SOALAN:
firstly..sye nk tnyer llaa..sye nie stdnt form 5 n akn m'duduki spm taon nie..sye rase pressure sgt bile spm smkin hmpir..so,bnyk lgy sye xcover sub form4..especialy,kim,fiz n +math..bio 2 o.k lgy laa...hmmmmm...cmnew 2..
JAWAPAN:
Assalamaulaikum.
Apa khabar Hidayah? Mudah-mudahan ceria-ceria selalu hendaknya.
Terima kasih ajukan soalan. Rasa tertekan sebenarnya normal bila masa yang kita tunggu-tunggu semakin dekat. Apatah lagi dalam peperiksaan. Ia merupakan penilaian atas kemampuan dan apa yang kita belajar semasa di sekolah. Namun, perkara seperti tertekan perlu kita ubatkan dengan beberapa tips.
Mula-mula sekali rasakan seronok dalam nak hadapi peperiksaan. Jangan pressure & stress. Anggap ini sebagai permainan yang mudah. Ini kerana 'Kita adalah apa yang kita fikirkan'.
Dalam minda terapkan perkataan positif sahaja. Buang kata-kata negatif dan melemahkan kita. Perlu rileks dan bertenang ya. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan. Lakukan beberapa kali. Katakan 'Aku Boleh!'. Lakukan yang terbaik.
http://helmisuhaimi.blogspot.com/2010/06/latihan-minda.html
Gunakan teknik belajar yang sebenar dan menyeronokkan. Jangan paksa diri kita dengan cara belajar yang salah. cari cara mana sesuai untuk tambah minat belajar. sebelum belajar bayangkan yang mana satu hari nanti kita sedang berjaya. Tambah semangat untuk belajar pasti meningkat.
Satu rahsia yang ingin dikongsikan adalah cara ulangkaji sebenar. Masa yang efektif untuk ulangkaji adalah dalam masa 30 minit sahaja. Waktu dan ketika bila-bila masa juga boleh.
Fokuskan kepada subjek yang sukar mendapat A. Maksudnya di sini, lebih banyakkan ulangkaji dalam subjek yang kurang mahir. Subjek yang sudah mendapat A perlu sentiasa ulangkaji juga tetapi lebihkan yang tidak dapat A.
Untuk subjek-subjek yang kita rasakan lemah berdasarkan pencapaian dalam keputusan peperiksaan, kita fokuskan dan lebihkan ulangkaji pada subjek tersebut. Fizik, Kimia dan Add Math adalah subjek yang memerlukan kita berfikir dengan kreatif. Kita perlu menilai dan menganalisa dengan baik, memahami fakta serta formula serta membaca pelbagai sumber.
Sedikit penambahan, jika mahu belajar secara efektif, perlu lihat bagaimana kita belajar sesuatu subjek. Jika Hidayah suka belajar dengan mendengar muzik, teruskan. Jika suka belajar berkumpulan, cari rakan-rakan untuk membuat study grup. Jika suka belajar dalam keadaan senyap, belajar bersendirian atau di perpustakaan. Gunakan mana yang rasanya terbaik untuk kita.
Lagi satu jangan lupa buat latihan sebanyak mungkin. Namun, perlu faham apa kehendak soalan dan jawapan sebenar berdasarkan pemahaman kepada soalan bukannya mengingat jawapan semata-mata.
Apa-apapun buat yang terbaik dan didoakan sentiasa cemerlang dalam apa juga perkara bukan sekadar akademik. Kejayaan diukur secara menyeluruh.
All the BEST!
Berusahalah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Soalan: Tekanan Peperiksaan"
Post a Comment