Amatlah luas dan besar menjadikan kita benar-benar IKHLAS dalam setiap tindakan yang kita lakukan sehari-harian. Keimanan kepada ALLAH juga dimestikan keIKHLASan kepada ALLAH. Inilah yang perlu dihadirkan terutama di dalam diri setiap insan yang bernyawa.
Dimanakah terletaknya rasa IKHLAS? Persoalan ini amatlah rumit untuk dijawab oleh sesiapa sahaja. Ini adalah kerana persoalan IKHLAS menjadi rahsia ALLAH Subha na allah taala. Hanya ALLAH sahajalah yang mengetahui hati seseorang sama ada benar-benar IKHLAS dengan apa yang dilakukan. Tiada siapa yang boleh menetapkan seseorang itu IKHLAS atau tidak. Serahkanlah segala-galanya kepada ALLAH dan itulah yang sebenar-benarnya.Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Al-Isra': 65
Elemen ikhlas perlu ada di dalam hati seseorang insan. Tanpa rasa ikhlas pastilah apa yang dilakukan tidak memberikan makna kepada si penerima. Teramatlah penting apabila kita membuat sesuatu secara IKHLAS kerana perbuatan itu menentukan sama ada kita benar-benar mengharapkan ganjaran daripada ALLAH dan tiada maksud terselindung.
Kembali kepada konsep IKHLAS di dalam perhubungan di antara pasangan kekasih. Kejujuran dan keIKHLASan amat penting supaya tiada masalah yang akan berlaku. Apa-apa jua ganjaran dan restu redha daripada ALLAH sahaja lah yang diharapkan. Percintaan yang bahagia hadir dari rasa IKLHLAS yang sangat tebal. Jalinan CINTA yang tersemat mestilah dibuktikan. Kerana itulah yang dilafazkan semasa ijabkabul.
Suami Isteri mestilah sepakat di dalam setiap perkara dan biarlah kerana ALLAH. Dalam rumah tangga biarlah bahagia selalu. Jika ada perselihan faham selesaikanlah dengan bijak. Seperti telah dikatakan ia menjadi "asam garam" dalam jalinan suami isteri. Pada suami dan juga bakal suami, lakukan sesuatu itu cuma harapan sinar ALLAH kan hadir di dalam perhubungan. Apabila lafaz IKHLAS di buat, tunaikanlah dengan sebenar-benarnya."Aku terima nikah nya..."
Tidak dinafikan ramai remaja yang bercinta seringkali melafazkan kata-kata IKHLAS. Tetapi adakah benar IKHLAS yang dilafazkan diluahkan dengan berusaha untuk menuju "kata-kata ijabkabul" iaitu pernikahan-CINTA yang dilafazkan. Selepas di lafazkan jadikanlah CINTA itu dalam Rumahtangga yang bahagia dengan memberikan hak kepada diri, suami atau isteri dan anak-anak.
Jika dilihat perilaku remaja bercinta di luar yang man berpimpinan tangan, bercumbu-cumbuan di khalayak ramai- semasa berdoa Wallahualam, dan pelbagai lagi karenah remaja bercinta. Tidak dikira pula berapa ramai remaja yang telah terlanjur dan menghancurkan masa depan yang di harapkan ibu bapa menjadi anak-anak yang mendoakan mereka di alam yang lain.Percayalah bahawasanya itu bukanlah IKHLAS yang sebenar tetapi IKHLAS yang di salah ertikan. Perkara sebegini perlu di jauhi kerana mencemarkan ISLAM yang syumul dan berpegang kepada syariah-syariah yang telah ditetapkan.
Luahan IKHLAS umpama permata yang bersinar-sinar di dalam hati individu yang melafazkannya. Diharapkan biarlah permata itu akan bersinar-bersinar dan berkilauan dalam dirinya. Beginilah yang diharapkan keIKHLASan yang murni. Seperti yang dikatakan tadi 'hidup bersama' pasti indah diiringi IKHLAS yang di lafazkan.Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpal daging itu adalah hati
Muttafaqun ‘alaihi
Sabda Rasulullah telah menjelaskan jika hati benar-benar IKHLAS dan baik maka sepenuhnya perbuatan InsyaAllah baik. Inilah yang telah dilafazkan oleh ALLAH. Tidak perlulah mencari makna IKHLAS dalam diri orang lain tetapi carilah dan muhasabahlah diri kita sendiri. Cukuplah mentafsirkan niat peribadi kita dan tidak perlulah mentafsirkan niat dalam hati insan lain-biarlah serah segala-gala kepada ALLAH.Seperti kata seorang sahabat saya, perbuatan tanpa rasa IKHLAS semata-mata kerana ALLAH seolah jasad yang tidak bernyawa. IKHLAS kerana ALLAH lah yang menjadi capaian kita dan InsyaAllah menuju syurga yang diimpi-impikan.
Marilah kita terapkan rasa IKHLAS di dalam hati dan mengharapkan redha ALLAH.Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam
Al-An’am: 162
"IKHLAS aku padamu, tidak memberi harapan, tidak berharap. Segalanya ku lakulah untuk rehda ALLAH. Harapan tertinggiku.."
Helmi Suhaimi
0 Response to "Erti Cinta~Ikhlas Aku Padamu"
Post a Comment