Seminar Kerjaya Sekolah Menengah Islam Hira', 17 Jun 2013
Posted by
Helmi Suhaimi
On
Monday, June 24, 2013
Alhamdulillah, pada 17 Jun 2013, Isnin, satu Seminar Kerjaya untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Islam Hira' telah berjaya dilangsungkan. Seramai 117 orang pelajar telah mengikuti seminar sehari ini (8.30 pagi sehingga 5.00 petang). Seminar ini merupakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Institusi Pendidikan Hira' dengan kerjasama Sekolah Menengah Islam Hira'.
Seminar kerjaya ini tidak secara terus menceritakan berkenaan kerjaya-kerjaya yang ada. Ia lebih bersifat kepada personaliti setiap individu. Ini adalah saya percaya setiap individu mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri. Jika ia dikenalpasti dan dibangunkan secara ringkas, mereka akan lebih jelas kerjaya bagaimana yang mereka akan pilih.
Sebanyak tiga tajuk pembentangan utama telah menjadi inspirasi bermakna kepada seluruh para peserta. 1)Mengenalpasti dan membangunkan bakat dan kelebihan diri, 2)Mencintai Kerjaya, 3)Menghasilkan Perancangan Kerjaya.
Pertama sekali para peserta dikehendaki menetapkan niat seumpama hadis "Setiap amalan itu bermula dengan niat". Untuk pembentangan pertama, ia lebih kepada menitikberatkan kepentingan mengenalpasti bakat dan membangunkan ia yang mana ia merupakan anugerah daripada Allah.
Kerjaya perlu bermula dengan mengenalpasti bakat dan kelebihan diri. Ia adalah amat penting untuk setiap individu membuat kerja dengan berkualiti dan berdasarkan kepada diri sendiri. Ia akan mencipta matlamat dan tujuan yang jelas. Di sini diterangkan fasa-fasa pembangunan bakat serta bagaimana untuk mengenalpasti bakat secara mudah.
Ujian personaliti kerjaya yang dijalankan adalah berdasarkan Holland's Theory of Career Choice. Diterangkan kepada setiap para peserta setiap daripada kita mempunyai personaliti yang berbeza dengan kualiti yang tersendiri. Dibentangkan juga bahawasanya setiap individu yang telah berjaya hari ini adalah dengan menggunakan bakat, kelebihan dan kualiti tersendiri.
Untuk pembentangan kedua, para peserta ditekankan untuk mencintai kerjaya dengan sepenuhnya. Ini bertujuan untuk kita akan melakukan sesuatu kerjaya berdasarkan apa yang kita cintai sejurusnya kita akan cinta apa yang kita lakukan.
“Setiap orang akan dapat
mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia menyukai pekerjaan
yang dilakukan nya”
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Ia jelas membuktikan minda, hati dan tenaga perlu serasi antara satu dengan yang lain. Persoalan mengapa perlu mencintai kerjaya dijawab dengan jelas semasa fasa ini.
Dengan itu para peserta akan membangkitkan nyala rasa yang penuh dan semakin gigih dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja.
Ketiga, berkaitan dengan perancangan kerjaya, para peserta diterangkan bahawasanya perancangan itu perlu untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Ia perlu bermula daripada hari ini. Apakah kita semua perlu memiliki sijil, mempelajari kemahiran dan memperolehi pengalaman.
Segala-galanya perlu dirancang dengan teliti. Kejayaan bukannya pada garisan lurus tetapi zig-zag. Pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan perlu dilalui. Ini merupakan lumrah hidup.
Para peserta dijelaskan ada pekerjaan yang memerlukan sijil seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam. Namun ada juga yang sekadar perlukan kemahiran seperti mekanik, usahawan, penulis, pelukis dan pelbagai lagi. Dijelaskan juga sekiranya tetap ingin memiliki sijil, ia perlu diteruskan tetapi perlu jelas sijil tidak penting yang penting adalah ilmu.
Sesi ini juga para peserta dikehendaki merujuk kepada teori Holland. Mereka akan didedahkan pekerjaan apa yang sesuai berdasarkan personaliti mereka. Ia hanyalah sekadar panduan dan mereka perlu selidik bakat mereka dengan lebih jelas.
Keseluruhannya seminar ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya. Para peserta kelihatan bersungguh-sungguh memahami kerjaya apa yang sesuai dengan diri mereka. Ia merupakan satu petanda yang baik baik pembangunan kerjaya mereka. Di sebalik itu, kelihatan melalui beberapa permainan yang dijalankan ada beberapa peserta yang mempamerkan kreativiti dan inovasi yang amat baik sekali. Bahkan mereka mempamerkan daya inovasi yang paling baik setakat saya mengendalikan kursus.
Saya sendiri amat terharu apabila setelah tamat seminar ini ramai yang bertanyakan soalan secara personal berkenaan diri mereka. Jelas mereka semakin serius apa untuk mengetahui apa yang perlu mereka lakukan selepas era persekolahan.
Seminar sehari merupakan tidak cukup untuk mereka benar-benar hadam bagaimana merencana dan mencipta kerjaya sebenar pada abad ke-21 ini. Mereka perlu didedahkan dengan dunia sebenar serta lebih kepada profil secara individu.
Bagaimanapun, segalanya terbaik dan kerjasama para peserta adalah terbaik. 10/10. Pilihlah kerjaya berdasarkan bakat, kelebihan dan kekuatan yang tersendiri.
Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Seminar Kerjaya Sekolah Menengah Islam Hira', 17 Jun 2013"
Post a Comment