Sekolah Bakat: Selamat Datang ke Sekolah Masa Hadapan
Posted by
Helmi Suhaimi
On
Wednesday, August 11, 2010
Apa yang kita sama-sama dapat lihat daripada lukisan di atas? Apa agaknya yang terdetik dalam fikiran kita? Seperti suasana sekolah pun ada ya.
Pasti perlbagai kenyataan terbit dari kita masing-masing. Ya. Satu lukisan yang penuh dengan sejuta makna. Jika lukisan Monalisa hasil karya Da Vinci dikatakan mengandungi maksudnya yang tersendiri, lukisan di atas juga mempunyai nilai dan maksudnya. Mari kita menilaikan sama-sama apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya.
Jelas di atas mempamerkan semua para pelajar melakukan sesuatu yang mereka sukai dalam pelbagai lapangan bidang. Di sini bakat diraikan sepenuhnya untuk meraih potensi masa hadapan. Mereka semua mengaplikasikan bakat-bakat yang ada pada diri mereka. Ada yang melukis, bersukan, membuat robotik, berceramah, bermain alat muzik, berkebun, bertukang dan bermacam-macam lagi.
Apa yang mahu kami gambarkan di sini adalah alangkah meriahnya jika bakat-bakat diraikan sejak mereka di bangku sekolah lagi. Sudah pasti mereka mempunyai halatuju yang jelas dan memfokuskan kepada bakat serta kekuatan masing-masing. Aktiviti secara hands-on bukan sekadar teori dipraktikkan semata-mata.
Dengan insiatif inilah kami menganjurkan Sekolah Bakat, sekolah masa hadapan. SELAMAT DATANG! Dijemput hadir ke Sekolah Bakat semua. Di sini kami meraikan bakat setiap individu.
Nations that Develop Talents of their citizens will dominate the future - Peter Drucker
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Sekolah Bakat: Selamat Datang ke Sekolah Masa Hadapan"
Post a Comment