- Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah
- Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan).
Program ini mensasarkan kepada objektif penyaluran ilmu pembangunan diri kepada para belia ke dalam bidang ataupun lapangan yang bersesuaian dengan minat dan potensi yang dimiliki dalam usaha melahirkan modal insan yang gemilang dan cemerlang. Proses mengklasifikasikan potensi dan bakat belia ini memerlukan modul dan latihan yang cerap bagi menghasilkan natijah yang jayyidah.
Dijangkakan pada mulanya program ini akan disertai seramai 120 peserta yang mana pesertanya terdiri daripada belia dari Kelantan dan Terengganu. Namun, hanya lebih kurang 90 orang sahaja yang dapat menghadirkan diri dalam program ini. Bersama-sama penulis adalah seramai lima team partner Fitrah Power Resources yang lain iaitu Asrul, Che Mat, Nurya, Salma, Suhaili.
Impresi pertama adalah membayangkan yang mana diperkatakan belia-belia yang akan menyertai program ini adalah terdiri daripada golongan bermasalah. Label begini bagi penulis perlu dielakkan dari menjadi landasan kepada setiap insan. Penulis yakin setiap orang pasti mempunyai rasa hati kepada arah kejayaan.
Pelbagai persiapan dari segi emosi, fizikal dan kekuatan intelek dijana diri sendiri untuk memberikan yang terbaik kepada para peserta. Setelah seminggu bersama mereka, persepsi penulis adalah mereka mempunyai semua mempunyai bakat dan potensi yang tersendiri. Setiap dari mereka ada kelebihan yang mana pasti mereka akan berjaya pada suatu hari nanti.
Konsep program selama seminggu ini adalah terarah kepada ceramahan interaktif, perbincangan dalam kumpulan (LDK) serta persembahan peserta, pengisian helaian, sukan dan aktiviti kesukarelaan. Program 7 hari ini sememangnya memberikan pelbagai input yang menarik dan berfaedah kepada semua peserta yang menghadirkan diri. Bagi penulis, pengalaman menjadi sebahagian dari program ini pasti akan menjadi sumber pembelajaran serta kenangan terindah.
Momentum sepanjang program ini dapat dipelihara dengan baik sekali. Peningkatan dan pembangunan diri yang berkesan diperlihatkan oleh para peserta dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Keupayaan dan keyakinan diri mereka bertambah untuk memajukan diri pada setiap masa dan apa jua keadaan yang dihadapi. Ini sesuai dengan peranan 3K iaitu Kepimpinan, Kemahiran dan Keusahawanan.
Reaksi positif ditunjukkan dan diperlihatkan oleh para peserta pada setiap masa dan ketika. walaupun penat dan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat, mereka tetap memberikan tumpuan yang jitu. Inilah semangat yang perlu ditunjukkan oleh belia-belia masa kini demi membangunkan agama, bangsa, diri serta negara.
Sesi yang membuatkan penulis benar-benar tersentuh adalah pada malam terakhir program iaitu slot Muhasabah atau digelar Anak Harapan. Terasa keinsafan wujud di dalam diri mereka untuk sentiasa membangunkan diri demi kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Tangisan dan rintihan serta luahan mempamerkan keikhlasan demi pembangunan diri sendiri. Dipeluknya penulis dengan erat dan menyatakan luahan yang terbit dari hati yang penuh dengan kesedaran. Apa yang penulis mampu luahkan adalah cuma ungkapan
Semoga berjaya dan saya yakin kamu pasti akan berjaya. Berusahalah!
Antara komen peserta adalah;
"Disini banyak pengajaran dan ilmu yang sy dapat ambil bagi menjadi petunjuk dalam menentukan arah tuju hidup. Tahniah juga di ucapkan kepada para fasilatator kerana begitu komited dalam menjayakan kursus ini. insyallah bertemu lg kita di lain masa.."Semoga program ini sentiasa tersemat kepada belia-belia demi mengarahkan segala-galanya kepada kebaikan. Belialah generasi penyampung kecemerlangan segala aspek.
Tribute to:
Belia Bestari
Hidup Belia
Belia Dinamik
Wak Lu Lengkung
Unite
Kami Unity
Diamond
My Clear
ALL THE BEST TO ALL OF YOU! STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!
Mengikut pihak KPM, jumlah peserta yang sepatutnya hadir pada kursus ini adalah 40 orang. Tetapi, seramai 32 peserta menghadiri program tersebut yang mana ianya terdiri daripada hanya empat orang lelaki dan selebihnya 28 orang peserta wanita.
Pelbagai aktiviti, ceramah serta acara diadakan sepanjang tempoh kursus. Bersama Fitrah Power Resources, modul utama ke arah pembangunan insan cemerlang adalah berutama ke arah nilai-nilai yang diadaptasikan dari perkataan FITRAH. Modul ini mengutamakan ceramah interaktif dari pelbagai lapisan penceramah yang berbeza.
Nilai Fitrah- Ustaz Roslan MohamadKerjasama yang diberikan oleh peserta kursus amat memberansangkan. Pelbagai karenah dan gaya persembahan dipamerkan para peserta. Epilog drama gembira, suka dan sedih dipamerkan sepanjang kursus ini. Rata-rata maklumbalas daripada peserta adalah segala input dan penyampaian adalah terbaik. Ini membuktikan penerimaan mereka dalam pengendalian juga amat terbaik.
Nilai Intelek- Helmi Suhaimi
Nilai Tertib- Tn Hj Abbas
Nilai Rohani- Hadi
Nilai Amal- Helmi Suhaimi
Nilai Hati- Ustaz Husni
Para peserta ingin kursus seperti ini pada kali ini dilanjutkan hari dan juga diadakan di waktu-waktu yang lain. Penerimaan seperti ini membuktikan segala aktiviti yang dijalankan memberi 'sentuhan' kepada hati mereka.
Antara slot lain yang dilakukan semasa program empat hari tiga malam ini adalah seperti berikut:
Ikatan Persahabatan
Perkenalan antara semua peserta yang mana di ketika ini pembahagian kumpulan dijalankan selepas taklimat dari pihak KPM bagi memulakan kursus pada kali ini. Setiap peserta dari empat kumpulan berlainan tampil ke hadapan untuk memperkenalkan diri. Selepas itu dipilih Penghulu dan Penghuluwati dari kalangan peserta. Untuk permulaan setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang apakah nama, sorak sepakat serta ketua dan penolong kumpulan.
Bengkel
Peranan bengkel adalah untuk memperlihatkan kerjasama antara ahli kumpulan dalam mengadakan perbincangan. Muafakat antara ahli kumpulan menunjukkan perpaduan.
Segar Fitrah
Aktiviti ini adalah untuk memperlihatkan betapa pentingnya fizikal dalam pembangunan kendiri yang cemerlang.
Qiamulail
Acara yang memperlihatkan kekuatan diri serta rohani untuk bangkit seawal pagi untuk menunaikan solat-solat sunat secara berjemaah. Tujuan utama adalah untuk memperkuatkan diri dalam kecemerlangan spiritual dalam perlaksanaan ibadah.
Tazkirah Subuh
Sedikit perkongsian peringatan pagi kepada diri serta peserta. Motivasi sendiri hadir dalam diri dalam penekanan kepada ingat mengingati.
Helaian Perkenalan Singkat
Helaian Dari Manakah Saya?
Helaian Siapa Saya Sekarang?
Helaian Ke Manakah Saya?
Helaian Amalan Perubahan Diri
Helaian Sentuhan Hati
Perlaksanaan aktiviti untuk para peserta kenal kepada diri sendiri. Setiap helaian adalah bersangkut paut antara satu dengan yang lain. Ia menghadirkan kepada pencarian diri masing-masing.
Kesan dan Pesan
Peringatan dan pesanan terakhir serta kesan daripada sepanjang kursus yang telah diadakan.
Satu Tekad
Tekad semangat yang dilafazkan bagi memberikan ketuguhan menjadi insan cemerlang dunia dan akhirat.
Peta Hidup
Pencarian diri dalam peringatan diri yang lepas serta perancangan yang akan datang. Berilah penghargaan kepada diri sendiri serta orang lain.
Pertandingan Mencipta Resipi Kek
Peranan Emosi Dalam Perhubungan
'Petol'
Merubah Kebiasaan
Si Buta
Lempar Gelung
Seni Pasir
Acara games dan permainan yang diadakan membentuk kerjasama dalam kumpulan dan mengukuhkan daya pemikiran antara ahli kumpulan serta individu diri peserta. Mencipta kelainan dalam diri setiap peserta dan keupayaan memberikan idea yang bernas dalam menyelesaikan pelbagai urusan.
Khutbah Terakhir Rasulullah
Peringatan tentang pesanan Rasulullah.

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Lafaz termaktub antara dua pasangan diijabkabulkan. Perjanjian tanggungjawab dan amanah dalam menjalani hidup sebagai suami isteri menandakan cinta termeterai menjadi sehati sejiwa dalam apa jua keadaan.
Ditempuhnya hidup bersama-sama meyemai cinta bakti sehingga ke syurga. Sebagai tanda permulaan kasih, diberikan ciuman pertama atau kucupan oleh suami kepada isteri tercinta. Inilah ciuman yang mempamerkan kasih sayang dan cinta yang berterusan. Dengan rahmat dan kasih Allah pasti cinta suci yang dibina akan berpanjangan selama-lamanya.
Ditunggu-tunggu dan berimpian untuk hidup bersama menjadi realiti dengan restu dari ibu dan ayah. Lafaz cinta yang sering dilafazkan direalisasikan. Sambil disaksikan saksi-saksi dari kalangan ibu bapa, saudara mara dan sahabat, ciuman pertama tanda kasih dipadu atas redha Illahi.
Ucapkanlah lafaz 'Aku Cinta Padamu' sebagai tanda janji yang ditabur dalam mengharungi alam rumahtangga bersama-sama. Ketika ciuman pertama direalisasikan, ia adalah sebagai tanda setiap ketika dan masa pati akan bersama-sama sentiasa.
Di masa senang ku pasti bersamamu,Realiti Ciuman
Di kala ketawa ku pasti bersamamu,
Di tika gembira ku pasti bersamamu,
Aku akan sentiasa bersamamu.
Di masa susah ku tetap bersamamu,
Di kala menangis ku tetap bersamamu,
Di tika sedih ku tetap bersamamu,
Ku berjanji setiap masa aku akan bersamamu.
Aku Cinta Padamu selalu, sayang.
Kasihku padamu tidak akan berubah.
Itulah janjiku.
Jika dilihat dari sudut makna ciuman sendiri, ia menandakan kasih sayang antara dua insan. Ia menandakan cinta yang wujud dalam hati direalisasikan. Inilah anugerah percintaan yang dijalinkan dengan pengiktrifaran di kala pernikahan. Bukankah dihalalkan perhubungan antara dua insan dalam alam pernikahan merupakan anugerah dan rahmat daripada Allah?
Ciuman bukan sahaja mempamerkan kasih sayang kecintaan. Bahkan ianya merupakan penghargaan antara satu sama lain. Berikanlah ciuman dengan seikhlas hati dan anggaplah ia sebagai amanah yang perlu ditunaikan. Sebuah amanah yang diberikan Allah kepada seorang insan bernama lelaki. Amanah ini sesungguhnya wajib ditunaikan dengan perlaksanaan yang sebaik-baiknya mengikuti Syariah yang telah ditetapkan.
Realitinya, ciuman membuatkan hati ini tersentak untuk lebih disayangi dan dikasihi. Perasaan menyeluruh ini menjernihkan lagi perhubungan sesama dalam mengharungi segala langkah bersama-sama.
Bahtera percintaan yang disulami dengan janji setia dan pembuktian kasih sayang yang menyeluruh membuahkan bibit-bibit cinta sejati kerana Allah.
Berikanlah ciuman pertama kepada yang berhak setelah ijab kabul dilakukan. Inilah tanda si dia benar-benar kekasih hati dan teman hidup cinta.


