Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Talent Development Consulting julung kalinya akan menganjurkan KEM SEKOLAH INOVASI untuk seluruh pelajar sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk turut serta bermula umur 9-17 tahun.
Kem ini akan diadakan pada 10-12 Disember 2010 (Jumaat-Ahad) di Kem Nur Laman Bestari. Yuran penyertaan hanya RM400 sahaja meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan (bas), aktiviti-aktiviti, buku, hadiah-hadiah serta pelbagai keistimewaan lagi.
Untuk mendaftar mohon hubungi 03-41431075 atau 012-3052143.
Info: Pendaftaran awal, diskaun akan diberikan. Juga diskaun untuk bawa adik beradik atau kawan untuk turutserta kem.
Berikut adalah merupakan antara koleksi buku rujukan TALENT DEVELOPMENT CONSULTING (TDC) yang sedia ada di pasaran serta yang akan terbit. Semua koleksi buku ini adalah ditulis oleh semua jurulatih TDC sendiri dan semuanya adalah terbitan PTS.
Antara yang telah terbit dan sedia ada di pasaran adalah:
- Tip Menjadi Individu Menarik
- Membina Karisma
- Menjadi Remaja Berkarisma
- Kuasa Karisma
- Anggun di Luar Serlah Pesona Dari Dalam
- Anda Berkarisma Apabila..?
- Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?
- Kunci Menjadi Individu Berkreadibiliti
- Apa Bakat Saya?
- Sekolah Bakat
- Saya Remaja Inovatif
Buku-buku lain yang bakal terbit adalah:
- Revolusi Bakat
- Sekolah Bakat: Selamat Datang ke Sekolah Masa Hadapan
- Chemistry of Talent
- Karyawan Abad ke-21
- CEO Bertopi Merah
- Eksplorasi Bakat Kepimpinan
- Kalaulah Kita Tahu Bakat Anak-Anak Kita
- Guru Sebagai Pembangun Bakat
- Sekolah Inovasi
- Dunia Inovasi
- dan lain-lain lagi...
Untuk pengetahuan, semua buku-buku ini akan menjadi rujukan modul utama program-program
yang akan dianjurkan serta dikendalikan oleh TDC.
Untuk makluman lanjut boleh hubungi kami.
Hebahan.
Berikut adalah muka hadapan buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' yang dijangka berada di pasaran pada bulan Oktober. Buku inovasi pertama ini perlu dimiliki oleh setiap para peminat buku. Buku ini disasarkan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah, namun sesuai juga dibaca oleh ibu bapa, para pendidik serta sesiapa sahaja.
Jangan lupa dapatkan di pasaran nanti ya.
INFO: Buku ini akan menjadi buku rujukan utama KEM SEKOLAH INOVASI anjuran kami, Talent Development Consulting di bawah jenama School of Innovation yang akan diadakan bermula cuti sekolah akhir tahun 2010.
Have a look at this. This shows what 21st century learning skills all about.
The future of education is focusing on 'realistic' value. 21st century learning is digitalizes and based on technology and its true. Have a look at Renzulli Learning, Alvin Toffler Future School, Big Picture School and many more.
They enhance the way of learning and do 'real' thing with your best.

We believe learning should be for future and based on the talent not just A. The model is much realistic. I believe the component in Next Generation Learning is one of the kind such of Renzulli Learning and others.
All of them focus on technology not just target for A but in use of have fun in learning, doing research, play games, browse site, activities. They enhance the way of learning and do 'real' thing with your best.

We believe learning should be for future and based on the talent not just A. The model is much realistic. I believe the component in Next Generation Learning is one of the kind such of Renzulli Learning and others.
All of them focus on technology not just target for A but in use of have fun in learning, doing research, play games, browse site, activities. They enhance the way of learning and do 'real' thing with your best.
Let's live with true realistic method and opportunities for overall.I believe everyone should be personalized.
Pada tahun 2000, ada satu nazar yang saya lakukan sendiri;
"10 tahun akan datang aku akan datang sekolah semula untuk memberi nilai kepada seluruh para pelajar hari itu."
Alhamdulillah, pada 27 Julai 2010 (Selasa) yang lepas nazar saya telah ditunaikan. Perkongsian kepada para pelajar tingkatan 5 (SPM) dan juga 6 (STPM) amat bermakna sekali pada saya. Walaupun masa yang singkat dan terhad, dapat juga saya persembahkan sesuatu nilai kepada para pelajar tersebut. Lokasinya di surau Al-Falah yang mana nostalgia saya sepanjang tahun 1996-2000 di sana. ( Ustaz Fauzi, Ustaz Mujeini, Ustaz Ghani, Ustaz Suliman Sujak, Ustaz Yusof, Ustaz Azmi Mamat, Ustaz Rosli, Ustazah Zaini, Ustazah Khadijah, Ustazah Faridah, serta seluruh ustaz dan ustazah..Terima kasih sepenuhnya diucapkan)
Terima kasih kepada guru kaunseling, Ustazah Cik Siti Khadijah kerana mengaturkan pertemuan saya bersama para pelajar. Jika mengikut perancangan, saya ingin sekali untuk berkongsi rasa pada majlis sambutan hari guru yang lepas, tetapi jadual tidak mengizinkan saya.
Sempena nifsu Syaaban kali ini yang mana pihak sekolah mengadakan hari berpuasa untuk semua, saya seronok dan syukur dapat melihat dan berkongsi rasa kepada adik-adik yang telah lama saya tinggalkan. Saya melihat seakan-akan saya dahulu yang duduk di tempat mereka hari ini. Nostalgia lama seolah-olah terimbau kembali. Terasa rindu pula pada suasana dahulu di sekolah bersama guru-guru dan sahabat yang bermacam ragamnya.
Tiada topik khusus yang saya kongsikan kepada mereka kecuali sejarah saya di sekolah, impian yang saya bina semasa di sekolah, harapan saya serta berkongsi dunia semalam dan dunia hari ini. Jika dahulu dunia saya sebagai pelajar sekolah tetapi dunia hari ini sudah sudah jauh berbeza.
Seperti biasa, setiap kali saya berceramah saya akan membentangkan elemen bakat. Saya percaya di mana saya pergi bakat perlu diraikan dengan sepenuhnya. Ia pasti akan membangkitkan nyala rasa setiap para pelajar untuk lebih cemerlang daripada biasa. Apabila saya perhatikan sememangnya bakat-bakat di sini perlu diraikan. Tidak dilupa juga merungkai memori lama semasa di sekolah sebagai pelajar yang memakai baju ungu dahulu.
Dunia hari ini dalam abad ke-21 para pelajar perlu lebih mematangkan diri atas dunia hari ini penuh dengan pelbagai peluang dan jalan untuk cemerlang. Ilmu dan pengalaman perlu bermula daripada sekarang untuk meninggalkan jejak legasi sebagai individu yang mementingkan kejayaan bukan sekadar untuk diri sendiri malah orang lain.
Sifat mementingkan diri sendiri sebenarnya tidak cukup untuk berjaya dengan kadar sebenar. Ia perlu lebih meluas. Bakat perlu ditonjolkan dan perlu dibangkitkan mulai hari ini. Jika dahulu saya langsung tidak didedahkan dengan dunia bakat yang sebenar, tetapi hari ini saya pasti akan berkongsi setiap perkara berkenaan bakat. Saya percaya halatuju mereka akan semakin jelas.
Setiap para pelajar menampakkan impian untuk berjaya. Namun pendedahan kejayaan sebenar perlu bermula hari ini yang akan mencipta masa hadapan. Setiap ilmu perlu diamalkan dan matlamat perlu jelas. Bukankah pepatah Arab ada menyatakan "ilmu tanpa amal umpama pepohon yang tidak berbuah."
Sedikit sebanyak, dalam perkongsian kali ini harapan saya minda para pelajar hari ini lebih terbuka untuk berfikir lebih matang serta mencipta legasi mereka sendiri. Dunia hari ini memerlukan individu yang sentiasa berimpian dan berusaha sepenuhnya ke arah impian yang dibina. Saya doakan mudah-mudahan persiapan mereka untuk menghadapi peperiksaan pada tahun ini dipermudahkan.
InsyaAllah tahun hadapan rancangannya adalah untuk berkongsi penuh dengan seluruh pelajar SMKA Bandar Penawar dalam satu proses dan jangka masa yang lebih panjang. Ada impian dan harapan sendiri saya kepada sekolah yang dahulunya tempat saya menuntut ilmu ini.
SMKA Bandar Penawar, saya akan datang lagi!

Apa yang kita sama-sama dapat lihat daripada lukisan di atas? Apa agaknya yang terdetik dalam fikiran kita? Seperti suasana sekolah pun ada ya.
Pasti perlbagai kenyataan terbit dari kita masing-masing. Ya. Satu lukisan yang penuh dengan sejuta makna. Jika lukisan Monalisa hasil karya Da Vinci dikatakan mengandungi maksudnya yang tersendiri, lukisan di atas juga mempunyai nilai dan maksudnya. Mari kita menilaikan sama-sama apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.
Jelas di atas mempamerkan semua para pelajar melakukan sesuatu yang mereka sukai dalam pelbagai lapangan bidang. Di sini bakat diraikan sepenuhnya untuk meraih potensi masa hadapan. Mereka semua mengaplikasikan bakat-bakat yang ada pada diri mereka. Ada yang melukis, bersukan, membuat robotik, berceramah, bermain alat muzik, berkebun, bertukang dan bermacam-macam lagi.
Apa yang mahu kami gambarkan di sini adalah alangkah meriahnya jika bakat-bakat diraikan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sudah pasti mereka mempunyai halatuju yang jelas dan memfokuskan kepada bakat serta kekuatan masing-masing. Aktiviti secara hands-on bukan sekadar teori dipraktikkan semata-mata.
Dengan insiatif inilah kami menganjurkan Sekolah Bakat, sekolah masa hadapan. SELAMAT DATANG! Dijemput hadir ke Sekolah Bakat semua. Di sini kami meraikan bakat setiap individu.
Nations that Develop Talents of their citizens will dominate the future - Peter Drucker



