INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

TALENT DEVELOPMENT CONSULTING Profile

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, October 25, 2010 0 comments

TALENT MOVEMENT

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, October 25, 2010 0 comments






Gambar yang mempunyai maksud serta makna yang amat meluas sekali. 

Kami meraikan bakat setiap individu.

p/s: Bagi yang mempunyai gambar yang menarik boleh kirimkan kepada kami untuk kami tambah nilai. Sasaran kami adalah 1000 gambar yang mana akan kami beri makna tersendiri.


PROGRAM CUTI SEKOLAH | KEM SEKOLAH BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, October 16, 2010 5 comments

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Talent Development Consulting akan menganjurkan program KEM SEKOLAH BAKAT di bawah jenama SEKOLAH BAKAT diadakan sempena setiap cuti persekolahan. Ia dianjurkan khas untuk untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia.

Kem ini akan dianjurkan pada 26-28 November 2010 (Jumaat-Ahad) bertempat di Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat. Yuran penyertaan hanya RM400 sahaja. Ia meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan bas, buku, aktiviti-aktiviti menarik, hadiah-hadiah serta macam-macam lagi keistimewaan.

Pendaftaran awal, diskaun akan diberikan. Juga diskaun untuk bawa adik beradik atau kawan untuk turutserta kem.

Untuk mendaftar mohon hubungi 03-41431075 atau 012-3052143.

INFO: Kem ini merupakan kem pertama kalinya di Malaysia atas inisiatif kami untuk meraikan bakat seluruh rakyat Malaysia terutamanya para pelajar. Kami percaya setiap pelajar pasti akan berjaya dengan mengenalpasti bakat masing-masing. Ia sejurusnya akan mencipta potensi masa hadapan yang lebih cemerlang.

PROGRAM CUTI SEKOLAH | KEM SEKOLAH INOVASI

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, October 16, 2010 0 comments

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Talent Development Consulting julung kalinya akan menganjurkan KEM SEKOLAH INOVASI untuk seluruh pelajar sekolah rendah dan menengah yang berminat untuk turut serta bermula umur 9-17 tahun.

Kem ini akan diadakan pada 10-12 Disember 2010 (Jumaat-Ahad) di Kem Nur Laman Bestari. Yuran penyertaan hanya RM400 sahaja meliputi penginapan, makan minum, pengangkutan (bas), aktiviti-aktiviti, buku, hadiah-hadiah serta pelbagai keistimewaan lagi.

Untuk mendaftar mohon hubungi 03-41431075 atau 012-3052143.

Info: Pendaftaran awal, diskaun akan diberikan. Juga diskaun untuk bawa adik beradik atau kawan untuk turutserta kem.

Koleksi Buku TDC

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, October 06, 2010 0 comments


Berikut adalah merupakan antara koleksi buku rujukan TALENT DEVELOPMENT CONSULTING (TDC) yang sedia ada di pasaran serta yang akan terbit. Semua koleksi buku ini adalah ditulis oleh semua jurulatih TDC sendiri dan semuanya adalah terbitan PTS

Antara yang telah terbit dan sedia ada di pasaran adalah:


  1. Tip Menjadi Individu Menarik
  2. Membina Karisma
  3. Menjadi Remaja Berkarisma
  4. Kuasa Karisma
  5. Anggun di Luar Serlah Pesona Dari Dalam
  6. Anda Berkarisma Apabila..?
  7. Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman?
  8. Kunci Menjadi Individu Berkreadibiliti
  9. Apa Bakat Saya?
  10. Sekolah Bakat
  11. Saya Remaja Inovatif
Buku-buku lain yang bakal terbit adalah:

  1. Revolusi Bakat
  2. Sekolah Bakat: Selamat Datang ke Sekolah Masa Hadapan
  3. Chemistry of Talent
  4. Karyawan Abad ke-21
  5. CEO Bertopi Merah
  6. Eksplorasi Bakat Kepimpinan
  7. Kalaulah Kita Tahu Bakat Anak-Anak Kita
  8. Guru Sebagai Pembangun Bakat
  9. Sekolah Inovasi
  10. Dunia Inovasi
  11. dan lain-lain lagi...
Untuk pengetahuan, semua buku-buku ini akan menjadi rujukan modul utama program-program 

yang akan dianjurkan serta dikendalikan oleh TDC.

Untuk makluman lanjut boleh hubungi kami.


Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR