Erti CINTA yang seterusnya adalah mempunyai KeCINTAan kepada Keimanan. Ini adalah tersangat penting dalam melafazkan rasa CINTA yang sebenar. Sebenarnya rasa CINTA mempunyai pelbagai elemen dan aspek. Tetapi jangan dilupa kepercayaan dan keCINTAan yang terutama adalah kepada yang sebenar-benarnya iaitu ALLAH. Di sini eloklah jika kita benar-benar memahi konsep CINTA kepada Keimanan.
Ingatkah ketika kita masing-masing di ajar di sekolah mengenai Rukun Iman. "Rukun Iman ada berapa perkara" Cikgu bertanya, "6 Perkara Cikgu" Jawab kita. Nah, Ingatkah kita bagaimanakah perasaan kita mengenai perkara Rukun Iman yang diwajibkan kepada kita semua. Sebagai umat ISLAM wajiblah kita mempercayai ke-enam-enam rukun yang termaktub. Jika salah satu kepercayaan hilang maka hilanglah keimanan yang sepatutnya tersemat di dalam fitrah sebagai umat ISLAM. Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman:
Persoalan: Yang mana satu benar, PERCAYA ataupun CINTA? Jawapan: Kedua-duanya benar melainkan benar belaka. Elemen PERCAYA dan CINTA menjadi aspek keimanan yang penting di dalam menyatakan keimanan yang tersemat. Seringkali kita berkata kepada CINTA manusia dan kini tibalah masa kita melihat dengan sebenar aspek CINTA yang sebenar-benarnya termaktub. Iaitu CINTA kepada Keimanan."Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota)."
Bukan sekadar percaya tetapi saya ingin mengajak pembaca semua mencintai keimanan yang nyata sepertimana terkandung di dalam syariah ISLAM.
- CINTA kepada ALLAH
- CINTA Kepada Rasul-Rasul
- CINTA kepada Malaikat-Malaikat
- CINTA kepada Kitab-kitab
- CINTA kepada Qada' Qadar
- CINTA kepada Hari Qiamat
Sebelum kita mencintai yang lain CINTAilah keseluruhan apa yang ada pada ISLAM terutamanya kepada iman yang jitu. Rungkaian CINTA kepada Keimanan telah dibuktikan dengan jelas di dalam Al-Quran Karim.
CINTA Kepada ALLAHInilah maksud CINTA Kepada Keimanan. Sesungguhnya Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal atau yang jelas dan erti kata lain ialah CINTA.
KeCINTAan kepada ALLAH adalah yang terutama sekali perlu ada dalam jiwa setiap Muslim. Ini adalah erti CINTA yang sebenar-benarnya. Saban kali saya tekankan bahawasanya cintailah ALLAH terutama nescaya kecintaan yang lain pasti berlaku. Keikhlasan dan kejujuran pasti muncul dalam setiap CINTA di dalam dunia yang mana hanya kerana ALLAH.
Persoalan: Bagaimana untuk menzahirkan rasa CINTA atas segala-galanya kepada ALLAH semata-mata. Jawapan: InsyaAllah perkara yang baik kepada ISLAM, diri dan juga insan lain yang dilakukan ikhlas sudah pasti membuahkan rasa CINTA kepada ALLAH. Peribadi Muslim sejati pasti melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan di dunia semata-mata tetapi balasan baik di akhirat.
CINTA Kepada Rasul-Rasul
Kepercayaan dan keCINTAan kepada Rasul-Rasul yang diutuskan ALLAH menyampaikan petunjuk dan pengajaran kepada kita semua menjadi satu kepentingan dalam kehidupan sehari-harian kita. Sifat-sifat Rasul yang termaktub iaitu Siddiq- Membenarkan, Amanah-Kejujuran, Tabligh-Menyampaikan, Fatanah-Bijaksana dan lain-lain kebaikan mengajar kita supaya mengikut cara dan peribadi mulia Rasul-Rasul yang terbaik. Sesungguhnya Rasul-Rasul yang diutus ALLAH adalah 'Role Model' yang sebenar bagi kita.
Apakah jawapan kita apabila ditanya, "Siapakah Role Model' kita". Pertama-tama kali sepatutnya kita dahulukan dengan Rasulullah kerana baginda mempunyai segala-gala kebaikan akhlak dan peribadi.Mencintai Rasul bererti mencintai daku (ALLAH)
CINTA Kepada Malaikat-MalaikatBagaimanakah kita ingin melafazkan rasa CINTA kepada para Malaikat. Cara menzahirkan adalah cukup dengan mempercayai adanya malaikat ciptaan ALLAH untuk melaksanakan tugas-tugas yang di amanahkan. Bagaimanakah rupa Malaikat, tidaklah perlu kita persoalkan. Cukuplah jika kita mengetahui malaikat dijadikan ALLAH dari Nur iaitu cahaya.
Malaikat tidak sekali-kali akan menderhakai segala perintah ALLAH. Bahkan Malaikat tidak terdiri daripada jisim dan tidak diberikan nafsu untuk makan, minum atau tidur. Sepanjang masa adalah mentaati perintah ALLAH.Persoalan: Adakah kita masih ingat kepada 10 Malaikat yang di ajarkan kepada kita? Renung-renungkan lah.
CINTA Kepada Kitab-Kitab
Menpercayai kitab-kitab menjadi kemestian kepada kita. ALLAH telah menurunkan Taurat kepada Nabi Musa a.s, Zabur kepada Nabi Daud a.s, Injil kepda Nabi Isa a.s dan Al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Membenarkan dengan segala-galanya Al-Quran adalah kitab yang masih kekal sehingga ke hari ini serta beramallah kita ke atasnya juga jadikanlah sebagai panduan.Meyakini serta membenarkan kitab yang lain tetap wajib bagi kita tetapi kitab yang telah dijanjikan ALLAH kesempurnaan sampai bila-bila adalah Al-Quran. Persoalan: Berapa kalikah kita membacakan Al-Quran serta memahami makna-makna yang tersurat serta tersirat. Jika kita menghafal lagu-lagu CINTA mengapakah kita tidak berazam dan berusaha untuk menghafal dan memahami isi AL-Quranul Karim.
CINTA Kepada Qada' Qadar
Apakah itu Qada' Qadar? Telah pun diketahui bahawa ianya adalah ketentuan yang telah ditetapkan ALLAH ke atas diri kita sedari kita berada di luh Mahfuz lagi. "It's your Destiny" Inilah ayat yang selalu diperkatakan. Apakah perkara yang menjadi ketentuan yang nyata dan tetap untuk kita. Apakah pula ketentuan yang boleh di ubah? Jawapan: Jodoh dan Kematian adalah ketentuan ataupun ketetapan- Qadar. bagi Qada' pula ia lebih bermaksud kepada keputusan perlaksanaan mengikut usaha yang kita lakukan. Sebagai contoh dalam perniagaan sudah pasti ada untung rugi. Jika kuat berusaha InsyaAllah kejayaan akan mengiringi.CINTA Kepada Hari Qiamat
Hari pengakhiran dan kemusnahan pasti akan tiba. Yang penting kita percaya dan beriman kepada kehadirannya. Tidak kira bila detik, saat, jam, tahun, bulan ia pasti akan muncul sepertimana yang diberitahu ALLAH. Adakah kita bersedia menghadapi hari yang pasti dan bagaimanakah kita beriman dengannya.Selepas hari kehancuran hari kebangkitan akan dihadirkan untuk kita semua. Di masa itulah ketentuan dihimpunkan semua insan di dunia di padang masyar tanpa ada hubung kait dan mengenali seisapa jua. Di syurga atau neraka ketetapan kita terserah kepada amalan di dunia ini. InsyaAllah amalan yang berterusan berdasarkan keCINTAan kepada ALLAH dan ikhlas pasti ke syurga akhirnya.
Barang siapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya karena Allah swt
Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah
0 Response to "Erti Cinta~CINTA Kepada Keimanan"
Post a Comment