SOALAN:
salam,sy ade 1 prtnyaan..
sy bakal mnduduki spm 135 ari lg..
skrg sy cuma dpt 4 a sje..
bgaimane nk stabilkan mood belajar n care2 belajar yg blh saya amalkan dalam mase yang singkat ini????
jika saya terlalu tekan kan 1 subjek tu,subjek laen akn turun mendadak....
blh bg pndapat @motivasi x????
JAWAPAN:
Pertama sekali saya ucapkan tahniah sebab dapat 4A. Satu pencapaian yang bagus dan baik. Teruskan berusaha dengan sebaik-baiknya. Masa 135 hari masih sempat untuk menjadi lebih baik daripada biasa.
Benar. Belajar perlu sentiasa rasa seronok dan fun. Saya berikan sedikit rahsia dalam ulangkaji. Mengikut kajian masa yang terbaik dan efektif dalam ulangkaji adalah 30 minit yang pertama. Selepas itu berehat sebentar seperti minum air kopi atau apa sahaja dalam masa 5-10 minit. Sudah pasti selepas sambung fikiran dan minda kita akan lebih fresh. Namun perlu sentiasa konsisten.
Perlu perhatikan cara belajar kita bagaimana. Ada yang cara belajar sambil mendengar muzik seperti yang saya katakan kelmarin. Ada juga yang mudah belajar di tempat-tempat yang tenang. Ada yang gemar belajar bersama dalam kumpulan kerana dapat berbincang antara satu dengan lain.
Fokuskan kepada subjek yang sukar mendapat A. Maksudnya di sini, lebih banyakkan ulangkaji dalam subjek yang kurang mahir. Subjek yang sudah mendapat A perlu sentiasa ulangkaji juga tetapi lebihkan yang tidak dapat A.
Dalam masa 135 hari ini cuba hafalkan satu buku dalam masa seminggu. Lebih cepat lebih bagus. Ini berguna untuk subjek yang perlu banyakkan hafalan. Selepas menghafal kita akan mudah memahami. Ini kerana menghafal merupakan satu keperluan dalam memahami sesuatu.
Satu rahsia lagi yang saya mahu dedahkan. Dalam pelajaran SPM ada 3 kategori iaitu Kategori Linguistik, Kategori Fakta dan Kategori yang melibatkan daya fikir dan kreativiti.
Kategori linguistik banyak melibatkan bahasa dan daya kefahaman. Bagi menguasainya perlu banyak bercakap, menulis dan membaca dalam bahasa-bahasa itu. Ia seperti BM dan BI dan Bahasa Arab (Jika ambil).
Kategori fakta perlu melibatkan kekuatan memori dan kebolehan menghafal. Untuk kuasainya perlu banyak membaca dan mengingati fakta-fakta. Contohnya Sejarah, Agama Islam dan lain-lain yang berkaitan.
Kategori yang ketiga perlu kuasainya dengan melakukan pemerhatian, memahami fakta dan membaca pelbagai sumber. jenis ini juga memerlukan banyak latihan. Contohnya Sains (Fizik, Kimia, Biologi), Matematik, Matematik Tambahan.
Sekarang cuba kategorikan subjek-subjek yang Syakirah ambil. Menarik bukan?
Jika ada apa-apa soalan boleh sahaja tanya. Jangan lupa sampaikan salam saya pada sahabat-sahabat lain.
Berusahalah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Soalan: Mood Belajar & Subjek"
Post a Comment