Gambarajah di atas menjelaskan perjuangan dalam menjadikan sekolah sesuatu yang berbeza. Ia merangkumi bukan sekadar akademik tetapi lebih kepada menyeluruh. Ia berdasarkan realiti kehidupan dari segenap aspek.
Setiap pelajar akan didedahkan cara untuk mencipta nilai penuh. Mereka boleh buat apa sahaja dan sekiranya tidak faham sesuatu perkara mereka boleh minta bantuan dan bertanya.
Para pelajar juga akan didedahkan kepada kemahiran-kemahiran kejayaan yang menjadikan mereka lebih 'independent'. Mereka akan 'connect the dots'. Dengan itu mereka akan lebih menggunakan kelebihan dan kekuatan yang mereka miliki sepenuhnya. Mereka tidak lagi terbatas kepada peperiksaan semata-mata.
Para pelajar akan membuat sesuatu berdasarkan apa yang mereka cintai, dengan itu mereka akan berasa diri mereka dihargai sepenuhnya. Nyala rasa serta minat mereka yang mendalam akan diperkukuhkan.
Dunia abad ke-21 telah berubah. Karyawan-karyawan perlu dihasilkan agar daya kreativiti dan inovasi dapat direalisasikan. Bukankah ini akan menjadikan mereka lebih serasi dengan diri mereka. Zaman ini zaman mencipta kerjaya. Jadi, perlu disarankan kepada mereka untuk terus mencipta nilai penuh.
Pelajar punyai citarasa dan daya nilai yang tersendiri. Impian mereka perlu realiti sebenar.
BERHENTI MENCURI IMPIAN!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Berhenti Mencuri Impian! BAHAGIAN 2"
Post a Comment