Ada seorang gadis muda yang sangat suka menari. Umurnya baru 10 tahun. Kemahirannya menari sangat menonjol jika dibandingkan dengan rakan-rakannya, sehingga dia seringkali menjadi juara di berbagai pertandingan yang diadakan. Dia berfikir, dengan apa yang dimilikinya saat ini, suatu saat apabila dewasa nanti dia ingin menjadi penari kelas dunia. Dia membayangkan dirinya membuat persembahan tarian di Rusia, Cina, Amerika, Jepun, serta ditonton oleh ribuan orang yang memberi tepukan kepadanya.
Suatu hari, diberitakan tempat tinggalnya dikunjungi oleh seorang pakar tari yang berasal dari luar negeri. Pakar ini sangatlah hebat, dan telah banyak melahirkan penari-penari kelas dunia. Gadis muda ini terlalu ingin menari dan menunjukkan kebolehannya di depan pakar tersebut, bahkan jika mungkin memperolehi kesempatan untuk menjadi muridnya. Akhirnya kesempatan itu datang juga. Si gadis muda berjaya untuk berjumpa dengan pakar di belakang panggung, setelah selesai persembahan tarian. Si gadis muda bertanya: “Tuan, saya ingin sekali menjadi penari kelas dunia. Apakah tuan ada masa untuk menilai saya menari? Saya ingin tahu pendapat tuan tentang tarian saya”. “Baiklah, menarilah di depan saya selama 10 minit”, jawab pakar tersebut.
Belum lagi 10 minit berlalu, sang pakar berdiri dari kerusinya, lalu berlalu meninggalkan si gadis muda begitu saja, tanpa mengucapkan sepatah katapun.
Betapa hancur si gadis muda melihat sikap sang pakar. Si gadis lalu berlari keluar pulang ke rumah, sambil menangis tersedu-sedu. Dia menjadi benci terhadap dirinya sendiri. Ternyata tarian yang selama ini dia bangga-banggakan tidak ada apa-apa di hadapan sang pakar. Kemudian dia ambil sepatu tariannya, dan dia lemparkan ke dalam stor rumahnya. Sejak saat itu, dia bersumpah tidak akan menari lagi.
Dua puluh tahun telah berlalu. Sang gadis muda kini telah menjadi ibu dengan tiga orang anak. Suaminya telah meninggal dunia. Dan untuk menyara keluarganya, dia bekerja menjadi pelayan dari sebuah kedai berhampiran rumahnya.
Suatu hari, ada sebuah persembahan tarian yang diadakan di sekitar bandar itu. Kebetulan sang pakar berada di antara para menari muda di belakang panggung. Sang pakar nampak tua, dengan rambutnya yang sudah putih. Si ibu muda dengan tiga anaknya juga datang ke persembahan tarian tersebut. Selesai acara, ibu ini membawa ketiga-tiga anaknya ke belakang panggung, mencari sang pakar, dan memperkenalkan ketiga-tiga anaknya kepada sang pakar.
Sang pakar masih mengenali ibu muda ini, dan kemudian mereka bercerita secara akrab. Si ibu bertanya, “Tuan, saya ada satu pertanyaan yang teringang-ngiang di hati saya. Ianya berkenaan penampilan saya sewaktu menari di hadapan tuan dua puluh tahun yang lalu. Sangat terukkah penampilan saya masa itu, sehingga tuan langsung pergi meninggalkan saya begitu saja, tanpa mengatakan sepatah katapun?”
“Oh ya, saya ingat peristiwa itu. Terus terang, saya belum pernah melihat tarian seindah yang kamu lakukan waktu itu. Saya rasa kamu akan menjadi penari kelas dunia. Saya tidak faham mengapa kamu tiba-tiba berhenti dari dunia tari”, jawab sang pakar.
Si ibu muda sangat terkejut mendengar jawapan sang pakar. “Ini tidak adil”, seru si ibu muda. “Sikap tuan telah mencuri semua impian saya. Kalau memang tarian saya bagus, mengapa tuan meninggalkan saya begitu saja ketika saya baru menari beberapa minit. Tuan seharusnya memuji saya, dan bukan mengabaikan saya begitu saja. Sudah pasti saya akan menjadi penari kelas dunia. Bukan hanya menjadi pelayan kedai!”
Si pakar menjawab lagi dengan tenang “Tidak …. Tidak, saya rasa saya telah lakukan sesuatu yang betul. Kita tidak perlu minum anggur satu botol untuk membuktikan anggur itu enak. Demikian juga saya. Saya tidak perlu menonton anda 10 minit untuk membuktikan tarian anda bagus. Malam itu saya juga sangat letih setelah pertunjukkan. Saya tinggalkan anda sebentar, untuk mengambil kad nama saya, dan berharap anda mahu menghubungi saya keesokan harinya. Tapi anda sudah pergi ketika saya keluar. Dan satu perkara yang perlu kita lakukan, bahawa kita perlu fokus pada impian kita, bukan pada ucapan atau tindakan saya.“
“Mengapa perlu kamu mengharapkan pujian? Ah, waktu itu kamu sedang membesar. Pujian itu seperti pedang bermata dua. Ada kalanya memberikan motivasi kepadamu, boleh pula melemahkanmu. Bahkan saya melihat bahawa sebahagian besar pujian yang diberikan pada masa seseorang sedang membesar, hanya akan membuat dirinya puas dan pertumbuhannya pasti akan berhenti. Jesteru itu saya lebih suka tidak memberikan pujian kepadamu, agar hal itu boleh membuatkan kamu lebih cepat membesar lagi. Lagi pula, pujian itu sepatutnya datang dari keinginan saya sendiri. Tidak perlu kita meminta pujian dari orang lain.”
“Sebenarnya ini hanyalah masalah yang remeh sahaja. Sekiranya anda pada waktu itu tidak menghiraukan apa yang terjadi dan tetap menari, mungkin hari ini anda sudah menjadi penari kelas dunia.”
Mungkin anda sakit hati pada waktu itu, tapi sakit hati anda akan cepat hilang sekiranya anda berlatih kembali. Tetapi sakit hati kerana penyesalan anda hari ini tidak pernah hilang selama-lamanya.”
Refleksi:
Percayakah kita dengan bakat dan impian kita? Walau apa sahaja yang berlaku teruskan percaya dengan impian yang dibina berasaskan bakat serta kelebihan diri. Jangan berhenti berusaha untuk menjadikan bakat mapan dan impian suatu realiti.
Klip yang dikongsikan di sini adalah ketika Steve Jobs memberikan ucaptama kepada mahasiswa Stanford University pada tahun 2005. Jelas yang mana ucaptamanya amat memberikan inspirasi yang amat bermakna bagi mereka yang mendengarnya.
Untuk teks penuh ucaptama Jobs, boleh dibaca di sini, http://news.stanford.edu/news/2005/june15/jobs-061505.html
Isi kandungannya lebih kepada kisah kehidupan beliau sendiri yang mana menjadi pengajaran berharga untuk semua. Steve Jobs berkongsi tiga buah cerita.
- Cerita pertama adalah “Connecting the Dots" -- "Believing the dots will connect in your future will give you the courage to follow your heart - even when it leads you off the well-worn path. And that will make all the difference." -- Steve Jobs
- Cerita kedua adalah “Love and Loss” -- Sometimes life can hit you in the head with a brick. Don't lose faith. You've got to find what you love. If you haven't found it yet - keep looking. And don't settle.
- Cerita ketiga adalah “Death” -- "If today were the last day in my life would I want to do what I'm about to do?"
Ketiga-tiganya memiliki nilai yang dapat kita perolehi dan dapat kita terapkan di dalam kehidupan kita. Realitinya inspirasi yang diberikan oleh Steve Jobs mempunyai makna yang amat besar sekali.
5 Oktober 2011 merupakan hari kehilangan buat selama-lamanya seorang tokoh inovasi yang telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada pembangunan inovasi komputer, telekomunikasi, animasi. Beliau adalah Steve Jobs.
Sedikit pengenalan, Jobs adalah antara individu yang memperkenalkan beberapa syarikat gergasi seperti Apple, Pixar dan juga Next. Jobs sepanjang hidupnya sentiasa memberi inspirasi untuk berjaya dengan minat yang mendalam, sentiasa memberi pembentangan yang menarik, bertenaga, bijaksana dan menjadi mentor kepada ramai individu lain. 'Think Different' menjadi kata inspirasi kepada syarikat Apple dan membuktikan dengan mengeluarkan produk yang amat menakjubkan.
Individu yang kreatif genius dan sentiasa mempunyai visi yang besar ini mungkin telah pergi tetapi legasi Apple akan terus kekal dan hidup. Individu yang hanya memakai baju hitam dan berseluar jeans semasa melakukan pembentangan ini akan sentiasa dikenang setiap individu.
Dikongsikan di sini saat-saat kejayaan beliau yang akan sentiasa menjadi memori yang amat bermakna sekali.
p/s: Minggu ini pos terbaru adalah berkaitan inspirasi dan memori Steve Jobs.
Setiap individu sudah pasti mempunyai impian. Ada yang berimpian mempunyai kereta besar, rumah besar, menjadi usahawan berjaya, dan bermacam-macam lagi impian. Apa sahaja impian, teruskan mempunyai impian yang besar. Hanya dengan impian membuatkan kita selangkah apa yang kita mahukan. Kelak impian itu akan menjadi nyata.
Ramai yang mengecap kejayaan hari ini atas kerana bermula dengan sekadar impian.
Jangan sesekali berasa rendah diri, malu, segan untuk menyatakan impian kita yang besar seumpama lautan biru yang terbentang luas. InsyaAllah jika kita percaya serta yakin dengan impian yang kita punya, dengan usaha yang berterusan tanpa menyerah kalah jika gagal, sudah pasti impian akan menjadi kenyataan. Apa sahaja masalah terus percaya dengan impian. Jangan sesekali berputus asa, dan jangan biarkan apapun rintangan menghindari kita dari mencapai impian.
Jangan lupa untuk mengamalkan konsep 'DUITS'; doa, usaha, istiqamah, tawakal dan seterusnya syukur. Sudah pasti apa yang kita impikan semakin jelas dan menjadi realiti.
Jika berimpian, punyailah impian yang besar.
p/s: Antara impian saya adalah mempunyai kedai buku label sendiri dan berkarya.

Mahukah kita berjaya serta mencapai tujuan hidup dan impian? Saya yakin setiap daripada kita mahu berjaya dan mencapai impian masing-masing.
Tetapi tahukah yang mana tidak semua orang berjaya serta mencapai matlamat dan impian mereka. Diketahui oleh semua yang mana tiada siapa mahu gagal. Malah ada dikalangan kita yang rasa putus asa dan menyerah kalah kerana dikatakan gagal. Tiada apa yang dapat dilakukan cukup sekadar sedikit sahaja usaha yang dilakukan.
Mengapa ini berlaku?
Mengapa ini berlaku?
Pakar penyelidik dan pengkaji bijak pandai telah mempelajari perkara ini selama puluhan tahun dan mereka akhirnya mencapai kesimpulan yang amat mengejutkan.
Hari ini saya akan kongsikan formula untuk berjaya dan menunjukkan bagaimana kita boleh mula mengamalkannya sehingga berjaya dan mencapai tujuan serta impian hidup. Ia meliputi empat (4) formula yang asas.
Langkah pertama - Have FUN!(Berseronoklah)
Serlahkan 'nyala rasa'; minat yang mendalam kita . Bagaimana untuk menemui nyala rasa kita? Secara mudah untuk menemui nyala rasa mulakan dengan hanya rasa seronok.
Serlahkan 'nyala rasa'; minat yang mendalam kita . Bagaimana untuk menemui nyala rasa kita? Secara mudah untuk menemui nyala rasa mulakan dengan hanya rasa seronok.
Ianya bermaksud lakukan hal-hal yang kita sukai dan lakukan sesuatu hanya untuk berseronok dan membuatkan kita gembira.
Dengan itu kita akan membebaskan fikiran ketakutan, serta tidak lagi berfokus pada masalah harian. Kita juga akan membebaskan fikiran bawah sedar sekaligus membantu kita mencapai tujuan kita sendiri.
Apabila kita melakukan sesuatu dengan seronok, secara automatik kita akan kita akan sentiasa fokus pada apa yang kita suka lakukan. Dengan inilah Sir Ken Robinson menyatakan 'Do what you love, Love what you do'.
Ketika saya ingin rasa seronok saya bermain sepak bola, berehat di taman, berehat di tepi pantai, menyanyi, bermain dengan kucing, memandu kereta, membaca atau menulis. Saya sendiri sudah menetapkan menjadikan menulis sebagai sebahagian besar hidup saya - selain daripada bercakap di hadapan ramai orang (terutama impian untuk berucap di hadapan ribuan penonton). Semua keseronokan itu mendorong saya untuk lebih mencapai kejayaan sebenar.
Secara sedar ataupun tidak apabila kita melakukan sesuatu hanya untuk berseronok hal-hal yang baik dengan sendiri akan datang kepada diri kita.
Jadi, marilah kita sama-sama cari dan lakukan sesuatu yang memberikan keseronokan kepada diri kita. Carilah nyala rasa dan lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Melakukan sesuatu yang kita benar-benar suka dan minat hanya akan membuatkan kita lebih dekat dengan kejayaan kita. Percayalah!
Langkah 2 - Percaya pada diri sendiri
Sudah pasti ada orang yang akan memberitahu kita bahawa kita tidak dapat melakukan sesuatu. Ambil sahaja apa yang mereka katakan dan dan cukuplah sekadar dengan membuktikan kita boleh melakukan apa yang kita mahu lakukan. Sesekali usah kita menyerah kalah dan berasa rendah diri.
Percaya yang mana kita boleh melakukan apa sahaja dan kita akan mencapainya alaupun impian setinggi langit.
Jangan sesekali biarkan rasa ragu dan pemikiran yang negatif menahan kita - mereka tidak tahu kita dan mereka tidak tahu apa yang kita mampu. Mereka bukanlah diri kita- hanya ada satu orang seperti kita dan kita mampu melakukan apa pun yang kita inginkan.
Ciptakan sebuah sistem kepercayaan yang membolehkan kita untuk mencapai matlamat dan impian kita. Anda boleh mempunyai banyak impian, tetapi jika kita sendiri tidak percaya kita boleh - kita tidak akan dapat apa yang kita impikan.
Bagaimana untuk mempunyai sistem kepercayaan positif?
- Katakan pada diri kita boleh mencapai apa yang anda inginkan.
- Sentiasa positif pada diri sendiri.
- Rancang setiap hari apa yang akan kita lakukan.
- Setiap hari mendorong diri sendiri dengan mengakui kemajuan yang telah kita lakukan.Berikan penghargaan kepada diri.
Bila kita telah mempunyai sistem keyakinan positif kita akan sentiasa tahu kita boleh lakukan apa yang kita impikan.
Minda bawah sedar kita akan mengambil mesej ini dan mula membantu kita menjalani hidup sesuai dengan apa yang anda percaya. Jadi, apabila kita percaya sesuatu - minda bawah sedar akan beroperasi dan mencipta situasi untuk membantu kita terus percaya bahawa kita boleh melakukan sesuat; begitu juga sebaliknya.
Minda bawah sedar kita akan mengambil mesej ini dan mula membantu kita menjalani hidup sesuai dengan apa yang anda percaya. Jadi, apabila kita percaya sesuatu - minda bawah sedar akan beroperasi dan mencipta situasi untuk membantu kita terus percaya bahawa kita boleh melakukan sesuat; begitu juga sebaliknya.
Langkah 3 - Lakukan yang terbaik yang kita mampu
Sentiasa cuba untuk melakukan sesuatu yang terbaik berulang-ulang kali- memberikan yang terbaik, menjadi yang terbaik, lakukan apa yang terbaik - sepanjang masa setiap hari. InsyaAllah magnet kejayaan akan menarik diri kita ke arah kejayaan dan impian yang kita inginkan.
Ini adalah bermaksud untuk menjadi orang terbaik yang kita boleh. Jadilah suami, isteri, ibu, ayah, anak, yang terbaik. Jadilah sahabat yang terbaik. Jadilah jiran yang terbaik. Jadilah pekerja atau bos yang terbaik.
Apabila kita melakukan yang terbaik, kita akan terus berusaha menjadi yang terbaik dan fikiran bawah sedarakan berfokus pada menjadi yang terbaik, dan secara natural akan menarik yang terbaik kepada diri kita - hal-hal yang baru mulai membaik.
Jangan bimbang tentang akibat, seperti gagal, terus melakukan yang terbaik dan kita akan mendapatkan yang terbaik daripada semua orang di sekitar dan kita sendiri akan menarik hal-hal yang terbaik untuk diri kita sendiri.
Langkah 4 - Berfikiran Terbuka
Banyak kali kita ingin semua tercapai dengan cara yang kita mahukan - tetapi
mungkin bukan pilihan terbaik bagi kita.
Kita mungkin pernah mendengar nama Susan Boyle .Beliau merupakan salah seorang peserta ujibakat Britain Got Talent 2009 yang berumur 47 tahun yang telah mengejutkan semua orang dengan suaranya yang merdu. Pada mulanya semua penonton malah juri memperlekehkannya kerana impiannya untuk menjadi penyanyi profesional seperti Eleine Page. Boyle bahkan tidak bersedia untuk persembahan.
Hari ini beliau telah menempah nama dalam persada seni suara dengan menjual jutaan albumnya. Satu-satunya alasan beliau berjaya pada hari ini adalah kerana beliau terus berfikiran terbuka, tidak hirau kata orang lain, percaya pada impiannya, percaya pada dirinya dan melakukan yang terbaik.
Ini adalah forumla untuk berjaya dan bekerja.
Jika kita melakukannya - hidup akan menjadi jauh lebih baik, kita akan lebih berjaya, bahagia.
Lihat kesempitan sebagai sebuah kesempatan - untuk mungkin mendapatkan sesuatu lebih baik, sesuatu yang lebih tepat atau untuk bergerak ke arah yang baru.
Teruskan berfikiran terbuka.
--------------------------------------------
--------------------------------------------
Semua langkah-langkah di atas perlu dipraktikkan dalam kehidupan sehari-harian kita untuk membuktikan kejayaan dan memberikan impak yang lebih hebat dan jelas terutamanya untuk impian kita. Setiap individu yang berjaya semuanya membuktikan dengan langkah-langkah tersebut terutamanya menggunakan bakat dan kelebihan semulajadi sendiri dapat memberikan manfaat yang besar.
Di sini saya kongsikan satu klip daripada TM yang amat besar maknanya.
Jika kita sama-sama lihat pada awal klip ayah langsung tidak memberikan sokongan kepada kejayaan anaknya, ramli menjaringkan dua gol untuk pertandingan bola sepak sekolah. Sifat ayahnya yang bukan sahaja tidak memberikan sokongan serta penghargaan, malah telah memandang enteng kejayaan Ramli. Ayahnya seolah-olah percaya kejayaan serta kecerahan masa hadapan berdasarkan akademik semata-mata.
"Anak jiran sebelah tu skor 9A tau", beginilah kata-kata ayah yang berkemungkinan bakal membunuh impian dan juga bakat Ramli.
Kita lihat kembali apa yang Ramli katakan dalam hatinya. "Ayah, Ramli janji akan buatkan ayah bangga satu hari nanti." Syukur semangat Ramli masih lagi bertahan dan dia masih percaya akan impian dan bakatnya. Malah, Ramli akan membuktikan kejayaan sebenar kepada ayahnya.
Mesej klip ini amat memberi sejuta makna kepada kita semua. Ramai ibu bapa masih menganggap kejayaan sebenar yang memberikan masa hadapan yang cerah adalah melalui akademik semata-mata. Kita renung kembali kenyataan ini. Adakah ini yang kita katakan kepada anak-anak, adik beradik ataupun saudara mara kita?
Impian perlu dibuktikan. Jangan sesekali kita padamkan impian sesiapa juga.




