INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Review- Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, January 18, 2009 0 comments
Alhamdulillah..

Semalam 17 Januari 2009 bertempat di Hotel Vistana penulis telah menghadiri Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis anjuran Fauzul Na'im Sdn Bhd.

Keseluruhannya, penulis amat berpuas hati 150% dan sangat bersyukur kerana berpeluang dan diizinkan Allah untuk menghadiri program seumpama ini. Ia memberi pelbagai ilmu baru dalam bidang penulisan juga penerbitan.

Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na'im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.

Penulis sememangnya amat berterima kasih kepada En. Fauzul Na'im Ishak kerana memberikan sinar yang InsyaAllah cerah kepada penulis untuk menjadi 'Penulis SUPER'. Berusaha dan berusaha untuk menjadi yang terbaik adalah impian penulis. Penulis telah berjanji kepada diri sendiri untuk menghasilkan karya tersendiri serta menerbitkan karya pihak lain.

Tarikan cara ceramah dan input daripada En. Fauzul Na'im Ishak amat menarik dan menghiburkan. Pelbagai info yang membuka mata dan membuatkan penulis lebih bersemangat untuk terus berada di dalam bidang penulisan dan juga penerbitan.

8 Modul sememangnya sangat baik tetapi penulis tetap merasa tidak cukup untuk mencari ilmu yang lebih banyak. Pada 21 dan 22 Februari 2009 sekali lagi penulis akan menyertai Program Penulis SUPER yang mana ia mengajar untuk menjadi Penulis BESTSELLER.

Sebagai penghargaan kepada semua, penulis akan memberikan antara input menarik persembahan darpada En. Fauzul Na'im.
Mitos orang Malaysia tidak membaca buku

Statistik yang mengatakan bahawa hanya 2 buku sahaja setahun rakyat Malaysia membaca buku adalah "fitnah yang amat besar dalam penerbitan buku itu sendiri". Ini kerana statistik yang dilakukan hanya kepada 60,000 random sample oleh agensi yang terlibat pada tahun 1995 adalah tidak mencukupi yang mana rakyat malaysia adalah dalam lingkungan 2 juta.

Ini menunjukkan peratusan yang amat rendah iaitu hanya 3%. Adakah statistik yang dilakukan layak mendapat pengiktirafan? Pada penulis sendiri ini adalah mitos yang berasaskan kepada kajian yang salah dan tidak mencukupi.

Pelbagai kesan atau impak boleh di dapati jika nilai statistik ini masih di ambil kira. Antaranya adalah tidak memotivasikan penulis, tiada pelabur dalam penerbitan serta tiada pelabur luar ingin membuka cawangan buku di Malaysia.

Untuk pengetahuan semua statistik jualan PTS sendiri pada 31/12/2008 adalah RM11.5 juta.

"Make more choice to all"

Mitos buku yang diterbitkan tidak mampu dijual

Untuk pengetahuan semua, MPH Bookstore mempunyai hanya 20% buku melayu tetapi jualan Buku Melayu adalah 60% daripada keseluruhan jualan. Ini bermaksud buku melayu mempunyai tarikan tersendiri kepada semua.
Jika diperhatikan antara mitos di atas kajian mendalam semula perlu dilakukan oleh pihak yang berkenaan. Impak positif perlu diterapkan kepada semua. Sebenarnya pembangunan bidang penulisan dan penerbitan amat perlu dibangunkan dengan giatnya kerana permintaan pasaran amat banyak tetapi pengeluaran masih tidak mencukupi.

Tahukah anda bahawa bahawa permintaan daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) adalah 20,000 naskhah judul baru buku setiap tahun. Tetapi ianya masih tidak dapat dipenuhi sehingga ke hari ini. Pada tahun 2008 lepas hanya 8,000 judul buku baru sahaja yang diterima PNM. Paling banyak adalah pada 2007 iaitu hanya 12,000 judul baru buku dan ianya masih tidak dapat memenuhi sasaran. Ia bermaksud potensi dan pasaran masih terbuka luas bagi penulis.

Skrip Hidup penulis dan orang ramai perlu diubah dari negatif kepada negatif. Terutamanya yang mempunyai bakat menulis atau yang mencuba untuk menceburi bidang penulisan. dengan ini Motivasikanlah diri kita semua untuk mula menulis dan menghasilkan karya-karya tersendiri.

'BESTSELLER'? Alhamdulillah jika dapat mencapai tahap seperti ini. Dato' Fadzillah Kamsah, Ann Wang Sen, Fadzli Yusof, Azizi Ali adalah antara penulis Bestseller tempatan. Karya-karya mereka boleh didapati di mana-mana bookstore. Bagaimana untuk menjadi seperti mereka? Adakah dengan menghasilkan karya yang terbaik? Ya, ini adalah salah satu caranya. Apa yang penting adalah yakinkan pasaran pembaca untuk memilih karya kita.

Bolehkah kita meramal buku bagaimanakah untuk menjadi Bestseller. Ikuti perbualan antara En. Fauzul Na'im dan En. Azizi Ali di kedai kopi tempatan.

Fauzul: En. Azizi, agak-agak buku jenis apa yang boleh menjadi Bestseller pada tahun hadapan?

Azizi Ali: Kalaulah kita boleh tahu, mungkin ramai dah jadi kaya.
Yang terpenting adalah keyakinan kita sendiri. Tulislah apa sahaja dan biarkan pasaran membuat pilihan.

Sebenarnya banyak lagi perbincangan dan pembetangan dari En. Fauzul tetapi cukuplah jika saya katakan antara topiknya adalah Motivasi Penulis, Pengenalan kepada dunia penerbitan dan penulisan buku Malaysia, Penulis dan Undang-Undang, Kaedah Penulisan yang baik, Pra Penulisan: POP dan Konsep Buku, Penulisan: KJ Metode: Teknik Penulisan berkuasa tinggi, Pasca Penulisan dan Dari Mana datangnya wang dalam penulisan.

Keseluruhan amat tebaik. Penulis menggalakkan sesiapa yang berminat dalam penulisan hadirilah siri-siri penulisan seperti ini. InsyaAllah Fauzul Na'im Sdn Bhd akan membuat siri ke-2 Seminar Jana Wang dengan Menulis pada masa akan datang. Pelbagai manfaat akan diterima. Penulis yakin inilah seminar yang terbaik.

Believe it!



Falsafah Hidup

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 17, 2009 1 comments
Falsafah Hidup

"Success Through Endeavor", "Don't give up on any matters", "Perjuangan Masih Belum Selesai". Ini adalah antara contoh-contoh falsafah hidup yang bermain-main di fikiran. Persoalan: Apakah takrifan Falsafah? Jawapan: Perkataan falsafah terdiri daripada pelbagai maksud. Sehinggakan dikatakan yang mana tiada maksud sebenar perkataan falsafah. Ahli-ahli falsafah masing-masing mempunyai maksud dan takrifan yang tersendiri. Sehinggakan ada juga yang mengatakan bahawa falsafah tidak mempunyai takrifan yang sebenar.

Di sini dapatlah kita dengan mudah mengatakan bahawa falfasah adalah pendorong yang memberikan cara dan halatuju kehidupan. Ianya melibatkan fikiran, tindakan serta perlaksanaan sesuatu yang ingin dicapai. Ia juga melibatkan kebijaksanaan empunya diri dalam meletakkan diri di arah yang dia mahukan. Yang pasti falsafah akan dijadikan sumber rujukan kebaikan dalam kehidupan.

Setiap daripada kita pasti mempunyai falsafah hidup atau motto tersendiri. Seperti di permulaan kenyataan, ianya pasti menjadi salah satu falsafah hidup. Ada yang bertanya, adakah ,menjadi kesalahan jika mempunyai falsafah hidup. Persoalan tentang falsafah timbul kerana dinyatakan bahawa Islam telah menetapkan falsafah yang jelas dan nyata.

Untuk menjawab persoalan itu kita mestilah memerhatikan apakah falsafah yang diterap dalam diri. Jika ianya memberi kebaikan kepada diri dan tidak terpesong dari Syariah Islam ia tetap menjadikan kebaikan kepada diri kita. Maksudnya adalah falsafah itu tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan iaitu Syariah. Islam amatlah mudah kerana ia tidak membebankan umatnya memajukan diri, masyarakat dan seluruhnya.

Di dalam Islam elemen-elemen falsafah yang tersendiri adalah tauhid, rububiahal (ketuhanan),khalifah dan Falah (kejayaan).

Tauhid

Maksud falsafah tauhid di sini ialah menyakini bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan dipatuhi segala suruhan dan larangan-Nya. Hanya ajaran dan panduan-Nya sahaja yang boleh menjamin kebahagiaan dan kemakmuran hidup di dunia dan di akhirat. Ketepatan pembangunan dengan falsafah tauhid amat penting dalam menjamin keserasian pembangunan tersebut dengan fitrah kejadian manusia yang dibekalkan dengan ajaran Tuhannya.

Rububiah (Ketuhanan)

Rububiah memberi erti bahawa Allah berkuasa menjadikan, mengawal dan mentadbir manusia dan alam seluruhnya. Tiada sesiapapun dari kalangan manusia dan makhluk lain yang dapat menyaingi, mengatasi dan mengubah kawalan dan pentadbiran Allah s.w.t. itu. Peraturan-peraturan inilah apa yang dinamakan sebagai ‘sunnah alam’ seperti bukit bukau dan gunung ganang sebagai pasak bumi, hujan dan sungai sebagai bekalan air, lelaki dan perempuan saling memerlukan dan sebagainya. Oleh itu, pembangunan yang menyalahi peraturan ini akan mengalami kegagalan dan kekacauan hidup.

Khalifah

Falsafah manusia sebagai khalifah merupakan penggerak kepada manusia itu sendiri untuk melaksana dan mencorakkan pembangunan yang memenuhi keperluan manusia selari dengan peraturan yang telah ditetapkan Allah s.w.t. Firman Allah yang bermaksud:

'Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada sekalian malaikat: 'Sesungguhnya Allah akan jadikan di atas muka bumi ini khalifah'.

(Al-Baqarah: 30)

Manusia sebagai khalifah bermaksud menjadi wakil yang dilantik oleh Allah dalam mentadbir dan membangunkan muka bumi iaitu agen utama pembangunan muka bumi.

Al-Falah (Kejayaan)

Maksud al-Falah ini ialah kejayaan manusia menjalani kehidupan secara lancar dan harmoni tanpa digugat sebarang kerosakan atau kesempitan dan kejayaan mencapai kesejahteraan dan keselamatan di akhirat. Inilah yang dimaksudkan dalam firmah Allah s.w.t.:

'Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagaian) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan habuanmu dari (kenikmatan) di dunia'. (Al-Qasas: 77)

Oleh itu, sebarang pembangunan yang dilakukan mestilah memenuhi maksud al-Falah (kejayaan) di dunia dan di akhirat. Pengabaian salah satu dari al-Falah tersebut merupakan satu penyimpangan dari hakikat dan falsafah pembangunan Islam.

Sumber: Jakim


Ia membuktikan bahawa falsafah yang kita bina di dalam diri mestilah bepandukan segala kebaikan yang ada. Sebagai contoh kita mahukan kejayaan hidup dan kita mewujudkan falfasah yang mendorong kita mendekatkan kepada Islam dan membawa kebaikan. Sudah pasti kejayaan yang benar-benar tulen akan terlaksana.

Walaubagaimanapun, falsafah mestilah disertakan dengan satu tindakan yang sistematik untuk mencapai matlamat falsafah itu. Ia juga berlandaskan perlaksanaan yang strategik dan pemikiran yang sempurna. Tanpa semua yang dinyatakan mungkin kegagalan akan berlaku. Jika ada matlamat hidup kita lari jauh dari falsafah yang dirasakan tepat untuk kita dan yakin kita boleh melakukannya, cubalah selidik dan perhatikan semula cara pemikiran, tindakan dan perlaksanaan yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita. Bermuhasabahlah!

Apa saja nikmat yang kamu perolehi adalah dari Allah dan apa saja bencana yang menimpamu maka dari (kesalahan) dirimu sendiri

An-Nisaa’: 79

Di sini dapatlah kita nyatakan bahawa pentingnya falsafah dalam kehidupan kita. Ia memberikan kekuatan dan semangat dalam melakukan sesuatu. Persoalan falsafah terlalu luas tetapi kemampuan akal pasti akan menyelasaikannya dengan pemikiran kritikal.




Kembali...

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 16, 2009 0 comments
Kepada pengikut-pengikut dan pembaca-pembaca blog yang dikasihi sekalian..

Maaf dipinta kerana seminggu yang lepas blog ini dalam proses pembaharuan dan pembinaan semula. Mungkin ramai yang tertanya-tanya ke manakah menghilangnya blog http://helmisuhaimi.blogspot.com.

Penulis dan pembina blog ini masih lagi di sini. Mencari idea untuk memberi input yang lebih bermakna dalam kehidupan untuk semua.

Blog yang lama telah diperbaharui sehingga ke hari ini. Ini untuk cuba memprofessionalkan lagi gaya blog dan penulisan yang sedia ada.

InsyaAllah posting akan diteruskan hari ke hari. Doakanlah penulisan ini semakin berkembang dari hari ke hari. Gaya professional akan dipelajari dan cuba di implement.

Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, January 16, 2009 0 comments
Assalamualaikum,

En. Mohd Helmi bin Md Suhaimi

Saya bagi pihak Akademi Penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tuan kerana memilih bagi menjadi peserta program PENULIS SUPER anjuran kami. Email ini adalah sebagai pengesahan pendaftaran Tuan ke program kami.

Butiran lanjut mengenai mengenai program adalah seperti berikut :
  • Tarikh : 17 hb. Januari 2009
  • Tempat : Hotel Vistana Kuala Lumpur
Tentatif Program adalah seperti berikut :
8.00 hingga 8.30 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 hingga 10.30 pagi : Sesi 1
10.30 pagi hingga 10.45 pagi : Minum pagi
10.45 hingga 1.00 petang : Sesi 2
1.00 hingga 2.00 petang : Makan tengah hari & solat zohor
2.00 hingga 4.30 petang : Sesi 3
4.30 hingga 4.45 petang : Minum petang

4.45 hingga 6.00 petang : Sesi 4
Pihak kami amat teruja untuk bertemu dengan para peserta yang bersemangat dan berkomitmen tinggi seperti Tuan . Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini boleh terus hubungi talian HOTLINE 1-700-8-2776 ataupun akademipenulis@fauzulnaim.com.

Kita bertemu di program nanti. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan kami dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Pada 17 Januari 2009 hari Sabtu ini, saya akan menghadiri Program Program PENULIS SUPER : Seminar Jana Wang Dengan Menulis di Hotel Vistana, Kuala Lumpur.

Seperti email di atas ia di hantar oleh Founder Akademi Penulis dan juga CEO syarikat Fauzul Na'im Sdn Bhd. InsyaAllah saya akan mengambil dan menumpukan sepenuhnya dari slot-slot yang akan di adakan.

Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama saya menghadiri kursus sebegini. InsyaAllah pada masa akan datang juga bila-bila masa saya akan terus mempelajari ilmu penulisan dan juga penerbitan. Ilmu sebegini saya anggap penting kerana melibatkan cara penulisan yang menjana ilmu pada diri dan juga para pembaca.

InsyaAllah doakan saya agar menjadi penulis karya Bestseller pada satu hari ini. InsyaAllah tahun ini sepertimana impian saya ingin menerbitkan 4 buku, 4 artikel dan 4 presentation.

Apa yang penting adalah saya akan terus berusaha dan berusaha untuk mencapai kejayaan dan impian yang tinggi. Pantang menyerah kalah dan berputus asa.

Never, never and never give up!

Menjadi Penulis & Penerbit Buku

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, January 10, 2009 0 comments
Menjadi Penulis & Penerbit Buku


Di Malaysia masih tidak banyak syarikat penerbitan buku yang beroperasi. Beberapa nama yang popular dan bergiat cergas dalam penerbitan buku adalah seperti PTS Publication dan Telaga Biru. Ada juga syarikat yang memfokuskan penerbitan di dalam karya-karya tertentu seperti Alaf 21, KarnaDya, Creative Enterprise dalam novel, Karangkraf- Penerbitan Majalah hiburan serta Utusan Karya.

Di dalam beberapa hari ini, saya agak sibuk dalam membuat kajian bagaimana ingin menjadi penulis dan juga menjadi penerbit- dalam erti kata lain membina syarikat penerbitan sendiri ataupun 'Publishing House'. Idea ini tercipta apabila memerhatikan fenomena penulisan dan buku di Malaysia sendiri. Masih perlu dipergiatkan dan memperluaskan lagi industri penerbitan buku di Malaysia.

Pelbagai faedah boleh dimiliki seperti menggalakkan lagi pembacaan di kalangan rakyat Malaysia khususnya. Kajian-kajian terdahulu menyatakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buku setahun. Ini mungkin boleh dipertikaikan dan juga mungkin boleh diterima. Walau apapun ia tetap merupakan industri yang amat
berguna untuk mempergiatkan lagi bahan-bahan pembacaan yang berguna dan menarik kepada semua.


Pada saya dan mungkin orang-orang yang lebih berpangalaman, perlunya penambahan syarikat yang bergiat cergas dalam penerbitan buku dan mungkin majalah. Tetapi, apa yang perlu dan ingin diterbitkan mestilah berkualiti dan mempunyai standard tertentu. Alangkah baiknya jika menjadi bestseller. Ia bermaksud penerimaan kepada penulisan kita adalah dikatakan terbaik kerana menarik pembacaan orang ramai. Perkara ini tidak mustahil untuk menjadi kenyataan, tetapi pelbagai usaha perlu dilakukan. Percayalah!

Semua dari kita boleh menjadi penulis. Ini adalah sesuatu yang teramat benar. Pelbagai jenis tulisan boleh dikongsi. Daripada pengalaman, fakta dan lain-lain lagi. Di pasaran, pelbagai capaian buku boleh di dapati. Baik untuk motivasi, kewangan, pemasaran, biografi, novel dan bermacam-macam lagi.

Bagi yang minat menulis, cubalah dan pasti kita akan sama-sama menikmati hasil karya. Tidak perlulah yang terbaik. Cukuplah jika ianya memberikan ilmu yang berguna dan merehatkan minda. Mulakan daripada sekarang untuk menghasilkan manuskrip yang mungkin ianya boleh merubah diri kita dan semua perkara dan InsyaAllah kepada perkara yang lebih baik.

...............................................................................

Untuk pandangan tersendiri, saya amat menggalakkan penulis-penulis untuk memulakan penulisan yang memberikan manfaat. Sebenarnya penulisan teramat mudah. Pelbagai jenis dan gaya penulisan berada di luar sana. Gunakanlah gaya yang telah ada ataupun gaya tersendiri.

Di luar ramai yang menanti-nanti karya anda!



Just explore the writing! Ianya menyeronokkan. Feel it today!


Tanamkan Azam Baru

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 01, 2009 0 comments



Tanamkan Azam Baru

Setiap tahun baru pasti ramai yang akan menanamkan azam. Seringkali persoalan demi persoalan akan timbul "Apa azam baru tahun ini?". Ia sering dipertanyakan apabila masuknya tahun baru terutamanya tahun baru Masihi. Sedar atau tidak bahawasanya antara Masihi dan Hijrah yang lebih teragung adalah tahun Hijrah. Di ketika inilah berlakunya penghijrahan besar-besaran umat ISLAM dari kota Mekah ke kota Madinah. Suatu penghijrahan kepada titik tolak bermulanya era ISLAM yang cemerlang, gemilang dan terbilang buat selama-lamanya. Berhijrahnya digelar kaum Muhajirin dan diterima baik kaum Ansar. Suatu penghijrahan dari perkara yang tidak elok kepada yang lebih baik.

Perkara yang amat penting di sini adalah sediakah kita bermuhasabah diri kita, merenung kesilapan, kesalahan serta kekurangan diri kita. Bersediakah kita menghijrahkan diri kita untuk menuju ke arah destinasi yang lebih baik dan menuju Maghfirah kasih sayang daripada ALLAH. Setiap hari setiap masa dan ketika tanamkanlah azam di dalam diri kita. Kita ini hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan. Sedar atau tidak pasti ada kesalahan yang dilakukan kepada kita. Tanamkanlah niat atau dalam erti kata lain berazamlah untuk menjadi lebih baik dari tahun lepas bahkan ISLAM menyeru kita menjadi lebih baik daripada semalam.

Sabda Rasulullah "Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini samadengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."
Di sini dapat kita nyatakan bahawasanya setiap hari kita perlulah berubah. Pentingnya amalan muhasabah untuk kita merenung kembali setiap perbuatan yang kita lakukan. Buangkan keegoan di dalam diri dan teruslah beramal untuk mencapai redha ALLAH serta kejayaan dunia dan akhirat. Muhasabah bertujuan untuk memperingati diri sendiri agar tidak berterusan jika melakukan kesalahan.

Pernahkah kita mendengar kisah sahabat Rasulullah sentiasa merenung kehidupannya pada satu-satu hari sebelum tidur. Kisah yang amat kagum jika diperhatikan. Jika ada kesalahan dilakukan dipukul dirinya sendiri untuk bertujuan menginsafi diri. Juga, salah seorang khalifah sentiasa mencatatkan kisah kehidupannya di dalam lembaran atau yang kita gelar 'diari'. Khilafah yang dinyatakan adalah Saidina Umar Al-Khattab. Tujuannya hanyalah untuk merenung diri serta bermuhasabah dan memang benar melalui tulisan tersendiri, kita dapat melihat siapa diri kita.

Pelbagai peristiwa berlaku ke atas diri kita setiap hari. Sedar ataupun tidak mungkin perjalanan kehidupan kita ada melakukan dosa iaitu kesilapan ke atas sesuatu perkara. Jika telah muhasabah dan mendapati adanya kesilapan memohon maaflah kerana inilah yang sepatutnya. Sentiasa berazamlah untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

Azam yang dibina perlulah bukan sahaja dikhususkan kepada diri sendiri. Sematkanlah serta berazam dan juga berusaha untuk kepentingan agama, keluarga, masyarakat dan lain-lain lagi. Inilah azam yang merangkumi segala-gala yang mempunyai hak. Sesungguhnya rezeki ke atas diri kita juga merupakan untuk semua yang lain. Dengan inilah jika kita mendapat rezeki yang melimpah ruah ISLAM mewajibkan kita mengeluarkan Zakat.

Serlahkanlah kemampuan kita untuk membuktikan azam yang dibina. Bagaimanakah caranya? Tiada cara lain ialah dengan berusaha dengan sekuat mungkin. Bersungguh-sungguhlah kepada sesuatu perkara yang baik. Dengan izin ALLAH pekerjaan yang kita lakukan pastilah memberikan manfaat yang terbaik. Jikapula mendapat dugaan dan cabaran dalam perjuangan usaha, janganlah cepat putus asa dan kecewa. Amatilah bahawa untuk mendapat 20% kejayaan pasti menghadapi 80% kegagalan. Usaha dan terus usaha. Jika kena dengan caranya pasti kita akan berjaya. Percayalah!

Persoalan: Bila perlu kita menanam azam? Jawapan: Tiada masa yang tertentu untuk menanam dan membina azam diri. Setiap saat dan masa ketika kita boleh menetapkan azam diri. Seperti yang dikatakan tadi tanamkanlah azam baru setiap hari. Sememangnya jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam. Inilah kejayaan yang sebenar.

Kita juga boleh mencipta azam 'long term' ataupun jangka masa panjang. Inilah wawasan yang perlu diterapkan dalam diri. Apa jua azam mulakanlah daripada sekarang. Tidak perlu menangguh-nangguh dan mensia-siakan masa yang ada. Jika perancangan azam perlu dicapai dua tahun akan datang tetaplah mulakan daripada sekarang. Tindakan serta perancangan yang dimulakan awal pasti lebih menghasilkan jawapan yang lebih tepat.

Setiap perkara yang kita lakukan mestilah disertakan dengan niat. Tetapi niat sahaja tidak mencukupi jika tiada perlaksanaan. "Ilmu tanpa amal adalah sia-sia seumpama pohon yang tiada berbuah". Ia bermaksud bahawa jika mempunyai sesuatu di dada ataupun ilmu, jika tiada diamalkan dengan bersungguh-sungguh ianya langsung tiada berguna.

Oleh itu, setiap dari kita tanamkanlah azam, rancanglah dan teruskanlah berusaha. Setiap hari setiap ketika perbaharuilah azam yang ingin dilakukan. Tidak perlulah menunggu ketibaan tahun baru untuk menanam azam baru dan juga memperbaiki apa yang telah dicita-citakan.

Berusahalah...dan jangan pernah menyerah kalah sekali-kali...


SELAMAT TAHUN BARU 2009

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 01, 2009 0 comments

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Uniknya tahun ini. Didahului oleh Awal Muharam 1430H dan bakal disusuri oleh tahun 2009. Dikesempatan ini juga penulis mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2009. Semoga kita tetap dengan siapa diri kita. Sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki segala amalan kita.

Sambutan tahun baru diadakan setiap tahun di mana-mana sahaja. Bergembira dan bersorak-sorakan dilaksanakan sesiapa sahaja. Cukuplah jika kita mengucapkan selamat kepada semua. Tidak perlulah menghabiskan masa dengan terlampau bergembira.

Bersyukurlah umur kita masih ada dan tetaplah membuat kebaikan serta mencegah kemungkaran. Berdoalah agar kita dipanjangkan umur untuk terus membuat amalan untuk agama, diri, keluarga, masyarakat dan seluruhnya.



Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR