INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Doa Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 0 comments
Doa Pernikahan

Ya Allah,
Jadikanlah pernikahan kami pernikahan yang barakah
Pembuka pintu rahmat bagi kami, keluarga kami dan umat
Penyempurna keislaman kami
Tungku tempat kami menempuh sabar dan syukur
Sekolah tempat kami belajar menjadi dewasa
Jalan kami menggapai cinta-Mu

Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami
Maafkan segala khilaf kami
Luruskan niat kami
Sucikan hati kami
Kuatkan tekad kami
Bimbing kami
Lindungi kami dari segala tipu daya syaitan
Agar kami dapat meniti jalan baru ini, demi menggapai redha-Mu

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup kami
Dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikan kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa

Amiiin.

Erti Cinta~Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 1 comments

Erti Cinta~ Pernikahan

"Aku terima nikahnya.....dengan mas kahwin....tunai"

Apabila mengatakan tentang CINTA- lelaki dan perempuan- pasti tidak boleh dipisahkan dengan PERNIKAHAN. Semestinya ia berkaitan antara satu dengan yang lain. CINTA tanpa impian pernikahan adalah sesuatu yang tidak relevan dan niat yang salah. Tetapi haruslah diingat rasa CINTA sebelum perkahwinan bukanlah matlamat yang sebenar. Biarlah CINTA hadir dengan sendirinya InsyaAllah selepas diijabkabulkan.

Rukun Nikah

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Saksi
  4. Wali
  5. Akad-Ijabkabul

Apa jua perasaan sebelum diijabkabulkan tidak menjamin keharmonian dan kebahagiaan di dalam rumahtangga. Percaya atau tidak ramai yang menitikberatkan perasaan CINTA hadir sebelum pernikahan berlangsung. "Saya tidak cintakan awak, macam mana kita nak kahwin dan hidup bersama?" Sudah pasti kata-kata ini akan dilafazkan oleh seseorang yang terlalu menitikberatkan rasa CINTA. "Saya tak mahu roh saya menderita dan awak juga pasti akan menderita". Menderita atau tidak bukan kerana rasa CINTA.

Memang tidak dinafikan setiap makhluk yang bernyawa pasti mempunyai rasa CINTA.Jika diselidik dengan sebenar-benarnya, kita akan mendapati rasa CINTA bukan sahaja dikurniakan oleh ALLAH tetapi Syaitan juga boleh menerapkan rasa CINTA di dalam hati kita. Pernahkah kita mendengar ayat "CINTA pertama tidak boleh dilupakan". Saya yakin jawapannya pasti "YA". Ada pernikahan dan rumahtangga yang hancur dan musnah kerana orang ketiga yang biasanya "kekasih lama dan yang pertama". Pada saya sifat begini haruslah dielakkan sepenuhnya kerana mengapa "Yang pertama" masih dijadikan jalinan diingatan padahal telah pun menjalinkan hubungan dengan "si dia" yang setia.

Kita melihat ramai yang berCINTA sebelum pernikahan tetapi ia semestinya tidak menjamin kebahagiaan. Pernikahan itu biarlah kerana ISLAM tidak semestinya kerana CINTA. InsyaAllah kerana ISLAM terutama pasti rasa CINTA akan timbul. Telahpun saya rungkaikan cara-cara untuk rumahtangga bahagia sebelum ini. jadi amatilah semua dah fahamilah maksud yang tersurat dan tersirat dengan jelas. InsyaAllah pernikahan dengan ijab yang dilafazkan pasti membahagiakan ke akhir hayat di dunia dan akhirat.

Perkara yang terutama dilakukan sebelum membuat keputusan melangsungkan dan menjalankan pernikahan adalah ISTIKHARAH yang mana memohon pertolongan dan keputusan kepada ALLAH. Tetapi harus diingat bahawa istikharah yang dilakukan bukanlah setelah menjalinkan hubungan selama 4 tahun. Mulakanlah dengan jelas dan secara tekun sebelum membuat pilihan. Jika tidak pastilah masa dan wang dibazirkan. Begitu juga hati dan perasaan antara dua belah pihak pasti ada yang kecewa.

Setelah tiba masanya pastilah ijab dilafazkan dengan sepenuh hati. Terapkanlah rasa keikhlasan dan kejujuran kerana ALLAH. InsyaAllah berbahagia. Di permulaan kata saya telah mempamerkan kata-kata dan masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan terutamanya pihak lelaki. Apabila selesai dilafazkan pastilah bermulanya era baru di dalam kehidupan sebagai pasangan suami dan isteri. terikatlah dua jalinan kekeluargaan. Amanah juga mesti dijalankan sepenuhnya dalam pelayaran bahtera. Tanggungjawab bertambah dan kedua-dua mestilah bantu membantu dan bekerjasama sentiasa. Perselisihan faham dan petengkaran mestilah di selesaikan dengan sebaik-baiknya.

Syariah ALLAH mestilah sentiasa dipelihara dan setiasa di jaga. InsyaAllah anak-anak yang soleh solehah dilahirkan pasti membawa sinar kebahagiaan yang berterusan di dalam sinar CINTA selepas pernikahan atau ijabkabul.

Tips-tips rasa CINTA dihadirkan dalam hati dan jiwa kerana ALLAH.

“Ya Allah, jadikanlah aku dari kekasih-kekasihMu. Sesungguhnya Engkau jika mengasihi seorang
hamba, maka Engkau akan ampunkan dosanya walaupun ianya besar, dan Engkau akan terima
amalannya walaupun kecil.” Sesungguhnya Nabi Daud as berdoa dengan ucapan “Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kecintaanMu, dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan
amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu
sesuatu yang lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku, hartaku dan daripada air dingin.”

Telah berkata Rasulullah saw :
“Telah datang TuhanKu kepadaku dalam mimpi seraya berkata Wahai Muhammad ucapkanlah
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan
amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu”.

Di antara doa Rasulullah saw adalah :
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kecintaanMu dan kecintaan orang yang memanfaatkan aku
kecintaannya di sisiMu. Ya Allah, segala apa yang Engkau berikan padaku dari apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia suatu kekuatan bagiku bagi apa yang Kau cintai.”

Amatilah ayat ini. Menunggu masa dilafazkan.

"Kulafazkan kata keramat di kala ini bukti keikhlasanku padamu. Dirimu kuCINTAi kekasihku, pemata permaisuri hatiku. Syurga matlamatku bersamamu"

Helmi Suhaimi

Pengajaran Dari Kegagalan

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, November 28, 2008 0 comments

Pengajaran Dari Kegagalan

KEGAGALAN. Satu perkataan yang pasti tidak mahu ditempuhi oleh semua insan. Teramat perit dan pedih berlakunya kegagalan. Ramai yang beranggapan gagal bererti hancur dan musnah segala-galanya. Ada juga merasakan gagal bererti tewas dalam mengharungi kehidupan. Saya sendiri mengakui bahawasanya gagal itu memedihkan dan amat susah diterima.

Tetapi BERANI GAGAL ataupun DARE TO FAIL adalah sesuatu ayat yang memberi kekuatan dalam jiwa sanubari. Inilah sepatutnya dimiliki oleh kita semua. Ialah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk semakin maju ke hadapan. Yang bermaksud di sini adalah 'mengambil pelajaran dan pengajaran' daripada kisah kegagalan dan itulah yangs ebaik-baiknya. Kita tidak perlu berputus asa dan bersedih dengan kegagalan. Walkaupun begitu sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia bersedih jika gagal. Apa-apa jua muhasabah lah yang menjadi elemen terpenting untuk menghadapinya.

Terdahulu saya telah menerangkan tentang jang bersedih..ujian dari ALLAH. Ia sememangnya benar dan gagal itu sendiri adalah ujian dan dugaan daripada ALLAH. ALLAH ingin menguji sejauh mana kekuatan yang dipunyai kita untuk menghadapinya. Dan itu jualah yang menunjuki kasih sayang ALLAH kepada diri kita.

Persoalan: Pernahkah kita GAGAL dalam kehidupan kita. Jawapan: Sudah pasti. Cuba kita renung-renungkan sepanjang perjalanan dalam kehidupan hari-hari kita. Pasti ada liku-liku dalam kegagalan. Minat saya menceritakan kembali kisah-kisah kegagalan. Tahukah kita berapa kali adik beradik Wright telah gagal dalam percubaan mencipta 'sesuatu' yang boleh membawa manusia terbang. Yang pasti tidak terkira banyaknya. Jika mereka bosan dan 'fed-up' fikirkanlah adakah kita akan mempunyai air-bus di zaman ini? Pasti tidak. Malah ramai lagi 'inovators' gagal dalam eksperimen mereka. Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah jangan mengaku kalah!

Dari 20% kejayaan sudah pasti telah menempuh 80% kegagalan. "Don't ever give up, success will come" Inilah pesanan yang selalu bermain dalam fikiran saya. Islam sendiri menyarankan kita sentiasa berfikiran positif. Bahkan musuh yang di hadapan kita pun sentiasalah kita berpikiran positif. Senyumlah. Tidak perlu membenci sesiapa jua sebagaimana sifat Rasululullah yang memaafkan sesiapa saja. Inilah ketenangan yang sebenar-benarnya.

Apabila gagal janganlah kita merungut. Katakanlah "Alhamdulillah, aku cuba lagi. InsyaAllah berjaya". Ditekankan di sini konsep "kesyukuran". Disarankan kepada kita bersyukurlah sentiasa dan sentiasa lafazkanlah Alhamdulillah. Kita sendiri menyaksikan pelbagai rintangan dan halangan ditempuhi Rasulullah dalam perjuangan menyebarkan Islam. Alhamdulillah, baginda sentiasa sabar dan tersenyum dalam kehidupan baginda. Tidak pernah merungut dan mengaku kalah. Bermaksud, jika apa yang kita lakukan itu jika bermanfaat kepada Islam, diri dan yang lain teruskanlah berusaha. Gunakanlah formula D.U.I.T yang saya tekankan sebelum ini. InsyaAllah kejayaan akan mengiringi.

InsyaAllah kemanisan dari kisah kegagalan akan membuatkan kita terasa puas dan tersenyum apabila kejayaan menjelma. Jika mengikut pemerhatian, ramai yang telah menyerah kalah dan membuat kerja separuh jalan apabila telah gagal. Alhamdulillah bagi yang sentiasa tabah dan terusan berusaha tanpa mengenal jemu. Sebenarnya, kecewa dari kegagalan akan merosakkan kita. Belajarlah dari kegagalan. Apa yang penting adalah kita tidak mengulangi kisah kegagalan kita. Jangan ulangi aspek dan elemen yang menjadikan kita gagal.

"CHANGE". Inilah perkataan yang amat bermakna. Yang bermaksud berubah. Berubahlah kita dari aspek cara dan tindakan kita sebelumnya. Just improve it. Perbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan dan teruskan berusaha. Jika perkara yang kita lakukan itu bermanfaat maka janganlah kita menyerah kalah. Yang penting kita dapat belajar sesuatu daripada kegagalan yang lepas.

Pelbagai contoh dapat kita saksikan di mana-mana sahaja kisah kehidupan. Bill Gates pernah ditanya dalam satu temuduga ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates memberikan jawapan ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!' Boleh dikatakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesungguhan dan tenaga akan bertambah.

Amat penting untuk kita merenung kembali dan bermuhasabah dalam menyelesaikan kegagalan yang berlaku. InsyaAllah kejayaan akan menjemput kita. Jangan menyerah kalah dan perbaiki tugas yang kita lakukan. Fobia dan lesu mesti dielakkan sepenuhnya. Rehatkanlah minda dan berfikir sejenak 30 minit merenung kembali mengapakah kita gagal dan apakah perubahan serta penyelasaian yang perlu kita lakukan selanjutnya.

Buktikan kemampuan kita. Terutamnay dalam mencapai impian dan cita-cita yang seringkali di idam-idamkan oleh diri kita. Hidup kita penuh dengan teka teki dan persoalan. Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya.

Jika bersedia untuk BERJAYA, bersedialah juga untuk GAGAL.

No matter the troubles or adversity, if you just keep looking onward, a path will open up before you!

In 99% FAIL there will be 1% SUCCESS. Even 99.99% FAIL stil 0.01% SUCCESS


Just Believe!! The SUCCESS will appear to YOU


Erti Cinta~Ikhlas Aku Padamu

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, November 27, 2008 0 comments


Erti Cinta~Ikhlas Aku Padamu

"Ikhlas ke tak ni?" Kata-kata yang seringkali diucapkan oleh seseorang apabila seseorang memberikan sesuatu. "Jawapan yang sering dikembalikan adalah "IKHLAS". Tetapi adakah kita benar-benar melafazkankannya secara jujur dan datang dari sanubari. Sememangnya kata-kita ini mudah untuk dilafazkan. Percaya atau tidak perkataan IKHLAS boleh datang dari niat yang tidak elok. Sesungguhnya marilah kita memperbetulkan niat apabila melafazkan perkataan yang amat indah maknanya "IKHLAS".

Amatlah luas dan besar menjadikan kita benar-benar IKHLAS dalam setiap tindakan yang kita lakukan sehari-harian. Keimanan kepada ALLAH juga dimestikan keIKHLASan kepada ALLAH. Inilah yang perlu dihadirkan terutama di dalam diri setiap insan yang bernyawa.

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).


Al-Isra': 65

Dimanakah terletaknya rasa IKHLAS? Persoalan ini amatlah rumit untuk dijawab oleh sesiapa sahaja. Ini adalah kerana persoalan IKHLAS menjadi rahsia ALLAH Subha na allah taala. Hanya ALLAH sahajalah yang mengetahui hati seseorang sama ada benar-benar IKHLAS dengan apa yang dilakukan. Tiada siapa yang boleh menetapkan seseorang itu IKHLAS atau tidak. Serahkanlah segala-galanya kepada ALLAH dan itulah yang sebenar-benarnya.

Elemen ikhlas perlu ada di dalam hati seseorang insan. Tanpa rasa ikhlas pastilah apa yang dilakukan tidak memberikan makna kepada si penerima. Teramatlah penting apabila kita membuat sesuatu secara IKHLAS kerana perbuatan itu menentukan sama ada kita benar-benar mengharapkan ganjaran daripada ALLAH dan tiada maksud terselindung.


Kembali kepada konsep IKHLAS di dalam perhubungan di antara pasangan kekasih. Kejujuran dan keIKHLASan amat penting supaya tiada masalah yang akan berlaku. Apa-apa jua ganjaran dan restu redha daripada ALLAH sahaja lah yang diharapkan. Percintaan yang bahagia hadir dari rasa IKLHLAS yang sangat tebal. Jalinan CINTA yang tersemat mestilah dibuktikan. Kerana itulah yang dilafazkan semasa ijabkabul.

"Aku terima nikah nya..."

Suami Isteri mestilah sepakat di dalam setiap perkara dan biarlah kerana ALLAH. Dalam rumah tangga biarlah bahagia selalu. Jika ada perselihan faham selesaikanlah dengan bijak. Seperti telah dikatakan ia menjadi "asam garam" dalam jalinan suami isteri. Pada suami dan juga bakal suami, lakukan sesuatu itu cuma harapan sinar ALLAH kan hadir di dalam perhubungan. Apabila lafaz IKHLAS di buat, tunaikanlah dengan sebenar-benarnya.

Tidak dinafikan ramai remaja yang bercinta seringkali melafazkan kata-kata IKHLAS. Tetapi adakah benar IKHLAS yang dilafazkan diluahkan dengan berusaha untuk menuju "kata-kata ijabkabul" iaitu pernikahan-CINTA yang dilafazkan. Selepas di lafazkan jadikanlah CINTA itu dalam Rumahtangga yang bahagia dengan memberikan hak kepada diri, suami atau isteri dan anak-anak.

Jika dilihat perilaku remaja bercinta di luar yang man berpimpinan tangan, bercumbu-cumbuan di khalayak ramai- semasa berdoa Wallahualam, dan pelbagai lagi karenah remaja bercinta. Tidak dikira pula berapa ramai remaja yang telah terlanjur dan menghancurkan masa depan yang di harapkan ibu bapa menjadi anak-anak yang mendoakan mereka di alam yang lain.

Percayalah bahawasanya itu bukanlah IKHLAS yang sebenar tetapi IKHLAS yang di salah ertikan. Perkara sebegini perlu di jauhi kerana mencemarkan ISLAM yang syumul dan berpegang kepada syariah-syariah yang telah ditetapkan.

Luahan IKHLAS umpama permata yang bersinar-sinar di dalam hati individu yang melafazkannya. Diharapkan biarlah permata itu akan bersinar-bersinar dan berkilauan dalam dirinya. Beginilah yang diharapkan keIKHLASan yang murni. Seperti yang dikatakan tadi 'hidup bersama' pasti indah diiringi IKHLAS yang di lafazkan.

Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpal daging itu adalah hati

Muttafaqun ‘alaihi

Sabda Rasulullah telah menjelaskan jika hati benar-benar IKHLAS dan baik maka sepenuhnya perbuatan InsyaAllah baik. Inilah yang telah dilafazkan oleh ALLAH. Tidak perlulah mencari makna IKHLAS dalam diri orang lain tetapi carilah dan muhasabahlah diri kita sendiri. Cukuplah mentafsirkan niat peribadi kita dan tidak perlulah mentafsirkan niat dalam hati insan lain-biarlah serah segala-gala kepada ALLAH.

Seperti kata seorang sahabat saya, perbuatan tanpa rasa IKHLAS semata-mata kerana ALLAH seolah jasad yang tidak bernyawa. IKHLAS kerana ALLAH lah yang menjadi capaian kita dan InsyaAllah menuju syurga yang diimpi-impikan.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam

Al-An’am: 162


Marilah kita terapkan rasa IKHLAS di dalam hati dan mengharapkan redha ALLAH.

"IKHLAS aku padamu, tidak memberi harapan, tidak berharap. Segalanya ku lakulah untuk rehda ALLAH. Harapan tertinggiku.."


Helmi Suhaimi


Erti Cinta~RumahTangga Bahagia

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, November 25, 2008 0 comments

Erti Cinta~RumahTangga Bahagia

Saban harian kita di war-warkan di dalam media masaa tidak kiralah surat akhbar, televisyen dan juga internet mengenai laporan masalah penceraian, pergaduhan dan yang terbaru ancaman dan ugutan bunuh diri yang berlaku di Terengganu pada 22November 2008. Sebenarnya masalah ini telah pun berlaku sekian lama lagi. Tidak kiralah di zaman mana lagi. Sedih bila diperhatikan kes-kes yang dilaporkan. Yang perlu di cari sekarang adalah bukan sekadar jawapan semata-mata tetapi kemestian mencari penyelasaian ataupun 'solution'.

Diri mempersoalkan mengapa semua ini terjadi dan bagaimanakah untuk menyelasikannya. Isu ini mesti diberi pendedahan yang jelas kerana institusi rumahtangga dan pernikahan adalah sesuatu yang murni, suci dan berlandaskan syariah ALLAH. Penting bagi semua pendakwah dan pemikir menyampaikan ilmu berkaitan rumahtangga bahagia yang patut dikecapi oleh semua yang telah mendirikannya dan juga yang bakal mendirikannya.

Alhamdulillah, di Malaysia kursus perkahwinan dianjurkan untuk bakal-bakal suami isteri. tentunya ilmu itu patut terserap ke dalam setiap bakal-bakal suami isteri. Tetapi adakah anjuran ini mencukupi? Apa-apa jua ia terletak kepada individu tersendiri bagi sematkan ilmu yang diterima. InsyaAllah ia pasti menjadi landasan bagi melayari bahtera rumahtangga yang mempunyai pasang surut dan dugaan juga suka dan duka. Diingatkan itulah lumrah berumah tangga.

Telah dinyatakan bahawa 'Rumahtangga yang didirikan melengkap separuh hidup setiap insan", bahkan Rasulullah pernah bersabda bahawa barangsiapa yang tidak mahu bernikah adalah bukan terdiri daripada umat Rasulullah.


"Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain."


Imam al-Ghazali berpendapat, "denganpernikahan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan bernikah akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "

Kisah Rasulullah dengan sahabat Baginda menjadi tauladan hidup kita. Telah termaktub bahawa ada tiga sahabat Rasulullah tidak mahu tidur untuk beribadah di malam hari, tidak mahu makan untuk terusan berpuasa dan tidak mahu bernikah untuk terus beribadah. Rasulullah sendiri bersabda Baginda sendiri tidur, berbuka puasa dan bernikah. Itulah landasan yang dipertunjuki oleh Rasulullah sendiri.

"Pernikahan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."

Hadis

Islam melihat pernikahan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui pernikahan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berterusan dengan keturunan (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38). Demikianlah fitrah manusia, sama ada manusia biasa mahupun para Rasul, mereka tetap ingin hidup berteman dalam sebuah pernikahan.(IKIM)

Jelaslah bahawa Islam amat menganjurkan pernikahan. Pernikahan membantu kita mendapat ketenangan dalam diri. Tetapi harus diingat dan difahami semula bahawa keikhlasan dan niat kita mestilah menepati dengan shariah ALLAH. Di sini saya ingin sertakan himpunan 5 perkara yang mesti dan perlu kita betul-betul amati danfaham mengenainya.

SATU: Pernikahan kita haruslah kerana Allah.

Iaitu bertujuan utk:
-membina sebuah rumah tangga yg Islami-melahirkan keturunan yg soleh-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.


DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah,hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk memelihara kehormatan dirinya.” (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).


Sabda Rasulullah SAW yg lain:

“Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi.” (HR al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis atau masalah.” (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)


EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.” (HR Ibnu Majah)


LIMA:

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
“Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya.” (HR Abu Nuaim)

Dalam hal ini setiap pihak perlulah memainkan peranan dalam merealisikan satu pernikahan mengikut lunas-lunas syariat ISLAM. Bukan sahaja individu perlu mainkan peranan, tetapi ibu bapa juga mestilah membantu anak-anak menjalankan pernikahan yang bahagia. Tanggungjawab ini mestilah dijalankan dengan sebaik-baiknya.

"Kebijaksanaan hadir daripada pemikiran yang sentiasa tenang dan bahagia mencari panduan"

Helmi Suhaimi



Petua Mendapat Pasangan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, November 24, 2008 1 comments
Telah terpakat dalam hatiku untuk sentiasa mendapatkan ilmu dari ;pengkaji-pengkaji'. Salah satu idola 'motivator' ku adalah Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sendiri. Sangat berminat dengan personaliti dan gayanya bercakap. InsyaAllah satu masa akan ku nukilkan dan coretkan isu tentang 'personaliti pilihan' ataupun 'Role Model'.

Di bawah ini aku benar-benar tertarik dengan kajian dan coretan daripada Dato Dr. Fadzilah Kamsah mengenai Petua Mendapat Pasangan. Sesuai dengan nukilanku sebelum ini berkaitan dengan Pengertian Cinta~Bab Mencari Pasangan. Telahpun dihuraikan terdahulu. Kali ini mendapatkan pandangan dari yang pakar dan 'lebih dahulu makan garam'.



~ Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenal pasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

D.U.I.T

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, November 23, 2008 0 comments
Perkataan yang sangat di sukai aku.USAHA. Tetapi perkataan itu tidak mencukupi. Elemn-elemen lain perlu diterapkan dalam kehidupan hari-hariku. InsyaAllah akan ku usaha terangkan elemen-elemen lain yang perlu ada..

D.U.I.T~Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Setiap hari kita mahukan sesuatu yang baik untuk kita. Kehidupan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dan macam-macam lagi. Tetapi sejauh mana kita memahami konsep kejayaan dan juga bagaimana kita menuju ke arah kecemerlangan. Bak kata yang selalu didengar 'cemerlang, gemilang, terbilang'. Benarlah kata-kata itu, tetapi apakah caranya kita menuju ke arah tuju kejayaan.

Sudah pastilah untuk mahukan sesuatu USAHA amat di perlukan. Seperti yang saya katakan terdahulu dalam artikel Erti Cinta~Impian...Realiti atau Fantasi, amatlah penting untuk kita mengadaptasikan 5 resepi merealisasikan IMPIAN. ILMU menjadi yang terutama. Bak kata pepatah:

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...


Banyak lagi pepatah dan juga peribahasa menyatakan tentang menuju ke arah kejayaan. Apa yang penting di sini adalah USAHA. tetapi di sini saya ingin menerangkan dan jelaskan konsep yang perlu ada dan InsyaAllah melengkapi segala kemahuan dan perjalanan menuju kejayaan yang diharap-harapkan. Di dalam ISLAM tersendiri membuktikan ia berkaitan antara satu sama lain. jika salah satu terpisah maka kemahuan itu tidak mencakupi apa yang sebenar-benarnya. Telah termaktub di dalam syariah bahawa DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL perlu bagi seseorang Muslim jika mahukan sesuatu yang diimpikan. Ia pastinya lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya ia bergantungan antara satu dengan yang lain.


--------------------

DOA

Telah dinyatakan dan telahpun diketahui semua insan mahupun mana-mana agama pun mengingatkan semua supaya sentiasa berdoa jika mahukan apa-apa sahaja yang diinginkan. Cuma yang berbeza hendaklah kita cuma berdoa kepada ALLAH jika berimpian kan sesuatu. Ini kerana ALLAH sahajalah yang akan memperkenankan segala permintaan kita.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.


Al-Baqarah: 45

Telah di ajarkan kepada kita adab-adab berdoa kepada kita semua. Yang pentingnya keikhlasan adalah yang amat terutama. Khusuk dan doa hanya kerana ALLAH Taala satu kemestian.

Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid
(puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."

Imam Al-Ghazali telah mentafsirkan cara-cara dan adab-adab berdoa di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin. Maka apabila seseorang hendak berdoa, memohon sesuatu yang
dihajatinya kepada Allah, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik- baik dan
secermat-cermatnya, dengan memelihara adab-adab doa seperti di bawah ini.

1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdal), seperti hari Arafah, bulan
Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

2. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketika
berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum
menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari
segala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.

3. Dengan menghadap kiblat

4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang di sisi
kita.

5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajak dalam doa itu.
Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana,
sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidak perlu
dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh
pengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklah kiranya, jika kita memilih
lafaz-lafaz doa yang diterima dari Rasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai
dengan apa yang kita
doakan pula.

6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
dalam jiwa kita yang halus.

7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak
berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.

8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat
kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika ibaca berulang-ulang
hinga dua tiga kali.

9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.

10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh- sungguh
kepada Allah.

Nah..Kita telah pun diberikan cara-cara berdoa sepertimana telah tercatat di atas megikut Imam Al Ghazali. Sebenarnya, pelbagai cara dimaklumkan cara-cara dan kaedah berdoa yang sebenar. Yang pentingnya biarlah doa itu untuk kebaikan.


“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutus silaturahim”

Riwayat Ahmad

Doa memberikan hikmah dan pelbagai faedah.Jadi sentiasalah kita berdoa kepada ALLAH terutamnya yang masih mencari CINTA dan ingin mendirikan rumahtangga mahupun impian yang tinggi menggunung. InsyaAllah ALLAH pasti kabulkan.

USAHA

DOA tanpa USAHA seolah-oleh tiada memberi impak dan tiada berguna kepada impian yang mahu di capai. Bahkan USAHA tanpa berDOA kepada ALLAH menunjukkan betapa sombongnya kita membuat sesuatu tanpa meminta pertolongan kepada ALLAH. USAHA yang bersungguh-sungguh dan berterusan anat disukai oleh ALLAH. Ini menunjukkan betapa mahunya kita kepada yang diimpikan.


Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.


Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.


Al Isra’: 18-19



Mintalah kepada ALLAH untuk kesenangan dunia dan akhirat-mintalah kedua-duanya. InsyaAllah bertambah berkatlah USAHA yang kita lakukan. Apa yang mahu katakan di sini iailah USAHA kita mahu tidak mahu menepati syariat ALLAH di dunia dan akhirat. Biarlah USAHA yang dilakukan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kita sendiri ya, tetapi juga biarlah memberi manfaat kepada insan lain.

Berusahalah setinggi mana yang mampu dan bekerjalah untuk kebahagiaan dunia akhirat

ISTIQAMAH

Elemen seterusnya yang sering orang terlupa adalah ISTIQAMAH iaitu usaha berterusan dan juga 'consistent'. Untuk menuju kepada impian biarlah kita meneruskan doa dan usaha dengan berterus-terusan. Jangan mudah mengaku kalah jika ada dugaan yang menimpa dan juga impian masih tidak tercapai. Perlu diingati, 20% kejayaan ditepati dengan 80% kegagalan. Kita perhatikan bagaimana ulama'-ulama' terkemuka dahulu bila dimasukkan ke penjara masih lagi berteusan dan ISTIQAMAH melakukan dakwah. Jangan lah kerana dugaan dan kegagalan menghalang kita mencipta kejayaan. Bersabarlah..Pertolongan dan nikmat ALLAH pastikan hadir.
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka (untuk mengatakan ) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan memperoleh surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu . Kami (Allah) adalah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia maupun akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh pula apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dan Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang

Fushilat: 30-32

Dari ayat di atas diperhatikan, ditetapkan tiga janji Allah kepada orang yang bersitiqamah :

1. Akan mendapat perlindungan langsung dari Allah melalui malaikat-malaikatnya
2. Akan terbebas dari rasa takut dan rasa sedih dari apapun yang menimpanya
3. Akan dipenuhi apa yang diinginkan baik di kehidupan dunia dan akhirat.

Juga di jelaskan bahawa orang yang beriman kepada kepada Allah kemudian bersitiqamah akan dibebaskan dari rasa takut (khouf) dan rasa sedih (Khazn).
Orang yang bersitiqamah dalam kebenaran Allah akan menjadi orang yang bebas dan merdeka, hidupnya akan tenang karena dia hanya bersandar kepada Allah SWT. InsyaAllah kita pasti menjadi salah satu daripada insan yang terpilih.

TAWAKKAL

Alhamdulillah, sudahpun kita berterusan berdoa, berusaha dan istiqamah. Kini sampailah masanya untuk ke elemen yang paling penting dalam kehidupan kita iaitu TAWAKKAL. Suka saya tekankan di sini bahawa ramai yang hilang pedoman hidup kerana tiada konsep TAWAKKAL. Ini kerana bila tiada mendapat sesuatu yang di kehendaki tersungkurlah dia "di pintu syurga". Hilanglah segala nikmat kesabaran dalam usaha, doa dan istiqamah. Ini sebenarnya menjadi pedoman kepada kita dalam mengingatkan REDHA penting.
..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. .

At Taubah: 129


Kepada ALLAH lah sahaja kita berserah dan bertawakkal kepada ALLAH. Janganlah kerana kealpaan dan sikap 'mudah lupa' kita menjadikan kita insan yang lupa janji ALLAH untuk kita sentiasa berUSAHA dan bersabar. InsyaAllah selagi kita tabah dan cekal pintu kejayaan pasti terbuka.

Hasbi Allah wa ni’mal wakil

"Cukuplah ALLAH bagiku dan DIAlah sebaik-baik penjaga"

BerTAWAKKALlah dalam segala urusan kita walaupun kita mahukan sesungguh sesuatu perkara itu. Sebagai contoh JODOH PERTEMUAN. Serahkanlah kepada ALLAH.InsyaAllah selagi kita berserah kita pasti bersyukur ke atas apa sahaja yang telah ditetapkan olehNya.

-----------------------------

Alhamdulillah, Lengkaplah sudah cara kita mencari kejayaan dalam impian mahupun CINTA. Sebaik-baiknya terusanlah kita berimpikan kejayaan dan itulah yang dikehendaki ALLAH kepada kita sebagai hambanya. Setiap hari kita mestilah menuju ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Mahu saya kembalikan kenangan kita kepada 'mentol'. Tahukah siapa yang mereka mentol? Alhamdulillah, ALLAH telah mengurniakan kebijaksanaan kepada Thomas Edison untuk mereka mentol yang menjadi permulaan kepada cahaya lampu. Walaupun dia bukan orang Islam tetapi berterima kasihlah kita kepadanya dan bersyukurlah sentiasa kepada ALLAH. Tidak salah kita mengucapkan terima kasih kepada setiap insan. Malah digalakkan Islam sentiasa.

Tahukah kita berapa kali percubaan dan tanpa rasa gagal oleh Thomas Edisoan? Di jangkakan 10,000 kali percubaan. Subhaallah, betapa tabahnya hati beliau untuk mencipta sesuatu yang baru. Jika Thomas Edison boleh, mengapa kita sebagai umat ISLAM tidak boleh. Teruskan lah berusaha tanpa mengenal erti jemu dan menyerah kalah. Kesabaran itu sebaik-baiknya.

Jika berkata tentang CINTA dikaitkan dengan D.U.I.T, sudah pasti jangan lah kita berhenti berdoa selalu kepada ALLAH. Teruskanlah berdoa untuk mendapat jodoh yang sebaik-baiknya untuk agama, diri kita, masa kini, masa akan datang dan seterusnya. InsyaALLAH. telkah dinyatakan jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Tidak salah pula untuk kita berusaha dalam pencarian. Tetapi tidak perlulah berCINTA 'berlebih-lebihan'. Cukuplah berkenal-kenalan dan cuba memahami hati. InsyaAllah ada rezeki teruskan dengan ijab kabul- pernikahan-dan perlu diingatkan berUSAHAlah untuk pernikahan.


Laa hawala walaa quawwata illa billaah

“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”



Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR