Sabtu, 27 Februari 2010 adalah aktiviti saya untuk memberikan ceramah kepada staf-staf OCI Energy Sdn Bhd bersempena program Team Building yang dianjurkan syarikat mereka. Saya dijemput oleh Cik Puan Siti Aishah iaitu pengendali program tersebut untuk menyampaikan ceramah pada sebelah malam pada jam 8.15malam sehingga jam 10.15malam. Pada siang harinya, semua peserta berseronok dengan bermain perkara yang memerlukan kerjasama pasukan.
Dengan itu saya mengambil insiatif untuk menyampaikan input yang berkaitan dengan pasukan sendiri dengan modul saya 'Membina Pasukan Kelas Dunia'. Masa selama dua jam saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk menerangkan apa itu pasukan kelas dunia dan bagaimana cara untuk membentuknya.
Saya ke Dusun Eco Resort bersama dua orang sahabat yang membantu En. Afiq Shamsudin dan juga En. Khairudin Zonpakri. Bantuan daripada mereka amat saya perlukan untuk membantu menyediakan peralatan ceramah, rakaman video, dan juga ambil gambar. Walaupun ceramah adalah pada jam 8.15 sehingga 10.15 malam, kami bergerak awal untuk membuat persediaan yang lancar.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dusun Eco Resort hanya mengambil masa dalam satu jam.
Peserta untuk program ini adalah seramai 60 orang. Hanya 7 orang terdiri daripada wanita dan yang selebihnya adalah lelaki. Antara board of director yang hadir adalah Tuan Ir. Hj. Zaidi bin Ayub. Masa dua jam saya gunakan dengan persembahan tersendiri yang dilengkapi dengan ceramah interaktif, permainan, video dan juga kerja berpasangan.
Pembentangan saya berkisarkan kepada pembentukan pasukan kelas dunia yang berlandaskan kepada realiti masa kini. Pada saya untuk membentuk satu organisasi yang hebat memerlukan pasukan kelas dunia bukan sekadar biasa-biasa sahaja.
Dua jam ini saya lengkapi dengan pengisian:
Semasa sesi soal jawab, berbagai pertanyaan yang diberikan tentang pelaksanaan pasukan kelas dunia. Saya nampak para peserta amat berminat untuk menjadikan pasukan mereka pasukan kelas dunia. Saya yakin mereka mampu untuk melakukannya. Minda kelas pertama, hormat menghormati, bantu membantu, konsisten, himpunan bakat dan banyak lagi perlu para peserta adaptasikan sebagai perkara asas permulaan suatu pasukan sebenar.
- Apa itu pasukan?
- Apa beza pasukan biasa dengan pasukan kelas dunia?
- 5 cara membentuk pasukan kelas dunia
- Contoh-contoh pasukan kelas dunia
- Sesi soal jawab
- Aktiviti berpasangan
- Penutup
Selesai ceramah kami solat Isyak bersama-sama dengan semua staf OCI Energy Sdn Bhd. Semasa jamuan malam, kami sempat berbincang dengan Tuan Ir. Hj Zaidi, Cik Puan Siti Aishah dan juga Tuan Faizal berkenaan dengan program susulan. Sememangnya menjadi inspirasi kepada saya untuk menyampaikan informasi kepada seluruh organisasi di Malaysia tentang cara membina pasukan kelas dunia.
Ucapan terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan. Harapan saya agar OCI Energy Sdn Bhd menjadi pasukan yang berkelas dunia.
Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Ir. Hj. Zaidi bin Ayub, Executive Director OCI Energy, Cik Puan Siti Aishah dan semua staf OCI Energy menjemput saya untuk memberikan talk Membina Pasukan Kelas Dunia. Program lanjutan dan susulan insyaAllah akan diadakan dalam satu masa terdekat.
Saya sendiri yakin semua organisasi di Malaysia khususnya OCI Energy Sdn Bhd akan berupaya membentuk pasukan kelas dunia.
Syarikat-syarikat dan organisasi lain boleh hubungi saya untuk pembentangan Membina Pasukan Kelas Dunia atau modul yang lain seperti, Chemistry of Talent, Kepimpinan dalam Pasukan, Pasukan Inovasi, Pengurusan Krisis, Negotiation Skills and Tactics, Kualiti di tempat Kerja dan lain-lain lagi.
*Saya akan kongsikan gambar sepanjang ceramah, testimoni dari direktor OCI Energy, Tuan Ir. Hj. Zaidi bin Ayub, dan juga montaj
0 Response to "Talk: Membina Pasukan Kelas Dunia, Dusun Eco resort, OCI Energy Sdn Bhd"
Post a Comment