"Cinta sejati tiada persoalan adalah cinta kepada yang HAK iaitu ALLAH"
Di sini, konsep cinta mesti dikoordinasikan dalam kehidupan manusia itu sendiri. Satu pendekatan cinta yang sering menjadi rujukan adalah cinta kepada manusia iaitu cinta dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Etika dan perlaksanaan seharusnya perlu didekati dalam aplikasi perhubungan.
Cinta mencintai dan sayang menyayangi antara sesama lelaki dan perempuan telah dinyatakan melalui firman ALLAH kerana itulah fitrah kejadian berlawanan jantina;
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu : wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik”Surah Ali Imran : 14
Perspektif cinta sendiri teramat luas untuk diperkatakan. Dengan itulah dikatakan bahawa cinta itu terlalu abstrak. Tiada diketahui apakah cinta di hati untuk memperkatakan kepada elemen-elemen situasi cinta. Sedarkah kita cinta membawa kepada emosi dan spiritual kepada dunia realiti.
Kembali kepada persoalan yang timbul. Apakah ciri-ciri dan halatuju cinta idaman yang perlu diterapkan?
Persoalan ini bakal dijawab menurut perspektif nyata dan berkesan. Amat bertuah untuk kita jika benar-benar memahami cinta bagaimanakah terbit dalam mengejar cinta idaman. Benar, cinta melibatkan hati dan perasaan. Hanya terapi jujur dan ikhlas serta keimanan sahaja membawa cinta ke arah idaman yang tulus sejati. Dengan ini bergabunglah segala-gala aspek cinta sejati yang berterusan ke dalam diri.
Cinta yang disulami kepada insan harus membangunkan perasaan kepada yang terutama. Idaman hala tuju cinta dituruti kepada fitrah cinta. Fitrah cinta kepada seorang lelaki atau seorang perempuan (bukan mahram) adalah melalui pernikahan. Inilah hala tuju yang sebenarnya dalam mempamerkan pembuktian keikhlasan, kejujuran dan ketelusan hubungan.
Pasangan Idaman
Jangan tertarik kepada seseorang, kerana parasnya sebab keelokan boleh menyesatkan.Pemilihan pasangan hidup diperlukan. Janganlah kerana salah memilih menyebabkan hidup merana. Mahu atau tidak perkara ini perlu diperbincangkan secara ilmiah. Lumrah manusia untuk sentiasa bertanya untuk mencari jawapan. Ini kerana hidup ini sendiri adalah suatu pencarian.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kepada kejayaan boleh musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum.
Kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.
Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
Pesoalan: Adakah beza antara baik dan beriman? Fikir-fikirkanlah. Carilah jawapan dengan rasa jujur dan ikhlas...
Pernikahan Sehati Sejiwa
Aku terima Nikahnya bersamamu..Suatu perhubungan yang dibina antara dua insan melengkapkan sebahagian daripada hidup ini. Atas dasar ini tanggungjawab telah mula untuk dilakarkan. Rohani Jasmani harus berpadanan untuk kecapi rasa sehati sejiwa. Warna-warna cinta perlu diserikan dengan warna warni hidup bersama. Bagi lelaki berkatalah,
Amanah kepadamu akanku tunaikan..
Bersamalahlah kita mengecapi kehidupan berdua..
Mengharungi kehidupan berdua..
Ku cinta dirimu..
'Kasihmu Amanahku'Berpautlah pada ikatan serasi untuk menuju destinasi cinta hingga ke syurga. Langkahlah bersama mengecapi nikmat hidup dunia akhirat.
Kumahu Bahagia Selamanya
Perselisihan faham adalah asam garam dalam perhubunganSemua manusia pasti mahukan kebahagiaan dalam setiap apa yang dihajati terutamanya dalam pembinaan hubungan sesama. Sinarilah rasa cinta dengan faham memahami dan cekal sentiasa. Syak wasangka tidak harus dijadikan landasan dalam hubungan. Positiflah dengan hati dan perasaan dalam mengecapi cinta abadi.
Telitilah ia dan bertolak ansurlah dalam mencari kebahagiaan..
Sentiasalah bersama dalam apa jua keadaan sama ada susah ataupun senang. Mudahkanlah untuk maaf memaafkan jika ada kesalahan yang dilakukan dalam keadaan sedar atau tidak. Bawalah berbincang jika ada perselisihan berlaku. Terapkan diri dengan terapi kasih sayang yang sejati.
Rindu ini idaman dalam hatiku untuk memilikimu..
Perhubungan digambarkan seperti irama dan lagu..
Harus senada harus sekata...
Ku mengerti ku fahami dirimu..
Itulah cinta bahagia selamanya..
Hanya dikaulah cinta idaman dalam perjalanan ke syurga..
cinta adalah satu rasa yg buat kita tidak tahu ia adalah cinta... cinta adalah satu rasa yang kita tidak tahu yang kita sedang lupa dunia... cinta adalah satu rasa yg buat kita terima segala keburukan dan kekurangannya.... cinta juga memaafi dan menerima...cinta bukan mudah melupai, dan meninggalkan...cinta itu hanya yg merasa bisa mengerti...
Madah cinta yang sangat memberi sejuta makna
bagaimana pula dengan cinta kasihan??? kita kesian pada seseorang lalu kita terima cinta dia..adakah dia menjamin yang kita akan bahagia bersamanya???
Sebenarnya tiada konsep cinta kesian. Cinta perlu jujur berdasarkan perasaan sebenar. Katakan perkara yang sebenar. Untuk bahagia jujur adalah elemen paling penting.
Lagipula apa yang sebenarnya dinamakan cinta? Untuk jaminan bahagia atau tidak ia terletak kepada diri kita sendiri.
Apa yang kita mahukan di dunia ini? Cinta bagaimana yang kita mahukan? Mengapa kita cintakan seseorang itu? Apakah sebab dan alasannya. Soalan ini semua perlu di jawab dengan ikhlas.
erm...macam mana pula kita nak kenal yang si dia tue betul-betul ikhlas cintakan kita atau pun tidak?
bukan sekadar janji2 manis je, ye la lelaki bukannya boleh percaya 100% kan? opss..sori la jika bahasa sy ni kurang menyenagkan..
Cinta si dia baik lelaki mahupun perempuan jika mahu tahu ikhlas atau tidak sememangnya sukar. Minta maaf jika saudari menyalahkan lelaki. Lelaki mahupun perempuan ke dua-duanya tidak sempurna. Jika lelaki bukan boleh percaya 100%, begitu juga perempuan. Jangan menyalahkan antara satu dengan lain.
Contoh ikhlas atau tidak cuba perhatikan kenapa dia mahu bersahabat dengan kita. Jika cinta ajak dia kawin. Lihat alasannya. Jika.."err..err..nanti dululah. Kita enjoy dululah ye" membuktikan si dia seolah-olah bermain di tepi sungai yang mengalir. Tidak akan membawa apa-apa makna jelas. Maksudnya di sini ialah matlamat perlu jelas.
Janji memang mudah dilafazkan, tetapi yang paling penting adalah bagaimana hendak dibuktikan. kata-kata perlu dibuktikan dengan sebenar-benarnya. janji yang sebenarnya adalah melalui pembuktian. Contohnya jika telah menikah dan ke dua-dua pasangan memainkan peranan sebaik-baiknya itulah janji yang ditunaikan dan dibuktikan.
Pastikan cinta sehingga ke syurga..