Semua orang mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing. Ada yang dapat merasakannya seperti ia berada di dalam darah mereka. Ada pula yang tidak tahu langsung potensi kreativiti mereka.
Jika anda tidak tahu akan bakat serta kreativiti anda, jangan bimbang kerana saya akan kongsikan cara-cara untuk mengeluarkan potensi tersebut dalam artikel ini.
Kreativiti anda yang tersembunyi dapat dikeluarkan dengan merangsangkan otak kanan anda.
Otak kanan kita berfungsi untuk mengawal aspek-aspek seperti persepsi, ruang, penglihatan, kreativiti dan intuisi. Cara otak kanan kita memperoses maklumat adalah berbeza dengan otak kiri.
Otak kanan memproses maklumat dengan cepat dan secara tak linear dan tak bersiri. Otak kanan kita melihat sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama lain. Cara otak kanan kita memproses maklumat amat sukar diterangkan melalui perkataan kerana ia amat kompleks.
Otak kiri kita pula memproses maklumat yang berbentuk perbualan, pemikiran logik dan analisis. Otak kiri kita amat hebat dalam proses menamakan serta mengkategorikan sesuatu, simbol, ucapan, membaca, menulis dan mengira.
Otak kiri kita memproses maklumat secara linear dan mengikut urutan. Jika kita lihat balik sistem pendidikan kita, kita dilatih untuk menguasai pembacaan, penulisan serta pengiraan dan kesemua ini melibatkan otak kiri kita.
Setiap orang mempunyai dominasi pada otak-otak tertentu. Ada yang mempunyai otak kiri yang lebih dominan daripada otak kanan (pandai membaca, mengira, berucap, menganalisis), manakala ada pula yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan daripada otak kiri (pandai
melukis, bermain lagu, menyanyi, mereka bentuk).
Orang yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan biasanya lebih kreatif.
Jika otak kiri anda lebih dominan, maka ini bermaksud anda kurang kreatif. Tetapi, jangan bimbang.
Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsikan satu cara untuk anda merangsangkan kreativiti anda.
Kreativiti anda boleh dilatih
=============================
Berikut adalah caranya. Lukis gambar anda dengan tangan yang kurang dominan. Ini bermakna, jika anda biasa menggunakan tangan kanan anda, cuba lukis gambar anda dengan tangan kiri pula.
Gambar yang dilukis itu mungkin kurang cantik, tetapi ia merupakan langkah permulaan yang baik.
Tangan kiri kita mengawal otak kanan dan tangan kanan kita pula mengawal otak kiri.
Jika anda merasakan bahawa anda kurang kreatif, kemungkinan besar tangan kanan anda lebih dominan dan jika anda berlatih menggunakan tangan kiri anda untuk melukis, ia akan merangsangkan otak kanan anda dan seterusnya ia akan meningkatkan potensi ktreativiti anda.
Selamat mencuba
0 Response to "Serlahkan Kreativiti Anda"
Post a Comment