Pada 4-5 Disember 2010 (Sabtu dan Ahad), Pasukan Talent Development Consulting (TDC) telah berjaya mengendalikan program Ukhuwah Teambuilding Programme 2010 anjuran Bahagian Kemasukan dan Rekod (ANR), Universiti Islam Antarabangsa (UIAM). Program ini bertempat di Star Regency Hotels & Apartments, Cameron Highlands.
Seramai 21 staf ANR telah mengikuti program Teambuilding kali ini. Fasilitator kali ini adalah, Helmi Suhaimi, Asrulnizam Abas, Yusuff Hasan dan Mohd Afiq Shamsudin. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memenuhi objektif program. Antara aktiviti yang dijalankan adalah 'Cross The Line', 'War of The World', MBTI Test dan banyak lagi. Setiap aktiviti adalah berteraskan kepada pembangunan bakat.
Suasana yang sejuk memberi satu fenomena yang amat menarik sepanjang program kali ini. Kerjasama pasukan ANR memperlihatkan kesungguhan dan semangat untuk melakukan aktiviti-aktiviti dan dilakukan dengan baik sekali. Karakter dan personaliti setiap individu dalam organisasi terserlah dan dipraktikkan berdasarkan bakat individu.
Kami percaya ukhuwah pasukan dan organisasi ANR semakin hebat dan berkesan memberi nilai antara satu dengan yang lain. Kod personaliti setiap individu mempamerkan setiap daripada individu tersebut mempamerkan kelebihan antara satu dengan yang lain. Mereka semua telah mempamerkan 'Chemistry of Talent' sebenar yang memberi nilai penuh kepada organisasi.
Di sini, saya kongsikan bahagian pengenalan hasil tulisan untuk buku berbentuk kepimpinan.
Pengenalan
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang pemimpin Negara adalah pemimpin kepada rakyatnya dan dia bertanggungjawab kepada mereka, seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap pimpinannya, seorang wanita adalah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rumahtangga suaminya dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya.”
Hadis Riwayat Bukhari Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi dan Ahmad
Apa sahaja yang kita ingin jelaskan dan kemukakan, kita perlu membuat eksplorasi atau penjelajahan untuk lebih memahami dengan jelas pada sesuatu perkara. Percaya atau tidak yang mana kita sentiasa melakukan eksplorasi. Adakah kita tahu, yang mana untuk mengetahui apa yang ada diangkasa, eksplorasi dan penjelajahan angkasa perlu dilakukan. Malaysia pada tahun 2008 menghantar angkasawan pertama ke angkasa, Dr Sheikh Muzaffar Syukor menunjukkan Malaysia sudah memulakan eksplorasi angkasa walaupun hanya sebagai satu permulaan langkah yang kecil. Bagaimana pula dengan saintis membuat kajian? Saintis jika ingin tahu punca atau sebab sesuatu perkara berlaku pasti mereka akan membuat ujikaji dan kajian menyeluruh. Sebagai contoh jika ada sesuatu penyakit yang baru muncul seperti selsema burung, saintis berhempas pulas dan bekerja keras untuk menghasilkan ubat-ubatan untuk merawat penyakit tersebut. Hasilnya terbukti dengan terhasilnya ubat yang mampu merawat penyakit yang timbul.
Masih tertanya-tanya apakah itu eksplorasi? Jangan bimbang, saya akan jelaskan sepenuh-penuhnya dalam bab seterusnya berkenaan dengan apa itu eksplorasi. Teruskan membaca sehingga selesai ya.
Salah satu soalan yang asas dan selalu ditanyakan ialah, adakah seseorang pemimpin itu memang sejak dia dilahirkan dia sudah memiliki bakat-bakat yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin apabila dia besar kelak? Ataupun, adakah bakat memimpin itu sebenarnya bukan bakat semula jadi, sebaliknya ia adalah kemahiran-kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang bercita-cita hendak menjadi pemimpin?
Kita semua tahu, setiap individu mempunyai bakat semulajadi tersendiri.
Setiap individu adalah pemimpin. Namun, pemimpin yang bagaimana perlu ditunjukkan. Dengan bakat, pemimpin yang berkarisma dan mempunyai aura kepimpinan lebih dapat ditonjolkan dengan jelas.
Kita perlu elakkan, 'jika seseorang menjadi pemimpin dia menjadi pemimpin yang teruk.' Bakat kepimpinan jika dilatih dengan betul bakal melahirkan seorang individu yang berkemampuan memimpin dan dipimpin pada bila-bila masa sahaja. Setiap hari kita adalah pemimpin. Tentang gaya dan cara kepimpinannya terpulang dengan dirinya tersendiri.
Saya percaya kita perlu mendefinisikan bakat kepimpinan terlebih dahulu. Eksplorasi Bakat Kepimpinan menjelaskan kepimpinan dari segi aspek bakat. Ia perlu dieksplorasi dan dijelajah sedalam dan sejauh mana yang mungkin.
“Menerajui Kepimpinan Masa Hadapan”
Sejauh manakah persiapan kita untuk meraikan bakat kepimpinan masa hadapan? Apa yang telah kita lakukan? Kita perlu bermula mulai hari ini. Ini kerana kitalah generasi masa hadapan yang akan mencerminkan bagaimana bentuk dan acuan masa hadapan. Masa hadapan bermulai daripada hari ini.
Siapa lagi pemimpin jika bukan kita sendiri. Kita adalah pemimpin yang mempunyai banyak kuasa, visi dan misi. Kita pasti akan dapat persiapkan diri kita dengan bakat kepimpinan.
Wira-wira serta panglima-panglima perang untuk berjuang di medan peperangan akan membuat persiapan awal dari segi fizikal, mental, emosi dan peralatan. Strategi disusun dengan tertur untuk mengelakkan kemusnahan dan kerosakan kepada seluruh batalion. Arah utara, timur, barat dan juga selatan perlu diketahui dengan baik. Formasi pasukan perang juga perlu betul. Prinsip peperangan adalah tidak mengaku kalah dan terus berjuang mempertahankan apa yang perlu.
Pakar persilatan dan ilmu pertahanan diri di seluruh dunia akan persiapkan diri dengan ilmu dengan kuat. Gaya yang seimbang dengan setiap pergerakan betul mencerminkan kehebatan sesuatu ilmu pertahanan diri.
Bagaimana pula dengan kita. Adakah kita bersedia? Kita juga perlu persiapkan diri kita dengan lengkap terutamanya dengan bakat kepimpinan.
Mari kita mulakan eksplorasi..
INFO: Buku ini dalam proses penulisan terakhir. Di jangka akan diterbitkan di bawah terbitan PTS Publications & Distributions Sdn Bhd. Akan Datang..
(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Talent Development Consulting akan menganjurkan program KEM SEKOLAH BAKAT di bawah jenama SEKOLAH BAKAT diadakan sempena setiap cuti persekolahan. Ia dianjurkan khas untuk untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.
Kem ini akan dianjurkan pada 26-28 November 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Yuran penyertaan hanya RM400 sahaja. Ia meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan bas, buku, aktiviti-aktiviti menarik, hadiah-hadiah serta macam-macam lagi keistimewaan.
Pendaftaran awal, diskaun akan diberikan. Juga diskaun untuk bawa adik beradik atau kawan untuk turutserta kem.
Untuk mendaftar mohon hubungi 03-41431075 atau 012-3052143.
Pendaftaran awal, diskaun akan diberikan. Juga diskaun untuk bawa adik beradik atau kawan untuk turutserta kem.
Untuk mendaftar mohon hubungi 03-41431075 atau 012-3052143.
INFO: Kem ini merupakan kem pertama kalinya di Malaysia atas inisiatif kami untuk meraikan bakat seluruh rakyat Malaysia terutamanya para pelajar. Kami percaya setiap pelajar pasti akan berjaya dengan mengenalpasti bakat masing-masing. Ia sejurusnya akan mencipta potensi masa hadapan yang lebih cemerlang.
Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Talent Development Consulting julung kalinya akan menganjurkan KEM SEKOLAH INOVASI untuk seluruh pelajar sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk turut serta bermula umur 9-17 tahun.
Kem ini akan diadakan pada 10-12 Disember 2010 (Jumaat-Ahad) di Kem Nur Laman Bestari. Yuran penyertaan hanya RM400 sahaja meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan (bas), aktiviti-aktiviti, buku, hadiah-hadiah serta pelbagai keistimewaan lagi.
Untuk mendaftar mohon hubungi 03-41431075 atau 012-3052143.
Info: Pendaftaran awal, diskaun akan diberikan. Juga diskaun untuk bawa adik beradik atau kawan untuk turutserta kem.
Berikut adalah merupakan antara koleksi buku rujukan TALENT DEVELOPMENT CONSULTING (TDC) yang sedia ada di pasaran serta yang akan terbit. Semua koleksi buku ini adalah ditulis oleh semua jurulatih TDC sendiri dan semuanya adalah terbitan PTS.
Antara yang telah terbit dan sedia ada di pasaran adalah:
- Tip Menjadi Individu Menarik
- Membina Karisma
- Menjadi Remaja Berkarisma
- Kuasa Karisma
- Anggun di Luar Serlah Pesona Dari Dalam
- Anda Berkarisma Apabila..?
- Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?
- Kunci Menjadi Individu Berkreadibiliti
- Apa Bakat Saya?
- Sekolah Bakat
- Saya Remaja Inovatif
Buku-buku lain yang bakal terbit adalah:
- Revolusi Bakat
- Sekolah Bakat: Selamat Datang ke Sekolah Masa Hadapan
- Chemistry of Talent
- Karyawan Abad ke-21
- CEO Bertopi Merah
- Eksplorasi Bakat Kepimpinan
- Kalaulah Kita Tahu Bakat Anak-Anak Kita
- Guru Sebagai Pembangun Bakat
- Sekolah Inovasi
- Dunia Inovasi
- dan lain-lain lagi...
Untuk pengetahuan, semua buku-buku ini akan menjadi rujukan modul utama program-program
yang akan dianjurkan serta dikendalikan oleh TDC.
Untuk makluman lanjut boleh hubungi kami.









