INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

KURSUS PENGURUSAN BAKAT DAN PELAN PENGGANTIAN

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, February 06, 2013 0 comments



PENGURUSAN BAKAT DAN PELAN PENGGANTIAN


PENGENALAN

Pengurusan bakat dan pelan penggantian amatlah penting bagi sesebuah organisasi bagi penarikan bakat terbaik serta pengenalpastian, pembangunan dan pengekalan bakat terbaik.

Pengurusan bakat dan pelan penggantian amatlah penting bagi sesebuah organisasi bagi penarikan bakat terbaik serta pengenalpastian, pembangunan dan pengekalan bakat terbaik.

Pelan penggantian " bermaksud satu perancangan menggunakan kaedah yang sistematik dalam mengenalpasti, menilai, dan membangunkan keupayaan pegawai bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang" (JPA).

Kedua-dua program ini melibatkan proses pemilihan, penilaian dan pembangunan individu yang sistematik dan bersepadu bagi menyediakan mereka memegang jawatan dan tanggungjawab yang lebih tinggi.

Penekanan diberikan kepada program meningkatkan kompetensi kepimpinan dan pemikiran strategik bagi menghadapi cabaran masa depan.

Ia melibatkan proses untuk membangunkan bakat di dalam sesebuah organisasi bagi memenuhi keperluan anggota sekarang dan masa hadapan.

Program ini akan membantu para peserta membangunkan,menyenggara dan membuat penilaian semula ke atas pengurusan bakat dan pelan penggantian. Peserta akan diberikan kefahaman mengenai pengurusan bakat dan pelan penggantian secara teori dan praktikal dan seterusnya dapat membantu mereka mewujudkan dan melaksanakan pengurusan bakat dan pelan penggantian di organisasi masing -masing.

OBJEKTIF

o Mengenalpasti konsep dan kepentingan pengurusan bakat, kaedah-kaedah pengurusan bakat serta kekangan dalam Pengurusan Bakat
o Mengimplementasikan pengurusan bakat dan pelan penggantian di peringkat organisasi hingga berjaya
o Para peserta akan mengenalpasti jawatan-jawatan kritikal
o Memahami kepentingan Succession Planning
o Memahami pentingnya pelan penggantian untuk kejayaan organisasi.
o Membangunkan kepakaran dengan elemen utama dalam pelan penggantian
o Merangka dan membincangkan aspek pelan penggantian
o Membincangkan elemen pelan penggantian dalam konteks peranan, tanggungjawab, fungsi, skop dan penilaian.

ISI KANDUNGAN

Pengenalan Bakat
Mendefinisikan Pengurusan Bakat
Jenis Bakat
Kemahiran dan Pengetahuan

Mengurus Modal Insan Berkualiti Melalui Pengurusan Bakat
-Memahami Pengurusan Bakat
Untuk menarik dan mengekal bakat yang diingini melalu iurusan perlantikan yang sistematik, penempatan bersesuaian dengan kompetensi dan pengurusaan kerjaya terancang

Membangunkan Kompetensi Tenaga Kerja
Membangun kemahiran, ilmu dan etika kerja yang diperlukan melalui program-program latihan yang sistematik dan komprehensif berasaskaan keperluan. Mendalami model kitaran Pengurusan Bakat

Mengurus Prestasi, Pengiktirafan dan Ganjaran
Memotivasikan prestasi tinggi melalui pewujudan ekspektasi terhadap prestasi, penilaian keberhasilan, penetapan akauntabiliti dan penyediaan ganjaran dan pengiktirafan berdasarkan prestasi

Membentuk Budaya Kerja Berprestasi Tinggi
Membangun budaya kerja berorientasikan pelanggan, berfokuskan pencapaian dan keberhasilan dengan penerapan etika dan nilai murni serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif

Merangka Pelan Strategik
Meningkatkan kapasiti dan keupayaan yang dinamik melalui penambahbaikan struktur organisasi, skim perkhidmatan, sistem dan proses kerja bagi menangani cabaran semasa

Langkah Bagi Keberkesanan Pelan Penggantian
- Pengurusan Penilaian, Perancangan & Pembangunan
Secara umumnya, pelan penggantian merujuk kepada proses untuk mengenalpasti dan membangunkan sumber manusia, khususnya dalam kalangan kakitangan sesebuah organisasi bagi mengisi jawatan-jawatan utama dan kritikal organisasi tersebut.

Pelan penggantian memfokus kepada segolongan kakitangan yang berpotensi untuk digilap bakat dan keupayaannya untuk mencapai visi sesebuah organisasi. Pelan penggantian memberi manfaat kepada individu yang berpotensi dari segi pengembangan kerjaya mereka.


PENUTUP

Di bawah program Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian ini, ia adalah jelas untuk memberi pemahaman cara sebenar menyediakan kumpulan pelapis dari kalangan warga kerja dalaman bagi memberi peluang kepada mereka untuk membina kerjaya dan meneruskan kesinambungan kecemerlangan pengurusan sesuatu organisasi.

Untuk tujuan tersebut, pemilihan dan pengambilan tenaga kerja baru lebih mengutamakan calon-calon yang mempamerkan kualiti kepimpinan masa depan, mempunyai daya pemikiran yang inovatif dan kompetitif, memiliki sikap toleransi dan mengutamakan pelanggan serta sanggup bertugas di mana-mana mengikut keperluan

Mudah-mudahan dengan berlangsungnya Kursus Pengurusan Bakat dan Pelan Penggantian ini dapat mencapai objektif dan matlamat sebenar yang telah dimuklumkan di bahagian objektif kursus. Ini sejurusnya dapat mencapai matlamat kerajaan untuk mengenalpasti bakat individu sehingga menjadi mapan seterusnya menerapkan keberhasilan dalam gerak kerja yang produktif dan efisien.

Nyatakan Apa Yang Kita Mahukan!

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, February 06, 2013 0 comments
Kita kadangkala mahukan sesuatu yang di luar kemampuan kita buat masa ini. Bukan tidak boleh tetapi kita sendiri rasa diri kita tidak boleh dan tidak mampu. 

"Sudah asyik aku cuba, tapi tak menjadi-jadi. Di mana salahnya ye..."

Tidak perlu salahkan diri sendiri dan usah cari mana salahnya. Mulakan dengan bismillah dan cuba lagi, pasti menjadi..

Manifestasi Positif

Daripada berkata:

“Saya tidak boleh...” katakan “Saya boleh…” walaupun kita sedang berusaha keras.

“Saya tidak tahu bagaimana…” katakan "Saya akan belajar bagaimana….”walaupun kita tidak tahu jawapan buat masa ini – ini adalah kerana kita akan temukan jawapannya.

“Saya berharap saya dapat…” katakan “Saya pasti akan dapat….” untuk memotivasikan diri sendiri mencapai matlamat.

“Saya suka, tetapi….” katakan
“Saya akan dapatkan dengan….” dan fikirkan perkara yang dapat membantu kamu memperolehinya.


Magnet Kemahuan

Setiap apa yang kita mahukan jika bertepatan dengan kata-kata positif ia akan terarah kepada magnet kemahuan yang lebih kuat. Ia akan 'tertarik' atas apa yang kita ucapkan.

Jangan sesekali tidak yakin dengan diri sendiri dalam apa jua perkara. Serta, jangan dedahkan kelemahan diri yang sepatutnya kita sendiri yang tahunya. Buktikan yang kita mampu realitikan apa yang kita mahukan.

Fokuskan kepada kekuatan kita dan jangan sesekali anggap membaiki kelemahan boleh menjadi kekuatan. Kelemahan boleh dibaiki tetapi sampai bila-bila tidak akan menjadi hebat. Impak yang hebat adalah dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada pada kita. 


Kita Masih Hidup

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 05, 2013 0 comments



Alhamdulillah,

Syukur. Kita masih lagi dapat menghirup udara dan menikmati hidup di dunia ini. Masih banyak lagi kebaikan yang boleh kita lakukan. 

Senang atau susah merupakan lumrah hidup. Sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat dan jika ujian melanda dapatkah kita bersabar. Sikap perlu sentiasa positif dan memberi makna. Hidup tidak selalunya indah. 

Doa anak yang soleh merupakan perkara yang amat penting sekali. Adakah kita sebagai anak mendoakan yang terbaik kepada kedua ibu bapa kita?

RM1 ditangan sudahkah kita menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan? Dapatlah kiranya menghilangkan lapar dahaga kepada yang lapar dahaga. Dengan RM1 disedekahkan kepada pembinaan masjid tetap kekal selagi ibadah dan solat ditunaikan di situ. 

Cukupkah ilmu yang telah kita amalkan dan kebaikan yang kita sebarkan. Ia bekalan dan legasi yang amat utuh sekali. Apa agaknya yang kita fikir telah tinggalkan dalam hidup?

Usah berasakan hidup ini tidak adil. Segala yang terjadi sudah pasti ada hikmahnya yang tersendiri. Hikmah itu tidak datang dengan sendiri, kita perlu carinya. Senyum dan cerialah selalu.

Penuhkan ilmu di dada. Carilah kelebihan-kelebihan diri yang dapat membantu membangunkan agama, bangsa dan diri sendiri. Bukankah digalakkan untuk kita menuntut ilmu sejak lahir sehinggalah kita di akhir hayat. 

KITA MASIH HIDUP...



Ada Sebarang Cerita?

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 05, 2013 0 comments


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kita semua pasti mempunyai cerita masing-masing. Mungkin yang lucu mahupun sedih. Semuanya terletak kepada pengalaman diri kita sendiri.

Cerita yang baik dijadikan teladan. Cerita yang kurang baik dijadikan pengajaran. Kita hidup di dunia ini setiap masa menjalani proses belajar sejak dari sebelum lahir hinggalah akhir hayat.

Kepada sahabat-sahabat pembaca yang mempunyai sebarang cerita kejayaan bahkan lebih baik cerita kegagalan boleh dituliskan dan dihantar ke emel helmisuhaimi@gmail.com dengan menggunakan topik CERITA.

Apa sahaja cerita.

Mungkin cerita tuan memberikan kesan positif kepada orang lain. Bukankah ianya akan memberikan sedikit ganjaran sebagai bekalan kita nanti.

Terima kasih.



Sistem Pendidikan Hari Ini

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 05, 2013 0 comments

Setiap pelajar mempunyai cara belajar mereka sendiri.

Mengapa tidak dikenalpasti cara belajar setiap pelajar untuk meraikan kelebihan setiap daripada mereka?

Jika cara belajar mereka dikenalpasti, sudah pasti impak lebih jelas kita boleh perhatikan.

Mari kita sama-sama fikirkan...

Bersyukurlah

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, February 05, 2013 0 comments


"Syukurilah atas nikmat kehidupan kita. Nikmat yang pelbagai kurniaan Allah. Kesyukuran ini adalah berdasarkan rasa cinta dan kasih kepadaNya."

Pernahkan kita syukuri apa diberi dan juga perkara yang kita tidak mahu tetapi terjadi. Katakanlah Alhamdulillah. Nescaya bahagia...

Lafaz Syukur


Bukannya sukar untuk melafazkan syukur. Hanya lafazkan Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.

Allah pasti akan tambah nikmat hidup sekiranya kita bersyukur.


Pamerkan Kesyukuran


Apa cara untuk kita buktikan syukur? 

Sekadar berkata tetapi tiada bukti dari gaya dan sikap ia menjadi tidak lengkap. 

Lakukan yang terbaik dan tunaikan ibadah secara berterusan. Teruskan buat sesuatu dengan ikhlas dan memberi manfaat bukan sekadar kepada diri sendiri malah kepada orang lain.

Teruskan lakukan kebaikan dan syukur dengan segala nikmat yang diberikan oleh Allah kepada diri kita. Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:


  1. Sihat sebelum sakit
  2. Kaya sebelum miskin
  3. Lapang sebelum sempit
  4. Muda sebelum tua
  5. Hidup sebelum mati



Syukur Dalam Al-Quran

Allah telah rakamkan hal ini dalam Al-Quran berkaitan kepada syukur. Antaranya:



"dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."  Surah An-Nahl 18



 "Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)".  Surah Al-Kahfi 109


“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)


“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Jangan Berputus Asa- Kisah Jutawan Muda Thailand

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, January 31, 2013 0 comments
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ini ada satu kisah menarik yang boleh dikongsikan bersama, kisah di mana seorang jutawan muda di Thailand yang pernah gagal dalam pelajarannya tetapi dengan usaha tanpa jemu akhirnya ia berjaya menjadi seorang jutawan muda pada usia 26 tahun..



Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri. Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Baht dan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht. Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak. Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebut membatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.
Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.

Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.



Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.

Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand. 


Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR