Bersama Asrul dan Hadi, penulis mengendalikan kursus sebegini berdasarkan kepada pembahagian FITRAH iaitu Nilai Fitrah, Nilai Intelek, Nilai Tertib, Nilai Rohani, Nilai Amal dan yang terakhir Nilai Hati. Alhamdulillah segalanya telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Konsep kursus yang dijalankan adalah dengan persembahan interaktif ceramah, latihan dalam kumpulan (LDK) dan juga permainan 'games'.
Keseluruhannya mengatakan kursus ini adalah yang terbaik berbanding kursus yang mereka telah sertai. Antara komen para peserta yang dapat dicoretkan di sini adalah;
Sangat bagus kerana dapat banyak ilmu yang belum kita ketahui. Diharapkan supaya kursus seperti ini dapat diteruskan
-Nurul Nazirah bt Ali
SEMPURNA!
- Muhammad Yuhan Wahyudi
Slot ceramah diselangi dengan sesi muhasabah dan motivasi diri patut dikekalkan. Syabas kepada para penceramah kerana berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya
Amat baik. Dengan adanya kursus ini, saya dapat belajar banyak perkara yang berkaitan dengan kehidupan. Saya amat bersyukur kerana berpeluang mengikuti kursus ini.
Kursus ini telah mengubah (melembutkan) hati saya yang keras, dapat mengawal hati menjadi sabar dan dapat mengenali diri sendiri.Semoga segalanya mendapat intipati yang cemerlang berterusan daripada kursus ini.
SEMOGA SEMUANYA BERJAYA DAN CEMERLANG!
alhamdulillah...keep it up k...