INSPIRASI BAKAT

Posted by Helmi Suhaimi On Mac 2013


With that breadth of knowledge, we see things that matter most. Sparks that ignite opportunity. Ideas that drive practical innovation. Insights that can transform your world. Our mission is always to inspire people for their success. Our visions are only actionable if we share them with everyone. If we keep them to ourselves, no one will know what we believe.

PURPOSE: To Inspire, Innovate, Ignite Talent

MOTIVASI PAGI TV3

Posted by Helmi Suhaimi On 13 - 01 - 2010

Saksikan Helmi Suhaimi di siaran Motivasi Pagi TV3. Akan disiarkan pada bulan Februari 2010. Tiga tajuk utama akan dibincangkan bersama Tuan Ahmad Fedtri Yahya | 1.Empayar Kreativiti 2.Menjangkau Minda Inovasi 3.Keajaiban Bakat. Jangan lupa! Pelbagai input yang menarik akan diperbincangkan.

Seminar Pembangunan Bakat

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Tempahan dibuka untuk Seminar Pembangunan Bakat di sekolah anda. Dalam usaha membangunkan generasi masa hadapan yang cemerlang, penekanan kepada potensi individu pelajar memainkan peranan penting. Bakat dan kelebihan semula jadi pelajar, jika dikenal pasti dan bangunkan secara sedar sistematik , bakal menjadi sumber kejayaan jangka masa panjang pelajar. Apabila pelajar mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri, maka proses pendidikan akan lebih bermakna dan mereka tidak akan mempersiakan masa hadapan mereka dengan perkara yang tidak baik dan memudaratkan.

MOTIVASI SALAM FM

Posted by Helmi Suhaimi On 13-01-2010

Setiap hari Isnin dan Rabu jam 7.20pagi, dengarkan sisipan motivasi pagi daripada Helmi Suhaimi di Radio SALAM FM kelolaan JAKIM. Salah satu radio baru di Malaysia yang diyakini akan meningkat naik dari hari ke hari. Pelbagai input yang InsyaAllah berguna untuk menambahbaikkan diri kita semua. Frekuensi di kawasan Lembah Klang 91.10 FM atau 102.5 FM. Jangan lupa untuk dengarkannya. Bagi kawasan yang lain daripada Lembah Klang anda boleh hubungi saya. Terima Kasih.

Tips Cinta

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Cinta kadangkala membahagiakan, kadangkala pula merosakkan. Digalakkan kita untuk sentiasa berusaha mencapai cinta yang pasti membahagiakan. Cinta yang membahagiakan seseorang insan pastinya akan menuju ke arah matlamat terbaik. Cinta yang bagaimanakah pasti akan membahagiakan dunia akhirat? Tips-tips terbaik tersedia cuma ianya perlu diimpentasikan. Sesungguhnya cinta itu suci.

Books Passion

Posted by Helmi Suhaimi On 2009

Buku menjadi salah satu medium untuk kita mendapatkan informasi dan juga ilmu. Pelbagai jebis buku boleh didapati mengikut topik dan perkara apa yang kita mahukan. Bahkan dengan klik sahaja pun kita sudah boleh membeli dan mendapatkan buku. Tiada alasan untuk tidak membaca buku. Bagi yang berbakat dalam penulisan atau sesiapa yang ingin menceburi bidang penulisan, mulalah daripada sekarang. Hasilkan karya anda!

Doa Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 0 comments
Doa Pernikahan

Ya Allah,
Jadikanlah pernikahan kami pernikahan yang barakah
Pembuka pintu rahmat bagi kami, keluarga kami dan umat
Penyempurna keislaman kami
Tungku tempat kami menempuh sabar dan syukur
Sekolah tempat kami belajar menjadi dewasa
Jalan kami menggapai cinta-Mu

Ya Allah,
Ampuni dosa-dosa kami
Maafkan segala khilaf kami
Luruskan niat kami
Sucikan hati kami
Kuatkan tekad kami
Bimbing kami
Lindungi kami dari segala tipu daya syaitan
Agar kami dapat meniti jalan baru ini, demi menggapai redha-Mu

Ya Allah,
Anugerahkanlah kepada kami pasangan hidup kami
Dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikan kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa

Amiiin.

Erti Cinta~Pernikahan

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 29, 2008 1 comments

Erti Cinta~ Pernikahan

"Aku terima nikahnya.....dengan mas kahwin....tunai"

Apabila mengatakan tentang CINTA- lelaki dan perempuan- pasti tidak boleh dipisahkan dengan PERNIKAHAN. Semestinya ia berkaitan antara satu dengan yang lain. CINTA tanpa impian pernikahan adalah sesuatu yang tidak relevan dan niat yang salah. Tetapi haruslah diingat rasa CINTA sebelum perkahwinan bukanlah matlamat yang sebenar. Biarlah CINTA hadir dengan sendirinya InsyaAllah selepas diijabkabulkan.

Rukun Nikah

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Saksi
  4. Wali
  5. Akad-Ijabkabul

Apa jua perasaan sebelum diijabkabulkan tidak menjamin keharmonian dan kebahagiaan di dalam rumahtangga. Percaya atau tidak ramai yang menitikberatkan perasaan CINTA hadir sebelum pernikahan berlangsung. "Saya tidak cintakan awak, macam mana kita nak kahwin dan hidup bersama?" Sudah pasti kata-kata ini akan dilafazkan oleh seseorang yang terlalu menitikberatkan rasa CINTA. "Saya tak mahu roh saya menderita dan awak juga pasti akan menderita". Menderita atau tidak bukan kerana rasa CINTA.

Memang tidak dinafikan setiap makhluk yang bernyawa pasti mempunyai rasa CINTA.Jika diselidik dengan sebenar-benarnya, kita akan mendapati rasa CINTA bukan sahaja dikurniakan oleh ALLAH tetapi Syaitan juga boleh menerapkan rasa CINTA di dalam hati kita. Pernahkah kita mendengar ayat "CINTA pertama tidak boleh dilupakan". Saya yakin jawapannya pasti "YA". Ada pernikahan dan rumahtangga yang hancur dan musnah kerana orang ketiga yang biasanya "kekasih lama dan yang pertama". Pada saya sifat begini haruslah dielakkan sepenuhnya kerana mengapa "Yang pertama" masih dijadikan jalinan diingatan padahal telah pun menjalinkan hubungan dengan "si dia" yang setia.

Kita melihat ramai yang berCINTA sebelum pernikahan tetapi ia semestinya tidak menjamin kebahagiaan. Pernikahan itu biarlah kerana ISLAM tidak semestinya kerana CINTA. InsyaAllah kerana ISLAM terutama pasti rasa CINTA akan timbul. Telahpun saya rungkaikan cara-cara untuk rumahtangga bahagia sebelum ini. jadi amatilah semua dah fahamilah maksud yang tersurat dan tersirat dengan jelas. InsyaAllah pernikahan dengan ijab yang dilafazkan pasti membahagiakan ke akhir hayat di dunia dan akhirat.

Perkara yang terutama dilakukan sebelum membuat keputusan melangsungkan dan menjalankan pernikahan adalah ISTIKHARAH yang mana memohon pertolongan dan keputusan kepada ALLAH. Tetapi harus diingat bahawa istikharah yang dilakukan bukanlah setelah menjalinkan hubungan selama 4 tahun. Mulakanlah dengan jelas dan secara tekun sebelum membuat pilihan. Jika tidak pastilah masa dan wang dibazirkan. Begitu juga hati dan perasaan antara dua belah pihak pasti ada yang kecewa.

Setelah tiba masanya pastilah ijab dilafazkan dengan sepenuh hati. Terapkanlah rasa keikhlasan dan kejujuran kerana ALLAH. InsyaAllah berbahagia. Di permulaan kata saya telah mempamerkan kata-kata dan masa yang ditunggu-tunggu oleh setiap insan terutamanya pihak lelaki. Apabila selesai dilafazkan pastilah bermulanya era baru di dalam kehidupan sebagai pasangan suami dan isteri. terikatlah dua jalinan kekeluargaan. Amanah juga mesti dijalankan sepenuhnya dalam pelayaran bahtera. Tanggungjawab bertambah dan kedua-dua mestilah bantu membantu dan bekerjasama sentiasa. Perselisihan faham dan petengkaran mestilah di selesaikan dengan sebaik-baiknya.

Syariah ALLAH mestilah sentiasa dipelihara dan setiasa di jaga. InsyaAllah anak-anak yang soleh solehah dilahirkan pasti membawa sinar kebahagiaan yang berterusan di dalam sinar CINTA selepas pernikahan atau ijabkabul.

Tips-tips rasa CINTA dihadirkan dalam hati dan jiwa kerana ALLAH.

“Ya Allah, jadikanlah aku dari kekasih-kekasihMu. Sesungguhnya Engkau jika mengasihi seorang
hamba, maka Engkau akan ampunkan dosanya walaupun ianya besar, dan Engkau akan terima
amalannya walaupun kecil.” Sesungguhnya Nabi Daud as berdoa dengan ucapan “Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon kecintaanMu, dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan kecintaan
amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu. Ya Allah jadikanlah kecintaan kepadaMu
sesuatu yang lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku, hartaku dan daripada air dingin.”

Telah berkata Rasulullah saw :
“Telah datang TuhanKu kepadaku dalam mimpi seraya berkata Wahai Muhammad ucapkanlah
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kecintaanMu dan kecintaan orang yang mencintaiMu dan
amalan yang menyampaikan aku kepada kecintaanMu”.

Di antara doa Rasulullah saw adalah :
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kecintaanMu dan kecintaan orang yang memanfaatkan aku
kecintaannya di sisiMu. Ya Allah, segala apa yang Engkau berikan padaku dari apa yang aku cintai,
maka jadikanlah ia suatu kekuatan bagiku bagi apa yang Kau cintai.”

Amatilah ayat ini. Menunggu masa dilafazkan.

"Kulafazkan kata keramat di kala ini bukti keikhlasanku padamu. Dirimu kuCINTAi kekasihku, pemata permaisuri hatiku. Syurga matlamatku bersamamu"

Helmi Suhaimi

Pengajaran Dari Kegagalan

Posted by Helmi Suhaimi On Friday, November 28, 2008 0 comments

Pengajaran Dari Kegagalan

KEGAGALAN. Satu perkataan yang pasti tidak mahu ditempuhi oleh semua insan. Teramat perit dan pedih berlakunya kegagalan. Ramai yang beranggapan gagal bererti hancur dan musnah segala-galanya. Ada juga merasakan gagal bererti tewas dalam mengharungi kehidupan. Saya sendiri mengakui bahawasanya gagal itu memedihkan dan amat susah diterima.

Tetapi BERANI GAGAL ataupun DARE TO FAIL adalah sesuatu ayat yang memberi kekuatan dalam jiwa sanubari. Inilah sepatutnya dimiliki oleh kita semua. Ialah yang memberikan kekuatan kepada kita untuk semakin maju ke hadapan. Yang bermaksud di sini adalah 'mengambil pelajaran dan pengajaran' daripada kisah kegagalan dan itulah yangs ebaik-baiknya. Kita tidak perlu berputus asa dan bersedih dengan kegagalan. Walkaupun begitu sudah menjadi lumrah dan fitrah manusia bersedih jika gagal. Apa-apa jua muhasabah lah yang menjadi elemen terpenting untuk menghadapinya.

Terdahulu saya telah menerangkan tentang jang bersedih..ujian dari ALLAH. Ia sememangnya benar dan gagal itu sendiri adalah ujian dan dugaan daripada ALLAH. ALLAH ingin menguji sejauh mana kekuatan yang dipunyai kita untuk menghadapinya. Dan itu jualah yang menunjuki kasih sayang ALLAH kepada diri kita.

Persoalan: Pernahkah kita GAGAL dalam kehidupan kita. Jawapan: Sudah pasti. Cuba kita renung-renungkan sepanjang perjalanan dalam kehidupan hari-hari kita. Pasti ada liku-liku dalam kegagalan. Minat saya menceritakan kembali kisah-kisah kegagalan. Tahukah kita berapa kali adik beradik Wright telah gagal dalam percubaan mencipta 'sesuatu' yang boleh membawa manusia terbang. Yang pasti tidak terkira banyaknya. Jika mereka bosan dan 'fed-up' fikirkanlah adakah kita akan mempunyai air-bus di zaman ini? Pasti tidak. Malah ramai lagi 'inovators' gagal dalam eksperimen mereka. Apa yang saya mahu tekankan di sini adalah jangan mengaku kalah!

Dari 20% kejayaan sudah pasti telah menempuh 80% kegagalan. "Don't ever give up, success will come" Inilah pesanan yang selalu bermain dalam fikiran saya. Islam sendiri menyarankan kita sentiasa berfikiran positif. Bahkan musuh yang di hadapan kita pun sentiasalah kita berpikiran positif. Senyumlah. Tidak perlu membenci sesiapa jua sebagaimana sifat Rasululullah yang memaafkan sesiapa saja. Inilah ketenangan yang sebenar-benarnya.

Apabila gagal janganlah kita merungut. Katakanlah "Alhamdulillah, aku cuba lagi. InsyaAllah berjaya". Ditekankan di sini konsep "kesyukuran". Disarankan kepada kita bersyukurlah sentiasa dan sentiasa lafazkanlah Alhamdulillah. Kita sendiri menyaksikan pelbagai rintangan dan halangan ditempuhi Rasulullah dalam perjuangan menyebarkan Islam. Alhamdulillah, baginda sentiasa sabar dan tersenyum dalam kehidupan baginda. Tidak pernah merungut dan mengaku kalah. Bermaksud, jika apa yang kita lakukan itu jika bermanfaat kepada Islam, diri dan yang lain teruskanlah berusaha. Gunakanlah formula D.U.I.T yang saya tekankan sebelum ini. InsyaAllah kejayaan akan mengiringi.

InsyaAllah kemanisan dari kisah kegagalan akan membuatkan kita terasa puas dan tersenyum apabila kejayaan menjelma. Jika mengikut pemerhatian, ramai yang telah menyerah kalah dan membuat kerja separuh jalan apabila telah gagal. Alhamdulillah bagi yang sentiasa tabah dan terusan berusaha tanpa mengenal jemu. Sebenarnya, kecewa dari kegagalan akan merosakkan kita. Belajarlah dari kegagalan. Apa yang penting adalah kita tidak mengulangi kisah kegagalan kita. Jangan ulangi aspek dan elemen yang menjadikan kita gagal.

"CHANGE". Inilah perkataan yang amat bermakna. Yang bermaksud berubah. Berubahlah kita dari aspek cara dan tindakan kita sebelumnya. Just improve it. Perbetulkan kesilapan yang telah kita lakukan dan teruskan berusaha. Jika perkara yang kita lakukan itu bermanfaat maka janganlah kita menyerah kalah. Yang penting kita dapat belajar sesuatu daripada kegagalan yang lepas.

Pelbagai contoh dapat kita saksikan di mana-mana sahaja kisah kehidupan. Bill Gates pernah ditanya dalam satu temuduga ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates memberikan jawapan ‘I would employ a person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!' Boleh dikatakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesungguhan dan tenaga akan bertambah.

Amat penting untuk kita merenung kembali dan bermuhasabah dalam menyelesaikan kegagalan yang berlaku. InsyaAllah kejayaan akan menjemput kita. Jangan menyerah kalah dan perbaiki tugas yang kita lakukan. Fobia dan lesu mesti dielakkan sepenuhnya. Rehatkanlah minda dan berfikir sejenak 30 minit merenung kembali mengapakah kita gagal dan apakah perubahan serta penyelasaian yang perlu kita lakukan selanjutnya.

Buktikan kemampuan kita. Terutamnay dalam mencapai impian dan cita-cita yang seringkali di idam-idamkan oleh diri kita. Hidup kita penuh dengan teka teki dan persoalan. Hanya kita sendiri yang mampu menjawabnya.

Jika bersedia untuk BERJAYA, bersedialah juga untuk GAGAL.

No matter the troubles or adversity, if you just keep looking onward, a path will open up before you!

In 99% FAIL there will be 1% SUCCESS. Even 99.99% FAIL stil 0.01% SUCCESS


Just Believe!! The SUCCESS will appear to YOU


Erti Cinta~Ikhlas Aku Padamu

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, November 27, 2008 0 comments


Erti Cinta~Ikhlas Aku Padamu

"Ikhlas ke tak ni?" Kata-kata yang seringkali diucapkan oleh seseorang apabila seseorang memberikan sesuatu. "Jawapan yang sering dikembalikan adalah "IKHLAS". Tetapi adakah kita benar-benar melafazkankannya secara jujur dan datang dari sanubari. Sememangnya kata-kita ini mudah untuk dilafazkan. Percaya atau tidak perkataan IKHLAS boleh datang dari niat yang tidak elok. Sesungguhnya marilah kita memperbetulkan niat apabila melafazkan perkataan yang amat indah maknanya "IKHLAS".

Amatlah luas dan besar menjadikan kita benar-benar IKHLAS dalam setiap tindakan yang kita lakukan sehari-harian. Keimanan kepada ALLAH juga dimestikan keIKHLASan kepada ALLAH. Inilah yang perlu dihadirkan terutama di dalam diri setiap insan yang bernyawa.

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).


Al-Isra': 65

Dimanakah terletaknya rasa IKHLAS? Persoalan ini amatlah rumit untuk dijawab oleh sesiapa sahaja. Ini adalah kerana persoalan IKHLAS menjadi rahsia ALLAH Subha na allah taala. Hanya ALLAH sahajalah yang mengetahui hati seseorang sama ada benar-benar IKHLAS dengan apa yang dilakukan. Tiada siapa yang boleh menetapkan seseorang itu IKHLAS atau tidak. Serahkanlah segala-galanya kepada ALLAH dan itulah yang sebenar-benarnya.

Elemen ikhlas perlu ada di dalam hati seseorang insan. Tanpa rasa ikhlas pastilah apa yang dilakukan tidak memberikan makna kepada si penerima. Teramatlah penting apabila kita membuat sesuatu secara IKHLAS kerana perbuatan itu menentukan sama ada kita benar-benar mengharapkan ganjaran daripada ALLAH dan tiada maksud terselindung.


Kembali kepada konsep IKHLAS di dalam perhubungan di antara pasangan kekasih. Kejujuran dan keIKHLASan amat penting supaya tiada masalah yang akan berlaku. Apa-apa jua ganjaran dan restu redha daripada ALLAH sahaja lah yang diharapkan. Percintaan yang bahagia hadir dari rasa IKLHLAS yang sangat tebal. Jalinan CINTA yang tersemat mestilah dibuktikan. Kerana itulah yang dilafazkan semasa ijabkabul.

"Aku terima nikah nya..."

Suami Isteri mestilah sepakat di dalam setiap perkara dan biarlah kerana ALLAH. Dalam rumah tangga biarlah bahagia selalu. Jika ada perselihan faham selesaikanlah dengan bijak. Seperti telah dikatakan ia menjadi "asam garam" dalam jalinan suami isteri. Pada suami dan juga bakal suami, lakukan sesuatu itu cuma harapan sinar ALLAH kan hadir di dalam perhubungan. Apabila lafaz IKHLAS di buat, tunaikanlah dengan sebenar-benarnya.

Tidak dinafikan ramai remaja yang bercinta seringkali melafazkan kata-kata IKHLAS. Tetapi adakah benar IKHLAS yang dilafazkan diluahkan dengan berusaha untuk menuju "kata-kata ijabkabul" iaitu pernikahan-CINTA yang dilafazkan. Selepas di lafazkan jadikanlah CINTA itu dalam Rumahtangga yang bahagia dengan memberikan hak kepada diri, suami atau isteri dan anak-anak.

Jika dilihat perilaku remaja bercinta di luar yang man berpimpinan tangan, bercumbu-cumbuan di khalayak ramai- semasa berdoa Wallahualam, dan pelbagai lagi karenah remaja bercinta. Tidak dikira pula berapa ramai remaja yang telah terlanjur dan menghancurkan masa depan yang di harapkan ibu bapa menjadi anak-anak yang mendoakan mereka di alam yang lain.

Percayalah bahawasanya itu bukanlah IKHLAS yang sebenar tetapi IKHLAS yang di salah ertikan. Perkara sebegini perlu di jauhi kerana mencemarkan ISLAM yang syumul dan berpegang kepada syariah-syariah yang telah ditetapkan.

Luahan IKHLAS umpama permata yang bersinar-sinar di dalam hati individu yang melafazkannya. Diharapkan biarlah permata itu akan bersinar-bersinar dan berkilauan dalam dirinya. Beginilah yang diharapkan keIKHLASan yang murni. Seperti yang dikatakan tadi 'hidup bersama' pasti indah diiringi IKHLAS yang di lafazkan.

Ingatlah bahawa dalam tubuh ada segumpal daging, jika baik maka seluruh tubuhnya baik; dan jika buruk maka seluruhnya buruk. Ingatlah bahawa segumpal daging itu adalah hati

Muttafaqun ‘alaihi

Sabda Rasulullah telah menjelaskan jika hati benar-benar IKHLAS dan baik maka sepenuhnya perbuatan InsyaAllah baik. Inilah yang telah dilafazkan oleh ALLAH. Tidak perlulah mencari makna IKHLAS dalam diri orang lain tetapi carilah dan muhasabahlah diri kita sendiri. Cukuplah mentafsirkan niat peribadi kita dan tidak perlulah mentafsirkan niat dalam hati insan lain-biarlah serah segala-gala kepada ALLAH.

Seperti kata seorang sahabat saya, perbuatan tanpa rasa IKHLAS semata-mata kerana ALLAH seolah jasad yang tidak bernyawa. IKHLAS kerana ALLAH lah yang menjadi capaian kita dan InsyaAllah menuju syurga yang diimpi-impikan.


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam

Al-An’am: 162


Marilah kita terapkan rasa IKHLAS di dalam hati dan mengharapkan redha ALLAH.

"IKHLAS aku padamu, tidak memberi harapan, tidak berharap. Segalanya ku lakulah untuk rehda ALLAH. Harapan tertinggiku.."


Helmi Suhaimi


Erti Cinta~RumahTangga Bahagia

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, November 25, 2008 0 comments

Erti Cinta~RumahTangga Bahagia

Saban harian kita di war-warkan di dalam media masaa tidak kiralah surat akhbar, televisyen dan juga internet mengenai laporan masalah penceraian, pergaduhan dan yang terbaru ancaman dan ugutan bunuh diri yang berlaku di Terengganu pada 22November 2008. Sebenarnya masalah ini telah pun berlaku sekian lama lagi. Tidak kiralah di zaman mana lagi. Sedih bila diperhatikan kes-kes yang dilaporkan. Yang perlu di cari sekarang adalah bukan sekadar jawapan semata-mata tetapi kemestian mencari penyelasaian ataupun 'solution'.

Diri mempersoalkan mengapa semua ini terjadi dan bagaimanakah untuk menyelasikannya. Isu ini mesti diberi pendedahan yang jelas kerana institusi rumahtangga dan pernikahan adalah sesuatu yang murni, suci dan berlandaskan syariah ALLAH. Penting bagi semua pendakwah dan pemikir menyampaikan ilmu berkaitan rumahtangga bahagia yang patut dikecapi oleh semua yang telah mendirikannya dan juga yang bakal mendirikannya.

Alhamdulillah, di Malaysia kursus perkahwinan dianjurkan untuk bakal-bakal suami isteri. tentunya ilmu itu patut terserap ke dalam setiap bakal-bakal suami isteri. Tetapi adakah anjuran ini mencukupi? Apa-apa jua ia terletak kepada individu tersendiri bagi sematkan ilmu yang diterima. InsyaAllah ia pasti menjadi landasan bagi melayari bahtera rumahtangga yang mempunyai pasang surut dan dugaan juga suka dan duka. Diingatkan itulah lumrah berumah tangga.

Telah dinyatakan bahawa 'Rumahtangga yang didirikan melengkap separuh hidup setiap insan", bahkan Rasulullah pernah bersabda bahawa barangsiapa yang tidak mahu bernikah adalah bukan terdiri daripada umat Rasulullah.


"Seseorang yang menikah telah menenangkan separuh agamanya. Maka hendaklah ia bertakwa kepada Allah dengan menjaga separuh yang lain."


Imam al-Ghazali berpendapat, "denganpernikahan, seseorang itu akan dapat menjaga dirinya dari kerosakan agama atau akhlaknya. Dapatlah disimpulkan bahawa yang paling merosakkan akhlak seseorang itu ialah perut dan kemaluannya. Oleh sebab itu, dengan bernikah akan terpeliharalah salah satu penyebab utama kerosakan agamanya. "

Kisah Rasulullah dengan sahabat Baginda menjadi tauladan hidup kita. Telah termaktub bahawa ada tiga sahabat Rasulullah tidak mahu tidur untuk beribadah di malam hari, tidak mahu makan untuk terusan berpuasa dan tidak mahu bernikah untuk terus beribadah. Rasulullah sendiri bersabda Baginda sendiri tidur, berbuka puasa dan bernikah. Itulah landasan yang dipertunjuki oleh Rasulullah sendiri.

"Pernikahan adalah salah satu sunnahku. Barangsiapa tidak menyukai sunnahku, maka sesungguhnya ia tidak meyukai aku."

Hadis

Islam melihat pernikahan sebagai satu daripada fitrah manusia. Setiap manusia perlukan teman hidup yang dapat mententeramkan jiwa dan berkongsi suka dan duka. Itulah sebabnya Allah menjadikan manusia ini berpasangan-pasangan (ar-Rum: 21). Melalui pernikahan juga, Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berterusan dengan keturunan (an-Nahl: 72). Selain ayat-ayat ini, Allah juga berfirman di dalam al-Quran tentang kehidupan para Rasul yang juga berumahtangga (ar-Ra'd: 38). Demikianlah fitrah manusia, sama ada manusia biasa mahupun para Rasul, mereka tetap ingin hidup berteman dalam sebuah pernikahan.(IKIM)

Jelaslah bahawa Islam amat menganjurkan pernikahan. Pernikahan membantu kita mendapat ketenangan dalam diri. Tetapi harus diingat dan difahami semula bahawa keikhlasan dan niat kita mestilah menepati dengan shariah ALLAH. Di sini saya ingin sertakan himpunan 5 perkara yang mesti dan perlu kita betul-betul amati danfaham mengenainya.

SATU: Pernikahan kita haruslah kerana Allah.

Iaitu bertujuan utk:
-membina sebuah rumah tangga yg Islami-melahirkan keturunan yg soleh-membina keluarga yg sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah tersebut akan terus berlanjutan.


DUA: Pernikahan ditujukan untuk menjaga pandangan & kehormatan kita sehingga kita betul-betul bertakwa kepada Allah.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Allah berhak menolong tiga golongan: orang yg berjihad di jalan Allah,hamba mukatab yg ingin membayar harga tebusannya, dan orang yg menikah dgn tujuan utk memelihara kehormatan dirinya.” (HR Tirmidhi, Ibn Hibban, dan Al-Hakim).


Sabda Rasulullah SAW yg lain:

“Barang siapa yg menikah bererti dia telah menyempurnakan sebahagian agamanya, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah yg merupakan sebahagian lainnya lagi.” (HR al-Baihaqi)

TIGA: Kita haruslah bijak dalam memilih pasangan hidup yg akan menjadi teman hidup kita yg diharapkan dapat seiring dan sejalan. Ini memerlukan usaha yg sungguh-sungguh.

Rasulullah SAW telah bersabda:
“Pilihlah (yg terbaik) utk keturunanmu karena (kegagalan dari) satu generasi akan menuju kepada krisis atau masalah.” (HR Ibnu Majah dan Abu Mansur)


EMPAT: Kita hendaklah memilih pasangan hidup yg memiliki akhlak yg baik & berpegang teguh kepada agama, jadi kekayaan dan wajah bukanlah ukuran utama.

Sabda Rasulullah SAW:
“Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya; boleh jadi kecantikannya itu akan membuat mereka hina. Janganlah kamu menikahi wanita kerana hartanya; boleh jadi hartanya itu akan membuat mereka zalim. Tapi nikahilah mereka kerana agamanya. Wanita hamba sahaya yg tuli namun beragama adalah lebih baik.” (HR Ibnu Majah)


LIMA:

Seperti yg disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:
“Siapa yg menikahi wanita kerana ketinggian kedudukannya, pernikahan itu tidak akan membawa sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Barangsiapa menikahi wanita kerana hartanya maka itu tidak akan menambah sesuatu kepdanya kecuali kemiskinan. Barangsiapa yg menikahi wanita kerana keturunannya, perkawinan itu tdk akan menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina. Dan barang siapa yg menikahi wanita dg tujuan agar dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturahim, Allah akan memberikan berkah kepadanya bersama wanita itu dan memberikan berkah kepada wanita itu bersamanya.” (HR Abu Nuaim)

Dalam hal ini setiap pihak perlulah memainkan peranan dalam merealisikan satu pernikahan mengikut lunas-lunas syariat ISLAM. Bukan sahaja individu perlu mainkan peranan, tetapi ibu bapa juga mestilah membantu anak-anak menjalankan pernikahan yang bahagia. Tanggungjawab ini mestilah dijalankan dengan sebaik-baiknya.

"Kebijaksanaan hadir daripada pemikiran yang sentiasa tenang dan bahagia mencari panduan"

Helmi Suhaimi



Petua Mendapat Pasangan

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, November 24, 2008 1 comments
Telah terpakat dalam hatiku untuk sentiasa mendapatkan ilmu dari ;pengkaji-pengkaji'. Salah satu idola 'motivator' ku adalah Dato Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sendiri. Sangat berminat dengan personaliti dan gayanya bercakap. InsyaAllah satu masa akan ku nukilkan dan coretkan isu tentang 'personaliti pilihan' ataupun 'Role Model'.

Di bawah ini aku benar-benar tertarik dengan kajian dan coretan daripada Dato Dr. Fadzilah Kamsah mengenai Petua Mendapat Pasangan. Sesuai dengan nukilanku sebelum ini berkaitan dengan Pengertian Cinta~Bab Mencari Pasangan. Telahpun dihuraikan terdahulu. Kali ini mendapatkan pandangan dari yang pakar dan 'lebih dahulu makan garam'.



~ Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenal pasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

D.U.I.T

Posted by Helmi Suhaimi On Sunday, November 23, 2008 0 comments
Perkataan yang sangat di sukai aku.USAHA. Tetapi perkataan itu tidak mencukupi. Elemn-elemen lain perlu diterapkan dalam kehidupan hari-hariku. InsyaAllah akan ku usaha terangkan elemen-elemen lain yang perlu ada..

D.U.I.T~Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Setiap hari kita mahukan sesuatu yang baik untuk kita. Kehidupan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, dan macam-macam lagi. Tetapi sejauh mana kita memahami konsep kejayaan dan juga bagaimana kita menuju ke arah kecemerlangan. Bak kata yang selalu didengar 'cemerlang, gemilang, terbilang'. Benarlah kata-kata itu, tetapi apakah caranya kita menuju ke arah tuju kejayaan.

Sudah pastilah untuk mahukan sesuatu USAHA amat di perlukan. Seperti yang saya katakan terdahulu dalam artikel Erti Cinta~Impian...Realiti atau Fantasi, amatlah penting untuk kita mengadaptasikan 5 resepi merealisasikan IMPIAN. ILMU menjadi yang terutama. Bak kata pepatah:

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan...Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya...


Banyak lagi pepatah dan juga peribahasa menyatakan tentang menuju ke arah kejayaan. Apa yang penting di sini adalah USAHA. tetapi di sini saya ingin menerangkan dan jelaskan konsep yang perlu ada dan InsyaAllah melengkapi segala kemahuan dan perjalanan menuju kejayaan yang diharap-harapkan. Di dalam ISLAM tersendiri membuktikan ia berkaitan antara satu sama lain. jika salah satu terpisah maka kemahuan itu tidak mencakupi apa yang sebenar-benarnya. Telah termaktub di dalam syariah bahawa DOA + USAHA + ISTIQAMAH + TAWAKKAL perlu bagi seseorang Muslim jika mahukan sesuatu yang diimpikan. Ia pastinya lengkap melengkapi antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya ia bergantungan antara satu dengan yang lain.


--------------------

DOA

Telah dinyatakan dan telahpun diketahui semua insan mahupun mana-mana agama pun mengingatkan semua supaya sentiasa berdoa jika mahukan apa-apa sahaja yang diinginkan. Cuma yang berbeza hendaklah kita cuma berdoa kepada ALLAH jika berimpian kan sesuatu. Ini kerana ALLAH sahajalah yang akan memperkenankan segala permintaan kita.

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.


Al-Baqarah: 45

Telah di ajarkan kepada kita adab-adab berdoa kepada kita semua. Yang pentingnya keikhlasan adalah yang amat terutama. Khusuk dan doa hanya kerana ALLAH Taala satu kemestian.

Berkata An-Nawawi: "Selayaknya doa itu dimulakan dengan kalimah tahmid
(puji-pujian) dan disudahi dengan kalimah tahmid juga."

Imam Al-Ghazali telah mentafsirkan cara-cara dan adab-adab berdoa di dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin. Maka apabila seseorang hendak berdoa, memohon sesuatu yang
dihajatinya kepada Allah, hendaklah ia melakukan doa itu sebaik- baik dan
secermat-cermatnya, dengan memelihara adab-adab doa seperti di bawah ini.

1. Pada waktu yang baik dan mulia (waktu afdal), seperti hari Arafah, bulan
Ramadhan, hari Jumaat, sepertiga yang akhir dari malam dan pada waktu sahur.

2. Dalam keadaan yang mulia, seperti kita bersujud dalam sembahyang, ketika
berhadapan dengan musuh dalam pertempuran, ketika hujan turun, ketika sebelum
menunaikan sembahyang dan sesudahnya, ketika jiwa sedang tenang dan bersih dari
segala gangguan syaitan dan ketika menghadap kaabah.

3. Dengan menghadap kiblat

4. Merendahkan suara, iaitu antara terdengar dengan tiada oleh orang di sisi
kita.

5. Jangan bersajak, yakni tanpa mempergunakan kata-kata bersajak dalam doa itu.
Tapi cukup dengan kata-kata biasa yang sederhana,
sopan dan tepat mengenai sesuatu yang dihajati dengan doa itu. Tidak perlu
dilagukan dengan irama-irama tertentu, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh
pengubah-pengubah doa dalam bahasa Arab. Amat baiklah kiranya, jika kita memilih
lafaz-lafaz doa yang diterima dari Rasulullah s.a.w. yang kandungannya sesuai
dengan apa yang kita
doakan pula.

6. Berlaku khusyuk dan tunduk dengan merasakan kebesaran dan kehebatan Allah
dalam jiwa kita yang halus.

7. Mengukuhkan kepercayaan bahawa doa itu akan diperkenankan Allah dan tidak
berasa gelisah jika doa itu tidak diperkenankanNya.

8. Mengulang-ulang doa itu dua tiga kali. Yakni doa tentang sesuatu yang sangat
kita utamakan memohonnya kepada Allah, akan lebih baik jika ibaca berulang-ulang
hinga dua tiga kali.

9. Menyebut (memuji) Allah pada permulaannya.

10. Bertaubat sebelum berdoa dan menghadapkan diri dengan bersungguh- sungguh
kepada Allah.

Nah..Kita telah pun diberikan cara-cara berdoa sepertimana telah tercatat di atas megikut Imam Al Ghazali. Sebenarnya, pelbagai cara dimaklumkan cara-cara dan kaedah berdoa yang sebenar. Yang pentingnya biarlah doa itu untuk kebaikan.


“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau memutus silaturahim”

Riwayat Ahmad

Doa memberikan hikmah dan pelbagai faedah.Jadi sentiasalah kita berdoa kepada ALLAH terutamnya yang masih mencari CINTA dan ingin mendirikan rumahtangga mahupun impian yang tinggi menggunung. InsyaAllah ALLAH pasti kabulkan.

USAHA

DOA tanpa USAHA seolah-oleh tiada memberi impak dan tiada berguna kepada impian yang mahu di capai. Bahkan USAHA tanpa berDOA kepada ALLAH menunjukkan betapa sombongnya kita membuat sesuatu tanpa meminta pertolongan kepada ALLAH. USAHA yang bersungguh-sungguh dan berterusan anat disukai oleh ALLAH. Ini menunjukkan betapa mahunya kita kepada yang diimpikan.


Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahanam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.


Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.


Al Isra’: 18-19



Mintalah kepada ALLAH untuk kesenangan dunia dan akhirat-mintalah kedua-duanya. InsyaAllah bertambah berkatlah USAHA yang kita lakukan. Apa yang mahu katakan di sini iailah USAHA kita mahu tidak mahu menepati syariat ALLAH di dunia dan akhirat. Biarlah USAHA yang dilakukan memberi manfaat bukan sahaja kepada diri kita sendiri ya, tetapi juga biarlah memberi manfaat kepada insan lain.

Berusahalah setinggi mana yang mampu dan bekerjalah untuk kebahagiaan dunia akhirat

ISTIQAMAH

Elemen seterusnya yang sering orang terlupa adalah ISTIQAMAH iaitu usaha berterusan dan juga 'consistent'. Untuk menuju kepada impian biarlah kita meneruskan doa dan usaha dengan berterus-terusan. Jangan mudah mengaku kalah jika ada dugaan yang menimpa dan juga impian masih tidak tercapai. Perlu diingati, 20% kejayaan ditepati dengan 80% kegagalan. Kita perhatikan bagaimana ulama'-ulama' terkemuka dahulu bila dimasukkan ke penjara masih lagi berteusan dan ISTIQAMAH melakukan dakwah. Jangan lah kerana dugaan dan kegagalan menghalang kita mencipta kejayaan. Bersabarlah..Pertolongan dan nikmat ALLAH pastikan hadir.
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami adalah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka maka malaikat akan turun kepada mereka (untuk mengatakan ) : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan memperoleh surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu . Kami (Allah) adalah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia maupun akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh pula apa yang kamu minta. Sebagai hidangan bagimu dan Tuhan yang maha pengampun lagi maha penyayang

Fushilat: 30-32

Dari ayat di atas diperhatikan, ditetapkan tiga janji Allah kepada orang yang bersitiqamah :

1. Akan mendapat perlindungan langsung dari Allah melalui malaikat-malaikatnya
2. Akan terbebas dari rasa takut dan rasa sedih dari apapun yang menimpanya
3. Akan dipenuhi apa yang diinginkan baik di kehidupan dunia dan akhirat.

Juga di jelaskan bahawa orang yang beriman kepada kepada Allah kemudian bersitiqamah akan dibebaskan dari rasa takut (khouf) dan rasa sedih (Khazn).
Orang yang bersitiqamah dalam kebenaran Allah akan menjadi orang yang bebas dan merdeka, hidupnya akan tenang karena dia hanya bersandar kepada Allah SWT. InsyaAllah kita pasti menjadi salah satu daripada insan yang terpilih.

TAWAKKAL

Alhamdulillah, sudahpun kita berterusan berdoa, berusaha dan istiqamah. Kini sampailah masanya untuk ke elemen yang paling penting dalam kehidupan kita iaitu TAWAKKAL. Suka saya tekankan di sini bahawa ramai yang hilang pedoman hidup kerana tiada konsep TAWAKKAL. Ini kerana bila tiada mendapat sesuatu yang di kehendaki tersungkurlah dia "di pintu syurga". Hilanglah segala nikmat kesabaran dalam usaha, doa dan istiqamah. Ini sebenarnya menjadi pedoman kepada kita dalam mengingatkan REDHA penting.
..Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia.
Hanya kepada-Nya aku bertawakal.. .

At Taubah: 129


Kepada ALLAH lah sahaja kita berserah dan bertawakkal kepada ALLAH. Janganlah kerana kealpaan dan sikap 'mudah lupa' kita menjadikan kita insan yang lupa janji ALLAH untuk kita sentiasa berUSAHA dan bersabar. InsyaAllah selagi kita tabah dan cekal pintu kejayaan pasti terbuka.

Hasbi Allah wa ni’mal wakil

"Cukuplah ALLAH bagiku dan DIAlah sebaik-baik penjaga"

BerTAWAKKALlah dalam segala urusan kita walaupun kita mahukan sesungguh sesuatu perkara itu. Sebagai contoh JODOH PERTEMUAN. Serahkanlah kepada ALLAH.InsyaAllah selagi kita berserah kita pasti bersyukur ke atas apa sahaja yang telah ditetapkan olehNya.

-----------------------------

Alhamdulillah, Lengkaplah sudah cara kita mencari kejayaan dalam impian mahupun CINTA. Sebaik-baiknya terusanlah kita berimpikan kejayaan dan itulah yang dikehendaki ALLAH kepada kita sebagai hambanya. Setiap hari kita mestilah menuju ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Mahu saya kembalikan kenangan kita kepada 'mentol'. Tahukah siapa yang mereka mentol? Alhamdulillah, ALLAH telah mengurniakan kebijaksanaan kepada Thomas Edison untuk mereka mentol yang menjadi permulaan kepada cahaya lampu. Walaupun dia bukan orang Islam tetapi berterima kasihlah kita kepadanya dan bersyukurlah sentiasa kepada ALLAH. Tidak salah kita mengucapkan terima kasih kepada setiap insan. Malah digalakkan Islam sentiasa.

Tahukah kita berapa kali percubaan dan tanpa rasa gagal oleh Thomas Edisoan? Di jangkakan 10,000 kali percubaan. Subhaallah, betapa tabahnya hati beliau untuk mencipta sesuatu yang baru. Jika Thomas Edison boleh, mengapa kita sebagai umat ISLAM tidak boleh. Teruskan lah berusaha tanpa mengenal erti jemu dan menyerah kalah. Kesabaran itu sebaik-baiknya.

Jika berkata tentang CINTA dikaitkan dengan D.U.I.T, sudah pasti jangan lah kita berhenti berdoa selalu kepada ALLAH. Teruskanlah berdoa untuk mendapat jodoh yang sebaik-baiknya untuk agama, diri kita, masa kini, masa akan datang dan seterusnya. InsyaALLAH. telkah dinyatakan jodoh pertemuan di tangan ALLAH. Tidak salah pula untuk kita berusaha dalam pencarian. Tetapi tidak perlulah berCINTA 'berlebih-lebihan'. Cukuplah berkenal-kenalan dan cuba memahami hati. InsyaAllah ada rezeki teruskan dengan ijab kabul- pernikahan-dan perlu diingatkan berUSAHAlah untuk pernikahan.


Laa hawala walaa quawwata illa billaah

“Tiada daya upaya melainkan dengan kekuatan Allah”



CINTA..Yang Halal itu Halal, Yang Haram itu Haram

Posted by Helmi Suhaimi On Wednesday, November 19, 2008 0 comments
Di hari yang indah ini, ingin rasa di hati menulis dengan cekal dan konsisten selari dengan etika penulisan yang sebenar dan juga suruhan Rasulullah untuk memberikan ilmu yang ada di dada kepada semua..InsyaAllah semoga semuanya mendapat manfaat berterusan. Dan ilmu yang sedikit ini dijadikan panduan dalam 'perjalanan sebuah cinta'.


CINTA..Yang Halal itu Halal, Yang Haram itu Haram


Bila mengatakan bab halal haram, Islam telah memerikan panduan yang lengkap mengenainya. Yang pasti yang halal itu tetap halal dan seterusnya yang haram tetap haram. Di sini bila mengatakan mengenai sebuah perhubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram terutamnya perlu di amati bahawa banyak batasan yang perlu ada. Nah, sudah terang lagi bersuluh apakah cara untuk menghalalkan perhubungan yang haram? Sudah pastilah PERNIKAHAN. Inui adalah menjadi tanggungjawab ke dua-dua belah pihak. Janganlah perkara yang haram sebelum pernikahan dijadikan permainan.


Zaman masa kini memperlihatkan kepada kita bagaimana akhlak dan 'agama' sesuatu perhubungan lelaki dan perempuan. Alhamdulillah bagi yang dapat menjaga adab perhubungan. Masih tidak salah diletakkan sepenuhnya untuk perhubungan percintaan antara lelaki dan perempuan kerana saya sendiri sedar setiap manusia inginkan hidup berpasangan. Tetapi biarlah menepati syariah.


'Apakah cara menjaga hubungan dalam syariah?'. Soalan ini pernah ditanya kepada saya. Jadi apakah jawapan yang sepatutnya. Bersama-sama kita menjawab soalan itu ya. Begini, pada pendapat saya-jika salah minta diperbetulkan- hubungan dalam syariah adalah menjaga batas-batas perhubungan yang mana Islam mengajar kita bagaimana pergaulan lelaki dan perempuan. Tidak salah bercinta jika tabah menghadapi pelbagai dugaan yang pasti mendatang. Jadi tepuk dada tanya lah IMAN. Selafi lagi tepatlah dikatakan yang haram di jauhi seperti berpegang berpimpinan tangan, berdua-duan di tempat sunyi meskipun di tempat awam. Seelok-eloknya bawalah mahram bersama-sama seperti yang di ajar dan termaktub di dalam ajaran Islam.






“Janganlah seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya. Dan janganlah seorang wanita keluar dengan seorang lelaki kecuali ditemani mahramnya.”

Bukhari dan Muslim



Perhatikanlah aqnak-anak muda di zaman kini. entah berapa ramai yang mengabaikan ajaran Islam yang Syumul ini. Berpegangan berpimpinan tangan, bersentuh-sentuhan, berpeluk-pelukan, bercumbu-cumbuan di hadapan awam. Ini tidak termasuk lagi bila di tempat yang sunyi. Marilah kita membetulkan akhlak muda mudi dan anak-anak kita terutamnya dalam berpasangan. Biarlah jalan yang mereka pilih adalah jalan yang menetapi kehendak Islam. Sepertimana Hadis di atas menerangkan tidak salah keluar berjumpa tetapi janganlah berdua-duaan. Bawalah mahram bersamamu. Jangalh generasi masa hadapan hancur dengan sifat-sifat dan akhlak yang terpengaruh dengan cara perhubungan bukan Islam.


Perhubungan sebelum pernikahan banyak pancarobanya. Ini kerana ia pasti dihadapi dugaan yang besar iaitu dorongan nafsu dan syaitan. Jika hati diri tidak disertai IMAN yang teguh pasti 'terpelecok' di tengah perjalanan. Persoalan: jadi bagaimanakah cara nak tentang pancaroba dan dugaan? Jawapan: betul jika dikatakan IMAN lah menjadi benteng menghadapi pancaroba nafsu dan syaitan, tetapi adakah ini cukup. Ia, ianya patut disusuli dengan pernikahan. Pernikahan lah yang dapat menghalalkan sesuatu perhubungan yang sebelum ini pelbagai perkara haram dilakukan.


InsyaAllah selagi lagi ditekankan 'Nikah connecting people' lebih menyatupadukan hubungan. Desas desus kata 'Ala, nikah tak sesuai lagi. Masih muda enjoylah dulu'. Tersenyum saya bila menjawab soalan dan kata-kata begini. Apakah maksud 'enjoy'? Alhamdulillah, bagi yang setuju dengan kata-kata saya bahawa 'pernikahanlah yang boleh buat kita enjoy dengan pasangan kita' iaitu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Apakan tidak, 'enjoy' lah bersama isteri anda. Pasti berbahagia. InsyAllah. Inilah yang dikatakan keseronokan hakiki iaitu suami dan isteri.





Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).


Al-Hujjurat: 13




Tidak salah berkenal-kenalan dan bermesra kerana Islam sendiri membenarkan. Tetapi cara berkenal-kenalan dan beramah mesra yang sering menjadi tanda tanya. Hendaklah benar-benar mengikut cara Islam.



"Peduli apa kata orang asalkan aku boleh happy dengan dia". Bila ayat ini yang dikata pastilah 'terpelecok' dan mungkin terjatuh. Ayat yang sudah pasti mengingkari akhlak sebagai insan. Insan. benarlah kita sering lupa dengan segala tindakan kita. Di sebabkan itu Islam menyuruh kita ingat mengingati. Dengan itu yang terlupa pasti mengingat kembali. Jalanlah disebabkan keegoan dan kejahilan kita, sanggup menidakkan sesuatu yang telah benar.



Berbalik kepada tajuk utama, telah sah bahawa ia amat penting dalam perhubungan yang elok dan berkesan melalui jalan-jalan Islam. Menitikberatkan halal dan haram amatlah dikehendaki.





"CINTA itu suci..Janganlah dicemari dengan maksiat yang menghancurkan"



Bila yang haram dilupakan semuanya dijadikan halal-anggapan. Ini menghancurkan 'institusi percintaan'. Kesucian perhubungan CINTA dianggap penting sepatutnya. Janganlah diabaikan adab-adab sebagai umat Islam. Akhbar-akhbar seringkali melaporkan tentang aktiviti-aktiviti tadak bersahsiah oleh remaja terutamanya. Revolusi teknologi disalahgunakan ke arah kehancuran. Bila ini terjadi pelbagai kesan dihadapi. Inikah yang dimaksudkan 'akhir zaman'? Marilah kita fikir-fikirkan.

Sematkanlah di dalam hati dan tingkah laku kita bahawa berkenal-kenalan atau mencintai seseorang mengikut lunas Islam. Penuhi impian dan usaha untuk menikahinya secepat mungkin. InsyaAllah akan diberi jalan oleh ALLAH dan ia satu kepastian. Tetapi seperti yang dikatakan perpisahan mungkin akan terjadi. Jadi, bersedialah dengan segala ilmu dan kelengkapan.

Pernahkah difikirkan oleh kita bahawa kenikmatan pernikahan itu lagi jelas dan indah. Inilah nikmat CINTA yang dikurniakan oleh ALLAH. Percaya atau tidak perhubungan akan menjadi manis jika semasa perkenalan atau dikatakan percintaan tidak dicemari dengan sesuatu yang melampui batas. Perkara yang haram mesti dijauhi sepenuhnya yang munkin membawa kepada zina. InsyaAllah kita pasti sama-sama mendapat keberkatan bila memikirkannya.

Akhir sekali ingin rasa di hati sama-sama mengamati isu remaja di masa kini. Lakukanlah dakwah kepada yang salah. InsyaAllah besar ganjaran daripada ALLAH. Ini kerana ALLAH lebih suka kita mengislamkan orang Islam daripada mengislamkan orang kafir. Fikirkanlah wahai sahabat..Cuba amati isu dibawah dan berfikir samada haram atau halal.

  1. Pasangan kekasih berjalan berpimpin tangan

  2. Berdua-duaan dan melakukan aksi yang 'mencemarkan'

  3. Bersentuh-sentuhan dan bertepuk tampar

  4. Bercinta untuk berseronok-seronok semata-mata

  5. Bepakaian yang tidak mencerminkan Islam


Maka..Sediakanlah jawapan untuk diri kita masing-masing...Termaktub di dalam Islam Halal dan Haram dalam perhubungan CINTA


Erti Cinta~Cinta Pandang Pertama

Posted by Helmi Suhaimi On Tuesday, November 18, 2008 0 comments

Erti Cinta~ Cinta Pandang Pertama




"I fall in LOVE with U". CINTA pandang pertama diungkapkan sebagai satu perkara yang tidak dijangka-jangka oleh dua insan iaitu antara lelaki dan perempuan. "Aku jatuh cinta denganmu pada pandang pertama". Ayat sebegini sering di ucapkan oleh dua insan yang sedang di lamun percintaan. Persoalan: Adakah ia relevan sebagai seorang Islam untuk jatuh CINTA pada pandangan pertama? Jawapan: Tiada jawapan yang sah di sini. Samada benar atau salah ia terletak kepada niat masing-masing individu. Jika CINTA kerana agamanya InsyaAllah berkekalan. Jika mampu teruslah ke akad yang sebenarnya iaitu pernikahan yang sejati.


Seringkali juga timbul persoalan adakah berkekalan CINTA pandang pertama ini
adakah berkekalan. Setiap hari di satu ketika sering juga saya berhadapan dengan kisah perpisahan di antara dua insan. Tidak kiralah kerana 'soal hati' ataupun kerana hadir pihak ke tiga di hati salah seorang insan tidak kiralah yang lelaki atau yang perempuan. "soal hati' adakah satu kisah yang agak pelik bagi saya. Begitu juga dengan kehadiran pihak ke tiga ataupun'curang'. Pabila bercinta biarlah betul-betul hadir sehingga ke pernikahan iaitu bukan sahaja di 'jinjang pelamin' tetapi ke akhir hayat. InsyaAllah bersama-sama ke syurga.

'Soal Hati'- diikuti oleh 'Soalnya Siapa'. Antara filem yang menjadi kegemaran saya. Mungkin filem ini sudah lama tapi saya menyukai jalan ceritanya. Tetapi apa-apa jua ia hanyalah cerita yang di garap oleh pengarah. Tentang kisah CINTA sebenar di dunia realiti mestilah kita berasaskan yang telah di ajar dan ditunjuki oleh Islam.


Tentang CINTA pandang pertama, sememangnya ia indah tetapi adakah benar-benar indah seperti yang telah dikatakan. Istimewa di mata dan di hati. Kembali tertanya 'istimewakah' CINTA pandang pertama. Teramat Istimewa jika berkekalan selamanya tetapi banyak yang tidak kekal kerana seolah-olah sebelah pihak bertepuk sebelah tangan. Jika ini terjadi sudah pasti di sebelah pihak akan merasa kecewa jika berlakunya perpisahan di suatu masa. Akan tetapi hendaklah diingat kembali bahawasanya setiap pertemuan pasti ada perpisahan, maka hendaklah bersedia pada bila-bila masa. Bagi sebelah pihak pula kejujuran amatlah penting. Katakanlah sesuatu dengan jujur. Perkataan "Saya terima awak" patut dilafazkan selepas berfikir secara mendalam adakah kita menerima si dia dengan sebenar-benarnya dan seadanya. Kekecewaan boleh dielakkan dengan memberi peringatan kepada diri sendiri.




"Belajarlah menghadapi KEKECEWAAN & KESUSAHAN kerana KEBAHAGIAN & KESENANGAN pastikan menanti di hadapan.."



Jika ditanya setiap insan; remaja terutamanya & juga insan yang telah mendirikan rumah tangga, pasti akan pernah menghadapi kisah CINTA pandang pertama. Ini tidak termasuk CINTA pertama. Persoalan: Apakah perbezaan CINTA pandang pertama dan juga CINTA pertama? Jawapan: Yang pastinya ada totok tambah perkataan 'pandang'. Sebenar-benarnya ianya amat berlainan. Jika ditanya semua, sudah pasti mempunyai CINTA pertama. Percayakah anda? Secara konfiden saya percaya dengan kenyataan saya. Ini adalah kerana CINTA pertama yang perlu kita selalu utamakan adalah CINTA ALLAH. Itulah CINTA pertama kita yang patut diperakui oleh setiap insan. Tidak berbelah bagi lagi CINTA itu yang pasti berkekalan selama-lamanya.

Di dalam konteks masa kini sering diwar-warkan bahawa CINTA pertama adalah CINTA pertama dengan kekasih di hati. iaitu percintaan kali pertama dengan seseorang perempuan. Ya, konsep ini benar juga jika dikatakan dari konsep remaja masa kini. Janganlah kita menyalahkan perasaan kita. Yang terutamanya, perasaan itu bukankah hadir daripada ALLAH. Sebenarnya percaya atau tidak perasaan boleh dihadirkan juga oleh SYAITAN. Ini kerana ia boleh membisikkan sesuatu kepada hati kita. InsyaALLAH jika sentiasa diingati kepada batasan dan syariah ALLAH pasti perasaan sebenar-benarnya di pandu ALLAH.

Kadangkala ramai mengatakan CINTA hadir tanpa diduga, tidak dipaksa, tidak kenal rupa, harta dan keturunan. Bak kata "Dari mata jatuh ke hati'. Nah, perhatikanlah, keksusahan juga boleh berlaku jika konsep ini diguna pakai. Utamakanlah kata IMAN. Bukannya hati semata-mata. Ini yang berlakunya kisah 'Aku tidak boleh melupakan CINTA pertamaku', sedangkan jika dikaitkan kepada ALLAH elok juga. Tetapi ramai mentafsirkan kepada pasangan yang pertama kali mula-mula berkasih. Secara generalnya tidak perlulah kita mengingati kenangan lama yang mana mungkin ia tidak kembali lagi.

Kembali kepada tajuk utama, adakah CINTA pandang pertama relevan? Tepuk dada tanyalah IMAN. Jika 'pandang pertama' diletakkan kepada kecantikan paras rupa semata-mata maka kecewalah ia. Jika diletakkan pada harta maka rugilah ia. Jika diletakkan pada keturunan semata-mata maka rosaklah ia. Letakkanlah 'pandang pertama' pada agamanya. InsyaALLAH berkekalan kasih sayang yang tercipta. IMAN dan niat seseorang individu memainkan peranannya.

Kadangkala diri sendiri tertanya baimana pula jika CINTA yang diletakkan ingin mendidik sesorang itu ke arah agama iaitu menjadikan dia insan yang soleh dan solehah. Pada saya, Alhamdulillah jika niat ini benar dilafazkan dan sejauh mana dibuktikan. Tetapi hendaklah diingati niat di pihak yang satu lagi juga penting. Janganlah seseorang mengikut syariah kerana seseorang kerana ia pasti tidak berkekalan, tetapkanlah perubahan ke arah lebih baik kerana ALLAH. Ini kerana ALLAH yang akan menyampaikan hidayah dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNYA. Apa jua niat, usaha ke arahnya lebih utama kerana bantuan ALLAH pasti hadir. Itulah sebaik-baiknya. ALLAH lah yang sebaik-baiknya untuk diri kita.

ALLAH mengurniakan kita sepasang mata untuk melihat kejadian ALLAH. Melihat alam terbentang luas dan sentiasa berfikir lah mendapatkan kesyukuran yang dilafazkan. Pandangan boleh membawa kepada kebaikan dan juga kepada keburukan. Begitu juga CINTA pandang pertama. Janganlah kerana CINTA ini menjadikan kita lupa kepada CINTA pertama kita. Ini kerana CINTA pertama kepada sebenra-benarnya lebih terutama. CINTA pandang pertama patut disertakan kepada CINTA pertama. Pasti terbentang luas kebahagiaan di dunia dan akhirat. Perhubungan yang disusuli dengan pernikahan membawa keberkatan.

" Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"



Sudah pasti CINTA pandang pertama disusuli dengan kemahuan untuk melafazkan kata CINTA. Biarlah CINTA hanya sekadar dilafazkan semata-mata bukan disertai dengan perbuatan. Perbuatan dan kesaksian di laksanakan selepas ijab kabul. Itulah yang terutama. Kita tidak boleh menidakkan perasaan CINTA-biarlah kerana ALLAH-kerana ramai berkata fitrah manusia, fitrah insan. Inilah realitinya. Percintaan sebelum kahwin menjadi norma masyarakat kini. Bercintalah sebenar-benar ikhlas selepas berkahwin. Tanggungjawab perlu diutamakan.

yang pasti. Yang Halal tetap Halal dan Yang Haram tetap Haram. Fahamilah dan fikir-fikirkanlah.

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.



Luqman: 22


Impian..Realiti atau Fantasi

Posted by Helmi Suhaimi On Thursday, November 13, 2008 0 comments
Imbuhan dari sajak nukilan daku yang terdahulu. Ingin menerangkan tentang perihal sebenar mengenai impian. Semacam aku sendiri pelbagai impian kat dalam Hati. Ini merupakan salah satu ungkapan cinta juga sebenarnya. Impian yang menggunung tinggi...

Erti Cinta~ Impian...Realiti atau Fantasi



IMPIAN..Sudah pasti setiap insan yang bernyawa di dalam dunia ini mempunyai impian tersendiri. Pelbagai kata-kata yang tersimpan atau diluahkan mengenai kemahuan yang tersendiri. Terkesuma mendengar impian setiap insan yang bergelar manusia. Pasti lah impian yang dilafazkan mempunyai makna tersendiri dan membawa seribu malah sejuta pengertian di dalam hidup. Tidak ketinggalan impian yang tersimpan atau dilafazkan akan membawa perubahan kepada diri dan memberi manfaat kekuatan untuk berusaha lebih gigih mencapai impian.


Impian dan cita-cita memberi kegembiraan kepada kita. Tidak kiralah ia akan menjadi realiti atau tidak pasti akan memberikan sinar kepada kita. Ingatkan kita kepada apabila guru di semasa sekolah rendah bertanyakan kepada kita "Sudah besar nak jadi apa?" Normalnya pelbagai cita-cita akan diucapkan. Itulah cita-cita. Sedari atau tidak cita-cita akan berubah dari semasa ke semasa. Cuba perhatikan kepada diri kita sendiri apakah cita-cita kita semasa kita kecil-kecil dulu. Masih diingati cita-cita saya sedari kecil semasa di darjah 3. "Cikgu, cita-cita saya nak jadi Perdana Menteri". Apakah respon guru kita. Cuma tersenyum dan sudah pasti mendoakan kita. Tapi itu cuma cita-cita yang tidak dilengkapi dengan pengertian sebenar. Bila usia semakin dewasa barulah disedari bahawa "Perdana Menteri" memikul tanggungjawab yang amat besar, malah bukannya senang nak jadi "Perdana Menteri". Seperti biasa, usia mendewasakan kita.


Impian pasti mungkin ditepati jika berbalik kepada usaha. Doa+Usaha+Istiqamah+Tawakkal pasti membawa keberkatan. Telah termaktub di dalam kata-kata firman ALLAH yang mana;



Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya


Ar Ra'd: 11


Sesungguhnya impian yang setinggi langit jika tiada jalan usaha dilakukan pasti tidak akan membuahkan hasil. Konsep impian sebenarnya haruslah menepati syariah dan landasan Islam yang sebenar. Jadikan impian itu realiti atau sekadar fantasi adalh bergantung kepada sejauh mana impian itu dilaksanakan.

Telah menjadi impian kita untuk menjadi yang tebaik dan cemerlang dari segala aspek. Impian remaja untuk menjadi pelajar cemerlang, ingin masuk universiti, dapat kerja yang terbaik dll. Untuk fasa percintaan dan perkahwinan, sudah pasti setiap insan mahukan percintaan yang romantik, wanita yang dicintai dan mencintai, keluarga bahagia, isteri yang solehah, anak-anak yang soleh solehah dll. Alhamdulillah, impian yang tercipta amat sempurna. Namun begitu, haruslah diingat bahawa ilmu juga amatlah penting untuk merealisasikan impian-sebelum usaha. Lengkapkan diri kita dengan Ilmu duniawi dan ukhrawi pasti cemerlang dari segala aspek kehidupan.

Kembali kepada persoalan Impian-Samada ia realiti atau fantasi. Haruslah kita beringat dan sentiasa bersedia bahawa tidak semua impian akan terlaksana. Bersedialah dengan melengkapkan diri dengan keredhaan kepada ALLAH. Jika impian menjadi realiti ucapkan lah SYUKUR kepada ALLAH, Alhamdulillah' Segala puji bagi ALLAH. Telah maklum yang mana D.U.I.T amat penting dan ilmu menjadi titik penolak kejayaan. Namun, Perancangan juga teramat penting untuk merealisasikan impian (Planning lead to success). Tanpa perancangan tindakan yang dilakukan pasti tidak teratur. Dua perancangan yang penting adalah 1) Perancangan jangka masa pendek- short term planning dan 2) Perancangan jangka masa panjang- Long term planning. rasulullah sendiri menitikberatkan perancangan dalam hidup baginda. Sepertimana sebelum peperangan baginda akan berbincang dengan para sahabat mengenai strategi peperangan. Perancangan mestilah mempunyai matlamat. Di sini, jelas membuktikan perbincangan adalah sesuatu yang amat dianjurkan oleh Islam dalam menentukan samada impian terlaksana atau tidak. Janganlah kita malu untuk meminta nasihat dan berbincang dengan sesiapa sahaja. Ambillah nasihat yang berguna dan terbaik sebagai bekalan perjuangan.

Pelbagai cabaran pasti ditempuhi di masa impian diusahakan. Sepertimana pengkaji motivasi telah mengatakan 'disetiap 20% kejayaan pasti akan di sertai dengan 80% kegagalan'. Ini adalah benar kerana cabaran pasti akan tiba samada bersedia atau tidak. Jika sudah bersedia sudah pasti sentiasa tabah dan bersabar. Jika tidak pasti kecewa. Apa-apa jua hidup mesti diteruskan. Sesungguhnya itu adalah ujian daripada ALLAH bagaimana sejauh mana impian disertai ingatan CINTA kita kepada ALLAH. Qada' Qadar ALLAH mesti diyakini sepenuhnya.


Jika di beri fokus kepada impian CINTA insan sudah pasti dimaksudkan dengan CINTA antara sesama insan- jangan lupa CINTA ALLAH terutama. Spebagaimana dalam penulisan sebelum ini telah merungkaikan tentang CINTA sesama insan. Itu merupakan juga impian insan. Impian ini perlu disertai dengan dengan perkataan yang sebenar iaitu CINTA SUCI. Membawa makna bahawa CINTA itu SUCI jangan cemarkan dengan maksiat. Impian ini mestilah diserati dengan niat yang ikhlas dan jujur kerana ALLAH. Tanamkan impian niat untuk bernikah kerana hanya nikah yang menghalalkan hubungan antara dua insan.


Akhir kata, impian adalah ibarat gambaran kepada kejayaan yang bakal dimiliki. Dengan impian, akal kita akan melangkah ke arah merealisasikan impian yang tercipta.



5 Resipi merealisasikan IMPIAN:

1. Ilmu
2. Perancangan dan Usaha
3.Doa dan bersabar
4. Fokus dan Istiqamah
5. Tawakkal


Penuhilah dirimu dengan impian..realiti atau fantasi berserahlah kepada ALLAH. Yang pasti 'resepi' dilaksanakan. Tidak salah berimipian..Satu hari pasti berjaya InsyaALLAH...

CINTA Ibu Bapa

Posted by Helmi Suhaimi On Monday, November 10, 2008 0 comments
Hari-hari yang sibuk telah lalui semester nih. Submit assignment, term paper, proposal research, presentation and lastly final examination. Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Ermm..Walaupun sibuk InsyaAllah aku x kan lupa menyampaikan sedikit bingkisan nukilan ku kepada semua. "Sampaikanlah imuku (Islam) walaupun sepotong ayat". InsyaAllah..Cutiku telah bermula dan aku akan teruskan penulisan ku untuk manfaat semua..InsyaAllah..


Erti Cinta~CINTA Ibu Bapa~



CINTA Ibu Bapa..satu ayat yang sangat Indah untuk di amati. Melalui ibu bapalah kita hadir di dunia ini. Melalui ibu bapa lah kita di manja dan di sayangi. Kerana Ibu bapa kita mendapat didikan ilmu dunia dan akhirat. Daripada Ibu bapa kita mendapat pekerjaan yang elok. Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan daku ibu bapa yang penyayang. Begitu besarnya pengorbanan ibu bapa kepada kita semua. Tidak terbalas walau sebentang lautan yang luas.

Bagi anak-anak, bersyukurlah dengan Ibu Bapa kita. Cintailah mereka kerana dengan mereka kita mendapat menghirup udara di dunia ini. Sayangilah mereka kerana kasih sayang ALLAH terletak pada kasih sayang mereka. Betapa besarnya makna ibu bapa kepada mereka yang memahami. Fahamilah kegembiraan, kesedihan, diri mereka.
Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan IBU BAPA manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan IBU BAPA.

Riwayat Al-Tirmizi



Teringat akan kisah seorang pemuda abid zuhud yang sentiasa mengabdikan diri dia hanya kepada ALLAH. Sentiasa berzikir, solat, menghabiskan masa di tempat ibadah. Ibunya merasa sunyi dan rindu kepada anaknya si pemuda abid ini. Dipanggil anaknya untuk melepaskan kerinduan di hati asalkan dapat berjumpa. Si pemuda tetap tidak menghiraukan panggilan dan permintaan ibunya. Sedih ibunya sehinggakan berdoa kepada ALLAH untuk berikan petunjuk kepada anaknya. Suatu hari si pemuda di fitnah sehinggakan tiada siapa yang mampu membantu dan di potong tangan dan kakinya. Setelah mendengar berita itu, sedih di hati si ibu dan memohon keampunan kepada ALLAH untuk anaknya. Menjagalah si ibu anaknya itu dengan sepenuh perhatian dan perginya mereka bersama-sama.

Pelbagai gaya dah tingkah laku anak-anak muda di zaman masa kini ditonjolkan tidak kira di mana sahaja mereka berada. Kata-kata dan nasihat ibu bapa tidak diendahkan. Malah ditempelak bila ditegur 'ini salah, jangan di buat', dimarahi merajuk sehinggakan tidak pulang ke rumah. Sedarilah wahai anak-anak ku, teguran mereka teguran seorang 'penjaga'. Penjaga yang mahukan yang terbaik untuk kita, penjaga yang mahu melindungi kita dari tersesat. Itulah IBU BAPA.

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).


Al- Ahqar: 15



Tidak terkira banyaknya di dalam Al-Quran menyatakan firman ALLAH mengenai ibu bapa dan tingkah laku kita yang sebenar-benarnya kepada ibu bapa. Cintailah ibu bapa kita sebagaimana dia menyintai dan memelihara kita sedari kecil. Inilah perkataan yang sering saya akan gunakan bila mengatakan mengenai ibu bapa. iaitu beralih kepada anak- anak itu sendiri.


Jika di amati ayat surah Al-Ahqar di atas betapa besarnya pengorbanan ibu bapa. Pelbagai susah payah yang perlu di lakukan. Tidak di kira lagi karenah kita semasa kecil. Kita, sebagai anak-anak wajiblah mendoakan untuk ibu bapa kita sebagai tanda kita mencintai mereka. Tunjukkanlah akhlak yang terbaik untuk mereka. Jadilah kita anak-anak yang beriman yang selalu mendoakan ibu bapa.


Nah, CINTAILAH ibu bapa mu. Ibu yang mengabdungkan kita. Susah payah menjaga kita sedari kandungan lagi. Susah payang yang denganb tabah diharungi oleh seorang insan bergelar ibu. Iaitu penjaga yang di amanahkan oleh ALLAH untuk kita. Bagi Ibu bapa; InsyaAllah setiap dari kita akan menjadi ibu bapa, tunaikanlah amanah dari ALLAH iaitu anak-anak. Janganlah diabaikan dan menyeksa mereka. Berilah didikan agama yang sebaik-baiknya mengikut landasan danb syariah ALLAH. Jadikanlah anak-anak kita hamba ALLAH yang sentiasa beramal soleh dan menjadi peneman kita; doanya, di alam kita bersendiri. InsyaAllah anak-anak akan menjadi penyelamat kita.


Begitu juga bagi anak-anak. Tunaikanlah perintah ibu bapa sepertimana yang telah diajarkan oleh ALLAH. Apa sahaja permintaan dan suruhan mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran dan suruhan ALLAH, tunaikanlah. Bahkan jika disuruh perkara yang tidak elok pun berhujahlah dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah mendapat berkat dari ALLAH. Perbetulkanlah mereka kerana mereka juga insan biasa yang mempunyai kelemahan tersendiri.





Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Al-Isra': 23



Letaklah perasaan CINTA dan RINDU kita kepada ibu bapa kerana sesungguhnya kerana merekalah kita ada. ALLAH juaga telah perintahkan kita peliharalah diri kita untuk ibu bapa. Martabat mereka juga terletak pada martabat kita. Jangalah kita meletak perasaan CINTA kita kepada insan lain sebelum kita benar-benar CINTA kan ibu bapa kita. Itulah CINTA pertama kita di dunia kita selepas CINTA utama kita iaitu kepada ALLAH dan RASULULLAH Sallahualaihiwassalam.


Segala puji kepada ALLAH dan selawat kepada RASULULLAH kerana mengajar dan mengingatkan kita tentang kasih sayang ibu bapa. Telah dinyatakan bahawa keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu bapa. Hendaklah kita selalu mengingatinya. Janganlah kita melukakan hati mereka. Hati mereka perlu dijaga dan dibelai. Pabila kita telah dewasa peliharalah mereka sebagaimana dia memelihara kita. Berilah kasih sayang kepada mereka dan jangan lah diabaikan dan menjadikan mereka 'kain buruk' yang disangka tiada gunanya lagi dan boleh dicampak di mana-mana sahaja. Sesungguhnya mereka tetap bersinar dan tetap kita perlukan selama-lamanya.


Ingatilah ibu bapa amatr teristimewa untuk kita. Bersu\yukurlah dengan kehidupan kita. Ulangkanlah perasaan kasih dan CINTA kita kepada mereka. Gembirakanlah mereka dengan apa cara sekali pun. Kejayaan dan kehidupan kita dimulakan dengan tangisan yang diredakan dengan pelukan ibu dan laungan azan iqamah daripada ibu bapa. Itulah permulaan kita. Tangisan didengari dan kesyukuran dipanjatkan.




Ya ALLAH ampunilah mereka ibu bapaku dan peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak ku kecil.



Doakanlah mereka selalu. CINTAilah mereka selalu. Utamakan mereka dan bersyukurlah selalu.


Ukirkanlah senyuman di wajah mereka..Selalu..


Playlist

Posted by Helmi Suhaimi On Saturday, November 01, 2008 0 comments




Get a playlist!
Standalone player
Get Ringtones
Related Posts with Thumbnails



    JUMLAH PENGUNJUNG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG

    DAPATKAN SAYA REMAJA INOVATIF SEKARANG
    Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran atau boleh tempah melalui emel helmisuhaimi@gmail.com.

    MESSAGE

    ARTIKEL POPULAR