INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Membina Pasukan Kelas Dunia | Langkah Kejayaan Pasukan

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments


Satu pasukan yang hebat adalah apabila setiap individu dalam pasukan itu sendiri bekerjasama antara satu dengan yang lain dan memberikan kolaborasi yang hebat. Ini dengan sendirinya akan membentuk pasukan kelas dunia yang sempurna.

Namun begitu adakah cukup sekadar 'bekerjasama' tanpa mempunyai langkah-langkah yang membentuk strategi baru yang lebih berkesan.

Di bawah ini merupakan antara elemen-elemen yang penting dalam membentuk pasukan kelas dunia yang sebenar.
  • Membina Misi Bersama
  • Visualisasikan Sasaran(Goals)
  • Bina Minat Yang Mendalam
  • Berlatih, Berlatih dan Berlatih
  • Merencana Diri
  • Belajar Dari Segala Kesilapan
  • Membina Pasukan Yang Membentuk Keserasian (Chemistry)

Ia bermula dengan setiap ahli dalam pasukan itu sendiri...

Pasukan kelas dunia = INNOVATION



Percaya: Rezeki Allah

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, October 04, 2012 0 comments


";dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)"

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)

‎"Ya Allah, murahkanlah rezekiku dan permudahkanlah urusanku". Sentiasalah memohon kepada Allah kerana Dialah pemberi segala rezeki.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang berkaitan dengan rezeki, dan ini merupakan salah satu daripadanya.

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah. 

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah. 

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah. 

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak. 

  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh. 
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh). 
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat). 
  4. Amalkan membaca Ayat 1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah.. 
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin. 
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah. 
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur). 
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat. 


Model Bisnes

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, September 26, 2012 0 comments

Berikut merupakan buku-buku rujukan model bisnes terkini abad ke-21 iaitu bukan sahaja kepada bisnes semata-mata tetapi langkah kita dalam bekerjaya. InsyaAllah saya akan berikan ulasan berkenaan model bisnes itu dalam masa terdekat.

Yang paling penting adalah, adakah model bisnes yang kita gunakan serta pelaksanaannya lengkap dan tepat?

5 CARA UNTUK MEMBINA INOVASI

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, August 01, 2012 0 comments
Apabila inovasi dibincangkan dalam konteks perniagaan, kita selalu berfikir, ia hanyalah berkenaan perniagaan semata-mata. Kita pasti fikir inovasi yang melibatkan dengan produk, model perniagaan, strategi pemasaran dan sebagainya. Signifikannya, inovasi sendiri adalah amat meluas. Tulisan kali ini adalah lebih kepada mengenal pasti dan menggalakkan dan memaksimumkan inovasi kepada setiap individu.

Pendekatan inovasi yang betul boleh membuat sesuatu yang luar biasa, perubahan positif dalam hidup kita semua. Bayangkan apa yang akan terjadi jika kita telah membuat sesuatu perkara yang khusus kepada inovasi yang lain? 

Berikut adalah lima inovasi tertentu dan cara untuk membina inovasi dalam kehidupan peribadi dan profesional yang pasti akan membuatkan kita lebih percaya diri dan lebih berjaya dalam setiap apa sahaja yang kita lakukan.

1. Inovasi Dalam Kerjaya 

Cuba kita renung sejenak. Adakah kita melakukan apa yang kita ingin lakukan? Adakah kita belajar sesuatu yang baru setiap hari? Adakah kita berasa selesa dengan kerja-kerja yang diberikan kepada kita? Jika tidak, ia mungkin tiba masanya untuk mencuba sesuatu yang baru. 

Jika kita diberi peluang untuk memulakan kerjaya semula,berdasarkan apa yang kita tahu sekarang, adakah kita akan lakukan sesuatu yang berbeza? Apakah risiko yang kita akan ambil? Berapa kuatkah kita akan bekerja kepada sesuatu yang berbeza untuk mencipta kerjaya atau perniagaan; kehidupan yang kita impikan hari ini? 

Apa sebenarnya sasaran kita dalam tempoh lima tahun? 10 tahun? Walau apa pun visi, apakah yang kita perlu lakukan mulai sekarang, bulan ini, atau sekurang-kurangnya sebelum akhir tahun ini untuk mencapai impian itu? 

Bermain-main dengan kerjaya kita bermakna bermain dengan kehidupan, yang mana ia mungkin memberi kesan yang menakutkan. Kita telah menghabiskan masa sekurang-kurangnya 40 jam seminggu di tempat kerja, dan ia perlu berubah mulai hari ini.

Tiba masanya kita melakukan sesuatu perubahan yang besar dalam kerjaya kita. Masanya telah tiba untuk kita sendiri mencipta kerjaya yang mendekatkan kepada impian kita.

2. Inovasi Dalam Gaya Pengurusan 

Bagaimana cara kita membuat sesuatu tugasan dengan produktif, efektif dan effisien? Bagi mereka yang tidak bekerja secara langsung dengan kita, bagaimana kita membolehkan mereka dengan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat mereka, dan membuat diri kita dan syarikat secara keseluruhannya prestasi yang lebih baik?

Adakah kita menggunakan strategi pengiktirafan untuk memuji dan mendorong pasukan? Bukan hanya bonus dan kad hadiah, tetapi dengan mengetahui secara mendalam nilai kerja mereka? 

Berfikir tentang bagaimana untuk kita belajar, inovasi dan motivasi sebagai seorang pekerja, dan pastikan kita melakukan inovasi gaya pengurusan yang signifikan kepada kerja kita. Lebih baik lagi, meminta pekerja kita berdiskusi bersama bagaimana cara mereka belajar, bagaimana mereka berinovasi, dan bagaimana mereka bermotivasi dan membentuk pasukan. 

3. Inovasi Dalam Kehidupan Peribadi 

Adakah kita mempunyai kehidupan peribadi yang memberi nialai kepada diri? Jika tidak, marilah kita mulakan di hari ini juga. Bagaimana cara kita untuk ceria serta memberi makna dalam bekerja dan semasa bertugas, tetapi juga di luar pejabat? Cuba kita letakkan pen dan kertas serta inventori sementara untuk menilai kehidupan peribadi.

Apakah perkara yang kita ingin lakukan dan capai  dalam tempoh lima tahun akan datang? Sebelum kita mati? Apa yang kita akan lakukan sekarang untuk membuat perkara-perkara yang memberi nilai? Jika kita tidak bertindak sekarang (atau sekurang-kurangnya bersedia untuk bertindak), kita tidak akan mengambil kesempatan daripada perkara-perkara yang kita benar-benar mahu lakukan. Entah bila kita akan mulakan jika berlengah lagi.

Lakukan perkara seperti Muhasabah diri, bertemu orang baru dan mencuba sesuatu yang baru. 

4. Inovasi Dalam Perhubungan

Fikirkan tentang orang-orang yang paling penting bagi kita - keluarga, pasangan, sahabat. Adakah kita meluangkan masa yang cukup dan sempurna bersama mereka sepertimana yang kita mahu? Adakah kita melakukan pelbagai perkara dan aktiviti bersama mereka? 

Manjakan diri seketika, dan rawat hubungan peribadi kita seperti menjalankan perniagaan. Apakah matlamat kita? Apakah kejayaan yang kita inginkan? Hubungan yang ideal pasti akan kelihatan seperti diri kita semakin melangkah ke hadapan. Apa strategi kita hari ini untuk sampai ke sana? 

5. Inovasi Masa Hadapan

Ini merupakan gabungan empat perkara di atas, tetapi mungkin yang paling penting. Kita boleh terus melakukan apa yang kita lakukan hari ini - berdasarkan kerjaya yang sama, sahabat yang sama, hobi yang yang sama - dan mungkin yang membuat kita sentiasa gembira. 

Jika kita mengambil satu minit untuk berfikir dan membuat pembaharuan, kita akan membayangkan sebuah kehidupan yang jauh berbeza daripada yang kita ada hari ini. Ia pasti akan memberi nilai penuh.

Jadi apa yang kita akan lakukan? Pastikan kita letak sesuatu pada tempat yang betul dan bertepatan dengan caranya.Signifikannya sesuatu perkara berjaya dilakukan adalah berdasarkan kepada melakukannya dengan rasa penuh minat yang mendalam. Dengan itu kita tidak akan pernah berasa penat dan putus asa jika gagal (seberapa banyak yang mungkin).


Apa Itu Inovatif?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, August 01, 2012 1 comments


Assalamualaikum.

Definisi, maksud atau makna menjadi kata carian yang paling popular untuk blog http://helmisuhaimi.blogspot.com.

Hari ini saya ingin hadiahkan salah satu bab buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' iaitu 'APA ITU INOVASI?'  Mudah-mudahan dapat memberi manfaat kepada semua dalam mendalami inovasi.


............................................


Definisi inovasi secara mudah ialah penghasilan perkara baru yang memberikan manfaat, nilai serta faedah kepada semua orang. Ia melibatkan proses ciptaan seperti produk, proses, sistem, struktur organisasi dan model perniagaan baru ataupun yang diubah suai.

Perkara yang terlibat dalam inovasi adalah menjawab soalan, membuat keputusan dan mempermudahkan hal melalui pelaksanaan kreatif. Penglibatan inovasi menyeluruh dalam pelbagai perkara dan keadaan. Ia tidak terhad kepada satu perkara sahaja. Sebenarnya inovasi berlaku di mana-mana sahaja. Sama ada di rumah, sekolah dan sebagainya. Selagi perkara ataupun ciptaan itu layak dan sesuai dengan definisi di atas, maka ia inovasi.

Orang kampung juga ada inovasinya sendiri. Pernahkah kita melihat pemerah air tebu yang digunakan orang kampung pada zaman dahulu? Ini sebelum mesin air tebu dihasilkan. Ia inovasi orang kampung sama seperti bubu (buluh penangkap ikan) dan lain-lain lagi.

Di sekolah juga banyak inovasi yang pernah dihasilkan guru dan pelajar. Beberapa pelajar Sekolah Teknik Kuala Kerai, Kelantan menghasilkan penyapu elektrik menggunakan bahan terbuang seperti penyapu, mesin kipas angin dan besi buruk. Ini membuktikan inovasi ada di mana-mana sahaja.

Kita perlu tahu inovasi bukan sekadar produk tetapi juga melalui perkhidmatan, pelajaran, perniagaan, kepimpinan, pembentukan pasukan dan lain-lain lagi.
 ......


Dalam proses belajar, kita sebenarnya melalui enam proses. Lebih tinggi tahap kita, semakin baik kualiti dan kesan pembelajaran kita. Proses itu adalah seperti berikut: 

1. Mengingat (Remember) 

Permulaan kepada semua pembelajaran adalah menghafal dan mengingat. Kita disuruh menghafal sifir ataupun tarikh-tarikh penting seperti tahun kemerdekaan Tanah Melayu ataupun tarikh Parameswara datang ke Melaka. Proses ini menjadikan kita banyak maklumat tetapi tidak tahu fungsi dan objektif semua maklumat itu.

2. Memahami (Understand) 

Peringkat kedua adalah menggunakan semua maklumat itu supaya diproses membentuk kefahaman. Apabila kita faham maklumat ataupun ilmu, kita tidak menghafal secara buta-buta sahaja. Ramai pelajar gagal melalui proses kedua ini kerana mereka belajar bagi menjawab peperiksaan dan bukannya bagi memahami. Kita mampu bezakan orang yang benar-benar faham ilmu dengan orang yang sekadar menghafal sahaja.

3. Menggunakan (Apply) 

Peringkat ketiga adalan proses menggunakan kefahaman itu dalam bentuk yang berguna. Ilmu yang berbentuk fakta dan konsep dapat digunakan bagi tujuan yang berguna. Ramai orang belajar sehingga peringkat universiti, faham apa yang diajarkan tetapi tidak tahu cara menggunakannya. Kefahaman dalam bentuk kemahiran teknikal dan skil lebih jelas cara menggunakannya.

4. Menganalisa (Analyize) 

Peringkat keempat adalah proses yang memerlukan kita menganalisa idea-idea sedia ada. Pertanyaan bagaimana, mengapa, siapa dan apa perlu dijawab dengan sebaik-baiknya.

5. Menilai (Evaluate) 

Proses menilai adalah proses yang terarah kepada cara idea ataupun bahan itu dihasilkan. Sama ada ia baik, lemah ataupun menarik, semuanya terletak pada proses yang kelima ini. Ia proses penting bagi mendapatkan inovasi yang betul-betul dapat diguna pakai dan memberi manfaat kepada orang ramai.

 6. Mencipta (Create & Innovate) 

Pada abad ini, tujuan mutlak kita ke sekolah adalah membina keupayaan, membangunkan bakat dan mewujudkan kemahiran menjadi inovator. Cabaran kita adalah melalui proses pembangunan minda inovasi ini secara sedar dan mencapai tahap keenam.
...........................

Untuk lebih jelas dalam mengenali dan mendalami inovasi, untuk permulaan bolehlah dapatkan buku 'SAYA REMAJA INOVATIF' di kedai-kedai buku berdekatan tempat tinggal saudara. 

Masa Untuk Inovasi.

 

Minda Inventor : Nikola Tesla

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, July 30, 2012 2 comments
Nikola Tesla merupakan inventor dan juga inovator yang memberi makna kepada revolusi industri .  Pelbagai ciptaan dan penambahbaikan telah dilakukan oleh beliau. Tetapi sayang sekali beliau 'kurang dikenali'.

Untuk tulisan kali ini saya terlebih dahulu mengajak saudara semua untuk menonton video berkenaan Nikola Tesla secara mudah dan ringkas. 

Selamat menonton..




Fikir: Kefakiran Membawa Kepada Kekafiran

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, February 18, 2012 0 comments
Satu hadis Rasulullah membawa maksud, 'Kefakiran membawa kepada kekafiran'.



Jika kita lihat maksud hadis tersebut, jelas ia membawa maksud yang mana kefakiran seumpama virus yang bila-bila masa boleh menyerang individu mahupun masyarakat.

Apakah tindakan kita untuk memberi makna dan menyelesaikan permasalahan yang berlaku pada hari ini? Adakah cukup sekadar memberikan bantuan kewangan kepada si fakir dapat menyelesaikan masalah?

Mari kita sama-sama fikirkan dalam konteks individu yang sedia fakir dan miskin. Zaman kini diberi wang, ia pasti akan habis. Masalah kemiskinan tidak dapat diselesaikan jika hanya begini caranya. Perlu dikemudi satu mekanisma dan tindakan yang bijak untuk menyalurkan bantuan yang dapat memberikan mereka 'hidup mudah' yang bersifat berpanjangan. Bak perumpamaan, "Lebih baik memberi kail daripada hanya memberi ikan".

Bantuan kemahiran (berdasarkan bakat individu setiap masyarakat) digabungkan dengan bantuan kewangan akan lebih memberi impak. Jika masyarakat berkebolehan dalam pertanian, kita bantu dalam aspek pertanian moden. Begitu juga dengan perikanan, jahitan, permotoran, dandanan, perniagaan serta lain-lain lagi.

'Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang' lebih elok dari meminta-minta. Bukankah dengan usaha 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.


Mari kita sama-sama fikirkan...

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR