Telah dianjurkan kepada semua untuk terus melangkah menuju ke hadapan. Inilah tandanya kita sentiasa memajukan diri untuk mendapat kejayaan demi kejayaan. Bukankah seruan menuju kejayaan sebenarnya dianjurkan setiap agama. Islam sendiri mewajibkan umatnya sentiasa berusaha untuk berjaya di kehidupan dunia dan akhirat.
Seruan azan lima waktu "Haiya a'lal Falah" menekankan untuk sentiasa menuju kejayaan. Bahkan dianjurkan kita berada di barisan hadapan ketika solat. Juga di majlis-majlis ilmu tempat hadapan perlulah diutamakan. Mengikut kajian pakar, seseorang yang duduk di barisan hadapan akan mendapat lebih input daripada barisan yang belakang. Contohnya di hadapan akan mendapat 100% tetapi di belakang hanya mendapat 50%.
Kejayaan sememangnya diidam-idamkan oleh semua orang. Tanyalah kepada sesiapa juga. Pasti jawapan yang diterima "Siapa yang tidak mahu berjaya, semua orang hendak berjaya". Ini bermaksud tiada siapa yang inginkan kegagalan. Walaubagaimanapun haruslah diingat bahawa perlu dipersiapkan dalam diri untuk menerima jika berlaku kegagalan. Ditekankan bahawa 20% kejayaan perlu ditempuhi 80% kegagalan. Apa-apapun bersedialah jika ditakdirkan gagal.
Di sini ditekankan konsep sentiasa berusaha untuk bersama-sama berada di hadapan. Ini menjamin masa depan yang gemilang, cemerlang dan terbilang. Jika kita masih lagi di barisan belakang, marilah kita memperbaiki diri untuk menuju dan melangkah ke hadapan. Jika orang lain telah berlari, janganlah pula kita masih berjalan perlahan. Rentak kehidupan kejayaan mesti diamalkan.
Hanya diri kita sendiri yang akan menentukan sama ada kita di hadapan atau di belakang. Yang masih di belakang akan ketinggalan. Titik permulaan kejayaan adalah berlandaskan bagaimana kita ingin berjaya. bermotivasikanlah diri untuk berada di hadapan. Di hadapan pasti kita akan sentiasa positif dan berfikiran 'seluas mata memandang'. Hala tuju yang mudah pasti akan dikecapi.
'The road to success is to believe'. Tiada jalan pintas untuk berjaya. Sememangnya pelbagai halangan pasti akan di hadapi. Yang terpenting adalah kepercayaan diri untuk sentiasa melangkah ke hadapan. Rasa percaya akan membuatkan diri kita yakin untuk berusaha. Jika kepercayaan kita kuat pastilah merasa tekad dan tabah untuk teruskan mencapai kejayaan.
'Look to the bright future, it is in your hand'. Tanyalah pada diri kita bagaimana kita melihat masa hadapan kita. Jika kita ragu-ragu pasti pelbagai halangan hadir dan mengecewakan kita. Tiada perlu merasa kecewa kerana halangan yang tiba. Teruskan mencapai masa hadapan yang cerah. Berusaha, berusaha dan berusaha lah. Kekecewaan hanya akan menghalang kita untuk mendapat yang terbaik.
Kekuatan minda dan fizikal haruslah seiring untuk kita berada di hadapan. Kedua-dua elemen ini amat penting untuk memastikan kita sentiasa sihat luar dan dalam. Ini mencerminkan kita bersedia dalam apa jua keadaan. Tanpa mengenal penat lelah kita akan cuba dan cuba berterusan untuk kekal di hadapan.
Jika kita terkebelakang renungilah diri dan teruskan langkah-langkah ke hadapan. Tiada perlu merasa rendah diri sehinggakan kita malu untuk mengatakan 'Aku pasti berjaya'. Motivasi diri perlu dibangkitkan dalam diri. Ia juga perlu dihadirkan serta direalisasikan dalam pembuktian diri. Serlahkanlah kemampuan diri dan yakinlah kita mampu untuk sentiasa di hadapan.
'Passion and Courage will lead to Success, It just in the matter of time and hardwork'
0 Response to "Melangkah ke Hadapan"
Post a Comment