Kita pasti mahu menjadi sesuatu yang kita inginkan. Rasa ingin itu pasti kuat dan benar-benar menyelami rasa mahu sungguh. Hanya kita sahaja yang boleh jadikan apa yang kita mahukan tercapai matlamatnya.
Bagaimana kesungguhan kita?
Adakah sudah mencapai tahap tertinggi usaha kita itu?
Kita renungkan diri sendiri. Sejauh dan sesukar mana usaha yang telah kita lakukan. Kesungguhan serta rasa mahu yang kuat menjadi titik tolak kepada mencapai matlamat kita.
Buktikan kita mampu walaupun apa sahaja halangan dan kesukaran yang berlaku. Nyala rasa yang berkobar-kobar akan memberikan hasil yang sungguh positif. Namun jangan lupakan untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Ada yang mungkin mencemuh, mengkeji, menghina diri kita. Siapa mereka untuk memberi kata negatif kepada kita? Kita tahu sejauh mana kemampuan dan kekuatan kita.
Gagal itu normal dan perkara biasa. Puncak kejayaan bukan mudah nak capai. Untuk berdiri di puncak kejayaan perlu tabah dan terus berjuang. Nescaya kita akan berasa puas dan bersyukur.
Bakat dan kelebihan kita bukan boleh dibangunkan hanya sehari sahaja potensinya terus melonjak tinggi. Ia bermula dengan keyakinan kita mampu melakukannya. Ia adalah bersifat semulajadi dan perlu dibangunkan sedikit demi sedikit.
Mentor, usaha, skil, ilmu dan sikap memainkan peranan yang sangat penting.
Satu perkataan; PERCAYA!
BE A CHAMPION! ALWAYS.
0 Response to "Berusaha Capai Matlamat | BE A CHAMPION!"
Post a Comment