Lafaz termaktub antara dua pasangan diijabkabulkan. Perjanjian tanggungjawab dan amanah dalam menjalani hidup sebagai suami isteri menandakan cinta termeterai menjadi sehati sejiwa dalam apa jua keadaan.
Ditempuhnya hidup bersama-sama meyemai cinta bakti sehingga ke syurga. Sebagai tanda permulaan kasih, diberikan ciuman pertama atau kucupan oleh suami kepada isteri tercinta. Inilah ciuman yang mempamerkan kasih sayang dan cinta yang berterusan. Dengan rahmat dan kasih Allah pasti cinta suci yang dibina akan berpanjangan selama-lamanya.
Ditunggu-tunggu dan berimpian untuk hidup bersama menjadi realiti dengan restu dari ibu dan ayah. Lafaz cinta yang sering dilafazkan direalisasikan. Sambil disaksikan saksi-saksi dari kalangan ibu bapa, saudara mara dan sahabat, ciuman pertama tanda kasih dipadu atas redha Illahi.
Ucapkanlah lafaz 'Aku Cinta Padamu' sebagai tanda janji yang ditabur dalam mengharungi alam rumahtangga bersama-sama. Ketika ciuman pertama direalisasikan, ia adalah sebagai tanda setiap ketika dan masa pati akan bersama-sama sentiasa.
Di masa senang ku pasti bersamamu,Realiti Ciuman
Di kala ketawa ku pasti bersamamu,
Di tika gembira ku pasti bersamamu,
Aku akan sentiasa bersamamu.
Di masa susah ku tetap bersamamu,
Di kala menangis ku tetap bersamamu,
Di tika sedih ku tetap bersamamu,
Ku berjanji setiap masa aku akan bersamamu.
Aku Cinta Padamu selalu, sayang.
Kasihku padamu tidak akan berubah.
Itulah janjiku.
Jika dilihat dari sudut makna ciuman sendiri, ia menandakan kasih sayang antara dua insan. Ia menandakan cinta yang wujud dalam hati direalisasikan. Inilah anugerah percintaan yang dijalinkan dengan pengiktrifaran di kala pernikahan. Bukankah dihalalkan perhubungan antara dua insan dalam alam pernikahan merupakan anugerah dan rahmat daripada Allah?
Ciuman bukan sahaja mempamerkan kasih sayang kecintaan. Bahkan ianya merupakan penghargaan antara satu sama lain. Berikanlah ciuman dengan seikhlas hati dan anggaplah ia sebagai amanah yang perlu ditunaikan. Sebuah amanah yang diberikan Allah kepada seorang insan bernama lelaki. Amanah ini sesungguhnya wajib ditunaikan dengan perlaksanaan yang sebaik-baiknya mengikuti Syariah yang telah ditetapkan.
Realitinya, ciuman membuatkan hati ini tersentak untuk lebih disayangi dan dikasihi. Perasaan menyeluruh ini menjernihkan lagi perhubungan sesama dalam mengharungi segala langkah bersama-sama.
Bahtera percintaan yang disulami dengan janji setia dan pembuktian kasih sayang yang menyeluruh membuahkan bibit-bibit cinta sejati kerana Allah.
Berikanlah ciuman pertama kepada yang berhak setelah ijab kabul dilakukan. Inilah tanda si dia benar-benar kekasih hati dan teman hidup cinta.
wowow
ish..segan lak bace entry ni..eceh