Seorang cikgu, pensyarah, tenaga pengajar merupakan seorang yang paling penting dalam seseorang individu untuk mendalami sesuatu perkara sama ada ilmu atau informasi. Mereka merupakan inspirasi yang amat diperlukan oleh seseorang atau pelajar. Mereka menjadi tempat rujukan utama jika ada apa-apa yang perlu dipelajari.
Menjadi tanggungjawab untuk seorang cikgu untuk menjadikan sesuatu subjek atau apa yang diajar untuk lebih menyeronokkan. Ini kerana manusia lebih mudah memahami mahupun mengingati sesuatu perkara ketika bermain.
Bukankah bermain lebih seronok? Namun pastikan permainan itu kena pada tempatnya ya.
Picasso ada berkata, "Aku tidak mampu mengajar kamu tetapi aku akan membuatkan kamu semua berfikir."
Lebih menarik sekiranya cikgu tidak sekadar mengajak pelajarnya untuk menghafal semata-mata tanpa ada praktikaliti yang jelas. Aplikasi lebih penting berbanding teori semata-mata. Bahkan subjek yang sukar juga menjadi seronok dan menjadi lebih mudah difahami. Contohnya fizik, kimia, biologi dan lain-lain lagi.
Seorang profesor MIT,Massachusetts Institute of Technology, Walter Lewin merupakan antara contoh yang terbaik. Gaya ia mempersembahkan subjek Fizik amat menyeronokkan sekali. Ini menjadikan kelasnya sentiasa penuh dan meriah. Lihat sahaja video di atas.
Beliau percaya fizik perlu seronok.
Alangkah seronoknya jika ada profesor di Malaysia seperti beliau. Pasti Fizik lebih seronok.
Pada tahun 2012, beliau merupakan antara 'The Best 300 Professors in the US', dan beliau adalah profesor daripada MIT yang pertama dalam senarai ini.
'COOL'
Visualisasi Positif amat bermakna bagi membentuk masa hadapan yang cerah dengan kecemerlangan serta kejayaan berterusan. Ia sejurusnya akan membina kepercayaan kepada diri.
Yakin dan percaya kita mampu mencipta kejayaan. Usaha mencerminkan kepercayaan yang jitu. Visualisasikan perkara-perkara yang memberikan kebaikan dan kejayaan yang sebenar. Walaupun ia hanyalah visualisasi tapi impaknya akan nampak sama ada cepat ataupun lambat, visualisasi itu akan menjadi nyata.
Jika kita visualkan perkara yang positif, sejurusnya ia merupakan doa untuk kita memperolehi sesuatu yang baik. Jika negatif, begitulah seadanya akan menjadi negatif. Kita adalah apa yang kita minta.
Ia sebenarnya mudah untuk dilakukan dan semuanya terserah kepada bagaimana kita hendak lakukan.
Lensa Kejayaan
Memberi imaginasi kepada kejayaan adalah salah satu langkah visualisasi positif yang pasti akan menjangkakan keberhasilan. Kita akan menarik kejayaan kepada satu langkah yang jelas dan kepastian.
Satu cara untuk mengeluarkan kreativiti dalam diri adalah dengan melakukan visualisasi ke atas perkara-perkara yang memberi nilai, menyelesaikan masalah dan sebagai pemudahcara. Inovator-inovator meraikan inovasi dengan bermula dengan kreatif visualisasi, tentunya kepada perkara yang positif.
Secara keseluruhannya ia membawa diri kita setapak ke arah kejayaan dan memberi nilai realistik. Kejayaan akan lebih tertumpu.
Latihan Visualisasi
- Duduk secara rehat. Pastikan kita berada dalam keadaan selesa.
- Pejamkan mata dengan tenang.
- Tarik nafas sedalam-dalam mungkin sebanyak 3 kali.
- Kosongkan fikiran.
- Bismillah. Visualisasikan perkara apa yang kita mahukan. (Sambil berkata-kata dalam minda kita)
- Visualisasikan seolah-olah perkara yang baik, positif itu berada dekat dengan kita. (Jika kita mahukan kereta, bayangkan kita sedang membawa kereta tersebut)
- Bila rasa tiba masanya, lepaskan dengan menarik dan hembus nafas secara tenang.
- Lakukan sekerap mungkin.
Mulai hari ini, kita mulakan visualisasikan perkara-perkara yang positif yang membina diri ke arah kejayaan yang diperlukan.
VISUALIZE!
Ramai orang kita yang takut untuk mencuba sesuatu perkara kerana takut kepada risiko. Mengapa perlu takut, sedangkan setiap perkara yang kita lakukan pasti ada risikonya tersendiri. Kita berjalan di kaki lima ada risikonya. Kita di dalam rumah ada risiko. Kita semasa memandu ada risiko. Jelas, hidup tidak terlepas daripada risiko.
"Cuba dulu baru tahu..." Satu kata yang amat mudah tetapi susah untuk dilakukan sebenarnya. Mencuba sebenarnya menjadi titik tolak untuk melakukan sesuatu secara serius, bahkan boelh dikatakan permulaan yang amat baik sekali. Jika kita tidak cuba, bagaimana kita tahu sesuatu itu boleh jadi atau tidak.
Dalam psikologi Barat, orang yang mempunyai sikap "mari kita cuba dulu..." dilihat sebagai orang yang mempunyai percaya-diri yang tinggi dan berfikiran positif. Dua unsur ini menjadikan kita dilihat sebagai mempunyai bakat sebagai pemimpin. (Manakala orang yang banyak bercakap tentang masalah dilihat sebagai tidak layak dipilih menjadi pemimpin.) (Ainon Mohd).
Mencuba menjadi bukti kita telah lakukan sesuatu. Jika tidak mencuba sudah pasti sampai bila kita tidak tahu bagaimana hasilnya. Kita dahulu pernah mempunyai sifat untuk mencuba. Dahulu daripada tidak boleh berjalan kita mencuba bermula dengan merangkak. Berjaya sahaja kita cuba duduk, selepas itu kita cuba-cuba berdiri. Banyak saat yang kita telah cuba.
Ada yang takut, malu, segan untuk mencuba apa yang difikirkan perlu. Alasannya takut sekiranya gagal. Takut ditertawakan orang. Takut dicemuh, diejek, dimaki malah dijauhi oleh orang ramai.
Untuk bermula mencuba ia adalah hasil idea dan peluang. Idea kita, kita perlu cuba. Jika tidak berjaya lakukan penambahbaikan dan modifikasi. Kita apabila mencuba kita telah selangkah mencipta peluang.
Secara ringkas, ayuh CUBA DAHULU!
Fikiran yang disertai dengan jiwa positif mencerahkan setiap perkara yang diimpikan dapat dilakukan dengan usaha 100%. Lengkap dengan kesungguhan dan keazaman yang teguh bertenaga.
Kita bukan sekadar perlu berfikir "Aku Fikirkan Boleh", ia perlu "Aku Tahu Aku Boleh!". Pemikiran ini akan lebih jelas dan bermatlamat. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh fikirkan kita boleh.
Fikirkan boleh perlu tetapi perlu lengkap dengan kita sememangnya tahu kita boleh. Fikir hanya melengkapkan kita boleh melakukan sesuatu.
Body, mind & soul akan seiringan apabila kita tahu kita boleh. Dengan ini kita bukan sekadar percaya sahaja namun kita perlu buktikan. Percaya sahaja tidak cukup, ia perlu disertai dengan pembuktian.
Kita bukan sekadar perlu berfikir "Aku Fikirkan Boleh", ia perlu "Aku Tahu Aku Boleh!". Pemikiran ini akan lebih jelas dan bermatlamat. Ini bukan bermaksud kita tidak boleh fikirkan kita boleh.
Fikirkan boleh perlu tetapi perlu lengkap dengan kita sememangnya tahu kita boleh. Fikir hanya melengkapkan kita boleh melakukan sesuatu.
Body, mind & soul akan seiringan apabila kita tahu kita boleh. Dengan ini kita bukan sekadar percaya sahaja namun kita perlu buktikan. Percaya sahaja tidak cukup, ia perlu disertai dengan pembuktian.
Alhamdulillah, pada 17 Jun 2013, Isnin, satu Seminar Kerjaya untuk para pelajar tingkatan 4 dan 5 Sekolah Menengah Islam Hira' telah berjaya dilangsungkan. Seramai 117 orang pelajar telah mengikuti seminar sehari ini (8.30 pagi sehingga 5.00 petang). Seminar ini merupakan anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Institusi Pendidikan Hira' dengan kerjasama Sekolah Menengah Islam Hira'.
Seminar kerjaya ini tidak secara terus menceritakan berkenaan kerjaya-kerjaya yang ada. Ia lebih bersifat kepada personaliti setiap individu. Ini adalah saya percaya setiap individu mempunyai kelebihan serta kekuatan tersendiri. Jika ia dikenalpasti dan dibangunkan secara ringkas, mereka akan lebih jelas kerjaya bagaimana yang mereka akan pilih.
Sebanyak tiga tajuk pembentangan utama telah menjadi inspirasi bermakna kepada seluruh para peserta. 1)Mengenalpasti dan membangunkan bakat dan kelebihan diri, 2)Mencintai Kerjaya, 3)Menghasilkan Perancangan Kerjaya.
Pertama sekali para peserta dikehendaki menetapkan niat seumpama hadis "Setiap amalan itu bermula dengan niat". Untuk pembentangan pertama, ia lebih kepada menitikberatkan kepentingan mengenalpasti bakat dan membangunkan ia yang mana ia merupakan anugerah daripada Allah.
Kerjaya perlu bermula dengan mengenalpasti bakat dan kelebihan diri. Ia adalah amat penting untuk setiap individu membuat kerja dengan berkualiti dan berdasarkan kepada diri sendiri. Ia akan mencipta matlamat dan tujuan yang jelas. Di sini diterangkan fasa-fasa pembangunan bakat serta bagaimana untuk mengenalpasti bakat secara mudah.
Ujian personaliti kerjaya yang dijalankan adalah berdasarkan Holland's Theory of Career Choice. Diterangkan kepada setiap para peserta setiap daripada kita mempunyai personaliti yang berbeza dengan kualiti yang tersendiri. Dibentangkan juga bahawasanya setiap individu yang telah berjaya hari ini adalah dengan menggunakan bakat, kelebihan dan kualiti tersendiri.
Untuk pembentangan kedua, para peserta ditekankan untuk mencintai kerjaya dengan sepenuhnya. Ini bertujuan untuk kita akan melakukan sesuatu kerjaya berdasarkan apa yang kita cintai sejurusnya kita akan cinta apa yang kita lakukan.
“Setiap orang akan dapat
mencapai kejayaan dalam hal apa saja,
asalkan ia menyukai pekerjaan
yang dilakukan nya”
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Ia jelas membuktikan minda, hati dan tenaga perlu serasi antara satu dengan yang lain. Persoalan mengapa perlu mencintai kerjaya dijawab dengan jelas semasa fasa ini.
Dengan itu para peserta akan membangkitkan nyala rasa yang penuh dan semakin gigih dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu kerja.
Ketiga, berkaitan dengan perancangan kerjaya, para peserta diterangkan bahawasanya perancangan itu perlu untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Ia perlu bermula daripada hari ini. Apakah kita semua perlu memiliki sijil, mempelajari kemahiran dan memperolehi pengalaman.
Segala-galanya perlu dirancang dengan teliti. Kejayaan bukannya pada garisan lurus tetapi zig-zag. Pelbagai cabaran, dugaan dan rintangan perlu dilalui. Ini merupakan lumrah hidup.
Para peserta dijelaskan ada pekerjaan yang memerlukan sijil seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam. Namun ada juga yang sekadar perlukan kemahiran seperti mekanik, usahawan, penulis, pelukis dan pelbagai lagi. Dijelaskan juga sekiranya tetap ingin memiliki sijil, ia perlu diteruskan tetapi perlu jelas sijil tidak penting yang penting adalah ilmu.
Sesi ini juga para peserta dikehendaki merujuk kepada teori Holland. Mereka akan didedahkan pekerjaan apa yang sesuai berdasarkan personaliti mereka. Ia hanyalah sekadar panduan dan mereka perlu selidik bakat mereka dengan lebih jelas.
Keseluruhannya seminar ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya. Para peserta kelihatan bersungguh-sungguh memahami kerjaya apa yang sesuai dengan diri mereka. Ia merupakan satu petanda yang baik baik pembangunan kerjaya mereka. Di sebalik itu, kelihatan melalui beberapa permainan yang dijalankan ada beberapa peserta yang mempamerkan kreativiti dan inovasi yang amat baik sekali. Bahkan mereka mempamerkan daya inovasi yang paling baik setakat saya mengendalikan kursus.
Saya sendiri amat terharu apabila setelah tamat seminar ini ramai yang bertanyakan soalan secara personal berkenaan diri mereka. Jelas mereka semakin serius apa untuk mengetahui apa yang perlu mereka lakukan selepas era persekolahan.
Seminar sehari merupakan tidak cukup untuk mereka benar-benar hadam bagaimana merencana dan mencipta kerjaya sebenar pada abad ke-21 ini. Mereka perlu didedahkan dengan dunia sebenar serta lebih kepada profil secara individu.
Bagaimanapun, segalanya terbaik dan kerjasama para peserta adalah terbaik. 10/10. Pilihlah kerjaya berdasarkan bakat, kelebihan dan kekuatan yang tersendiri.
Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur.
Menuntut ilmu satu kewajipan.
Kita perlu gunakan (serta sampaikan) ilmu yang kita miliki sepenuhnya. Nescaya ia lebih berkat dan bermanfaat.
Jika kita inginkan sesuatu, lakukan sebaik mungkin. Kerana jika sekadar 'ingin' tetapi duduk diam tanpa melakukan apa-apa, pasti tiada hasil.
Pepatah Arab menyatakan;
"Ilmu tanpa amal, umpama pepohon (berbuah) tidak mengeluarkan buahnya".
Lakukan gerakkerja setelah berilmu..
Bila? Mulakan Sekarang!