INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Kem Eksplorasi Bakat Kepimpinan 23-25 April 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, April 30, 2010 0 comments





"Seorang pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang menggunakan bakat dan kelebihan mereka untuk dipimpin dan memimpin. "

Dengan inisiatif Saidina Smart Consultancy memberi kepercayaan kepada pasukan Talent development Consulting, telah dianjurkan satu kem yang berteraskan kepada bakat kepimpinan di Tiram Indah Village, Ulu Tiram Johor iaitu KEM EKSPLORASI BAKAT KEPIMPINAN pada 23-25 April 2010, Jumaat sehingga Ahad . Sepatutnya peserta yang menyertai kem 3 hari 2 malam ini adalah seramai 80 orang tetapi kerana sekolah ganti di Johor pada 24 April 2010, hanya 60 orang dapat menyertainya.


Untuk pengetahuan semua peserta adalah dikalangan pelajar sekolah rendah serata Johor Bahru. Bersama-sama saya adalah Mohamad Fadzli, Muhammad Sidqi, Supie Razzak dan juga Mohd Faiz. Dibantu juga urusetia daripada Saidina Smart Consultancy.


Kem bermula pada jam 3 petang dengan pendaftaran pelajar.
Ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya dalam pelbagai bidang menunjukkan kesungguhan yang jelas semasa menghantar anak-anak mereka menghadiri kem ini. Harapan mereka agar anak-anak mereka memunyai sifat dan menyerlahkan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka.

Sebagai pasukan yang menggunakan bakat sebagai platform kami, informasi dan pengenalan kepada dunia bakat yang sebenar menjadi perkara yang penting untuk kami dedahkan kepada semua pihak. dengan itulah ia akan melenjitkan potensi semua pihak.

Keseronokan mempelajari perkara baru bukan sekadar aspek kepimpinan yang biasa menjadi satu panduan untuk mereka lebih percaya kepada bakat kepimpinan dalam diri.

We don't standardised but we personalised.


Sepanjang kem terbukti semua peserta menyerlahkan bakat kepimpinan dalam diri mereka masing-masing. Alhamdulillah, misi kami berjaya dalam memperkenalkan bakat kepimpinan sebenar.

Bakat kepimpinan perlu mereka terus aplikasikan dan lakukan kepada diri sendiri. Ia tidak terhenti sekadar semasa kem berjalan sahaja. Saya dan pasukan yang terlibat percaya mereka akan menggunakan apa yang dipelajari dengan sebaik-baiknya.


TENTATIF

Kem Eksplorasi Bakat Kepimpinan

Tiram Indah Village, Ulu Tiram


JUMAAT, 23 April 2010
3.00 ptg Pendaftaran

3.30 ptg Check in

4.30 ptg Solat Asar, Minum Petang

5.30 ptg Selamat Datang ke ‘DUNIA Eksplorasi Bakat Kepimpinan’

6.30 ptg Makan Malam

7.00 mlm Solat Maghrib & Isyak, tazkirah

9.00 mlm Slot 1: Pengenalan BAKAT Kepimpinan
‘Saya punya Bakat’

10.30 mlm Minum Malam

11.00 mlm Selamat Malam!
SABTU, 24 April 2010
5.30 pagi Selamat Pagi!, Solat Subuh, tazkirah

7.00 pagi CERGAS & CERDAS

8.00 pagi Sarapan, Persiapan

9.00 pagi Slot 2: Saya Seorang Pemimpin
‘Tunjukkan Karisma ANDA’

10.30 pagi Minum Pagi

11.00 pagi Slot 3: Idola Saya
‘Pemimpin Hebat Sepanjang Zaman’

12.30 tghr Makan Tengah hari, Solat Zohor

2.00 ptg Aktiviti Berkumpulan
‘Anda Nakhoda Kapal’

4.30 ptg Minum Petang, Solat Asar

5.30 ptg CERGAS & CERDAS

6.30 ptg Makan Malam, Persiapan

7.15 mlm Solat Maghrib & Isyak, tazkirah

9.00 mlm Slot 4: SPEAK OUT LOUD
‘Berfikir dan Berjiwa Besar’

10.30 mlm Minum Malam

11.00 mlm Indahnya Malam..

11.30 mlm Selamat Malam!
AHAD, 25 April 2010
4.30 pagi Qiamulail

6.00 pagi Solat Subuh, tazkirah

7.30 pagi Segar Pagi

8.00 pagi Sarapan, Persiapan

9.00 pagi Slot 5: Anda SMART, Anda LEAD!
‘Pemimpin Cilik Beraksi’

10.30 pagi Minum Pagi

11.00 pagi Penilaian Program, Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah

12.30 tghr Makan Tengahhari, Solat Zohor, Persiapan pulang

2.00 ptg Bersurai

Ceramah di Fakulti Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, April 18, 2010 0 comments

'Betapa pentingnya untuk setiap orang untuk memiliki pemikiran yang kritikal dan menyelesaikan masalah.'

Sempena Program 'Finishing School' anjuran Fakulti Sains dan Rekreasi, UiTM Shah Alam, saya diundang untuk memberikan ceramah untuk slot 'Critical Thinking and Problem Solving' pada hari Khamis, 15 April 2010. Sasaran utama program ini adalah pelajar tahun akhir fakulti itu sendiri.

Slot ini adalah dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu saya menggunakan acuan dua bahasa agar pembentangan saya lebih menarik dan lebih mudah diterima para peserta. Dalam masa 2 jam itu saya perlu gunakan masa yang sebaik-baiknya untuk member pembentangan yang terbaik serta berinteraksi dengan para peserta.

Sebelum saya memulakan slot saya berbicara dengan tenaga pengajar dan pentadbiran fakulti tentang program yang mereka anjurkan. Program 'Finishing School' ini sebenarnya dianjurkan oleh setiap fakulti di UiTM seluruh negara sejak 2 semester lepas. Ia adalah bertujuan untuk menyiapkan diri para pelajar untuk menghadapi dunia 'realiti' iaitu satu dunia yang berbeza daripada dunia universiti. Pada saya, program ini adalah amat baik dan perlu dilakukan di mana-mana universiti.

Untuk slot saya, saya lebih tekankan kepada pelbagai pertanyaan kepada para pelajar. Tujuan utamanya bukan lain adalah untuk mereka lebih peka dan lebih jelas serta berfikir sendiri terlebih dahulu sebelum saya menerangkan perkara sebenar. 'Berfikir adalah percuma dan tidak perlu dibayar.'

Berfikir secara kritikal adalah penting selain daripada berfikir kreatif. Ia melibatkan analisa, penilaian dan juga alasan (Analyzing, evaluating and reasoning). Cara pemikiran ini adalah menggunakan otak di sebelah kiri. Pelbagai faedah dan kebaikan yang boleh didapati jika kita menggunakan pemikiran yang kritikal. Ia membawa kita sejurusnya untuk menyelesaikan masalah dan terutamanya membuat keputusan.

Saya juga menerangkan apa standard yang perlu ada pada pada kita untuk menjadikan pemikiran gaya ini lebih terkehadapan dan memberi nilai tambah yang berterusan dan baik. Begitu juga ianya akan membentuk karakter dan personaliti yang berfaedah kepada seseorang itu.

Sejurus memperkenalkan dunia pemikiran kritikal kepada peserta, penyelesaian masalah adalah agenda yang amat penting pada pemikiran yang kritikal. Bagaimana anda menyelesaikan masalah? Ini soalan utama saya.

Penyelesaian masalah mempunyai proses-proses serta langkah-langkah yang tertentu. Ia menjadikan penyelesaiannya lebih tepat dan mungkin lebih berkesan. Namun saya harus ingatkan yang mana apa yang paling penting dalam masalah adalah penyelesaian. Jangan sesekali lari daripada masalah. Hadapinya!

Perkara yang paling penting adalah berkenaan dengan 'Six Thinking Hats' atau Enam Topi Pemikiran yang telah dipelopori oleh Edward De Bono. Penerangan ini lebih banyak kepada persoalan-persoalan yang perlu diberikan jawapan oleh mereka sendiri. Gaya pelaksanaan adalah bergantung kepada mereka yang mana satu 'topi' yang perlu diutamakan. Impak yang menarik dalamnya memberikan inisiatif untuk para peserta lebih mendalami alat menyelesaikan masalah seperti ini.

Keseluruhannya, ceramah dua jam ini pada saya perlu diteruskan untuk program sehari kerana ia mempunyai skop yang amat luas. Walaubagaimanapun harapan saya para pelajar mendapat sedikit ilmu dan informasi baru untuk menghadapi dunia sebenar.

Terima kasih diucapkan kepada pentadbiran dan penganjur program iaitu Fakulti Sukan dan Rekreasi, UiTM kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk membentangkan slot ini. Program 'Finishing School' sememangnyan saya yakin akan memberikan faedah penuh kepada semua peserta.Italic



Pada 10 April 2010 (sabtu), saya telah diundang untuk memberikan ceramah di Universiti Utara Malaysia bersempena dengan Seminar Kerjaya Peringkat Negeri Kedah. Ianya telah dianjurkan oleh TRADESY atau Tradewinds Facilitator.

Kumpulan sasarannya adalah pelajar tingkatan tiga beberapa buah sekolah di kawasan Kedah. Jumlah para peserta yang hadir adalah lebih 200 orang yang mana mereka disertai oleh beberapa guru pengiring.

Perjalanan saya bersama sahabat Mohd Afiq adalah pada hari Jumaat jam 8 malam. Keseluruhannya ia mengambil masa dalam 5 jam. Jemputan dari beberapa ahli Tradesy amat dihargai. malam itu kami menetap di Hotel UUM yang diberi nama EDC.

Pada hari program keesokan harinya, slot saya akan bermula pada jam 11 pagi kerana pada permulaan slot pagi ia diisi oleh ceramah motivasi oleh Timbalan Consellor UUM sendiri. Saya sendiri akan mengisi dua slot iaitu pada 11.00pagi-12-30 tengahari serta 2.30petang-5.00 petang.

Slot pertama lebih banyak terarah kepada Strategi Pembangunan Bakat, manakala slot kedua di isi dengan Kerjaya Impian. Sememangnya bila memperkatakan tentang kerjaya, ia tidak dapat lari dengan bakat seseorang. Di sinilah saya memperkenalkan kepada seluruh peserta dan para hadirin dengan konsep bakat.

Seperti biasa apabila diajukan pertanyaan, 'Apa bakat anda?' semua masih terpinga- pinga dan seolah-olah sebelum ini tidak dideahkan dengan perkara berkaitan dengan bakat. Inilah realiti yang perlu diambil berat oleh semua pihak. Setiap orang amat penting untuk mengetahui bakat semulajadi yang ada pada diri masing-masing. Ini kerana bakat dapat memberikan seseorang memacu masa hadapan seseorang lebih cemerlang.

Dalam masa 1 jam setengah pertama, saya dapat lihat semua yang hadir amat memberikan tumpuan sepenuhnya. Saya pastinya memberikan yang terbaik untuk semua orang menjadi cemerlang dan sedikit sebanyak tahu dan kenal dengan bakat yang mereka punyai.

Setiap orang pastinya ada impian. Saya gemar untuk semua peserta saya mempunyai impian yang besar. Pembentangan daripada adik Mohd Tarmizi dan adik Syuhada memperlihatkan mereka mempunyai impian sejak dahulu lagi dan juga mempunyai impian masa hadapan.

Di sebelah petang pula, untuk slot yang ke-dua, ia lebih terarah kepada kerjaya impian masing-masing. Saya yakin setiap orang mempunyai impian kerjaya apa yang mereka mahukan. Inilah yang dikatakan merancang matlamat. Namun, ianya haruslah berdasarkan bakat yang mereka ada. Dengan inilah akan menjadikan bakat semulajadi kepada bakat kompetitif, strategik dan mapan.

Ujian-ujian personaliti dan perancangan matlamat telah disediakan kepada semua yang hadir untuk mereka lebih jelas matlamat sebenar bakat mereka. Ini adalah untuk mereka merancang daripada sekarang apa sebenarnya yang mereka perlu lakukan untuk mencapai matlamat mereka. Keutamaan kepada ilmu, perancangan strategik dan kemahiran adalah amat penting.

Secara keseluruhannya respons yang baik daripada para peserta serta guru memberikan harapan untuk mereka merentas masa hadapan. Harapan utama saya agar mereka semua dapat mendapat manfaat serta kebaikan atas apa yang saya telah kongsikan. Saya cuma berikan yang terbaik bagi memandaikan setiap orang.

Semoga seluruhnya mendapat kejayaan sebenar dan jelas atas kesungguhan dan keyakinan yang dipamerkan. Kepada para pelajar semoga mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR 2010 dan terus menerus merentas masa hadapan.

Untuk seluruh Tradesy, jutaan terima kasih atas jemputan yang amat menarik ini. Anda semua pasti menjadi fasilitator yang terbilang. Berdasarkan apa yang saya tahu semua daripada mereka bakal menduduki peperiksaan akhir semester satu minggu lagi. Semoga berjaya kepada semua saya ucapkan.

ALL THE BEST!

Ceramah Di Sekolah Kebangsaan Semenyih 7 April 2010

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, April 12, 2010 0 comments

Pada 7 April 2010, atas jemputan Cikgu Rosli, saya telah memberikan ceramah berkaitan Sifat Hormat dan Tanggungjawab kepada Diri Sendiri, Ibu Bapa, Guru dan Sekolah.

Ianya bersempena program Jati Diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kumpulan pelajar yang telah bersama-sama dalam program itu terdiri daripada 342 orang pelajar darjah enam. Tujuan utama adalah agar mereka mendapat semangat untuk terus berjaya dalam setiap apa yang mereka lakukan terutamanya tahun yang penting bagi mereka menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Slot saya bermula pada jam 9.30 pagi sehinggalah jam 11.00 pagi. Masa yang terhad itu saya gunakan sebaik-baiknya untuk memberikan input yang terbaik kepada semua pelajar.

Seronok dapat berkongsi cara sebenar pelaksanaan sifat hormat dan tanggungjawab kepada semua pelajar. Apa yang dapat katakan mereka adalah generasi baru yang perlu mempunyai jati diri yang teguh sebahagiannya dalam sifat hormat dan tanggungjawab.

Pembentukan sifat sebegitu adalah amat penting untuk mereka lebih bersemangat dan membina kejayaan untuk segenap aspek bukan sekadar diri sendiri. Bagi generasi baru yang akan mencorakkan masa hadapan cemerlang mereka perlu sentiasa mengadaptasikan segala kebaikan dan nilai positif untuk terus maju ke hadapan (merentas masa hadapan).

"Hormat semuanya untuk yang lain menghormati kita."

Bagi saya program seumpama ini adalah begitu baik sekali. Saya pasti semua pelajar akan mendapat ilmu yang amat berguna untuk mereka lebih jelas dalam kehidupan. Harapan saya agar mereka terus berjaya dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan mendatang.

ALL THE BEST!

Motivasi Pagi TV3 | Keajaiban Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, April 03, 2010 0 comments
MOTIVASI PAGI TV3 BERSAMA AHMAD FEDTRI YAHAYA (Pengacara) & MOHD HELMI MD SUHAIMI (Perunding Motivasi)
Tajuk: Keajaiban Bakat
Lokasi: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)










Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR