Bincang-bincang | Apakah punca-punca yang menyebabkan kegiatan tidak bermoral di kalangan para remaja kita semakin menjadi-jadi?
Punca utama kerana mereka dalam 'pencarian' dan 'tercari-cari' sesuatu yang seronok. Saya setuju dengan jawapan semua sahabat (cth; pemakanan, pendidikan, akhlak, susu ibu, iman dan lain-lain lagi). Perlu ditambah lagi dengan satu elemen yang lebih kuat.
Penyelesaiannya, pada saya mudah sahaja. Mari kita membantu mereka mengenal diri untuk mengenal kelebihan masing-masing. Bantu mereka untuk menggunakan bakat dan kelebihan semulajadi yang ada pada diri setiap manusia. Dengan itu mereka akan melakukan sesuatu untuk nilai yang berharga.
Konsep bakat kami adalah dengan mereka fokuskan pada kelebihan mereka untuk mencipta nilai seterusnya kejayaan. Contohnya mengapa berlaku mat rempit, zina, merokok, pil khayal, disco, berpeleseran tengah malam dan macam-macam lagi? Ini kerana mereka tidak tahu apa yang mereka patut lakukan untuk penuhkan keseronokan mereka. Bakat dan kelebihan semulajadi mereka perlu dibangkitkan dan dibangunkan.
Nyala rasa mereka perlu dibangkitkan untuk terus berjaya dengan bermula kepada diri mereka sendiri. Kita didik mereka dengan ilmu dan pasti mereka akan berakhir dengan ilmu.
Remaja perlu didekati dengan berkongsi dengan mereka cara berfikir. Baik lelaki mahu perempuan sudah pasti mampu berfikir dengan baik sekali. Kita tidak perlu sogokkan dengan ketakutan tetapi perlu hasilkan apa yang menyeronokkan. 'Terangkan tentang syurga, bukan terangkan dengan neraka'
Terangkan tentang kejayaan dan jelaskan bagaimana mengikut peribadi dan diri mereka. Ia akan mencipta nilai kepada diri mereka seterusnya akan menjadi sebati dengan nyala rasa sebenar. 'We don't standardize, we personalize'
*Ini merupakan jawapan saya atas perbincangan yang dimulakan oleh Cik Puan Azzah Abdul Rahman di facebook.
0 Response to "Senario Remaja Hari Ini"
Post a Comment