Seramai 73 pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah memeriahkan kem yang sangat hebat ini. Kelihatan wajah-wajah yang bersemangat untuk mempelajari pelbagai ilmu yang akan diterapkan di kem seumpama ini. Semua peserta bukanlah berbangsa Melayu, bahkan dihadiri juga beberapa pelajar bangsa India.
Jam 2 sehingga 4.30petang adalah masa yang diberikan kepada saya untuk memberikan persembahan selengkapnya berkaitan;
1. Teknik menjawab soalan peperiksaanBersesuaian dengan matlamat para pelajar yang terutamanya bakal menduduki UPSR, PMR dan juga SPM. Ilmu berkaitan peperiksaan yang saya dedahkan kebanyakannya adalah berdasarkan kajian dan juga fakta yang sebenar. Ada juga yang menggunakan cara saya menduduki peperiksaan.
2. Strategi sebelum, semasa dan selepas menghadapi peperiksaan
Tips dan teknik yang saya berikan akan saya letakkan kemudian di blog saya. Apa-apapun saya gembira dapat berkongsi informasi dan teknik-teknik untuk menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang dan jayanya. Saya pasti setiap pelajar yang hadir daripada kawasan Selangor malah juga daripada Johor dan Pahang dapat mendapat yang terbaik.
Matlamat untuk menjadikan diri terbaik dalam setiap perkara bukan sahaja peperiksaan perlu di amalkan. Sebab itulah saya selalu sampaikan pesanan agar aplikasikan ilmu yang kita pelajari. Bak kata pepatah arab, 'Ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tiada berbuah.' Jadi hasilkan sesuatu yang memberi nilai kepada diri kita dan juga orang lain.
Akhir kata, sekalung terima kasih kepada Thursina Training Centre atas jemputan dan undangan yang diberikan. Saya seronok sekali. Kerjasama pasti akan diteruskan untuk membantu setiap pelajar cemerlang dalam apa juga perkara dalam hidup.
Teruskan mencapai KECEMERLANGAN. Berusahalah!
0 Response to "SMART CAMP 2010"
Post a Comment