Seminar Pembangunan Bakat
APA BAKAT SAYA?
"Bakat anda adalah masa hadapan anda"
Anjuran
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
--Falsafah Pendidikan Kebangsaan--
Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.
Tambahan pula ekonomi masa hadapan yang berteraskan ilmu pengetahuan sangat mementingkan kreativiti dan inovasi individu. Makanya faktor bakat individu adalah menjadi keutamaan strategik. Cabaran kita adalah untuk memastikan para pelajar yang keluar sistem pendidikan kita membangunkan bakat mereka secara maksimum.
Disamping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia baru-baru ini mengumumkan perlaksanaan Sistem Penaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang mana memberikan penekanan holistik terhadap perkembangan pendidikan pelajar. Di bawah sistem baru ini, pergantungan kepada pernilaian peperiksaan akan dikurangkan sambil fokus kepada pembangunan bakat pelajar yang bersepadu melalui penaksiran personaliti, penglibatan aktiviti dan sebagainya.
Sejajar dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia, Talent Development Consulting selaku peneraju latihan pembangunan bakat di Malaysia, mencadangkan untuk menganjurkan Seminar Pembangunan Bakat ‘APA BakAT SAYA? di sekolah-sekolah seluruh negara. Seminar ini bertujuan memberi kesedaran dan mendefinisikan semula maksud kepintaran. Ia cuba menanam keyakinan diri bahawa maksud kejayaan adalah luas dengan mendedahkan kisah-kisah tokoh individu yang telah menempah nama mereka pada hari ini. Daripada Chef Wan sehingga kepada Datuk Lat dan banyak lagi. Seminar ini cuba membawa pembaharuan bahawa setiap orang unik maka jalan penyelesaian yang berbeza diperlukan. Bukan sekadar menyatakan bahawa hanya terdapat satu cara sahaja untuk berjaya.
Program ini juga cuba mengupas dan mendedahkan bagaimana tokoh yang telah berjaya pada hari ini berjaya. Pelajar dibawa dengan melihat kejayaan daripada perspektif bakat.
Dengan menghadiri seminar ini, pelajar sebenarnya diperkenalkan dengan pelajaran paling besar dalam hidup mereka. Program ini memberi kesedaran mengenai rahsia diri yang berbeza antara individu lain baik adik beradik sendiri.
Kesannya, pelajar akan lebih berminat untuk ke sekolah. Mereka merasakan bahawa wujudnya perkara lain yang penting untuk dibangunkan dengan menghadiri ke sekolah selain berjaya dalam bidang akademik. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka bertenaga dan berkeyakinan terhadap diri sendiri. Selain daripada itu, seminar ini bertujuan membentuk perspektif baru bahawa kejayaan adalah subjektif mempunyai maksud yang luas.
OBJEKTIF
Objektif seminar ini adalah seperti berikut:
1 Menjadi platform bagi peserta mengenal pasti keistimewaan dan bakat peribadi.
2 Membangkitkan kesedaran diri peserta mengenai keunikan dan kehebatan peribadi.
3 Membangunkan potensi diri peserta dalam mengoptimumkan proses pembelajaran.
4 Membantu peserta mengenali personaliti diri dan personaliti belajar bagi memudahkan mereka mengadaptasi diri pada posisi pembangunan bakat yang tepat.
5 Membantu pihak berkepentingan sama ada ibu bapa ataupun sekolah dalam mengenal pasti keistimewaan, bakat diri dan personaliti belajar peserta bagi perancangan pelan pembangunan bakat yang lebih sistematik.
SASARAN
- Kumpulan sasaran terdiri daripada pelajar – pelajar sekolah rendah dan menengah
- Jumlah sasaran program adalah tidak kurang daripada 100 (bergantung kepada perbincangan).
TARIKH
1 Tarikh bergantung kepada pihak sekolah.
2 Hari cadangan adalah pada hujung minggu.
MASA*
Empat jam (Cadangan 8.30 pagi-12.30 tengahari)
* Bergantung kepada pihak sekolah
Untuk keterangan lanjut sila hubungi Helmi Suhaimi di talian +6012 3052143