Good to Great di PrudentialBSN Takaful Wangsa Maju
Posted by
Helmi Suhaimi
On
Thursday, May 20, 2010
Pada 18 Mei 2010, Selasa jam 8.15 malam sehingga 10.45malam, satu ceramah bertajuk 'Good to Great' telah saya berikan kepada usahawan-usahawan PrudentialBSN Takaful di Wangsa Maju.
Inisiatif Unit Manager, Tuan Zubairi mengundang saya untuk berkongsi ilmu dan kemahiran kepada para usahawan saya ucapkan jutaan terima kasih. Saya seronok serta bersyukur kerana dapat bersua dengan individu-individu dalam satu kumpulan yang mempunyai nyala rasa sebagai usahawan yang membantu orang ramai. Pada saya para usahawan yang hadir pasti akan menjadi hebat-hebat belaka.
Dianggarkan hampir 30 orang menghadirkan diri di sesi ceramah kali ini. Semangat dan komitmen mereka amat saya kagum kerana saya yakin mereka berkobar-kobar untuk menjadi usahawan yang berjaya. Disebabkan itulah, tajuk yang saya persembahkan kali ini berkisarkan kepada 'Good to Great' kerana saya sendiri pasti semua usahawan pasti ingin menjadi lebih hebat daripada biasa. Ia merupakan seolah-olah sesi pengenalan kepada sesi 'Good to Great' yang akan dijadikan modul sehari.
Seperti biasa, sebagai perunding motivasi yang bernaung di bawah Talent Development Consulting, perkara utama yang akan saya usulkan adalah berkaitan dengan bakat. Pengenalan asas kepada dunia bakat perlu dilakukan untuk sedar bakat semulajadi untuk dikembangkan kepada bakat kompetitif, strategik dan juga mapan. Dari situlah akan menjadikan kehebatan berkali-kali ganda terserlah. Sedikit informasi berkaitan dengan kecerdasan pelbagai Prof Howard Gardner juga saya perkenalkan.
Semua individu yang dilahirkan di dunia ini adalah bagus-bagus belaka cuma perlu didedahkan kepada kualiti untuk menjadi lebih hebat. Persembahan saya keseluruhannya adalah mengaitkan kepada perkara asas untuk menjadi hebat seperti, berubah, Nyala Rasa, Impian, Ketabahan, dan menjadi bintang.
Alhamdulillah, pelbagai soalan dan perbincangan bersama-sama semua yang hadir dilakukan. Ceramah interaktif yang sangat menyeronokkan kerana usahawan sememangnya perlu sentiasa bersemangat. Saya yakin mereka semua akan menjadi lebih hebat dalam semua perkara yang mereka lakukan terutamanya sebagai usahawan. Bakat, ilmu dan kemahiran yang ada pastinya mereka akan gunakan lebih sebaik-baiknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Good to Great di PrudentialBSN Takaful Wangsa Maju"
Post a Comment