INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Talk: Membina Pasukan Kelas Dunia, Dusun Eco resort, OCI Energy Sdn Bhd

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, February 28, 2010 0 comments

Sabtu, 27 Februari 2010 adalah aktiviti saya untuk memberikan ceramah kepada staf-staf OCI Energy Sdn Bhd bersempena program Team Building yang dianjurkan syarikat mereka. Saya dijemput oleh Cik Puan Siti Aishah iaitu pengendali program tersebut untuk menyampaikan ceramah pada sebelah malam pada jam 8.15malam sehingga jam 10.15malam. Pada siang harinya, semua peserta berseronok dengan bermain perkara yang memerlukan kerjasama pasukan.

Dengan itu saya mengambil insiatif untuk menyampaikan input yang berkaitan dengan pasukan sendiri dengan modul saya 'Membina Pasukan Kelas Dunia'. Masa selama dua jam saya gunakan dengan sebaik-baiknya untuk menerangkan apa itu pasukan kelas dunia dan bagaimana cara untuk membentuknya.

Saya ke Dusun Eco Resort bersama dua orang sahabat yang membantu En. Afiq Shamsudin dan juga En. Khairudin Zonpakri. Bantuan daripada mereka amat saya perlukan untuk membantu menyediakan peralatan ceramah, rakaman video, dan juga ambil gambar. Walaupun ceramah adalah pada jam 8.15 sehingga 10.15 malam, kami bergerak awal untuk membuat persediaan yang lancar.Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Dusun Eco Resort hanya mengambil masa dalam satu jam.

Peserta untuk program ini adalah seramai 60 orang. Hanya 7 orang terdiri daripada wanita dan yang selebihnya adalah lelaki. Antara board of director yang hadir adalah Tuan Ir. Hj. Zaidi bin Ayub. Masa dua jam saya gunakan dengan persembahan tersendiri yang dilengkapi dengan ceramah interaktif, permainan, video dan juga kerja berpasangan.

Pembentangan saya berkisarkan kepada pembentukan pasukan kelas dunia yang berlandaskan kepada realiti masa kini. Pada saya untuk membentuk satu organisasi yang hebat memerlukan pasukan kelas dunia bukan sekadar biasa-biasa sahaja.

Dua jam ini saya lengkapi dengan pengisian:
  1. Apa itu pasukan?
  2. Apa beza pasukan biasa dengan pasukan kelas dunia?
  3. 5 cara membentuk pasukan kelas dunia
  4. Contoh-contoh pasukan kelas dunia
  5. Sesi soal jawab
  6. Aktiviti berpasangan
  7. Penutup
Semasa sesi soal jawab, berbagai pertanyaan yang diberikan tentang pelaksanaan pasukan kelas dunia. Saya nampak para peserta amat berminat untuk menjadikan pasukan mereka pasukan kelas dunia. Saya yakin mereka mampu untuk melakukannya. Minda kelas pertama, hormat menghormati, bantu membantu, konsisten, himpunan bakat dan banyak lagi perlu para peserta adaptasikan sebagai perkara asas permulaan suatu pasukan sebenar.

Selesai ceramah kami solat Isyak bersama-sama dengan semua staf OCI Energy Sdn Bhd. Semasa jamuan malam, kami sempat berbincang dengan Tuan Ir. Hj Zaidi, Cik Puan Siti Aishah dan juga Tuan Faizal berkenaan dengan program susulan. Sememangnya menjadi inspirasi kepada saya untuk menyampaikan informasi kepada seluruh organisasi di Malaysia tentang cara membina pasukan kelas dunia.

Ucapan terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang diberikan. Harapan saya agar OCI Energy Sdn Bhd menjadi pasukan yang berkelas dunia.

Diucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Ir. Hj. Zaidi bin Ayub, Executive Director OCI Energy, Cik Puan Siti Aishah dan semua staf OCI Energy menjemput saya untuk memberikan talk Membina Pasukan Kelas Dunia. Program lanjutan dan susulan insyaAllah akan diadakan dalam satu masa terdekat.

Saya sendiri yakin semua organisasi di Malaysia khususnya OCI Energy Sdn Bhd akan berupaya membentuk pasukan kelas dunia.

Syarikat-syarikat dan organisasi lain boleh hubungi saya untuk pembentangan Membina Pasukan Kelas Dunia atau modul yang lain seperti, Chemistry of Talent, Kepimpinan dalam Pasukan, Pasukan Inovasi, Pengurusan Krisis, Negotiation Skills and Tactics, Kualiti di tempat Kerja dan lain-lain lagi.

*Saya akan kongsikan gambar sepanjang ceramah, testimoni dari direktor OCI Energy, Tuan Ir. Hj. Zaidi bin Ayub, dan juga montaj

Motivasi Pagi TV3 | Empayar Kreativiti

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, February 22, 2010 0 comments
MOTIVASI PAGI TV3 BERSAMA AHMAD FEDTRI YAHAYA (Pengacara) & MOHD HELMI MD SUHAIMI (Perunding Motivasi)
Tajuk: Empayar Kreativiti
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)









Profil Talent Development Consulting

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, February 22, 2010 0 comments
Mempersembahkan profil Talent Development Consulting.

Talent Development Consulting C P
Sebarang jemputan motivasi / ceramah / forum boleh terus hubungi berdasarkan maklumat berikut :

MOHD HELMI MD SUHAIMI
Motivator, Trainer
H/P : 012 3052143
Email : helmisuhaimi@gmail.com

Perkara | Perkhidmatan & Produk TDC

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, February 22, 2010 0 comments
Berikut adalah beberapa produk Talent Development Consulting (TDC) pengkhususan kepada Pembangunan Modal Insan dan juga organisasi.

Hubungi:
MOHD HELMI MD SUHAIMI
0123052143
helmisuhaimi@gmail.com

Siri Motivasi Pasukan & Organisasi | Membina Pasukan Kelas Dunia

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, February 21, 2010 0 comments
"Oasis Kecemerlangan Pasukan Hari Ini"

Dalam usaha membangunkan pasukan yang bertaraf dunia, penekanan kepada pasukan serta individu memainkan peranan yang sangat penting. Teknik dan cara membina pasukan yang sebenar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang dan menjadi pasukan yang bertaraf kelas dunia.

Tambahan pula ekonomi masa kini yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi pasukan. Makanya faktor kerjasama dalam pasukan menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk memastikan setiap individu menggunakan kecemerlangan diri bagi membentuk kecemerlangan pasukan serta organisasi secara maksimum.

Formula membentuk pasukan kelas dunia perlu diadaptasikan dengan sebaik-baiknya demi matlamat serta objektif utama menjadi realiti. Apabila setiap ahli dalam pasukan mengenalpasti teknik dan pelaksanaan sebenar untuk membina pasukan kelas dunia, sudah pasti ia akan menjadi pemangkin kejayaan pasukan itu sendiri bermula hari ini.

Sejajar dengan inspirasi membentuk pasukan kelas dunia, Talent Development Consulting mencadangkan program Membina Pasukan Kelas Dunia untuk seluruh organisasi di Malaysia.

Siri Motivasi individu Cemerlang | Pembangunan Insan Cemerlang

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, February 21, 2010 0 comments
"Oasis Meraikan Transformasi Kecemerlangan Individu"

Dalam usaha membangunkan insan yang cemerlang, penekanan kepada aspek menyeluruh untuk menjadi insan yang cemerlang memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi seseorang, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang dirinya.

Apabila setiap individu mengetahui diri mereka sendiri dan menuju ke arah kecemerlangan seperti contoh bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pembangunan diri akan lebih bermakna dan mereka sendiri akan membangunkan diri untuk menjadi lebih cemerlang. Mereka akan memberikan yang terbaik bukan sekadar kepada diri sendiri bahkan juga kepada agama, bangsa dan negara.

Tambahan pula ekonomi masa kini yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor menyeluruh adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk memastikan setiap individu menggunakan kecemerlangan diri bagi membentuk kecemerlangan organisasi secara maksimum.

Sejajar dengan aspirasi negara Malaysia untuk membangunkan kecemerlangan dalam diri individu, Talent Development Consulting selaku peneraju model latihan melalui dunia sebenar mencadangkan program Pembangunan Insan Cemerlang di semua organisasi Malaysia. Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran dan definisi sebenar menjadi lebih cemerlang bermula hari ini. Program ini cuba membawa pembaharuan kepada setiap individu bagaimana cara untuk menjadi lebih cemerlang.

Program ini cuba mengupas dan mendedahkan rahsia kecemerlangan melalui konsep Tranformasi Diri. Ia merupakan model menyeluruh untuk menjadi lebih cemerlang daripada biasa. Kecemerlangan yang menyeluruh melalui transformasi diri akan didedahkan untuk seseorang individu lebih jelas bagaimana perancangan strategik perlu didedahkan. Tranformasi membawa kepada konsep Talent (Bakat), Future (Masa Hadapan), Mindset (Pemikiran) dan juga Innovation (Mencipta) dalam diri individu.

Dengan menghadiri program ini, setiap individu akan lebih terarah untuk merancana kecemerlangan diri dari segenap aspek kehidupan. Mereka akan melihat konsep kecemerlangan dari erti kata yang sebenar dan menyeluruh. Program ini memberi kesedaran untuk sentiasa bersedia bermatlamatkan kecemerlangan sebenar.

Kesannya, individu akan lebih yakin dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dari segi perspektif sebenar. Mereka akan merasakan kecemerlangan perlu bermula hari ini dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi. Mereka akan menjadi lebih yakin dan percaya diri yang kuat. Akan wujudnya perasaan untuk sentiasa berdaya maju selangkah ke hadapan menonjolkan kecemerlangan diri demi kecemerlangan organisasi. Selain daripada itu, program ini akan memberikan perspektif baru bahawa kecemerlangan mempunyai maksud yang meluas.

Tips Lakukan Sekarang | 4 Cara Membuang Tabiat 'Membuang Masa'

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, February 19, 2010 0 comments

Pepatah mengatakan "Angin yang sama meniup kita, ianya bergantung kepada kita untuk melayarinya". Setiap insan mempunyai jumlah waktu yang sama dalam sehari, iaitu 24 jam. Apa yang menentukan kejayaan seseorang itu adalah kecekapannya dalam mengurus 24jam seharinya.

Tabiat membuang masa, atau sering dikenali sebagai "procrastination" adalah tabiat yang merugikan kita. Sering kali, kita menunda-nundakan sesuatu kerja, sehingga produktiviti kita untuk mencapai kejayaan menurun.

Berikut adalah 4 cara bagaimana anda boleh membuang tabiat buang masa ini:

"Matlamat dikecilkan"

Seringkali kita membuang masa oleh kerana melihat sesuatu kerja itu terlalu besar untuk ditangani. Adakalanya matlamat yang terlalu besar menyebabkan kita kurang berkeyakinan dan kurang bermotivasi untuk mencapainya. Dilihat seperti kerja yang bakal dilalui amat besar dan tidak kesampaian!

Apa yang anda harus lakukan adalah, pecahkan matlamat yang besar itu kepada matlamat yang lebih kecil. Matlamat untuk mengumpul 10 ribu ringgit mungkin bunyinya besar, tetapi sekiranya dipecah kepada unit yang lebih kecil, iaitu menyimpan RM500 setiap bulan, matlamat akan tercapai juga dalam masa 20 bulan

"Tingkatkan Kesihatan Tubuh Badan"

Sering kali kerja ditunda atau kerja tidak dapat disiapkan adalah kerana badan kita terasa penat. Mata kita terasa mengantuk dan tubuh kita tidak rasa selesa untuk meneruskan sebarang kerja.

Sebab ini adalah, tidak kira sekeras mana anda kerja, tidak kira berapa jam anda melakukan tugas anda, sekiranya badan anda tidak mampu menahan bebanan tersebut, produktiviti anda akan berkurangan.

Ambil masa untuk berehat. Tubuh manusia boleh bertahan pada tahap produktiviti yang tinggi dalam lingkungan 8-9 jam sahaja. Itu pun sekiranya mempunyai tubuh yang sihat. Adakalanya, dengan hanya melelapkan mata atau menambahkan masa tidur anda di malam hari, ia akan menyegarkan semula tubuh anda untuk menjadi lebih produktif pada keesokan hariinya. Sekiranya anda sering tidur 5-6 jam sahaja oleh kerana kerja yang banyak, saya cadangkan anda tambahkan masa tidur anda untuk menyegarkan tubuh anda.

Lakukan aktiviti senaman dari masa ke semasa, kata pakar kesihatan tidak semestinya anda bersenam setiap hari, walaupun bersenam setiap hari adalah terbaik. Tetapi, beri masa untuk bersenam selang beberapa hari untuk menguatkan lagi tubuh anda dan daya ketahanan badan anda dengan tekanan kerja.

Jaga makan dan minum anda. Kita di Malaysia adalah dalam keadaan disadvantage oleh kerana makanan kita agak berat jika dibandingkan dengan makanan barat. Tetapi, perhatikan daya ketahanan mereka di barat gaya sihat. Tubuh mereka lebih kuat walaupun umur meningkat.

Makan seperti ahli sukan dan bersenam selalu. Tubuh anda akan rasa sihat, badan anda akan rasa segar- ia akan menambahkan produktiviti kerja anda. Tiada lagi rasa malas dalam memulakan sesuatu kerja! Rujuk majalah Maskulin anda untuk tips-tips kesihatan yang
sememangnya akan menjadikan insan yang lebih produktif!

"Suara positif"

Bagaimana tindakan kita bergantung kepada suara yang sering kita masukkan di dalam minda kita. Buang segala suara-suara negatif seperti saya akan gagal. Saya tidak dapat melakukan kerja ini. Orang lain tidak akan suka dengan hasil kerja saya. Gantikannya dengan suara suara positif- saya akan berjaya, saya akan menyiapkan kerja ini dengan sempurna dan orang akan memuji hasil kerja saya.

Jadi seorang yang optimis dan berfikiran positif, ini akan memudahkan segala kerja yang anda lakukan. Walaupun mungkin keadaan sekeliling menyebabkan perasaan anda lemah dan tidak bermaya, masukkan gambaran-gambaran positif di minda anda.

Terdapat satu istilah ini mengatakan bahawa kita gembira oleh kerana kita menyanyi. Dan bukan sebaliknya kita menanyi kerana kita gembira!

Mereka yang optimis akan...

- Sering melihat segala kebaikan di keliling anda dalam apa keadaan sekali pun
- Pelajari daripada apa sahaja kesusahan yang dilalui dan terima dengan hati terbuka
- Sering mencari penyelesaian daripada maslalah, dan bukannya memperbesarkan suatu masalah.

Orang yang berjaya sering mencerita tentang matlamat mereka. Mereka sering berceirta tentang masa depan dan bukan mengungkit masa silam. Lebih positif diri kita, lebih bersemangat dan lebih produktif kerja yang dilakukan oleh kerana kita akan menjadi seperti apa yang kita fikirkan selalu. Fikirkan boleh!

"Prinsip 80-20"

Bagaimana kalau saya katakan anda boleh menjimatkan 2 jam dalam setiap hari anda. Sudah tentu, bunyinya agak menarik!

Prinsip Pareto ini mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil!

Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda?

Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda data menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam... atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.

Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yang benar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!

Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.

Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan anda sudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.

Dengan menggunakan strategi Pareto ini, anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa menyiapkan beberapa kerja serentak!


Tips Lakukan Sekarang | Kenali Penangguhan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, February 18, 2010 0 comments

Pernahkah anda menangguh sesuatu tugasan atau perkara-perkara lain? Jika pernah kali ini saya ingin mengajak anda untuk bersama-sama kenali tentang penangguhan. Jika todak, TAHNIAH saya ucapkan sebab memang anda seorang yang berjaya?

Apa itu penangguhan?

Penangguhan ataupun dalam Bahasa Inggerisnya, Procrastination merupakan sesuatu yang perlu kita lakukan sekarang tetapi kita lakukan pada masa lain atas tiada sebab-sebab yang tertentu. Sepatutnya tugasan itu boleh siap dengan segera tetapi kealpaan dan kelekaan menyebabkan ia menjadi lambat untuk disiapkan.

Jika anda ingin tahu penangguhan telah membunuh lebih banyak orang daripada dadah! Penangguhan telah membunuh berjuta-juta nyawa, impian serta masa depan manusia.

Agak-agak anda mengapa saya berkata begini? Cuba anda fikir-fikirkan. Berfikir juga merupakan cara untuk melatih minda bukan?

Berapakah impian anda yang tidak tercapai akibat penangguhan? Bagaimanakah agaknya kehidupan anda pada hari ini sekiranya anda tidak menangguhkan perkara-perkara yang patut dilakukan?

Itulah harga yang anda bayar untuk penangguhan tersebut.

Daripada pemerhatian saya, ramai orang yang gagal dalam kehidupan bukan disebabkan oleh kekurangan ilmu ataupun bimbingan daripada orang lain.

Penangguhan merupakan punca utama kegagalan. Ramai orang menyalahkan takdir bila gagal. tetapi rupa-rupanya diri sendiri yang menjadikan dirinya gagal.

Perkataan-perkataan yang sering diluahkan oleh orang yang suka menangguh ialah:

* Tunggulah.
* Nantilah.
* Banyak masa lagi ni.

Banyak lagi sebenarnya. bagaimana dengan anda? Pernahkah anda ucapkan perkataan penangguhan?

Cuba anda senaraikan kata-kata yang pernah anda katakan sebagai penangguhan.

Sebab-sebab Menangguh

Salah satu sebab mengapa ramai orang suka menangguh ialah, mengelak.

Mereka tidak melakukan perkara-perkara yang patut dilakukan kerana mereka takut susah, mereka takut gagal, mereka tidak percaya akan diri sendiri dan jangan terkejut jika saya memberitahu anda bahawa ada juga orang yang menangguh kerana mereka takut untuk berjaya. (Saya ada kawan-kawan sedemikian)

Dengan kata yang lain, mereka tidak mempunyai keghairahan yang kuat untuk berjaya. Bagi mereka, kejayaan bukan satu kemestian.

Memandangkan penangguhan membawa begitu banyak keburukan kepada kita, jadi adalah penting bagi kita untuk mengetahui cara-cara untuk mengelakkan penangguhan.

Buka Minda, Buka Fikiran

Cara Mengenali Minat 'Passion'

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, February 11, 2010 0 comments


Satu soalan yang biasa namun agak sukar untuk dijawab. Bagaimanakah caranya untuk kita mengetahui passion/minat kita? Soalan ke dua, adakah kita benar-benar yakin dengan minat kita? Jangan keliru ya.


Selalu saya sebut bahawa kita patut buat apa yang kita suka... apa yang kita minat... What we are passionate in. Saya pernah membaca apa yang dikatakan oleh Oprah, katanya:

"84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of thepeople hate their jobs!"

Apa yang anda rasa? Adakah anda termasuk dalam golongan 84% ini? Menakutkan juga angka ini ya. Tetapi bila kita lihat situasi hari ini dan sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, sudah mengeluh... menunggu hari Jumaat untuk cuti. Harapan saya agar kita tidak terdiri dalam golongan ini

Satu soalan yang sering saya tanyakan adalah, bagaimanakah hendak tahu apakah minat kita?

Untuk membantu kita sesama, berikut beberapa soalan atau checklist...

what is your true passion!


* Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda,
apakah kerjanya?

* Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tidak
sedar masa berlalu?

* Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak
menerima bayaran?

* Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?

* Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang
terbaik?

* Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda
minat, siapakah dia nya?

* Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan
dan susah untuk orang lain?


(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)

Oleh itu, gunakan semula soalan atau checklist di atas dan tanyalah pada diri sendiri. Muhasabah diri sendiri ya. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?

"Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!"

Jadi, janganlah pula kita tersalah pilih karier sehingga mengabaikan minat berdasarkan bakat kita ya. Saya yakin anda mampu melakukannya.

Selamat berusaha.

Buka fikiran, buka minda


Serlahkan Kreativiti Anda

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, February 10, 2010 0 comments
Ada di antara kita yang mengetahui tentang bakat kreativiti kita seperti menggubah lagu, melukis, mengarang, mereka bentuk dan sebagainya manakala ada pula yang kurang pasti akan bakat serta kreativiti mereka.

Semua orang mempunyai bakat dan kreativiti masing-masing. Ada yang dapat merasakannya seperti ia berada di dalam darah mereka. Ada pula yang tidak tahu langsung potensi kreativiti mereka.

Jika anda tidak tahu akan bakat serta kreativiti anda, jangan bimbang kerana saya akan kongsikan cara-cara untuk mengeluarkan potensi tersebut dalam artikel ini.

Kreativiti anda yang tersembunyi dapat dikeluarkan dengan merangsangkan otak kanan anda.

Otak kanan kita berfungsi untuk mengawal aspek-aspek seperti persepsi, ruang, penglihatan, kreativiti dan intuisi. Cara otak kanan kita memperoses maklumat adalah berbeza dengan otak kiri.

Otak kanan memproses maklumat dengan cepat dan secara tak linear dan tak bersiri. Otak kanan kita melihat sesuatu secara menyeluruh dan cuba mencari perkaitan di antara satu sama lain. Cara otak kanan kita memproses maklumat amat sukar diterangkan melalui perkataan kerana ia amat kompleks.

Otak kiri kita pula memproses maklumat yang berbentuk perbualan, pemikiran logik dan analisis. Otak kiri kita amat hebat dalam proses menamakan serta mengkategorikan sesuatu, simbol, ucapan, membaca, menulis dan mengira.

Otak kiri kita memproses maklumat secara linear dan mengikut urutan. Jika kita lihat balik sistem pendidikan kita, kita dilatih untuk menguasai pembacaan, penulisan serta pengiraan dan kesemua ini melibatkan otak kiri kita.

Setiap orang mempunyai dominasi pada otak-otak tertentu. Ada yang mempunyai otak kiri yang lebih dominan daripada otak kanan (pandai membaca, mengira, berucap, menganalisis), manakala ada pula yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan daripada otak kiri (pandai
melukis, bermain lagu, menyanyi, mereka bentuk).

Orang yang mempunyai otak kanan yang lebih dominan biasanya lebih kreatif.

Jika otak kiri anda lebih dominan, maka ini bermaksud anda kurang kreatif. Tetapi, jangan bimbang.

Seperti yang saya janjikan, saya akan kongsikan satu cara untuk anda merangsangkan kreativiti anda.


Kreativiti anda boleh dilatih
=============================

Berikut adalah caranya. Lukis gambar anda dengan tangan yang kurang dominan. Ini bermakna, jika anda biasa menggunakan tangan kanan anda, cuba lukis gambar anda dengan tangan kiri pula.

Gambar yang dilukis itu mungkin kurang cantik, tetapi ia merupakan langkah permulaan yang baik.

Tangan kiri kita mengawal otak kanan dan tangan kanan kita pula mengawal otak kiri.

Jika anda merasakan bahawa anda kurang kreatif, kemungkinan besar tangan kanan anda lebih dominan dan jika anda berlatih menggunakan tangan kiri anda untuk melukis, ia akan merangsangkan otak kanan anda dan seterusnya ia akan meningkatkan potensi ktreativiti anda.

Selamat mencuba


Bagaikan Harimau Mengaum

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 09, 2010 0 comments
Sempena Tahun Baru Cina kali ini, saya tertarik kepada tahun ini yang terarah kepada ikon Harimau. Cermin peribadi sang harimau menggambarkan seekor haiwan yang digelar 'Raja Rimba'. Mengapa sang rimba ini digelar raja ya? Pada kali ini, saya mengajak anda semua untuk menjadi 'seperti' sang harimau. Perwatakan yang perlu dikagumi dan perlu kita contohi.

Kita ambil beberapa sifat sang harimau yang sangat hebat.

Ngauman Hebat!

'Auummm!'. Sang harimau mempunyai ngauman yang kuat. Ia menggemparkan dan mempamerkan keteguhan yang jitu. Ia menjadi petanda sang harimau sedang mengekspresikan dirinya kepada sesiapa yang mendengarkannya. Ia mengaum dengan lantang dan semangat yang jitu.

Buktikan kewujudan dan kualiti diri kita dengan mengatakan 'Aku akan mencapai matlamat dan impian aku!' Nyatakanlah dengan semangat yang membara. Keteduhan dan keberanian dipamerkan kepada semua. Perancangan dan arahtuju matlamat bagaimana cara untuk berjaya diatur dengan sebaik mungkin.

Tunjukkan Taringmu

Taring sang harimau menjadi petanda ketegasan ke atas diri sendiri. Kita juga perlu pamerkan ketegasan diri kita untuk lebih jelas dan semangat. jangan disimpan kebolehan yang ada. Keluarkan dan tunjukkan taring kita. Jika orang lain mampu berjaya, kita juga mampu berjaya.

Semua perkara kita lakukan dengan bersungguh-sungguh dan mempunyai minat yang mendalam. Jangan bersembunyi lagi. Pemerkan kualiti diri, kita mampu untuk berjaya. Kata-kata semangat perlu dipamerkan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan secara berterusan. Jangan bersembunyi lagi. Pamerkan dan buktikan siapa kita.

Gaya Sang Juara

Kita adalah seorang juara. Dalam setiap aspek yang kita lakukan dan pemerkan menandakan keyakinan kita menjadi juara. Belang perlu dipamerkan dan menjadi manfaat serta memberikan kelebihan kepada diri kita. Apakah perlu dilakukan oleh seorang juara? Apa pendapat anda?

Seorang juara adalah seorang yang sentiasa berusaha ke arah kejayaan dalam setiap apa yang dilakukan. Kehebatan melalui usaha dan menyelidik diri sendiri dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Seorang juara pasti akan sentiasa berasa yakin dengan dirinya. Tidak pernah rasa ragu-ragu atas keputusan dan pilihan yang ia akan ambil. Arahtuju matlamatnya jelas dan realistik.

Serlahkan Kehebatan Bakat

Setiap orang mempunyai bakat semulajadi yang tersendiri. Siapa yang kata diri mereka tidak mempunyai bakat? Sila angkat tangan. Ini membuktikan anda masih tidak mengenali diri sendiri lagi. Bakat yang ada perlu digerakkan untuk memajukan diri. Kita bukan sahaja mempunyai satu bakat sahaja. Kita mempunyai pelbagai bakat yang mampu memaju diri kita untuk lebih berjaya.

Gunakan bakat untuk membuktikan siapa diri kita serta kualiti diri kita ini. Jangan biarkan bakat terpendam dan terendam menjadi pekasam dan 'basi'. Bakat bukan untuk disimpan di dalam peti tetapi perlu dikeluarkan untuk menjadi kualiti diri dalam mengharungi matlamat dan arahtuju hidup.

Jangan pernah Menyerah Kalah

Apa sahaja yang kita lakukan jika menemui kegagalan, jangan berputus asa dan menyerah kalah. Ia tidak membawa makna jika kegaglan yang berlaku sekali mahupun berulang kali kita sudah menyerah kalah. Itu bukan gaya seorang juara. Lihat sahaja sang harimau apabila gagal menerkam mangsa, ianya tidak beredar begitu sahaja. Sang harimau akan terus berusaha dan mengatur stategi secara berkesan sehinggalah mangsanya tunduk kepadanya.

Begitulah yang kita perlu jadi. Jangan sesekali menyerah kalah dan berputus asa. Kita perlu yakin setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Lihat segalanya secara menyeluruh. Jangan sempitkan pemikiran kita. Lihatlah kepada sang harimau!

Kita HEBAT!

Soalan Pembaca: Anti Sosial dan Tiada Keyakinan Diri

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 09, 2010 0 comments


Soalan

sy seorang yg agak antisosial dan tidak berkeyakinan diri dalam ape jua..sy tak tahu mcm mane nak perbaiki diri, dan semua ni buat sy jd tekanan..hrp boleh bantu.

Syed Azli

Jawapan

Terima kasih untuk soalan.

Ajak Sahabat Keluar

Berkenaan dengan anti sosial saya galakkan Azli untuk mulakan diri bergaul dengan orang ramai. Bergaul dengan sahabat-sahabat dan juga cari sahabat baru. Mulai sekarang cuba ajak sahabat-sahabat untuk berjumpa bersama-sama seperti makan-makan di restoran, bermain futsal sama-sama, sekadar berjalan-jalan dan lain-lain lagi yang dirasakan perlu. Expose kan diri untuk berhadapan dengan orang ramai. Sentiasa tersenyum dan bermanis muka.

Keterampilan

Keterampilan perlu jaga ya. Pakai wangi-wangian dan baju yang bersih. Namun jangan pula terlalu wangi. Nanti orang lain akan merasa bahana. Apabila pilih wangian pastikan wangian itu mempunyai bau yang sesuai. Biarlah sedap hidung menghidu aroma yang menenangkan. Berkenaan dengan baju pilih baju yang selesa kita pakai. Pastikan tutup aurat ya. Warna biarlah warna yang menarik hati. Pasti ramai yang terpikat.

Berkenaan wajah kita. Semua orang adalah cantik dan kacak. Jangan risau ya. Azli pasti seorang yang hensem. Siapa lagi yang mahu cakap kita hensem jika bukan diri kita. Dengan itu kita sendiri akan menjadikan diri kita hensem. Azli percaya? Jika Azli mempunyai misai dan janggut pastikan dicukur rapi agar tidak berserabut. Begitu juga dengan rambut. Pastikan di trim dan di sisir rapi. Jika panjang pastikan diurus dengan cantik. Biar mata yang memandang terpegun melihat Azli.

Tulis Tentang Diri

Saya faham situasi Azli yang tidak berkeyakinan diri. Namun, saya perlu juga mengetahui kenapa Azli tidak berkeyakinan diri? Pertama-tama dahulu Azli perlu menyatakan kepada diri sendiri mengapa dalam diri Azli ada perasaan tidak berkeyakinan diri. Cuba listkan atau senaraikan perkara yang Azli rasa negatif. Selepas itu cuba Azli tuliskan penyelesaian untuk lebih berkeyakinan diri. Tuliskan perkara yang boleh Azli lakukan untuk lebih ke arah positi.

Salah satu cara lagi adalah buat analisa SWOT untuk diri sendiri. SWOT adalah akronim untuk S=Strength, W=Weakness, O=Opportunity dan T=Threat. Buat betul-betul ya. Bukankah kita perlu muhasabah diri. Di sini saya mahukan Azli lebih fokus kepada kekuatan. Bukan maksud saya Azli perlu abaikan kelemahan. kelemahan perlu diperbaiki. Namun, jika Azli fokus kepada kekuatan atau kelebihan Azli akan menjadi seorang yang lebih hebat. percayalah! Sebagai contoh Azli hebat dalam melukis, gunakan lukisan sebagai ekspresi diri. Jika hebat menyanyi, serlahkan nyanyian Azli. Cuba selidik diri ya.

Lihat Di Dalam Cermin

Antara aktiviti lain adalah, sekarang Azli ambil cermin. Lihat ke dalam cermin. Apa yang Azli nampak? Saya yakin pastilah diri Azli sendiri. Sekarang berkata-kata kepada diri sendiri. Nyatakan nama Azli, minat Azli, hobi, warna kegemaran, impian kejayaan dan lain-lain lagi. Pastikan mata bertemu mata ya. Sekarang saya mahu Azli tersenyum di hadapan cermin.

Usaha Pasti Berjaya

Pada saya Azli perlu menjadi diri sendiri. Dengan mengetahui diri kita sendiri kita akan lebih berusaha untuk lebih berjaya. Harapan saya agar Azli akan berusaha sedaya mampu untuk merubah diri ke arah bermasyarakat, bersahabat serta mempunyai yakin diri yang tinggi.

Apa Bakat Anda?

Di kesempatan ini saya ingin bertanya kepada Azli, apa bakat anda? Untuk pengetahuan Azli bakat jika disedari dan digunakan dengan sebaik-baiknya akan menjadikan kita lebih terarah kepada kejayaan dan Azli pasti akan hilang sifat ketidakyakinan. Tuliskan bakat Azli.

Saya sekadar membantu apa yang terdaya kerana 'Allah tidak akan merubah nasib seseorang kecuali dirinya merubah sendiri'. Azli boleh membaca artikel motivasi di blog saya untuk lebih yakin diri. terima kasih.

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

Tips Kekeluargaan | Beri Motivasi Pada Anak-Anak

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, February 08, 2010 0 comments
Bagaimanakah caranya untuk mengajar dan memberi motivasi kepada anak-anak ya? Bilakah ianya perlu dimulakan? Kali ini saya akan menjawab persoalan berkenaan motivasi kepada anak-anak.

Masa Motivasi Untuk Anak-Anak

Mulakan mengajar anak-anak anda untuk menjadi seorang yang bermotivasi sejak dari awal lagi iaitu ketika mereka masih kecil lagi. Bantu mereka untuk berasa yakin dengan membiarkan mereka tahu yang mana kita menyayangi dan mencintai mereka. Kita juga perlu percaya yang mana anak-anak kita mampu untuk melakukan apa yang mereka mahukan. Biarkan mereka tahu yang mana kita ada di masa mereka memerlukan bantuan dan berikan sokongan kepada mereka. Dengan itu, mereka pasti akan membina sifat kendiri yang hebat yang pasti akan membuatkan mereka memotivasikan diri mereka sendiri.

Galakan Motivasi Anak-Anak

Berikan galakan kepada anak-anak untuk mencuba sesuatu perkara yang baru dan berikan mereka peluang untuk mengenali diri mereka sendiri dan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup mereka. Biarkan mereka terdedah kepada pengalaman yang berbeza-beza yang mana pasti akan membantu mereka untuk melihat apa yang mereka suka dan membantu mereka membina skil yang baru- pembangunan diri positif.

Berikan Panduan Kepada Anak-Anak

Berikan tunjuk ajar kepada anak-anak kita untuk membuat pilihan. pastikan pilihan yang mereka buat adalah yang terbaik dan juga positif. Kanak-kanak yang paling muda juga boleh belajar membuat pilihan sendiri seperti bermain di luar atau di dalam rumah. Mereka boleh memilih makanan apa yang sesuai untuk makan tengahhari dan lain-lain lagi. Membiarkan mereka membuat keputusan akan meningkatkan sifat kendiri dan rasa yakin diri dalam diri mereka. Jika mereka berasa bagus tentang diri mereka, mereka pasti akan berasa lebih bermotivasi.

Biarkan Mereka Membuat Keputusan

Jangan lakukan setiap keputusan untuk anak-anak anda. Jika mereka tidak diberi peluang untuk melakukan sesuatu perkara untuk diri mereka sendiri, mereka tidak akan mampu belajar bagaimana caranya. Mereka tidak akan membangunkan sifat yang baik dan mereka tidak akan sesekali berusaha dan bermotivasi untuk cuba mencapai apa yang mereka mahukan. Ajarkan kepada mereka cara dan skil membuat keputusan yang baik dan percayakan mereka untuk membuat pilihan yang baik.

Jangan terus menghakimi dan menilai anak-anak. Jika kita terus memberitahu apa yang mereka buat dan lakukan itu salah atau ada cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu, mereka akan kurang keyakinan diri untuk terus mencuba. Bukankah melakukan kesilapan dan kegagalan adalah salah satu cara pembelajaran yang paling berkesan. Beri mereka peluang untuk melakukan beberapa kaedah untuk mencari jalan bagaimana untuk membesar menjadi seseorang yang berdikari.

Biarkan mereka bergembira pada kaedah motivasi yang positif dan membangunkan diri mereka. Jadi mulai hari ini dan sekarang jangan lupa untuk berikan motivasi kepada anak-anak kita melalui cara yang sebenar.

Tips Menjadi Seorang Yang Aktif - Pemakanan & Cara Hidup

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, February 07, 2010 0 comments
Pada kali ini saya akan memberikan sedikit tips yang bersesuaian untuk kita sama-sama mendapat kehidupan yang ceria dan sentiasa gembira.

Makan Makanan Tinggi Serat
Diet yang tinggi serat atau 'fiber' memberikan kebaikan kepada diri malah mengelakkan 'constipation', mengurangkan risiko kepada jenis-jenis kanser, merendahkan kolestrol, mengelakkan risiko penyakit koronari, pengawalan darah tinggi, mengurangkan risiko jenis diabetes dan juga mengurangkan risiko obesiti. Umur yang pelbagai dan juga jantina memperolehi 28 ke 30 gram serat sehari adalah permulaan yang baik. Ambil masa beberapa hari untuk mengira kandungan serat yang kita ambil.

Ambil Makanan Lemak Sihat
Secara asasnya, ia adalah lemak dari ikan, mentega dan kekacang, kacang hazel, kacang walnut dan juga telur ayam (lebih sesuai telur ayam kampung kerana pemakanannya dari sumber asli). Lemak sihat mengurangkan perkara yang negatif dalam badan, memperbaiki perjalanan darah, membina sel-sel yang baik, merendahkan ketebalan arteri, mengurangkan obesiti dan juga mengelakkan risiko kanser untuk membesar.

Selalu Bersenam
Saya tidak bermaksud untuk anda pergi ke gim. Namun, cukuplah sekadar melalukan senaman yang menyeronokkan. Berjalan-jalanlah di taman dan lihatlah bunga yang mekar serta pepohon hijau. Sertai pasukan sukan seperti futsal atau apa sahaja yang anda boleh lakukan serta minat. Lakukan renggangan setiap hari. Hanya lakukan gerakan. Yakinlah yang mana badan anda akan turut suka dan ia pasti menyeronokkan.

Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Biasanya ia digelar "Makanan putih". Makanan yang anda rasakan berwarna putih (tepung gandum, gula, gula-gula) adalah tidak bagus untuk anda. Kurangkan memakan nasi yang berlebihan. Saya bukan sahaja berkata mengenai tentang mengurangkan berat atau mengawal kalori. Karbohidrat berlebihan sebenarnya akan menyebabkan kesihatan diri akan berkurangan.

Tidur 7 ke 8 Jam Sehari
Tidur yang kurang akan menyebabkan kurangnya daya imun dalam badan, menambahkan berat badan, kemurungan, tekanan dan juga banyak lagi penyakit yang terarah kepada badan. Kepada anda yang bekerja shift ia adalah lebih penting untuk mengatur masa tidur dan ambil masa tidur dengan secukupnya. Jangan makan 2 jam sebelum tidur, menonton televisyen hingga tertidur dan lain-lain lagi amalan buruk.

Ambil Makanan Tambahan, supplements
Ia adalah penting untuk kita semua terutamanya orang dewasa untul mengambil vitamin setiap hari kerana kurangnya nutrisi dalam makanan kita, banyaknya makanan bertin dan juga makanan yang tidak sihat seperti makanan segera. Kekurangan kita dalam mendapatkan nutrisi seperti magnesium, vitamin D dan zink perlu dititikberatkan. Perkara lain adalah vitamin C dan juga kalsium.

Kurangkan Stress
Jika anda mempunyai hidup yang tertekan atau dikenali sebagai stres, saranan saya adalah memasukkan dalam seharian kita untuk mengambil ketenangan. Ianya boleh berlaku dalam kereta, bilik air malah ketika anda berjalan-jalan. Biarkan tekanan darah stabil, tenangkan minda dan fikiran, dan teruskan pemerhatian kepada perkara yang tenang dan bebaskan pemikiran yang 'tidak sihat'. Lakukan perkara ini 2 ke 3 kali dalam sehari, terutamanya sejurus anda bangun dan sebelum anda tidur.

Jadi Contoh Kepada Kanak-Kanak
Jadilah contoh yang terbaik kepada kanak-kanak dengan kesihatan cara sebenar. Jangan berikan penghargaan kepada mereka dengan gula-gula. Hargai dengan masa, pembacaan, kasih sayang dan juga perhatian. Tunjukkan sifat yang sihat di mana-mana sahaja. Jadilah sebagai seorang mentor mahupun role model. Percayalah, ia akan memberikan impak yang sangat hebat.

Makan Sarapan Pagi
Pemakanan sarapan yang sihat seperti telur separuh masak, roti dan juga yang bernutrisi seperti oat dan lain-lain membantu menghilangkan rasa lapar, kandunag gula dan mekan makanan yang sihar setiap hari. Makan sarapan bukan sahaja mengenyangkan badan malah memberikan kesiharan fizikan dan mengelakkan penyakit.

Cari Minat Yang Baik
Saya percaya yang mana kita sendiri mempunyai minat yang baik dan memberikan manfaat. Ia membuktikan ekspresi yang kita sendiri tunjuk dan pamerkan. Semua ini perlu diambil kira. Lakukan dengan bersungguh-sungguh dan seronok. Ianya seperti melukis, bersukan dan lain-lain lagi.

Berikan Cabaran Kepada Diri Sendiri
Apakah perkara yang anda mahukan dalam hidup? Adakah anda telah memikirkannya? Adakah ianya bercuti? Memenuhi impian yang besar? Membaca buku baru yang tebal? Lakukan sedikit perubahan kepada diri dari keadaan zon yang selesa untuk membuatkan hidup kita menjadi lebih menarik dan berharga. Lakukan sehingga anda mendapat landasan kejayaan sebenar.

Lakukan Perkara Yang Menyeronokkan
Bagaimana anda melakukan perkara yang menyeronokkan? Adakah ianya memberikan cabaran kepada anda? perkara sebegini akan membuka ruang kepada tenaga kreativiti dan inovasi. Apakah bahagian dalam hidup anda yang dirasakan keliru dan tidak terkawal pada ketika ini? Dalam mencipta kehidupan yang stabil, anda juga akan membuka ruang baru kepada cabaran dan juga penciptaan perkara baru.

Bersosial Secara Sihat
Sistem kepercayaan yang kita bina adalah berkaitan dengan pengaruh orang sekeliling. Siapa orang yang dalam hidup anda yang menyokong kepercayaan anda? Siapa dalam hidup anda yang menggerakkan malah kejayaan dalam emosi, kewangan, spiritual dan juga fizikan? Berapa lama masa yang anda gunakan untuk bersama-sama dengan mereka? Jika lingkungan anda adalah sahabat yang kerja selalu dengan anda, mungkin inilah masanya untuk lebih terbuka dan meluaskan lingkungan persahabatan anda. Cari sahabat baru dan warnakan persahabatan dengan perkara yang menyeronokkan. Pilih sahabat yang menyayangi dan menyokong anda yang berkongsi kata-kata yang positif dan juga bersahabat dengan yang lain.

Selalukan Ketawa dan Bergembira
Bilakah kali terakhir anda ketawa? Jika sudah lama, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk mencerahkan diri. Bukankah ketawa mengubat duka dan menghapuskan tekanan. Cari peluang untuk ketawa. Buatlah keluarga dan sahabat anda ketawa. Apabila bersama sahabat, ambil masa untuk ketawa bersama-sama. Ia lebih menyeronokkan dan memeriahkan hidup.

Memberi
Saya berkata dari segi keseukarelaan iaitu antara sifat yang mulia sepertinya membantu orang yang susah, memberi derma yang mana akan memberikan kebaikan dan manfaat, keamananan serta kasih sayang kepada dunia umumnya. Ini adalah beberapa sebab dan kebaikannya; mendapat sahabat baru, membina keyakinan diri, melihat kepada komuniti dan juga dunia realiti, mendapat skil dan pengalaman yang hebat, menghilangkan stres, menghilangkan rasa bosan, memberikan kelainan kepada dunia malah memberikan keseronokan kepada diri. Ianya benar-benar memberikan ketenangan dengan memberi, menyayangi insan lain dalam erti kata memperbaiki duni sekeliling dalam pelbagai aspek kehidupan.

Lakukan dan aplikasikan konsep ini dalam hidup anda. Cari satu cara walaupun kecil untuk membuatkan dunia lebih baik mulai hari ini. Jika kita sama-sama melakukannya, kita akan membina kesihatan, cara hidup yang lebih baik, rasa cinta dan juga keseronokan.

Jadilah sebahagian dari orang yang aktif mulai hari ini!

Takut Kepada KEGAGALAN?

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, February 06, 2010 0 comments

Adakah anda salah seorang yang mengalami kegagalan? Jangan risau ya. Kegagalan anda akan memacu kejayaan anda. Percayalah! Jika anda semakin takut untuk mencapai matlamat anda kerana pengalaman takut kepada kegagalan, anda tepat untuk membaca artikel ini.

Jangan risau, anda tidak perlu 'mati' hanya kerana gagal. Teruskan hidup dan terus berusaha.

Kegagalan dan Motivasi

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal, terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang berjaya! Siapakah mereka. Teruskan membaca. Anda akan mendapat jawapannya.

Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada orang yang berjaya pada hari ini pernah gagal satu ketika dahulu? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan. Ini perlu diterapkan kepada pemikiran setiap pihak termasuk kita sendiri.

Pernah saya sebutkan bahawa, punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN. Mengapa ya kita perlu takut kepada kegagalan? Apa alasan anda?

Takut Kepada Kegagalan?

Fahami betul-betul ayat saya di atas. "Takut kepada kegagalan" adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya "Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan". Adakah anda jelas kenyataan saya tadi?

Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Langkah utama dalam mencapai apa-apa kejayaan. Sekiranya anda berada dalam keadaan "Takut kepada kegagalan" ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Jika mahukan KEJAYAAN, anda perlu DO-IT! Lakukan dengan bersungguh-sungguh, berusaha,berusaha dan berusahalah. Jangan pernah menyerah kalah dan takut untuk mencuba hanya kerana mitos kegagalan.

Kisah Kegagalan

Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antara kegemaran saya adalah kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth.

Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run.

Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola!)- lebih daripada 1,300 kali!

Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya "Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!"

Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!

Fikiran beginilah yang perlu ada oleh semua dalam mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi, ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Anda juga mampu berjaya setelah gagal berkali-kali. Yang penting adalah jangan mengalah dan menarik diri untuk terus berjaya.


Fikirkan kisah-kisah ini pula:

-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang "tiada harapan"!

-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai "seorang yang tidak pandai menjual!". Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!

-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana "Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas"!

-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!

-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan "Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja"!

Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dhampir 10,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol! Banyak bukan?

Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Jika mereka berhenti, pastinya kejayaan mereka tidak akan dapat.

Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!

Anda pasti BERJAYA!

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR