D.U.I.T~Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Setiap hari kita mahukan sesuatu yang baik untuk kita. Kehidupan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dan macam-macam lagi. Tetapi sejauh mana kita memahami konsep kejayaan dan juga bagaimana kita menuju ke arah kecemerlangan. Bak kata yang selalu didengar 'cemerlang, gemilang, terbilang'. Benarlah kata-kata itu, tetapi apakah caranya kita menuju ke arah tuju kejayaan.
Sudah pastilah untuk mahukan sesuatu USAHA amat di perlukan. Seperti yang saya katakan terdahulu dalam artikel Erti Cinta~Impian...Realiti atau Fantasi, amatlah penting untuk kita mengadaptasikan 5 resepi merealisasikan IMPIAN. ILMU menjadi yang terutama. Bak kata pepatah:Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...
Banyak lagi pepatah dan juga peribahasa menyatakan tentang menuju ke arah kejayaan. Apa yang penting di sini adalah USAHA. tetapi di sini saya ingin menerangkan dan jelaskan konsep yang perlu ada dan InsyaAllah melengkapi segala kemahuan dan perjalanan menuju kejayaan yang diharap-harapkan. Di dalam ISLAM tersendiri membuktikan ia berkaitan antara satu sama lain. jika salah satu terpisah maka kemahuan itu tidak mencakupi apa yang sebenar-benarnya. Telah termaktub di dalam syariah bahawa DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL perlu bagi seseorang Muslim jika mahukan sesuatu yang diimpikan. Ia pastinya lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya ia bergantungan antara satu dengan yang lain.
--------------------
DOA
Telah dinyatakan dan telahpun diketahui semua insan mahupun mana-mana agama pun mengingatkan semua supaya sentiasa berdoa jika mahukan apa-apa sahaja yang diinginkan. Cuma yang berbeza hendaklah kita cuma berdoa kepada ALLAH jika berimpian kan sesuatu. Ini kerana ALLAH sahajalah yang akan memperkenankan segala permintaan kita.
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
Al-Baqarah: 45
Telah di ajarkan kepada kita adab-adab berdoa kepada kita semua. Yang pentingnya keikhlasan adalah yang amat terutama. Khusuk dan doa hanya kerana ALLAH Taala satu kemestian.
Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid
(puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."
Imam Al-Ghazali telah mentafsirkan cara-cara dan adab-adab berdoa di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin. Maka apabila seseorang hendak berdoa, memohon sesuatu yang
dihajatinya kepada Allah, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik- baik dan
secermat-cermatnya, dengan memelihara adab-adab doa seperti di bawah ini.
1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdal), seperti hari Arafah, bulan
Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.
2. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketika
berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum
menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari
segala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.
3. Dengan menghadap kiblat
4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang di sisi
kita.
5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajak dalam doa itu.
Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana,
sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidak perlu
dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh
pengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklah kiranya, jika kita memilih
lafaz-lafaz doa yang diterima dari Rasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai
dengan apa yang kita
doakan pula.
6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
dalam jiwa kita yang halus.
7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak
berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.
8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat
kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika ibaca berulang-ulang
hinga dua tiga kali.
9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.
10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh- sungguh
kepada Allah.
Nah..Kita telah pun diberikan cara-cara berdoa sepertimana telah tercatat di atas megikut Imam Al Ghazali. Sebenarnya, pelbagai cara dimaklumkan cara-cara dan kaedah berdoa yang sebenar. Yang pentingnya biarlah doa itu untuk kebaikan.
“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutus silaturahim”Riwayat Ahmad
Mintalah kepada ALLAH untuk kesenangan dunia dan akhirat-mintalah kedua-duanya. InsyaAllah bertambah berkatlah USAHA yang kita lakukan. Apa yang mahu katakan di sini iailah USAHA kita mahu tidak mahu menepati syariat ALLAH di dunia dan akhirat. Biarlah USAHA yang dilakukan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kita sendiri ya, tetapi juga biarlah memberi manfaat kepada insan lain.Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.
Al Isra’: 18-19
ISTIQAMAHBerusahalah setinggi mana yang mampu dan bekerjalah untuk kebahagiaan dunia akhirat
Elemen seterusnya yang sering orang terlupa adalah ISTIQAMAH iaitu usaha berterusan dan juga 'consistent'. Untuk menuju kepada impian biarlah kita meneruskan doa dan usaha dengan berterus-terusan. Jangan mudah mengaku kalah jika ada dugaan yang menimpa dan juga impian masih tidak tercapai. Perlu diingati, 20% kejayaan ditepati dengan 80% kegagalan. Kita perhatikan bagaimana ulama'-ulama' terkemuka dahulu bila dimasukkan ke penjara masih lagi berteusan dan ISTIQAMAH melakukan dakwah. Jangan lah kerana dugaan dan kegagalan menghalang kita mencipta kejayaan. Bersabarlah..Pertolongan dan nikmat ALLAH pastikan hadir.
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka (untuk mengatakan ) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan memperoleh surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu . Kami (Allah) adalah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia maupun akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh pula apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dan Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayangFushilat: 30-32
Dari ayat di atas diperhatikan, ditetapkan tiga janji Allah kepada orang yang bersitiqamah :
1. Akan mendapat perlindungan langsung dari Allah melalui malaikat-malaikatnya
2. Akan terbebas dari rasa takut dan rasa sedih dari apapun yang menimpanya
3. Akan dipenuhi apa yang diinginkan baik di kehidupan dunia dan akhirat.
Juga di jelaskan bahawa orang yang beriman kepada kepada Allah kemudian bersitiqamah akan dibebaskan dari rasa takut (khouf) dan rasa sedih (Khazn).
Orang yang bersitiqamah dalam kebenaran Allah akan menjadi orang yang bebas dan merdeka, hidupnya akan tenang karena dia hanya bersandar kepada Allah SWT. InsyaAllah kita pasti menjadi salah satu daripada insan yang terpilih.
TAWAKKAL
Alhamdulillah, sudahpun kita berterusan berdoa, berusaha dan istiqamah. Kini sampailah masanya untuk ke elemen yang paling penting dalam kehidupan kita iaitu TAWAKKAL. Suka saya tekankan di sini bahawa ramai yang hilang pedoman hidup kerana tiada konsep TAWAKKAL. Ini kerana bila tiada mendapat sesuatu yang di kehendaki tersungkurlah dia "di pintu syurga". Hilanglah segala nikmat kesabaran dalam usaha, doa dan istiqamah. Ini sebenarnya menjadi pedoman kepada kita dalam mengingatkan REDHA penting.
..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia.Kepada ALLAH lah sahaja kita berserah dan bertawakkal kepada ALLAH. Janganlah kerana kealpaan dan sikap 'mudah lupa' kita menjadikan kita insan yang lupa janji ALLAH untuk kita sentiasa berUSAHA dan bersabar. InsyaAllah selagi kita tabah dan cekal pintu kejayaan pasti terbuka.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. .At Taubah: 129
Hasbi Allah wa ni’mal wakil
"Cukuplah ALLAH bagiku dan DIAlah sebaik-baik penjaga"
BerTAWAKKALlah dalam segala urusan kita walaupun kita mahukan sesungguh sesuatu perkara itu. Sebagai contoh JODOH PERTEMUAN. Serahkanlah kepada ALLAH.InsyaAllah selagi kita berserah kita pasti bersyukur ke atas apa sahaja yang telah ditetapkan olehNya.
-----------------------------
Alhamdulillah, Lengkaplah sudah cara kita mencari kejayaan dalam impian mahupun CINTA. Sebaik-baiknya terusanlah kita berimpikan kejayaan dan itulah yang dikehendaki ALLAH kepada kita sebagai hambanya. Setiap hari kita mestilah menuju ke arah yang lebih baik dan cemerlang.Mahu saya kembalikan kenangan kita kepada 'mentol'. Tahukah siapa yang mereka mentol? Alhamdulillah, ALLAH telah mengurniakan kebijaksanaan kepada Thomas Edison untuk mereka mentol yang menjadi permulaan kepada cahaya lampu. Walaupun dia bukan orang Islam tetapi berterima kasihlah kita kepadanya dan bersyukurlah sentiasa kepada ALLAH. Tidak salah kita mengucapkan terima kasih kepada setiap insan. Malah digalakkan Islam sentiasa.
Tahukah kita berapa kali percubaan dan tanpa rasa gagal oleh Thomas Edisoan? Di jangkakan 10,000 kali percubaan. Subhaallah, betapa tabahnya hati beliau untuk mencipta sesuatu yang baru. Jika Thomas Edison boleh, mengapa kita sebagai umat ISLAM tidak boleh. Teruskan lah berusaha tanpa mengenal erti jemu dan menyerah kalah. Kesabaran itu sebaik-baiknya.Jika berkata tentang CINTA dikaitkan dengan D.U.I.T, sudah pasti jangan lah kita berhenti berdoa selalu kepada ALLAH. Teruskanlah berdoa untuk mendapat jodoh yang sebaik-baiknya untuk agama, diri kita, masa kini, masa akan datang dan seterusnya. InsyaALLAH. telkah dinyatakan jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Tidak salah pula untuk kita berusaha dalam pencarian. Tetapi tidak perlulah berCINTA 'berlebih-lebihan'. Cukuplah berkenal-kenalan dan cuba memahami hati. InsyaAllah ada rezeki teruskan dengan ijab kabul- pernikahan-dan perlu diingatkan berUSAHAlah untuk pernikahan.
Laa hawala walaa quawwata illa billaah
“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”
0 Response to "D.U.I.T"
Post a Comment