Hati dan Perasaan
Pelbagai hikmah dan pengajaran berlaku apabila timbulnya persoalan hati dan perasaan. Yang penting adalah samada kita bersyukur atau tidak dengan setiap apa yang berlaku kepada kita. Janganlah kerana masalah yang timbul membuatkan hati dan perasaan kita terluka dan kecewa dengan keadaan. Sesungguhnya apa jua yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi.
Kita dituntut untuk menjaga hati dan perasaan daripada sifat-sifat yang tercela, keji dan mungkar. Peribadi sebagai umat Islam mestilah dijaga seelok-eloknya. Telah termaktub di dalam sabda Rasululllah bila mengatakan tentang hati:Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpal daging itu adalah hati
Muttafaqun ‘alaihi
Hati boleh dikatakan merupakan dan berperanan sebagai raja dalam di dalam diri kita. jika elok hati-sentiasa di sinari nur illahim, maka eloklah segala perbuatan dan tingkahlaku kita. Persoalan: Mengapakah berlakunya masalah remaja pada masa kini dan juga masalah CINTA. Adakah mereka tidak mengenali erti CINTA sebenar? Jawapan: Yang pasti berlakunya masalah adalah kerana hati telah 'sakit' dan perlulah 'diubati' dengan segera. Tentang sama ada remaja dan juga orang dewasa tidak memahami erti CINTA sebenar mungkin juga. Jadi sama-samalah kita sampaikan cara 'perubatan' hati dan juga erti CINTA sebenar iaitu CINTA kepada ALLAH dan kerana ALLAH. Niat dan tingkahlaku ikhlas untuk kebaikan diri serta orang lain.
Apabila hati dan perasaan telah suci dan 'terubat', InsyaAllah segala kebaikan akan terserlah. Tiada lagi riya', pentingkan diri sendiri, mempermainkan rasa hati yang lain. Semua perlaku dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan tiada makna lain yang tersembunyi. Rasulullah sendiri mengatakan hati dalam keimanan adalah segala-gala dalam diri kita.
Kenalilah diri dan hati kita. Nescaya, pasti kita semakin dekat dengan ALLAH dan tabah serta sedia menghadapi segala apa jua yang berlaku sehari-harian. Pasti juga kita akan sentiasa bermotivasi dari hari ke hari untuk menjadi yang terbaik. Matlamat hidup insyaAllah akan tercapai dan makbul. Sentiasalah kita berbicara dengan hati serta janganlah lupa berdoa kepada ALLAH untuk menetapkan hati kita senantiasa di jalanNYA InsyaAllah berbahagia.Sesungguhnya ALLAH tisak memandang kepada rupa dan harta benda kamu, tetapi hanya memandang kepada hati dan amal kamu
Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah
Ketahuilah bahawa hati selalu menginginkan sesuatu yang sempurna sebagai contoh di dalam pengertiani CINTA, kekayaan, impian dan sebagainya. Ketahuilah ALLAH amat menitikberatkan kesempurnaan dan kekayaan hati. CINTA menuju kekayaan hati kerana ALLAH dan ISLAM adalah yang terutama. Tidak perlulah terlalu mengagungkan CINTA dan mencari kekayaan tanpa mencari redha ALLAH. Tidak salah mencari CINTA sejati dan kekayaan tetapi hendaklah berteraskan niat yang suci berlandaskan syariah ISLAM.
Peliharalah hati dan perasaan kita dan itu menandakan kesyukuran kepada ALLAH dari aspek kehidupan kita sehari-hari. Sesungguhnya kesyukuran dalam memelihara diri adalah menjadi keutamaan dalam kehidupan kita sebagai makhluk yang bernyawa. Itulah paras keikhlasan kita kepada ALLAH sahaja.Yang dinamakan kekayaan itu bukanlah banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan hati (jiwa
Riwayah Abu Ya'la
Setiap hari kita dimestikan bermotivasi dan sentiasa berusaha menjadi yang terbaik. Mulakanlah dengan niat yang baik dan cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan akhirat. Ilmu yang ada dihati diamalkan tanpa rasa ragu-ragu. Tetapkanlah hati kepada rasa keimanan dan penyerahan sepenuhnya kepada ALLAH.
Jauhilah kerosakan hati dan jiwa dan hidarkanlah ia dari bersarang di dalam sanubari kita. Antara penyakit hati adalah hasad dengki, mengadu domba, tamak, penting diri, kecewa, seks bebas dan berbagai-bagai lagi. Ubatilah hati dan bersih, sucikan dengan ketaatan di jalan ALLAH. Nescaya berbahagia di jalan yang luhur serta mendapat CINTA sejati iaitu CINTA ALLAH. Redha digarap dalam niat yang suci dan murni dengan menjalankan amalan dengan ikhlas.Ya ALLAH, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepadaMu
Riwayat Muslim
Sesungguhnya segala amal itu adalah menurut niat dan untuk setiap manusia ialah apa yang diniatkan
Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Umar R.A
Berbagai cara telah diajarkan oleh ISLAM tentang tips-tips untuk mengubat hati sebagai contoh beribadat kepada ALLAH, Berbaik sangka, sentiasa tersenyum, Muhasabah, terapkan sifat maaf dan lain-lain lagi. InsyaAllah pasti ketenangan hadir di dalam kehidupan kita sehari-hari.Terapkan Mahmudah dan jauihi Mazmumah. InsyaAllah...Berdoalah selau kepada ALLAH.Hati dan jiwa yang suci bersih meluhurkan hubungan di semua pihak
0 Response to "Hati dan Perasaan"
Post a Comment