Siapakah kita? Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri persoalan sebegini. Ada yang membayangkan diri menjadi seseorang yang lemah dan sering terpedaya. Ada juga yang membangga-banggakan diri sehingga tidak disenangi oleh ramai orang. Sebenarnya kita hanyalah insan biasa yang telah ditempatkan Allah di muka bumi. Kita semua dijadikan dari bahan dan sumber yang sama iaitu tanah. Tiada yang berbeza.
Telah dinyatakan di dalam Al-Quran yang mana kita adalah khalifah di muka bumi ini. membuat segala kebaikan dan menjaga alam amanah dari Allah. Jika ada yang tersalah ingat memperingatilah dan berpesan-pesanlah antara satu dengan yang lain.
Sebenarnya kita adalah insan yang ditempatkan di alam yang sementara. Dunia ini hanyalah tempat lakonan semata-mata. Tiada yang terlepas pandang oleh 'Direktor' yang sebenar. Dia sentiasa memperhatikan segala-galanya.
Yang terpenting adalah tunaikan segala tanggungjawab yang perlu dilakukan. Perlu diingat ianya bukan sekadar untuk diri kita sendiri semata-mata, malah kita perlu melakukan tanggungjawab kepada setiap apa yang ada.
“Setiap orang akan dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia menyukai pekerjaan yang dilakukan nya”
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Sumber manusia adalah aset yang penting dalam mana-mana organisasi. Kejayaan sesuatu organisasi itu banyak bergantung kepada sumbangan dan kerjasama yang diberikan oleh para pekerjanya. Untuk mewujudkan organisasi yang berdaya saing dan melangkah maju ke hadapan adalah bergantung kepada kesatuan dan kesungguhan penggerak utama iaitu para pekerja. Pekerja yang produktif dan effisien adalah amat penting dalam mencapai matlamat serta objektif utama sesuatu organisasi. Peningkatan prestasi kerja bergantung kepada keberkesanan sesuatu persekitaran dan suasana yang kondusif di tempat kerja serta rakan sekerja. Dengan itu jugalah, prestasi serta kualiti kerja akan terus meningkat.
Dalam sesuatu pekerjaan, ianya memerlukan kesinambungan setiap apa sahaja yang kita lakukan. Ia memberi kesan kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan sekerja dalam mempertingkatkan kualiti dalam perkhidmatan. Tidak dinafikan dalam organisasi, setiap individu memerlukan satu dengan yang lain serta bekerjasama dalam satu pasukan yang besar seumpama „keluarga‟ ke dua. Persoalannya, bagaimanakah perasaan kita dalam bekerja? Bagi mencapai tujuan ini, para pekerja mestilah dilatih dan dipupuk agar merasa seronok dalam pekerjaan masing-masing. Rasa seronok di tempat kerja adalah rahsia untuk menjadi pekerja yang cemerlang.
Elemen ini akan mewujudkan suasana kerja yang produktif dan sentiasa berprestasi tinggi adalah perlu wujudnya keseronokan dalam bekerja. Setiap individu diperlukan untuk sentiasa seronok dan secara otomatik akan menghasilkan suasana yang sentiasa ceria sama ada di dalam mahupun di luar pejabat. Percaya atau tidak
dengan keadaan yang seronok kadar penyelesaian kerja akan lebih cepat dan peningkatan prestasi serta kualiti kerja akan meningkat sekali ganda daripada biasa.
Program ini akan mengupas dan mendedahkan rahsia kecemerlangan melalui konsep Tranformasi Diri. Ia merupakan model menyeluruh untuk menjadi lebih cemerlang daripada biasa. Kecemerlangan yang menyeluruh melalui transformasi diri akan didedahkan untuk seseorang individu lebih jelas bagaimana perancangan strategik perlu didedahkan. Tranformasi membawa kepada konsep Talent (Bakat), Attitude (Sikap), Future (Masa Hadapan), Mindset (Pemikiran) dan juga Innovation (Mencipta) dalam diri individu. Ia akan diperluaskan dengan kemahiran-kemahiran yang terkini yang perlu dimiliki oleh setiap individu yang pastinya akan mempunyai nilai tambah dalam apa sahaja yang dilakukan.
Dengan menyertai program ini, setiap individu akan lebih terarah untuk merancana kecemerlangan diri dari segenap aspek kehidupan. Mereka akan melihat konsep kecemerlangan dari erti kata yang sebenar dan menyeluruh. Program ini memberi kesedaran untuk sentiasa bersedia bermatlamatkan kecemerlangan sebenar.
Kesannya, individu akan lebih yakin dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri sendiri dari segi perspektif sebenar. Mereka akan merasakan kecemerlangan perlu bermula hari ini dan tidak perlu dilengah-lengahkan lagi. Mereka akan menjadi lebih yakin dan percaya diri yang kuat. Akan wujudnya perasaan untuk sentiasa berdaya maju selangkah ke hadapan menonjolkan kecemerlangan diri demi kecemerlangan dalam kehidupan. Selain daripada itu, program ini akan memberikan perspektif baru bahawa kecemerlangan mempunyai maksud yang meluas.
BULI!
Adakah kita seorang pembuli? Adakah kita suka dibuli? Persoalan ini perlu kita jawab secara telus.
Buli seolah-olah menjadi 'adat' bagi setiap pelajar di sekolah-sekolah baik generasi dahulu mahupun kini. Persoalanya mengapakah ini terjadi? Mengapa ia berlaku dari semasa ke semasa. Agak menghairankan kerana perbuatan yang 'bermasalah' ini masih berlaku. Ia seolah-olah menjadi perkara wajib yang perlu dilakukan terutamanya pelajar senior kepada pelajar junior.
Pelajar senior mengambil kesempatan ke atas kenaifan para pelajar junior. Ia selalunya berlaku kepada pelajar yang tinggal di asrama. Namun tidak dinafikan ianya berlaku di sekolah harian. Bayangkan pelajar baru Tingkatan 1 yang masih lagi terpinga-pinga dengan suasana baru dikejutkan dengan sesuatu yang mengganggu emosi mereka. Secara otomatik mereka telah setkan satu masa nanti 'bila aku menjadi pelajar senior, pelajar junior akan menjadi mangsa kepada aku'.
Perlunya berlaku perubahan kepada senario ini. Jika tiada diberi inspirasi untuk menyelesaikan masalah ini ia akan menjadi barah yang mengundang padah kepada pembangunan generasi hari ini. Bukankah setiap generasi hari ini merupakan pemimpin masa hadapan?
Buli hanya memberi kesan buruk kepada emosi setiap pelajar. Bahkan di dalam Islam budaya ini langsung tiada. Perkara yang memberi keburukan dan memudaratkan perlu dielakkan.
Buli hanya akan menimbulkan rasa dendam dan tidak berpuas hati ke atas mangsanya. Kecederaan emosi ini akan parah kerana akan mengundang rasa benci dan membuat timbal balik kepada individu lain. Disebabkan itu ia seolah-olah diwarisi dari semasa ke semasa. Bahkan mereka sebagai mangsa akan timbul rasa rendah diri, kemurungan dan tidak mempunyai keyakinan diri. Malah ada yang sanggup mencederkan diri sendiri kerana berasa diri tidak berguna.
Inisiatif inspirasi perlu dibuat mudah-mudahan buli dapat dihentikan mulai hari ini. Landasan sebenar perlu diterangkan kepada para pelajar. Mungkin boleh diterapkan dengan jelas kepada para pelajar sifat Rasulullah dan tuntutan Islam untuk sentiasa membuat perkara yang terarah kepada berkebaikan.
Anda pernah sampai ke KidZania ? Atau anda pernah dengar nama Kidzania? Kidzania Malaysia telah dibuka di Curve NX, Mutiara Damansara pada 28 Feb 2012. Tunggu apa lagi...jom berkenalan dengan Kidzania.
Apa itu KidZania?
KidZania diasaskan di Mexico City pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez, orang yang mempunyai impian untuk menghasilkan satu tempat di mana-mana kanak-kanak dapat belajar atau merasai pengalaman hidup sebenar.
Di KidZania, kanak-kanak seperti berada satu dunia lain dimana mereka boleh menjadi orang dewasa. Mereka akan belajar cara mendapatkan duit dengan bekerja,cara membelanjakan duit,menyimpan duit dan menimba pengalaman bekerja dalam bidang yang mereka suka.
Kanak-kanak dalam KidZania boleh memilih pekerjaan seperti bomba,doktor gigi,chef, pekerja hospital dan macam-macam lagi.
Teater Kidzania
KidZania dibuka dari 10 pagi - 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat ,harga tiket masuk kidzania adalah sama.Hari minggu,cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sessi iaitu 10 pagi - 3 petang dan 4 petang-9 malam.

Harga Tiket Masuk KidZania
Kanak-kanak 3 tahun ke bawah – RM35 (MyKad & Non-MyKad)
Kanak-kanak (4-14 years) – RM55 (MyKad) / RM75 (Non-MyKad)
Dewasa – RM35 (MyKad) / RM55 (Non-MyKad)
Warga Emas - RM30 (MyKad & Non-MyKad)
"The saddest thing in life is wasted talent, and the choices that you make will shape your life forever." -The Bronx Tal
Semakin hari kita semakin dewasa dan perlu menetapkan halatuju untuk terus berjaya dan memberi nilai dalam hidup. Kejayaan itu dapat menjadi realiti dengan berteraskan kepada sejauh mana kita meraikan bakat. Juga boleh dikatakan sejauh mana kita menggunakan bakat yang sedia ada.
Sebelum itu mari kita kenali apa itu bakat. Menggunakan definisi saya sendiri, bakat adalah kebolehan semulajadi yang dimiliki oleh setiap individu yang perlu dikenalpasti dan dibangunkan untuk membangunkan potensi masa hadapan.
Kita imbas kembali perkara yang paling asas untuk mengetahui adakah kita lakukan sesuatu perkara itu berdasarkan bakat kita atau tidak.
- Apa yang kita lakukan itu kita benar-benar minat
- Apa yang kita lakukan itu kita rasa seronok
- Apa yang kita lakukan itu kita dapat rasa mudah
- Apa yang kita lakukan berdasarkan kepada menyeluruh ketiga-tiga perkara di atas
Mengapa Perlu Meraikan Bakat?
Bakat menjernihkan potensi. Sepertimana definisi bakat yang telah dinyatakan, bakat yang dikenalpasti dan dibangunkan akan memberi impak yang luarbiasa kepada potensi setiap individu.
Ia juga akan memberi jenama diri kepada diri kita sendiri. Sebagai contoh Chef Wan menjadi seperti hari ini atas kerana beliau telah meraikan bakat. Pernahkah kita tahu yang mana Chef Wan mula meraikan bakat sebenarnya apabila beliau telah dewasa. Beliau merupakan pemegang ijazah dalam bidang akaun. Sepatutnya beliau menjadi akauntan tetapi mengapa hari ini beliau dikenali sebagai selebriti chef. Di mana-mana sahaja jika sebut perkataan chef akan disebut nama Chef Wan. Begitu juga bila disebut pakar motivasi, pasti nama Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah disebut.
Bakat membina jenama dan nilai sebenar.
Cara Mudah Meraikan Bakat
Mengapa perlu runsing? Meraikan bakat bukannya sesuatu yang memeningkan kepala. Ianya adalah sesuatu yang amat mudah sekali. Caranya dengan buat sesuatu itu dengan secara berterusan. Di sini dikongsikan beberapa cara untuk meraikan bakat.
- Kenalpasti dan memahami kekuatan dan kelemahan diri. Gunakan kekuatan sepenuhnya namun jangan sesekali mahu ubah kelemahan kepada kekuatan (ia tidak akan terjadi). Uruskan sahaja kelemahan.
- Senaraikan minat, hobi, pekerjaan yang kita suka serta impian. Ambil masa dan jangan lupa lakukannya dengan rasa seronok!
- Lakukan resolusi kepada perkara nombor 2. Dapatkan momentum!
- Cari dan dapatkan mentor. Belajar sesuatu dan dapatkan inspirasi daripada mentor.
- Sertai kursus, bengkel serta program-program yang dapat meningkatkan skil serta kekuatan diri. Dapatkan idea yang membolehkan kepada pembinaan perkara yang kreatif dan inovatif.
- Hargai diri sendiri.
- Tetapkan matlamat dan beri penghargaan kepada setiap kejayaan.
RAIKAN BAKAT...









