Akan datang: Cara mengenalpasti kelemahan.
Setiap individu mempunyai kekuatan dan juga kelemahan. Ini lumrah dan fitrah kita sebagai manusia. Namun, analogi kelemahan perlu diperbaiki ditukarkan kepada kekuatan dan dihapuskan menyeluruh adalah tidak benar. Sama ada kita sedar atau tidak, memperbaiki kelemahan tidak menjadikan ianya hebat, ia sekadar mengurangkan risiko. Ia sekali-kali tidak akan menjadi kekuatan.
Mana satu pilihan anda? KEKUATAN atau KELEMAHAN? Mesej yang ingin disampaikan adalah fokuskan pada kekuatan dan uruskan kelemahan.
Contoh kisah
Saya suka berkongsi cerita untuk kita lebih sama-sama jelas kebaikan memfokuskan kepada kekuatan. Ahmad adalah seorang pegawai pemasaran yang hebat. Jualan yang dilakukannya sentiasa antara yang terbaik. Ahmad yang mempunyai bakat interpersonal mudah mendekati ramai pihak untuk mempromosikan produk dan program syarikatnya. Setiap bulan sudah pasti lebih RM10,000 jualan yang diraihnya.
Cuma dia agak lemah dalam menyediakan laporan dan maklumat pemasaran. Apabila diminta oleh pihak pengurusan, dia sentiasa terlewat. Atas kelemahan itu dia sentiasa stres dan runsing dengan tugasannya yang satu lagi iaitu pemasaran. Sehinggalah pada satu masa Ahmad mencari seorang pembantu untuk menyediakan laporan dan maklumat gerak kerja. Sudah pasti seorang yang intrapersonal amat sesuai atas untuk bekerja sendiri.
Selepas daripada itu, jualan yang dilakukan oleh Ahmad meningkat dari semasa ke semasa. Bulan pertama sahaja jualannya meningkat 20%. Laporan yang diminta pihak pengurusan pula dapat disiapkan dengan segera.
Apa pendapat anda daripada kisah Ahmad tadi? Ya betul. Ahmad memfokuskan pada kekuatan yang dimilikinya dan menguruskan kelemahannya. Dia amat hebat dalam pemasaran, jadi tugasan lain perlu diserahkan kepada pihak yang lebih pakar. Oleh kerana itu dia semakin cemerlang dalam pemasaran. Semakin hari produktiviti dan effisiensi Ahmad semakin meningkat.
Bagaimana dengan kita? Ya, kita juga begitu. Fokuskan pada kekuatan dan uruskan kelemahan. Let's do our best.
Managing our weaknesses allows our strengths to overpower them, ultimately making them irrelevant.
Akan datang: Cara mengenalpasti kelemahan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Fokuskan Pada Kekuatan & Uruskan Kelemahan"
Post a Comment