INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

FILEM DAN DRAMA MELAYU?

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, April 30, 2014 0 comments
Mohon pengarah dan penerbit filem dan drama Melayu cukup-cukup sudah dengan filem dan drama berunsurkan cinta 'melampau', gangster malahan seram.

Back to basic please!

Cukuplah merasuk pemikiran orang Melayu dengan agenda cinta mahupun seram. Binalah filem berteraskan kepada membangunkan pemikiran bangsa. Filem mudah difahami dan 'kena' dengan rasa dalam hati.

Luahan hati ini mahu melihat bangsa kita hasilkanlah karya yang memandaikan bangsa. Lihat sahaja filem The Journey. Kisahnya mudah difahami malah yang menarik semua pelakon adalah orang biasa bukan pelakon popular. Yang penting jalan cerita yang 'cantik'.

Saya bukan penghasil filem mahupun drama, tetapi harapan melihat karya yang sentiasa memandaikan bukan 'merasuk'.

BAKAT NATURALIST

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, April 30, 2014 0 comments
Antara bakat yang masih kurang diraikan dan potensinya amat besar sekali adalah bakat naturalis. Buktinya import Malaysia kepada produk pertanian dan penternakan amat tinggi sekali.

Sumber ekonomi yang semakin jauh dipinggirkan. Kena dengan resepi, teknik dan jaringan yang betul akan merancakkan lagi pembangunan bakat naturalis. Bahkan pendapatannya boleh mencecah lima (5) angka! Lebih mahal daripada bekerja di pejabat.

Namun, generasi Y kurang menceburinya dan mungkin generasi Z semakin tidak meraikan bakat naturalis. Tiba masa untuk kita meraikan dengan sepenuhnya bermula kepada Gen Y dan Z.

Sehingga kini pertanian merupakan bidang yang semakin tidak popular bagi generasi Y dan Z.

"Tanam sayur? Tak mahulah."

 "Saya tak tahan panas."

Sesuatu perlu dilakukan dengan serius!

Realitinya, pertanian dan penternakan menjadi industri yang menarik untuk diceburi.

USAHAWAN TANI : PELAJAR SEKOLAH DAN UNIVERSITI

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 29, 2014 0 comments

Sekolah dan juga universiti pasti mempunyai iltizam untuk menggalakkan para pelajar menjadi seorang usahawan. Kerana itu ditubuhkan kelab-kelab dan persatuan usahawan di setiap sekolah dan universiti.

Namun terlalu kurang menggalakkan setiap pelajar menjadi usahawan tani. Pendedahan potensi pertanian terlalu sedikit malah ada yang 'zero'. Kerana itu jugalah pelajar mengganggap kerja bertani sebagai kerja yang berpendapatan rendah.

Sampai bila kita perlu import produk pertanian negara luar sedangkan kapisiti dan tanah kita ada. Dan juga tidakkah terlalu banyak tanah yang tidak diusahakan di sekitar kita?

Menjadi inspirasi untuk memberikan pendedahan dan inspirasi kepada setiap pelajar sekolah dan menengah berkaitan industri tani. InsyaAllah mereka akan lebih nampak jelas keseronokannya dan potensinya. Bahkan kreativiti dan inovasi dan pertanian kita boleh bentuk dari pelbagai aspek.

Saya akan membentuk pasukan untuk kita lebih memberi nafas baru yang kreatif dan inovatif kepada industri tani kita.

Ada sahabat yang berminat, jom!

PASUKAN NATURALIST

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 29, 2014 0 comments

Pertanian merupakan sumber ekonomi yang paling penting untuk sesebuah negara termasuk Malaysia. Ia merupakan satu keperluan utama.

Perihal yang perlu diambil berat adalah sumber tani masih tidak cukup. Kita terpaksa import hasil tani daripada negara-negara lain seperti Thailand. Walhal negara kita masih teramat banyak tanah yang tidak diusahakan serta banyak yang terbiar.

Mengapa ini terjadi?

Adakah rakyat kita malas? Untuk mengusahakan sesuatu melalui titik peluh dianggap berat, tidak menguntungkan dan tiada kelas?

Paradigma ini perlu diperbetulkan. Mentaliti anak-anak muda perlu diperjelaskan dengan membuktikan pertanian dan juga penternakan ada kelas dan potensinya sememangnya besar.

Oleh itu pasukan naturalist perlu dibentuk bukan sekadar untuk masa hadapan negara bahkan untuk membentuk 'profesional farmers'. Ini akan memberi impak kepada sumber makanan negara. Nilainya amat jelas untuk pasukan menyediakan bekalan keperluan setiap rakyat.

Bukankah pertanian merupakan kerjaya?

NOTA: JOM TANAM SAYUR ORGANIK!

INNOVATION IN AGRICULTURE

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, April 29, 2014 0 comments
We need innovation in agricultural industry.


Farmers today not only a farmer. They should be cultural change-maker, social innovator, talent and nature celebrator/ inspirator.

Overall, gen Y should make a great contribution to this special industry. When other industries have already 'full', agriculture is always open.

It's all about what you should eat (food industry).

NOTE: I choose organic!

Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR