.
Kita mempunyai kelebihan yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Mungkin juga kita tidak sedar dan tidak tahu apakah kelebihan yang dimiliki kita. Bertanyalah kepada sekeliling kita dan juga selidikilah siapa diri kita yang sebenarnya. Percayalah yang mana kita mempunyai kelebihan tersendiri. Keluarkanlah kekuatan dan kelebihan yang dimiliki untuk merubah diri kita yang sedia ada.
Malu? Tidak, tidak perlu malu untuk menampilkan diri kita kepada semua. Percayalah kepada diri kita selalu. Orang lain tidak akan dapat merubah diri kita kecuali diri kita sendiri. Hilangkanlah perasaan malu untuk menampilkan siapa diri kita serta kemampuan yang dimiliki. Jika ia pastinya membawa kebaikan teruskanlah menampilkan diri. Janganlah pula kita terampil dengan membawa keburukan. Nescaya binasa diri.
Implikasi untuk berjaya adalah usaha yang berterusan. Inilah satu-satunya untuk membuktikan kemampuan diri kita. Pembuktian yang amat sempurna dan kukuh. Jika hanya mampu berkata-kata tanpa pembuktian realiti ianya ibarat 'pohon yang tiada berbuah'. Hasil tidak dibuktikan tetapi sekadar berhujah dan memberikan kata-kata sahaja.
Semaikanlah diri kita dalam usaha pembuktian diri. Orang pasti akan bermotivasi dengan usaha serta hasil yang dipertunjuki kita. tidak mustahil ada yang pasti akan berdengki dengan kejayaan yang dibuktikan. Namun, biarkanlah mereka kerana sikap berdengki hanya akan memakan diri mereka sendiri.
Prove yourself anytime. Buktikan sentiasa di mana sahaja kita berada. Janganlah takut dan segan dalam menunjukkan kelebihan yang memberi manfaat kepada diri kita juga kepada orang lain. Tetapi janganlah pula kita menunjuk-nunjuk semata-mata. Ia pasti akan menimbulkan rasa kurang senang kepada kita.
Dalam hidup ini bergembiralah dengan rasa yang murni. Janganlah sedih dan merasa dukacita jika kelebihan kita tidak diterima oleh orang lain. Cuma percayalah kepada diri sendiri. Lakukan perubahan kepada diri kita. Apa yang terpenting adalah buktikanlah kemampuan untuk merubah diri sendiri.
Percayalah dan teruskan berusaha.
Semakin banyak kita berimpian, semakin banyak juga tanggungjawab kita pada diri. Jika dipikirkan kembali kerana impianlah ramai yang berjaya. Impian yang di pasang perlulah dilaksanakan serta diusahakan dengan bersungguh-sungguh. Hanya dengan kesungguhan akan menjadikan impian direalisasikan.
Penekanan untuk membangunkan diri adalah tersangat penting demi membina insan yang membangun dan mara ke hadapan sentiasa.
Yakinkanlah diri kita dengan kejayaan. 'Self Confident' atau keyakinan kendiri perlu diserap ke dalam diri masing-masing. Tanpa keyakinan yang kuat pasti kerja dan impian yang diimpikan tiada kesungguhan yang kuat. Rasa ragu-ragu hanya akan memburukkan keadaan.
Persoalan: Bagaimana ingin mewujudkan rasa yakin diri yang tinggi? Jawapan: Pelbagai cara yang membolehkan kita mempunyai rasa yakin. Antaranya adalah melalui pengamatan kepada kisah insan yang telah berjaya, pembacaan buku-buku motivasi, penghayatan kata-kata inspirasi dan juga dorongan yang kuat daripada insan istimewa.
........................................................
Pengamatan Kisah Insan Berjaya
Telah banyak kisah insan yang berjaya di luar sana mendapat liputan setiap pihak. Ada juga yang telah dibukukan melalui kisah autobiografi penulis-penulis. Siapa sahaja yang berjaya kita boleh ikuti cerita dan kisah kejayaan mereka. Jadikanlah mereka 'Role Model' atau 'Public Figure'. Pentingnya 'Role Model' adalah kerana kita akan terikut-ikut dengan cara mereka mencipta nama di dalam bidang masing-masing. Tanamkanlah azam untuk membina nama seperti ataupun lebih daripada mereka.
Menjadikan mereka 'Role Model' sahaja tidak lengkap tanpa mengetahui cara mereka berjaya. Kisah duka perjalanan 'carier' mereka dalam menempuh suka duka kejayaan serta kegagalan. Ada yang telah jatuh tetapi tetap bangkit dan membina kejayaan yang lebih tinggi. Ketahuilah bahawa kita juga pasti akan gagal tetapi bangkitlah jua membina empayar kejayaan. Jadikanlah memori terindah dalam hidup kita. Insan yang telah berjaya semuanya bermula dari bawah 'step by step approach' di mana mereka tidak mendadak meningkat nama sehingga nama mereka menjadi gah di persada bidang mereka tersendiri.
Kita ambil kisah bagaimana Dato' Nazir Razak mencipta nama di dalam membina CIMB Group. Walaupun beliau anak kepada Perdana Menteri ke-dua serta adik kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, beliau tetap bermula daripada bawah. Untuk mencipta nama sebagai CEO CIMB Group. Pembelajaran yang berterusan diletakkan asas kepada Dato' Nazir untuk membina nama. Padanya sendiri ilmu amat penting untuk mengejar cita. Kesungguhannya yang berterusan CIMB telah menjadi bank yang terkenal serta pada tahun 2007 telah dinamakan sebagai bank ke-dua di Malaysia hanya setelah beliau memegang tampuk CIMB pada tahun 1999.
Lihat pula Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhary. Sedari muda belaiu telah di didik mengenai perniagaan. Beliau bukan daripada keluarga yang senang. Bahkan belaiu daripada keluarga yang susah. Kita lihat apa yang jadi kepada beliau di masa kini beliau adalah antara orang yang terkaya di Malaysia.
Pelbagai lagi nama yang mashyur di Malaysia seperti Tan Sri Azman Hashim, Datuk Tony Fernandez. Bagi contoh remaja bolehlah jadikan Irfan Khairi-JutawanInternet sebagai Idola, Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muzaphar Shukor dan lain-lain lagi. Untuk nama-nama yang terkenal lain pula bolehlah mempelajari dan mencontohi kesungguhan Donald Trump dalam mencipta kejayaan perniagaannya, Robert T. Kiyosaki, Bill Gates dan lain-lain lagi.
Sebenarnya terpulanglah kepada kita siapa yang kita ingin jadikan idola atau 'Role Model' yang pasti yang amat penting adalah diri kita. Sebelum memilih 'Role Model' yang dinyatakan tadi, jadikan lah contoh utama kita Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda sendiri telah diiktiraf sebagai insan yang terkemuka di pelosok dunia.
Pembacaan Buku-buku Motivasi
Terdapat berbagai-bagai buku motivasi di pasaran. Ianya diterbitkan untuk membantu kita memotivasikan diri kita dari aspek pembacaan. Walaupun tidak mendapat direct coaching daripada penulis itu sendiri, cukuplah jika membaca apa yang ditulisnya. Apa-apapun lebih elok lah jika kita menghadiri kursus serta bengkel yang dianjurkan.
Isi buku motivasi amat terbaik untuk membangunkan kendiri dan rasa yakin dalam diri. Sebagai contoh buku yang berkaitan dunia usahawan atau perniagaan. Kita dapat mengamalkan tugasan dengan baik atau hebat kerana sebuah buku adalah sangat baik! Sememangnya impak kendiri dalam pembacaan memberi impak yang sangat besar dalam penghayatan isi kandungan.
Pakar-pakar motivasi, jutawan, perancang kewangan dan lain-lain di ketika ini ramai yang sudah menghasilkan karya mereka melalui tulisan. Kita perlulah mengambil peluang ini dengan sebaik-baiknya kerana nilai penulisan mereka amatlah tinggi.
Atas faktor-faktor inilah pembacaan buku-buku motivasi parlu menjadi pilihan untuk membangunkan diri. Juga, buku-buku lain yang berkaitan pembangunan perlu dijadikan skrip hidup atau pembacaan hari-hari kita.
Penghayatan Kata-Kata Inspirasi
"501 Inspirational Quotes", "100 kata Motivasi" dan lain-lain lagi boleh didapi di pasaran kini. Ianya memuatkan kata-kata inspirasi untuk pembangunan diri kita. Sebagai contoh:-
Implikasi kata-kata inspirasi atau dikenali sebagai kata-kata hikmah diakui dapat menjana pembangunan diri. Rasulullah sendiri menyatakan kita perlulah mengeluarkan kata-kata yang baik. Kata-kata yang merendah-rendahkan diri tidak perlu ada dan perlu dielakkan. Selagi kata -kata itu bagus dan memberikan motivasi itulah yang terbaik sekali.
Selain dari kata-kata yang sedia ada, kita bolehlah membina kata-kata untuk diri sendiri. Ianya memberikan perihal yang terbaik dalam mencerminkan diri kita. Inilah yang dikatakan falsafah diri atau motto kehidupan.
Dorongan Insan Istimewa
Tidak dinafikan bahawa sokongan dari seseorang yang teristimewa dapat menjadikan diri kita berjaya. Sesiapa sahaja yang kita rasa istimewa jadikanlah ia sebagai dorongan. Namun, sokongan daripada insan itu lebih terbaik.
Persoalan: Siapakah insan istimewa. Jawapan: Sebenarnya tiada jawapan yang khusus untuk soalan ini. Ianya adalah terpulang kepada pemilik diri. Diri sendirilah yang hanya tahu siapakah insan teristimewa dalam diri. Contoh-contoh yang mungkin amat teristimewa adalah ibu bapa, sahabat, idola, kekasih, isteri dan lain-lain lagi.
Ibu bapa dalam konteks ini amatlah perlu memberi dorongan serta sokongan kepada anak-anak. Ini kerana anak-anaklah masa depan dan generasi mereka seterusnya. Jika anak-anak mahukan mencapai kejayaan sokonglah. Pernahkah kita mendengar ayat "Jangan hendak beranganlah"? Ya. Inilah perkataan kebanyakan ibu bapa jika anak-anak mereka ingin berangan-angan terdahulu.
Salahkah kita berangan-angan? Telah terbukti kerana angan-angan lah ramai yang telah menempa kejayaan. Maksudnya di sini adalah penekanan kepada semua adalah "berangan-anganlah". Jika tepat dan selari dengan usaha InsyaAllah akan berjaya dan terus berjaya.
Kekasih, suami atau isteri memainkan peranan yang amat besar dalam menjadi pendorong dan penyokong apa sahaja dalam menjayakan pasangan. Ini kerana merekalah yang terdekat dalam hidup kita.
Pernahkah kita mendengar ayat di bawah:
"Beside the great man, there is a great woman"Ini sememangnya benar kerana berlandaskan konsep cinta. Cinta boleh menjadikan manusia berjaya malah jika silap ia menjadikan manusia gagal. Yang terpenting serlahkanlah cinta sejati kepada pasangan hidup kita.
.....................................................................
Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah keyakinan boleh di bina. Kejayaan pasti akan datang jika kita yakin dan yakin. Namun, usaha dan doa perlu diadaptasikan dalam diri.
Pelbagai pameran dan aktiviti dijalankan di sana. Sememangnya penulis menjangkakan badan-badan serta institusi yang pelbagai menyertai festival sebegini. Pemamer-pemamer menunjukkan mutu syarikat dan produk yang amat berkualiti. Ia amatlah sesuai dengan temanya 'MENGGERAK POTENSI MEMPERKASA EKONOMI UMMAH'.
Festival ini dianjurkan rentetan dari Kongress Ekonomi Islam ke-3 (KEI-3) di PWTC. Untuk makluman, Ketas kerja pembentangan KEI-3 dan juga Kerta Iringan akan dibukukan oleh YaPEIM untuk bacaan umum. Kiranya seperti penulis sendiri yang tidak dapat menyertai KEI-3 tetap boleh mendapatkan intipati KEI-3.
Di festival ini pengunjung boleh mendapati pelbagai komponen yang menarik untuk dilawati dan disertai. Antaranya adalah Ekspo Perkhidmatan dan Produk, Taklimat agensi pembangunan Usahawan, Business Matching, Klinik Usahawan, Pertandingan Catur Bestari, Pertunjukan dan Promosi Busana Muslim serta Persembahan Kebudayaan Kesenian.
Penulis amat meminati segala produk yang ditawarkan. Kiranya tidak cukup tangan jika ingin membeli semua produk yang ada. Antara yang menjadi pilihan penulis adalah kad privilage Sahabat YaPEIM. Ianya dilancarkan dalam bulan Ogos 2008 ini dan pembayaran penyertaan sehingga 8 Februari 2009 adalah hanya RM75 (Dijangkakan akan dinaikkan ke RM100 selepas tarikh yang dinyatakan).
Pelbagai kelebihan didapati jika menyertainya. Antaranya adalah perlindungan kemalangan diri, diskaun perubatan, tiket penerbangan, hotel, umrah dan ziarah, pembayaran bil dan juga pengumpulan mata ganjaran. Untuk penjelasan lanjut bolehlah ke laman web kad Sahabat YaPEIM.
Bagi penulis produk sebegini merupakan sesuatu yang eksklusif untuk umat Islam khususnya dan seluruh warganegara Malaysia amnya.
Bersesuaian dengan nama kad iaitu Sahabat YaPEIM menjanjikan satu fenomena baru dalam pewartaan kad privilage. Sepertimana yang diketahui YaPEIM atau nama penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia adalah sesuatu badan induk yang berjuang untuk Ekonomi Islam. Penyertaan kad ini pada penulis bukan sahaja untuk mendapat kelebihan-kelebihan kad tetapi juga untuk menyokong produk pembangunan Ekonomi Islam.
Komuniti atau sahabat dalam produk ini boleh menyatupadukan umat Islam di dalam satu kad. Pelbagai aktiviti juga boleh dianjurkan YaPEIM untuk komuniti-komuniti yang menyertai program ini. Satu dimensi baru boleh diperlaksanakan. InsyaAllah penulis sendiri berazam untuk mempromosikan Kad Sahabat YaPEIM.
Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) pula akan mempamerkan himpunan direktori mengenai usahawan setebal 2000 mukasurat yang mana dikenali sebagai INFO USAHAWAN. Ia bakal diterbitkan pada bulan Julai 2009. Ianya adalah hasil daripada penyelidikan selama dua (2) tahun. Bagi penulis direktori ini bakal menjadi panduan rujukan lengkap bagi mereka yang bercita-cita menjadi usahawan.
Menurut Dato' Razali Che Pin iaitu Setiausaha Kehormat DPIM, ia dijangkakan akan menjadi 'manual website' yang cukup komprehensif dan lengkap. Ia meliputi pelbagai aspek mengenai usahawan. Unruk pengetahuan semua juga projek ini adalah projek usahasama OIC International Business Centre Sdn Bhd, Dewan Perdagangan OIC Malaysia, DPIM serta Ramcel Media Sdn Bhd. Direktori ini boleh ditempah melalui DPIM dengan harga RM300.
Seterusnya, pelbagai organisasi serta persatuan Islam juga boleh didapati di sana. Sebagai contoh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, IKIM, Bank Negara Malaysia, AKPK, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), KasehDia, Bank Rakyat, Etiqa Takaful, SSM dan lain-lain lagi. Peniaga-peniaga IKS juga tidak ketinggalan untuk mempamerkan produk-produk yang dihasilkan mereka.
Keseluruhannya festival lima (5) hari ini bakal mewarnai pembangunan Ekonomi Islam itu sendiri. Umat Islam khususnya dan seluruh rakyat Malaysia patut mengambil peluang untuk menyertai dan menghadiri festival sebegini. Ia pasti akan memberi manfaat kepada semua. Cuma penulis merasakan tarikh penganjuran tidak berapa sesuai kerana ramai warga kota telah pulang ke kampung sempena cuti Tahun Baru Cina. Penulis menjangkakan hanya yang berkesempatan sahaja dapat menghadiri festival ini.
Untuk penulis, InsyaAllah tahun depan akan menghadiri festival ini lagi tetapi mungkin bukan sebagai pengunjung tetapi sebagai pemamer atau Exhibitor.
Rentetan kehidupan, pastilah ada perpisahan serta kegagalan yang tidak dirancang. Haruslah diingat bahawa kita hanya merancang, tetapi rancangan ALLAH lebih tepat bahkan DIAlah yang menentukan segala-galanya. Apa-apa jua janganlah cepat berputus asa serta menyerah kalah sekiranya apa yang dihajati tidak kesampaian. Teruskanlah berusaha dengan gigih dan InsyaAllah usaha yang dilakukan dengan gigih dengan tekun pasti mendapat berkat serta kejayaan realiti. Percayalah. Ia akan menjadi realiti suatu hari nanti. Cepat atau lambat bersabarlah serta tetap berusaha.
Setiap daripada kita pasti bermimipi dalam ingin menggapai sesuatu. Ada yang merungut pabila gagal dalam sesuatu perkara. Hidup ini sangat bermakna dan tidak perlu sesekali kita sesali dan menyesal. Setiap keputusan yang kita lakukan teruskanlah selagi ianya positif. Adaptasikan kemahuan yang positif ke dalam diri dan nyatakan secara meluas.
Benarlah penantian satu penyeksaan. Tetapi jadikanlah itu sebagai cabaran dalam kehidupan. Ini kerana kejayaan yang hadir selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran adalah lebih indah dan bermakna. Apa-apa jua, panjatkanlah kesyukuran kepada yang HAK dan teruskanlah beramal dan berusaha. Janganlah berhenti berusaha walau kejayaan yang diidamkan telah berada di tangan. Janganlah persiakan kejayaan yang telah hadir. Pastikan ia terus menggapai bintang di langit. Serlahkanlah kemampuan kita di mana jua kita berada.
Yakinilah diri untuk mencapai suatu penantian yang diidam-idamkan. Tidak terlepas untuk kita semua menghadapi kegagalan. Tabah dan usahalah! Satu hari nanti pasti kita kan berdiri di puncak dunia dan impian yang diidam-idamkan pasti jua berada di hadapan kita. Apa yang penting laungkanlah impianmu dan serlahkanlah di mana-mana. Janganlah ragu-ragu untuk luahkan serta berusaha ke arah cita-cita. Asalkan kita 'on the right track'- jalan yang betul, sudah pasti suatu masa penantian akan berakhir dengan kejayaan.
Sertailah impian yang dinantikan serta diidam-idamkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Penantian tanpa usaha dan "action" pasti tidak akan berlaku apa-apa. Bak kata pepatah 'Bagai menunggu bulan jatuh ke riba'. Dinanti-nanti pasti tidak akan menjadi. Berdoalah, berusahalah, istiqamah lah aksir sekali bertawakkallah. Inilah resepi untuk merealisasikan kejayaan. Tanpa salah satu resepi sudah pasti tersasar dari landasan sebenar bagi mencpai impian.
"Argh tensionnya asyik gagal sahaja". Rasa 'tension' juga fitrah. Maksudnya fitrah yang tidak dibendung. Di mana-mana sahaja pasti keresahan, kegelisahan dan kekecewaan berlaku. Jika diberikan gambaran ianya seolah-olah 'hari yang cerah mrnjadi mendung tiba-tiba'. Jika fitrah diri tidak dibendung 'frustation' pasti berlaku dan berputus asa lah kita. Janganlah bergini. Tidak perlulah kita berputus asa dengan ujian yang sekecil itu. Teruskanlah berusaha serta tambah lagi 'rempah' kejayaan. Ubatilah kekecewaan dengan mencari penyebab kegagalan. Carilah cara yang terbaik.
Bersabarlah dengan setiap apa yang dinanti-nantikan. Ia pastikan muncul selagi usaha yang dilakukan berterusan. Tabahilah hati kita dan teguhkanlah dengan berdoa kepada ALLAH supaya usaha yang kita lakukan diberkati sentiasa. Tanpa usaha yang gigih pasti jalan dihadapan tidak kelihatan.
Ramai jua yang mengeluh kepada diri sendiri. Kerana gagal ramai juga yang berputus asa. Sedangkan untuk menerima kejayaan sekali lagi saya katakan pasti ada kegagalan. Bersedialah menghadapi 80% kegagalan untuk menerima 20% kejayaan. Tanyalah kepada sesiapa yang telah berjaya di hari ini. Ramai yang gagal sebelum berjaya. Sekali lagi kita lihat kejayaan 'innovator' masa lampau entah berapa kali menghadai kegagalan. Ada yang 10,000 kali gagal 10,001 barula berjaya. Bayangkan jikalau sampai ke tahap 10,000 'innovator' itu berenti dari mencipta. Sudah pasti apa yang ada di hari ini masih belu tercipta.
Selidiki dan pelajarilah kisah-kisah orang yang telah berjaya. Apa-apa pun semuanya terletak kepada kekuatan diri kita. Oleh itu kuatkan lah diri untuk gagal. "Berani Gagal".
Adam a.s dicipta Allah daripada tanah dan disaksikan oleh para malaikat dan iblis. Dihormatinya ciptaan Allah oleh Malaikat tetapi dibenci oleh sang Iblis. Dikatanya dia lebih hebat dari ciptaan Allah iaitu Adam. Di mana dia dijadikan dari api tetapi Adam dari tanah. Kerana keegooan dan kesombongan itulah sang iblis dikeluarkan dari syurga. Namun sang Iblis telah berjanji akan menyesatkan dan membuat manusia mengikut jalannya iaitu jalan ke neraka.
Selepas Adam dicipta, sentiasa ia merasa keseorangan dan kesepian. Dengan ini Allah mencipta satu lagi manusia yang mana untuk mendampingi Adam dalam mengharungi hari-hari bersama-sama sentiasa.
Melalui rusuk kiri Adam, maka terciptalah pasangannya yang diberi nama Hawa. Yang mana dia akan menjadi teman Adam setiap masa. Diperkenalkan Allah pasangan Adam. Tergamam Adam melihat Hawa di depan mata. Kecantikan dan keindahan ciptaan Allah yang lain daripadanya.
Allah memberitahu Adam yang mana manusia di depan matanya itu adalah pasangan hidupnya . Gembira Adam kerana kasih sayang Allah dia dikurniakan pasangan hidup. Mahu disentuh Hawa tetapi dilarang. Ini kerana mereka masih tiada ikatan yang sah. Dinikahi Allah pasangan Adam dan Hawa dan bergembiralah mereka bersama-sama. Bercintalah mereka di syurga.
Diharunginya hari-hari indah di syurga dengan keseronokan bersama. Hari ke hari cinta mereka bertambah dan tiada berkurangan. Di ketika itulah sang Iblis menghasut Hawa untuk memakan buah halwa. Dek kerana termakan hasutan sang Iblis, Hawa memujuk Adam untuk menghampiri pohon yang dilarang itu. Pujukan demi pujukan dibuat oleh Hawa kepada Adam. Atas rasa kasih sayang Adam kepada Hawa maka makanlah mereka buah halwa itu.
Mereka terlupa dan alpa larangan Allah yang mana pohon itu mesti dijauhi dan jangan memakan buah halwa. Namun selepas tindakan itu, barulah Adam Hawa teringat pesanan Allah.
Maaf demi kemaafan dipohon dan dipinta kepada Allah. Namun, Yang Maha Berkuasa serta Maha Pemaaf tetap memaafkan Adam Hawa. Tetapi mereka akan dihukum untuk hidup di bumi. Dijanjikan Allah untuk mereka kembali ke syurga selepas satu ketika nanti.
Dipisahkan mereka di bumi di satu ketika tetapi tetap bersatu semula bersama. Kasih dan sayang tetap diteruskan dan menjalani kehidupan di bumi sebagai pasangan suami dan isteri. Di satu ketika lahirlah Qabil dan Habil. Dari sini bermulalah perkembangan manusia sehingga ke hari ini.
Di atas merupakan antara titik permulaan Adam dan Hawa yang mana kita selalu katakan bapa dan ibu pertama kita. Tidak lepas mereka dari godaan iblis dan syaitan serta hukuman daripada Allah. Sememangnya telah menjadi fitrah manusia untuk melakukan kesilapan dan kesalahan.
Cinta kerana Allah dan restunya pasti mendapat lindungan daripada Allah. Ingat mengingati sebagai pasangan amat dititkberatkan. Setiap kesalahan yang dilakukan perlulah diperbetulkan. Inilah cinta yang diredhai oleh Allah.
Telah berjanji sang iblis:
Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya,Shad: 82
Apa yang penulis mahu garapkan di sini adalah kisah wanita dari segi perspektif Islam.
Setiap daripada wanita sememangnya mempunyai sifat yang sensitif. Mereka lebih mudah terasa berbanding lelaki. Apa-apa pun mereka lebih tabah daripada lelaki yang mempunyai sifat yang kadangkala mudah rasa kecewa.
Mereka mudah menangis dan bersedih. Di ketika inilah mereka memerlukan pendorong yang dapat meredakan tangisan kesedihan mereka.
Untuk lelaki yang bergelar suami satu hari nanti atau yang sudah mendapat gelaran 'suami' berlembutlah dengan si isteri. Didiklah mereka dengan ilmu yang cukup untuk membawa hidup bersama di syurga yang kekal lagi abadi.
Apabila mengatakan tentang wanita ramai mengatakan mereka kaum yang lemah. Adakah ini benar?
Rumusan seperti ini tidak patut dijadikan hujah oleh sang lelaki apabila mengatakan tentang wanita. Bukankah tanpa mereka tiada kita. Tanpa mereka tiadalah juga perumpaan "beside a great man there is a great woman" yang bermaksud bersebelahan dengan lelaki hebat terdapat wanita hebat.
Kenyataan ini bertepatan kerana dengan ibulah kita ada di sini. ibu yang melahirkan kita dan sebelum itu membawa kita ke mana-mana sahaja selama 9bulan. Keperitan dan kesakitan tidak boleh dibayangkan oleh kita sebagai lelaki. Selepas lahir di jaganya kita dengan sebaik-baiknya.
Ini bermaksud bahawa wanita memainkan peranan penting dalam membantu lelaki mendapat kejayaan. Ya, tepat sekali kenyataan ini. Ini kerana dengan dorongan dan bantuan merekalah kita berjaya. Kerana merekalah kita ada di sini hari ini.
Kisah Rasulullah menunjukkan Saidatina Khadijah r.a sentiasa bersama dengan Rasulullah sepanjang perjuangan Bagunda memperjuangkan Islam. Segala harta dikeluarkan untuk membantu Islam berkembang. Inilah srikandi yang berjasa kepada Baginda dan Islam. pelbagai pengorbanan dilakukan Khadijah.
Kasih dan sayanglah kepada wanita. Mereka amatlah berjasa kepada kita semua. Tidak perlulah merendah-rendahkan martabat wanita. Kita semua sama dan yang berbeza hanyalah gender. Walaubagaimanapun kehormatan perlulah di jaga. Dengan ini Allah memerintahkan wanita menutup aurat seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Maruah wanita terletak kepada tubuh badannya.
Bagi wanita, tidak perlulah menonjolkan apa yang tidak patut ditunjuk. Labuhkanlah pakaian untuk menutup tempat yang lelaki tidak patut lihat. Realiti aurat amat besar faedahnya. Lindungilah dirimu wanita daripada menjadi mangsa lelaki. Dalam memperkatakan perihal aurat, pelajarilah dengan jelas aurat sebagaimana yang diperjelaskan oleh Islam. Bagaimana pakaian yang sesuai dan dituntut Islam.
Wanita perlu menjaga maruah dari dicemari oleh anasir-anasir yang tidak patut berlaku ke atas dirinya. Maruah yang dipelihara pasti mencerminkan peribadi sebagai umat Islam yang tabah lagi menjada diri.
Bagi lelaki, janganlah pula merosakkan wanita. Hormatilah mereka sebagaimana kita menghormati ibu kita. Peliharalah maruah mereka sebagaimana kita mahukan yang terbaik untuk adik-adik dan kakak-kakak perempuan kita.
Penulis pernah berdialog dengan seorang remaja bermasalah. Penulis bertanyakan soalan mengapa dia merosakkan gadis yang mana dikatakan gurlfriend dia. Ini jawapan dia, "Saja seronok-seronok". Apabila penulis berkata bukankah berseronok-seronok perlu dilakukan selepas kahwin, ini pula jawapannya, " Ala, yang kawin nanti dengan perempuan lain. Cari perempuan baik-baik".
Alangkah ego dan bongkaknya jawapan remaja tersebut. Tanpa mengira tindakan yang dia lakukan itu salah dari segi Islam. Malah dia seolah-olah bangga dengan dosa yang dilakukan. Entah apa tindakan yang dia akan lakukan jika adik atau kakak perempuan nya diperlakukan sebegitu. Saya yakin pasti dia akan melenting dan marah. Mahunya jika tahu apa yang terjadi mesti dipukulnya orang yang bertanggungjawab.
Penulis juga bertanya tentang persoalan begini kepadanya. Begitu marah dia tetapi jawapannya adalah "Tolong jangan campurkan hal peribadi boleh tak. Ini tentang aku bukan keluarga". Entah mengapa dia tidak meletakkan dirinya di dalam diri perempuan itu.
Rasa seperti ini tidak patut remaja itu fikirkan. Ini seolah-olah berlakunya pengeksploitasi kepada wanita.
Sebagai kesimpulan, sayangilah dirimu wahai wanita dan peliharalah dirimu. Wahai lelaki sayangilah wanita sepenuhnya dan cintailah mereka kerana dirinya. Tunjukilah diri mereka dalam menuju syariah Islam yang sejati. Ini kerana Islam sentiasa memartabatkan kedudukan wanita kerana dialah ibu, dialah srikandi.
Keindahan dalam syariat Islam perlu dipelihara sentiasa. Keseronokan di dunia hanyalah bersifat sementara, usahalah keseronokan akhirat.
Setiap hari ucapkanlah Terima Kasih kepada tuhan kita yang satu iaitu Allah. Kerana Dialah kita masih berada di sini menghirup udara kurniaan Nya. Luahkanlah ucapan yang amat mudah Alhamdulillah sebagai memuji keagungan dan kebesarannya. Lafazkanlah kata-kata indah sepertimana kita melafazkan kata-kata manis dan indah kepada kekasih hati kita. Indahnya pemberian Allah kepada kita.
Jika kepada kekasih sementara kita selalu melafazkan kata cinta, apakah sukarnya kita melafazkan kepada yang kekal selama-lamanya. Kerana Dia lah kita dilahirkan, kerana Dia jugalah kita bernyawa. Lakonkanlah peranan kita dengan baik dengan landasan syariah.
Jika pelakon di filem-filem cuba mendapatkan lakonan yang sempurna, apakah sukarnya kita melakonkan sesempurna yang boleh. Tetapi haruslah disertakan dengan ikhlas. Ini kerana sekecil zarahpun Dia mengetahui inikan pula tindak tanduk kita. Jika tindakan kita memberi kebaikan kepada diri, sekeliling, masyarakat dan keseluruhannya nescaya Dia akan memberi kurniaan yang amat besar. Apa-apa pun kebaikan haruslah dengan keimanan yang kukuh. Taqwa perlulah ada di dalam diri kita.
Ingatilah Dia setiap hari nescaya Dia akan sentiasa mengingati kita dan melimpahkan kebaikan dan rahmat yang tidak terhingga. Dia tidak perlukan balasan daripada kita, bahkan Dialah yang akan memberi balasan kepada kita. Kasih sayang kepada kita pasti tindak terhingga. Jika ujian dan dugaan melanda bersabarlah. Tetapkanlah hati kita kepadaNya. Sesungguhnya Dia ingin menguji kita adakah kita bersabar atau menyalahkan takdir. Percayalah bahawasanya Dia pasti akan mengurniakan ganjaran dan kebaikan yang lebih besar sekiranya kita bersabar dan bersyukur.
Berusahalah kerana dengan usaha kita pasti akan berjaya. Selepas itu bersyukurlah sentiasa kepada Dia. Ucapkanlah Terima Kasih Ya Allah. Lafazkanlah dengan penuh rasa bersyukur. Lakukanlah pada bila-bila masa.
Tunjukilah ucapan kita di setiap masa ketika kita duduk, berdiri, bangun.
Ingat Allah selalu ya..
Pada 12-15 Januari 2009 telah berlangsungnya Kongres Ekonomi Islam ke-3 (KEI-3) di Putra World trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. Pelbagai presenter dari institusi-institusi bertauliah serta pakar-pakar ekonomi Islam membentangkan kertas kerja mereka. Antara yang pernah mengajar penulis adalah Prof. Muhammad Aslam Haneef dan Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera.
Sememangnya mereka adalah pakar-pakar yang terbaik boleh didapati di negara kita pada hari ini.
Penulis sememangnya ingin mengikuti program seperti ini yang mana pasti memperbincangkan mengenai Ekonomi Islam. Tetapi selepas mencari info mengenai KEI-3, penulis mendapati peserta program ini terdiri daripada jemputan sahaja.
Agak merasa terkilan juga apabila menemukan info sebegini. Tetapi, untuk KEI-4 tahun hadapan 2010 penulis berazam akan menyertai program ini.
Maksudnya di sini, penulis akan berjuang agar dijemput menghadiri KEI-4 nanti. InsyaAllah, penulis amat yakin akan berjaya kerana strategi untuk memartabatkan diri sendiri telah di atur. Perancangan rapi akan diteliti semula untuk memastikan diri ini berjaya.
Pelbagai Perancangan dan perlaksanaan akan dirancang terutamanya di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan. Tidak terlepas juga untuk memartabatan 'Event Management' yang akan diuruskan oleh penulis dan sahabat seangkatan.
Berbalik kepada KEI-3, penulis merasakan program sebegini adalah usaha yang sangat baik dalam memartabatkan Ekonomi Islam. Sememangnya Ekonomi Islam adalah sesuatu yang masih baru dan pelbagai usaha, program dan perlaksanaan perlu dilakukan untuk menaik taraf Ekonomi Islam itu sendiri. Semua pihak perlu bersama-sama menerapkan impian agar Ekonomi Islam berkembang dan dihormati.
Sesungguhnya aspek perlaksanaan Ekonomi Islam perlu diperjelaskan kepada semua pihak. Apa yang terpenting adalah permudahan dalam perlaksanaan, takrifan serta penyelesaian masalah. Persoalan-persoalan pasti akan timbul sesama kita dalam Ekonomi Islam ini. Yang terpenting pada ketika ini adalah perpaduan umat Islam dalam menyelesaikan kemelut Ekonomi Islam.
Penulis yakin jika Ekonomi Islam 'kuat' dan jelas, ia akan disegani oleh semua lapisan masyarakat domestik mahupun antarabangsa. Kesilapan dan kelemahan di dalam sistem Conventional seperti Capitalis, Sosialis perlu diperjelaskan kepada semua orang. Ekonomi Islam adalah sistem yang sememangnya adil untuk semua. Ini adalah pasti kerana Islam sendiri tidak mengambil kira kepentingan peribadi dan pihak-pihak tertentu.
Sebagai contoh dalam kemiskinan. Ini adalah masalah yang masih belum selesai sehingga ke hari ini. Sepatutnya umat Islam khususnya dan semua penduduk amnya tidak patut menghadapi satu penyakit yang memudaratkan iaitu kemiskinan itu sendiri. Hadis rasulullah ada menyebut "Kemiskinan membawa kepada kekafiran". Ini adalah asas yang terpenting perlu diperhati.
Seterusnya berkaitan tentang Islamization of Knowledge (IOK) atau dalam erti kata lain Islamisasi Ilmu Pengetahuan. Mengenai isu IOK masih sedikit perbincangan dilakukan. Perkara ini perlu diperluaskan skop-skop nya kerana ia melibatkan perkara yang amat penting iaitu ilmu pengetahuan.
Makluman semua bahawa Finance atau kewangan di anggap cabang yang besar dalam Ekonomi Islam. Ini adalah benar tetapi Ekonomi Islam itu teramat luas bidangnya. Kewangan Islam hanya satu skop yang kecil sahaja.
Sebenarnya banyak lagi perbincangan yang perlu dilaksanakan. Aspek-aspek perbincangan perlu diperbanyakkan dan diperjuangkan. Perjuangan dalam memartabatkan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa.
Pakar-pakar Ekonomi Islam perlu dilahirkan kepada setiap generasi. Ini kerana usaha memperkenalkan dan menjelaskan tentang Ekonomi Islam masih tidak mencukupi. Pensyarah-pensyarah terutamanya yang mempunyai ilmu sebenar tentang Ekonomi Islam masih tidak mencukupi. Maksud penulis di sini adalah usaha melahirkan pakar atu tidak pun pendidik yang mempunyai ilmu Ekonomi Islam perlu dipertambahkan.
Institusi-institusi berkaitan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) hendaklah mempergiatkan subjek-subjek berkenaan Ekonomi Islam. Selain itu, pelajar-pelajar juga perlulah memupuk kesedaran dalam diri untuk memperjuangkan Ekonomi Islam. Apa yang menyedihkan adalah pemikiran pelajar-pelajar itu sendiri. Mereka tiada inisiatif untuk terus berjuang dalam mendalami Ekonomi Islam.
Dalam pemerhatian penulis, ramai pelajar selepas menjadi graduan lupa ilmu-ilmu yang dipelajari. ini mungkin skop kerja yang mereka lakukan tidak menepati apa yang mereka belajar semasa di universiti. Atau, mungkin juga mereka belajar hanya untuk mendapat keputusan cemerlang dalam pembelajaran dan mendapat kerja yang baik dengan pointer yang baik. Ketelusan dalam mendalami ilmu perlulah diperbetulkan. Seperti kata bijak pandai "Ilmu yang tidak diamalkan adalah seumpama pepohon yang tidak berbuah".
Di sini, penulis menyeru kepada semua pembaca khusunya dan semua orang amnya agar mendalami apa yang kita mahu perjuangkan dalam hidup. Biarlah gagal tetapi teruskanlah berjuang. Penulis berjanji pada diri untuk memperjuangkan ilmu yang ada pada penulis iaitu Ekonomi Islam itu sendiri. Walauapapun masih banyak yang penulis perlu berlajar dan selidiki.
Untuk Makluman semua pada 22-26 Januari 2009, Yapeim akan menganjurkan i-fest di Midvalley Convention Center. Marilah beramai-ramai kita ke sana. InsyaAllah penulis akan postkan detail program ataupun boleh terus ke website yapeim.
"Satu ketika, Kejayaan akan hadir jika kita terus berusaha"
Bertempat di Midvalley, semalam 18 Januari 2009, penulis-Helmi Suhaimi, Fadzli Shamsudin dan Musa Abd Rahman bertiga telah ke pameran Karier dan Postgraduate atau dikenali MCTF'09- Malaysia Career Training Fair 2009. Untuk pengetahuan semua MCTF'09 telah berlangsung dari 16 hingga 18 Januari 2009.
Jam 1.30pm kami dengan hanya menaiki LRT ke Midvalley. Sedikit masalah menyebabkan kami tiba di Midvalley pada jam 3.30pm. Walaubagaimanapun kami bersyukur tiba di Midvallley tepat pada masa yang ditetapkan. Selesai solat Zohor kami naik ke tingkat teratas untuk pergi ke Midvalley Convention Center.
Setelah tiba di sana, masih ramai lagi yang berpusu-pusu melawati MCTF'09 terdiri dari pelbagai bangsa dan juga umur.
Pada pendapat penulis, anjuran MITF'09 oleh AIC pada tahun ini tetap meriah dan berkesan tetapi pameran di booth-booth di anggarkan sedikit berbanding pada tahun-tahun yang lepas. Untuk kehadiran pengunjung sudah pasti ianya tetap ramai. Pemamer kurang pada tahun ini berkurangan kemungkinan kerana kesan daripada Kemelesetan Ekonomi di ketika ini.
Sememangnya setiap syarikat akan berusaha agar tidak terkena tempias daripada kemelesetan ekonomi yang melanda. Antara salah satu cara adalah mengurangkan pengambilan pekerja serta sehingga ada yang memberhentikan pekerja.
Apa-apapun usaha dan anjuran AIC dan JobStreet dalam MITF'09 sepatutnya diucapkan terima kasih daripada setiap pengunjung-pengunjung. Ini kerana tanpa anjuran program sebegini pengunjung-pengunjung mungkin tidak dapat mengenali syarikat-syarikat yang menyertai program ini dengan lebih dekat. Peluang sebegini patut diambil dengan sebaik-baiknya.
Penulis yang meminati pembelajaran amat tertarik dengan himpunan badan-badan training dan education yang menjadi pemamer dalam satu lagi pameran yang ada di situ juga iaitu Postgraduate Education Fair 2009. Pelbagai institusi dan universiti dalam dan luar negara menawarkan bidang-bidang terpilih.
Apa yang penulis perhatikan bidang yang paling banyak ditawarkan adalah Master of Business Administration (MBA). Sememangnya tawaran kerja kepada sesiapa yang mempunyai MBA amatlah banyak. Tetapi pada saya MBA hanya sesuai untuk sesiapa yang ingin bekerja di syarikat-syarikat di luar sana. Untuk yang lebih minat kepada kerja akademik sesuai untuk mengambil sarjana atau doktorial dalam bidang seperi Ekonomi, Bahasa, Sains Kemanusian, Education dan lain-lain lagi.
Untuk penulis yang meminati Ekonomi merasakan tidak ramai yang mempelajari dan pakar Sistem Ekonomi Islam khususnya serta Kewangan Islam amnya. Penulis memerhatikan pensyarah-pensyarah ramai yang mengajar Islamic Ekonomi dan Kewangan Islam di universiti-universiti swasta tidak mempunyai kepakaran dalam bidang yang dinyatakan. Maksudnya di sini, perlu ada anjakan untuk mengambil pensyarah-pensyarah yang betul-betul berkelayakan.
Kesimpulannya, sememangnya anjuran program seperti MCTF yang memberi peluang kepada orang ramai terutamanya Fresh Graduate perlu diperbanyakkan. Ini juga membolehkan syarikat-syarikat yang terlibat mempromosikan syarikat mereka kepada semua. begitu juga dengan Education Fair. Ia amat perlu dipergiatkan dan dianjurkan untuk menggalakkan pelajar-pelajar dan juga orang ramai menambat minat untuk terus belajar dan menambah ilmu dalam diri.
Upgrade diri, Upgrade ilmu!
Semalam 17 Januari 2009 bertempat di Hotel Vistana penulis telah menghadiri Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis anjuran Fauzul Na'im Sdn Bhd.
Keseluruhannya, penulis amat berpuas hati 150% dan sangat bersyukur kerana berpeluang dan diizinkan Allah untuk menghadiri program seumpama ini. Ia memberi pelbagai ilmu baru dalam bidang penulisan juga penerbitan.
Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na'im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.
Penulis sememangnya amat berterima kasih kepada En. Fauzul Na'im Ishak kerana memberikan sinar yang InsyaAllah cerah kepada penulis untuk menjadi 'Penulis SUPER'. Berusaha dan berusaha untuk menjadi yang terbaik adalah impian penulis. Penulis telah berjanji kepada diri sendiri untuk menghasilkan karya tersendiri serta menerbitkan karya pihak lain.
Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na'im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbagai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.
8 Modul sememangnya sangat baik tetapi penulis tetap merasa tidak cukup untuk mencari ilmu yang lebih banyak. Pada 21 dan 22 Februari 2009 sekali lagi penulis akan menyertai Program Penulis SUPER yang mana ia mengajar untuk menjadi Penulis BESTSELLER.
Sebagai penghargaan kepada semua, penulis akan memberikan antara input menarik persembahan darpada En. Fauzul Na'im.
Mitos orang Malaysia tidak membaca bukuJika diperhatikan antara mitos di atas kajian mendalam semula perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Impak positif perlu diterapkan kepada semua. Sebenarnya pembangunan bidang penulisan dan penerbitan amat perlu dibangunkan dengan giatnya kerana permintaan pasaran amat banyak tetapi pengeluaran masih tidak mencukupi.
Statistik yang mengatakan bahawa hanya 2 buku sahaja setahun rakyat Malaysia membaca buku adalah "fitnah yang amat besar dalam penerbitan buku itu sendiri". Ini kerana statistik yang dilakukan hanya kepada 60,000 random sample oleh agensi yang terlibat pada tahun 1995 adalah tidak mencukupi yang mana rakyat malaysia adalah dalam lingkungan 2 juta.
Ini menunjukkan peratusan yang amat rendah iaitu hanya 3%. Adakah statistik yang dilakukan layak mendapat pengiktirafan? Pada penulis sendiri ini adalah mitos yang berasaskan kepada kajian yang salah dan tidak mencukupi.
Pelbagai kesan atau impak boleh di dapati jika nilai statistik ini masih di ambil kira. Antaranya adalah tidak memotivasikan penulis, tiada pelabur dalam penerbitan serta tiada pelabur luar ingin membuka cawangan buku di Malaysia.
Untuk pengetahuan semua statistik jualan PTS sendiri pada 31/12/2008 adalah RM11.5 juta.
"Make more choice to all"
Mitos buku yang diterbitkan tidak mampu dijual
Untuk pengetahuan semua, MPH Bookstore mempunyai hanya 20% buku melayu tetapi jualan Buku Melayu adalah 60% daripada keseluruhan jualan. Ini bermaksud buku melayu mempunyai tarikan tersendiri kepada semua.
Tahukah anda bahawa bahawa permintaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah 20,000 naskhah judul baru buku setiap tahun. Tetapi ianya masih tidak dapat dipenuhi sehingga ke hari ini. Pada tahun 2008 lepas hanya 8,000 judul buku baru sahaja yang diterima PNM. Paling banyak adalah pada 2007 iaitu hanya 12,000 judul baru buku dan ianya masih tidak dapat memenuhi sasaran. Ia bermaksud potensi dan pasaran masih terbuka luas bagi penulis.
Skrip Hidup penulis dan orang ramai perlu diubah dari negatif kepada negatif. Terutamanya yang mempunyai bakat menulis atau yang mencuba untuk menceburi bidang penulisan. dengan ini Motivasikanlah diri kita semua untuk mula menulis dan menghasilkan karya-karya tersendiri.
'BESTSELLER'? Alhamdulillah jika dapat mencapai tahap seperti ini. Dato' Fadzillah Kamsah, Ann Wang Sen, Fadzli Yusof, Azizi Ali adalah antara penulis Bestseller tempatan. Karya-karya mereka boleh didapati di mana-mana bookstore. Bagaimana untuk menjadi seperti mereka? Adakah dengan menghasilkan karya yang terbaik? Ya, ini adalah salah satu caranya. Apa yang penting adalah yakinkan pasaran pembaca untuk memilih karya kita.
Bolehkah kita meramal buku bagaimanakah untuk menjadi Bestseller. Ikuti perbualan antara En. Fauzul Na'im dan En. Azizi Ali di kedai kopi tempatan.
Fauzul: En. Azizi, agak-agak buku jenis apa yang boleh menjadi Bestseller pada tahun hadapan?Yang terpenting adalah keyakinan kita sendiri. Tulislah apa sahaja dan biarkan pasaran membuat pilihan.
Azizi Ali: Kalaulah kita boleh tahu, mungkin ramai dah jadi kaya.
Sebenarnya banyak lagi perbincangan dan pembetangan dari En. Fauzul tetapi cukuplah jika saya katakan antara topiknya adalah Motivasi Penulis, Pengenalan kepada dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia, Penulis dan Undang-Undang, Kaedah Penulisan yang baik, Pra Penulisan: POP dan Konsep Buku, Penulisan: KJ Metode: Teknik Penulisan berkuasa tinggi, Pasca Penulisan dan Dari Mana datangnya wang dalam penulisan.
Keseluruhan amat tebaik. Penulis menggalakkan sesiapa yang berminat dalam penulisan hadirilah siri-siri penulisan seperti ini. InsyaAllah Fauzul Na'im Sdn Bhd akan membuat siri ke-2 Seminar Jana Wang dengan Menulis pada masa akan datang. Pelbagai manfaat akan diterima. Penulis yakin inilah seminar yang terbaik.
Believe it!
Di sini dapatlah kita dengan mudah mengatakan bahawa falfasah adalah pendorong yang memberikan cara dan halatuju kehidupan. Ianya melibatkan fikiran, tindakan serta perlaksanaan sesuatu yang ingin dicapai. Ia juga melibatkan kebijaksanaan empunya diri dalam meletakkan diri di arah yang dia mahukan. Yang pasti falsafah akan dijadikan sumber rujukan kebaikan dalam kehidupan.
Setiap daripada kita pasti mempunyai falsafah hidup atau motto tersendiri. Seperti di permulaan kenyataan, ianya pasti menjadi salah satu falsafah hidup. Ada yang bertanya, adakah ,menjadi kesalahan jika mempunyai falsafah hidup. Persoalan tentang falsafah timbul kerana dinyatakan bahawa Islam telah menetapkan falsafah yang jelas dan nyata.
Untuk menjawab persoalan itu kita mestilah memerhatikan apakah falsafah yang diterap dalam diri. Jika ianya memberi kebaikan kepada diri dan tidak terpesong dari Syariah Islam ia tetap menjadikan kebaikan kepada diri kita. Maksudnya adalah falsafah itu tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan iaitu Syariah. Islam amatlah mudah kerana ia tidak membebankan umatnya memajukan diri, masyarakat dan seluruhnya.
Di dalam Islam elemen-elemen falsafah yang tersendiri adalah tauhid, rububiahal (ketuhanan),khalifah dan Falah (kejayaan).
Ia membuktikan bahawa falsafah yang kita bina di dalam diri mestilah bepandukan segala kebaikan yang ada. Sebagai contoh kita mahukan kejayaan hidup dan kita mewujudkan falfasah yang mendorong kita mendekatkan kepada Islam dan membawa kebaikan. Sudah pasti kejayaan yang benar-benar tulen akan terlaksana.Tauhid
Maksud falsafah tauhid di sini ialah menyakini bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Hanya ajaran dan panduan-Nya sahaja yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah tauhid amat penting dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.
Rububiah (Ketuhanan)
Rububiah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah kawalan dan pentadbiran Allah s.w.t. itu. Peraturan-peraturan inilah apa yang dinamakan sebagai ‘sunnah alam’ seperti bukit bukau dan gunung ganang sebagai pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.
Khalifah
Falsafah manusia sebagai khalifah merupakan penggerak kepada manusia itu sendiri untuk melaksana dan mencorakkan pembangunan yang memenuhi keperluan manusia selari dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:
'Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada sekalian malaikat: 'Sesungguhnya Allah akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah'.
(Al-Baqarah: 30)
Manusia sebagai khalifah bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah dalam mentadbir dan membangunkan muka bumi iaitu agen utama pembangunan muka bumi.
Al-Falah (Kejayaan)
Maksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang dimaksudkan dalam firmah Allah s.w.t.:
'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagaian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia'. (Al-Qasas: 77)
Oleh itu, sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhi maksud al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat dan falsafah pembangunan Islam.
Sumber: Jakim
Walaubagaimanapun, falsafah mestilah disertakan dengan satu tindakan yang sistematik untuk mencapai matlamat falsafah itu. Ia juga berlandaskan perlaksanaan yang strategik dan pemikiran yang sempurna. Tanpa semua yang dinyatakan mungkin kegagalan akan berlaku. Jika ada matlamat hidup kita lari jauh dari falsafah yang dirasakan tepat untuk kita dan yakin kita boleh melakukannya, cubalah selidik dan perhatikan semula cara pemikiran, tindakan dan perlaksanaan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita. Bermuhasabahlah!
Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri
An-Nisaa’: 79
Di sini dapatlah kita nyatakan bahawa pentingnya falsafah dalam kehidupan kita. Ia memberikan kekuatan dan semangat dalam melakukan sesuatu. Persoalan falsafah terlalu luas tetapi kemampuan akal pasti akan menyelasaikannya dengan pemikiran kritikal.
Maaf dipinta kerana seminggu yang lepas blog ini dalam proses pembaharuan dan pembinaan semula. Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke manakah menghilangnya blog http://helmisuhaimi.blogspot.com.
Penulis dan pembina blog ini masih lagi di sini. Mencari idea untuk memberi input yang lebih bermakna dalam kehidupan untuk semua.
Blog yang lama telah diperbaharui sehingga ke hari ini. Ini untuk cuba memprofessionalkan lagi gaya blog dan penulisan yang sedia ada.
InsyaAllah posting akan diteruskan hari ke hari. Doakanlah penulisan ini semakin berkembang dari hari ke hari. Gaya professional akan dipelajari dan cuba di implement.
Assalamualaikum,Pada 17 Januari 2009 hari Sabtu ini, saya akan menghadiri Program Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.
En. Mohd Helmi bin Md Suhaimi
Saya bagi pihak Akademi Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tuan kerana memilih bagi menjadi peserta program PENULIS SUPER anjuran kami. Email ini adalah sebagai pengesahan pendaftaran Tuan ke program kami.
Butiran lanjut mengenai mengenai program adalah seperti berikut :Tentatif Program adalah seperti berikut :
- Tarikh : 17 hb. Januari 2009
- Tempat : Hotel Vistana Kuala Lumpur
8.00 hingga 8.30 pagi : Pendaftaran pesertaPihak kami amat teruja untuk bertemu dengan para peserta yang bersemangat dan berkomitmen tinggi seperti Tuan . Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh terus hubungi talian HOTLINE 1-700-8-2776 ataupun akademipenulis@fauzulnaim.com.
8.30 hingga 10.30 pagi : Sesi 1
10.30 pagi hingga 10.45 pagi : Minum pagi
10.45 hingga 1.00 petang : Sesi 2
1.00 hingga 2.00 petang : Makan tengah hari & solat zohor
2.00 hingga 4.30 petang : Sesi 3
4.30 hingga 4.45 petang : Minum petang
4.45 hingga 6.00 petang : Sesi 4
Kita bertemu di program nanti. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.Sekian, terima kasih.
Seperti email di atas ia di hantar oleh Founder Akademi Penulis dan juga CEO syarikat Fauzul Na'im Sdn Bhd. InsyaAllah saya akan mengambil dan menumpukan sepenuhnya dari slot-slot yang akan di adakan.
Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya menghadiri kursus sebegini. InsyaAllah pada masa akan datang juga bila-bila masa saya akan terus mempelajari ilmu penulisan dan juga penerbitan. Ilmu sebegini saya anggap penting kerana melibatkan cara penulisan yang menjana ilmu pada diri dan juga para pembaca.
InsyaAllah doakan saya agar menjadi penulis karya Bestseller pada satu hari ini. InsyaAllah tahun ini sepertimana impian saya ingin menerbitkan 4 buku, 4 artikel dan 4 presentation.
Apa yang penting adalah saya akan terus berusaha dan berusaha untuk mencapai kejayaan dan impian yang tinggi. Pantang menyerah kalah dan berputus asa.
Never, never and never give up!
Di Malaysia masih tidak banyak syarikat penerbitan buku yang beroperasi. Beberapa nama yang popular dan bergiat cergas dalam penerbitan buku adalah seperti PTS Publication dan Telaga Biru. Ada juga syarikat yang memfokuskan penerbitan di dalam karya-karya tertentu seperti Alaf 21, KarnaDya, Creative Enterprise dalam novel, Karangkraf- Penerbitan Majalah hiburan serta Utusan Karya.
Di dalam beberapa hari ini, saya agak sibuk dalam membuat kajian bagaimana ingin menjadi penulis dan juga menjadi penerbit- dalam erti kata lain membina syarikat penerbitan sendiri ataupun 'Publishing House'. Idea ini tercipta apabila memerhatikan fenomena penulisan dan buku di Malaysia sendiri. Masih perlu dipergiatkan dan memperluaskan lagi industri penerbitan buku di Malaysia.
Pelbagai faedah boleh dimiliki seperti menggalakkan lagi pembacaan di kalangan rakyat Malaysia khususnya. Kajian-kajian terdahulu menyatakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buku setahun. Ini mungkin boleh dipertikaikan dan juga mungkin boleh diterima. Walau apapun ia tetap merupakan industri yang amat
berguna untuk mempergiatkan lagi bahan-bahan pembacaan yang berguna dan menarik kepada semua.
Pada saya dan mungkin orang-orang yang lebih berpangalaman, perlunya penambahan syarikat yang bergiat cergas dalam penerbitan buku dan mungkin majalah. Tetapi, apa yang perlu dan ingin diterbitkan mestilah berkualiti dan mempunyai standard tertentu. Alangkah baiknya jika menjadi bestseller. Ia bermaksud penerimaan kepada penulisan kita adalah dikatakan terbaik kerana menarik pembacaan orang ramai. Perkara ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan, tetapi pelbagai usaha perlu dilakukan. Percayalah!
Semua dari kita boleh menjadi penulis. Ini adalah sesuatu yang teramat benar. Pelbagai jenis tulisan boleh dikongsi. Daripada pengalaman, fakta dan lain-lain lagi. Di pasaran, pelbagai capaian buku boleh di dapati. Baik untuk motivasi, kewangan, pemasaran, biografi, novel dan bermacam-macam lagi.
Bagi yang minat menulis, cubalah dan pasti kita akan sama-sama menikmati hasil karya. Tidak perlulah yang terbaik. Cukuplah jika ianya memberikan ilmu yang berguna dan merehatkan minda. Mulakan daripada sekarang untuk menghasilkan manuskrip yang mungkin ianya boleh merubah diri kita dan semua perkara dan InsyaAllah kepada perkara yang lebih baik.
...............................................................................
Untuk pandangan tersendiri, saya amat menggalakkan penulis-penulis untuk memulakan penulisan yang memberikan manfaat. Sebenarnya penulisan teramat mudah. Pelbagai jenis dan gaya penulisan berada di luar sana. Gunakanlah gaya yang telah ada ataupun gaya tersendiri.
Di luar ramai yang menanti-nanti karya anda!
Just explore the writing! Ianya menyeronokkan. Feel it today!